Cara Bid Nombor Plate Guna Jpjebid
Satu-satunya cara untuk bid nombor pendaftaran kenderaan JPJ adalah dengan menggunakan platform JPJebid. Semua siri baru nombor plate akan masuk fasa bidding sebelum siri itu running di akaun Mysikap (kecuali Plate Putrajaya). Teruskan bacaan untuk tahu cara bid nombor plate guna JPJebid.
Daftar akaun JPJebid
Masuk ke laman web JPJebid dan daftar 1 akaun. Pendaftaran adalah percuma. Tidak perlu ke JPJ untuk daftar akaun JPJebid.
Login ke akaun JPJebid
Selesai proses pendaftaran dan pengesahan akaun, login ke akaun JPJebid anda. Anda akan lihat paparan dimana siri pendaftaran yang sedang dibida dipaparkan. Kalau tiada sebarang siri pendaftaran dipaparkan, maksudnya tiada siri yang sedang dibida, tunggu Notis Awam dari pihak JPJ untuk siri seterusnya.
Mula bid nombor pendaftaran kenderaan
Untuk mula bid nombor yang anda inginkan, masukkan nombor dibahagian carian. Contohnya anda masukkan nombor 9575, tekan butang cari dan semua siri yang mengandungi nombor 9575 akan dipaparkan.
Pilih siri yang anda hendak bid, dan bayar RM10 untuk memulakan bidaan.
Bayaran RM10 untuk mulakan bidaan
Untuk memulakan bid nombor, anda wajib membuat bayaran sebanyak RM10. Selepas selesai membuat pembayaran, anda boleh melihat carta terkini jumlah bidaan tertinggi untuk nombor yang anda pilih. Kalau carta tu kosong bermaksud, masih belum ada sesiapa yang masuk bid nombor itu.
Bayar jumlah bid untuk masuk dalam carta
Bayar jumlah yang anda nak bid untuk nombor pilihan dan tunggu sehingga tamat tempoh bid. Tempoh bid biasanya akan berlangsung selama 5 hari.
Tamat bid nombor
Sekiranya bidaan anda tidak dilawan oleh pembida lain sehingga tamat tempoh bidaan, maka anda adalah pemenang nombor itu. Sekiranya ada pembida lain yang memintas jumlah bidaan anda, maka dialah pemenang. Namun sebelum tamat tempoh bidaan, anda masih berpeluang untuk tambah jumlah bidaan anda untuk mengalahkan pembida lain.
Strategi bid nombor pendaftaran JPJebid
Cara bid nombor plate guna JPJebid memang nampak mudah dan straightforward. Tapi kalau tak kena cara, mau berpeluh ketiak nak lawan pembida lain. Di luar sana ramai pembida-pembida nombor yang berpengalaman untuk bid nombor plate. Masing-masing ada cara tersendiri.
Cara bid nombor macam jerung
Saya gelarkan mereka ini sebagai jerung. Pantang ada siri pendaftaran baru, biasanya mereka yang akan borong semua nombor-nombor cantik. Saya sediakan panduan Bid Macam Jerung untuk anda bid nombor plate dengan strategi yang biasa digunakan oleh jerung ini untuk mendapatkan nombor idaman. Selain modal, teknik dan skil juga penting untuk memenangi bidaan sesuatu nombor.
Saya juga sediakan asas-asas untuk kenal dunia bidding nombor dalam panduan ini. Ianya sesuai untuk orang yang langsung tak pernah membuat bidaan nombor plate di JPJebid.
Anda boleh dapatkan panduan (ebook) Bid Macam Jerung sekarang untuk mengetahui selok belok dan strategi bidding nombor plate kenderaan.
Dapatkan panduan Bid Macam Jerung (Free Edition) sekarang.
Sekiranya anda tidak berminat untuk bid sendiri, anda boleh lihat pengiraan berkenaan caj dan upah servis bid nombor plate yang saya dan team saya sediakan di artikel Caj dan Upah Bid Nombor Plate.
@platedealer #CapCut Ringkasan Cara Bid no plate FF di JpjeBid mulai ESOK #nomborplatelatestjpj #rancakraya #jpjebid #putrajaya
♬ Aesthetic – Tollan Kim
The post Cara Bid Nombor Plate Guna JPJebid appeared first on 2023 Adzril.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://adzril.com/bid-nombor-plate/