Cara Bayar Fidyah Serta 5 Golongan Yang Wajib Sempurnakannya


Cara Bayar Fidyah Serta 5 Golongan Yang Wajib Sempurnakannya
Sebagai umat Islam, kita perlulah ketahui cara bayar fidyah serta golongan yang wajib laksanakannya.
Fidyah merupakan denda ke atas umat Islam yang telah baligh akibat melanggar hukum dalam ibadah puasa, haji dan yang berkaitan.
Jika hukum yang dilanggar berkait dengan ibadah puasa, maka fidyah akan dikenakan akibat meninggalkan puasa wajib sama ada kerana melewatkan puasa  ganti (qadha’) atau atas sebab-sebab tertentu.
Baca Juga : Kadar Bayaran Zakat Fitrah 2022 Setiap Negeri Di Malaysia
Apakah Fidyah? Fidyah ialah sesuatu yang dibayar untuk menebus diri, baik berbentuk harta atau tindakan lain yang dilakukan kerana kekurangan dalam salah satu amal ibadah.
DALIL PENSYARIATAN FIDYAH
 i) Al-Quran
Firman Allah SWT:
أَيَّامًا مَعْدُودَاتٍ ۚ فَمَنْ كَانَ مِنْكُمْ مَرِيضًا أَوْ عَلَىٰ سَفَرٍ فَعِدَّةٌ مِنْ أَيَّامٍ أُخَرَ ۚ وَعَلَى الَّذِينَ يُطِيقُونَهُ فِدْيَةٌ طَعَامُ مِسْكِينٍ ۖ فَمَنْ تَطَوَّعَ خَيْرًا فَهُوَ خَيْرٌ لَهُ ۚ وَأَنْ تَصُومُوا خَيْرٌ لَكُمْ ۖ إِنْ كُنْتُمْ تَعْلَمُونَ
Yang bermaksud: “(Puasa yang diwajibkan itu ialah beberapa hari yang tertentu; maka sesiapa di antara kamu yang sakit, atau dalam musafir, (bolehlah ia berbuka), kemudian wajiblah ia berpuasa sebanyak (hari yang dibuka) itu pada hari-hari yang lain; dan wajib atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin. Maka sesiapa yang dengan sukarela memberikan (bayaran fidyah) lebih dari yang ditentukan itu, maka itu adalah suatu kebaikan baginya; dan (walaupun demikian) berpuasa itu lebih baik bagi kamu daripada memberi fidyah), kalau kamu mengetahui.”  (Surah al-Baqarah: 184)
ii) Al-Hadis
Hadis daripada Abdullah bin Umar r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda:
من مات وعليه صيامُ شهرٍ فليُطعمْ عنه مكانَ كلِّ يومٍ مسكينًا
Yang bermaksud: “Sesiapa yang mati sedangkan dia masih mempunyai puasa Ramadan, hendaklah diberi makan seorang miskin bagi setiap hari yang ditinggalkannya.” (Riwayat al-Tirmizi)
Hukum Fidyah Pembayaran fidyah hukumnya wajib. Ia perlu disempurnakan mengikut bilangan hari yang ditinggalkan.
Sekiranya tidak dilaksanakan, ia akan menjadi satu tanggungan atau hutang kepada Allah SWT.
Golongan Yang Dikenakan Fidyah Terdapat 5 golongan yang dikenakan fidyah akibat meninggalkan puasa iaitu :
1.Uzur Syar’ie & Sakit Yang Boleh Sembuh
Golongan ini meninggalkan puasa Ramadhan akibat uzur syar’ie (musafir, haid, nifas atau wiladah) serta sakit yang ada harapan sembuh.
Golongan ini diwajibkan untuk qadha puasa’ sebelum tibanya bulan Ramadhan akan datang.
 Jika mereka gagal menggantikan puasa, maka mereka perlulah qadha’ puasa serta bayar fidyah mengikut jumlah hari yang ditinggalkan.
2. Orang Sakit dan Tiada Harapan Sembuh
Golongan ini tidak dapat berpuasa kerana menghidap sakit yang tiada harapan sembuh serta disahkan oleh doktor tidak boleh berpuasa.
Golongan ini tidak wajib qadha’ puasa tetapi mereka tetap perlu bayar fidyah bagi tahun tersebut.
3. Ibu Hamil Atau Menyusu Yang Bimbang Akan Kesihatan Dirinya
Ibu hamil atau yang masih menyusui anaknya yang tidak berpuasa di bulan Ramadhan dengan sebab :
Bimbang akan kesihatan dirinya sahaja, atau ;
Bimbang akan kesihatan diri serta kandungan atau anaknya.
Para ibu ini tidak wajib bayar fidyah, namun mereka wajib qadha’ puasa.
4. Ibu Hamil Yang Bimbangkan Kesihatan Anak atau Kandungan
Ibu hamil atau yang masih menyusukan anak tidak berpuasa di bulan Ramadhan atas sebab bimbangkan kesihatan anak atau kandungan diwajibkan untuk qadha’ puasa dan bayar fidyah.
5. Orang Yang Meninggal Dunia
Bagi orang yang telah meninggal dunia dan tidak sempat menggantikan puasanya, maka waris perlulah laksanakan tanggungjawab untuk bayar fidyah si mati.
Waktu / Tempoh Pembayaran Fidyah Ulama bersepakat menyatakan bahawa waktu membayar fidyah bermula sebaik sahaja ibadah berkenaan tidak dapat disempurnakan.
Walau bagaimanapun, waktunya tidak terhad pada satu tempoh waktu yang tertentu.
Namun, umat Islam digalakkan untuk segerakannya kerana dikhuatiri tidak dapat dilaksanakan jika bertangguh.
Individu yang lambat menggantikan puasanya hingga telah tiba bulan Ramadhan tahun berikutnya pula akan dikenakan bayaran fidyah dan wajib meninggalkan qadha’ puasa yang ditinggalkan.
Bayaran fidyah akan berganda mengikut jumlah tahun yang ditinggalkan.
Manakala, bilangan hari ganti puasa ganti adalah kekal.
Cara Pengiraan Untuk kira bayaran fidyah anda perlulah gandakan nilainya dengan jumlah hari yang anda tinggal puasa.
Sebagai contoh, misalnya Lembaga Zakat Selangor meletakkan nilai secupak beras adalah RM 1.80 untuk kiraan fidyah di Selangor.
Kiraan fidyah di Selangor adalah tidak berganda walaupun melangkau tahun.
Jadi, sekiranya anda tinggal puasa selama 3 hari, maka kadar bayaran fidyah adalah :
RM 1.80 (1 cupak ) X 3 hari = RM 5.40
Jika anda melangkau tahun contohnya anda tidak berpuasa selama 3 hari pada tahun 2017 dan ingin gantikan puasa serta bayar fidyah pada tahun 2021, maka kadar fidyah adalah seperti berikut :
RM 1.80 (1 cupak) X 4 tahun X 3 hari = RM 21.60
Nota : Nilai secupak beras mungkin berbeza mengikut negeri. Sila rujuk pada pusat zakat negeri masing-masing.
Cara Bayar Fidyah Fidyah boleh dibayar melalui tiga cara iaitu :
Secara Tunai – Bayaran boleh dilakukan terus di pejabat agama atau pejabat zakat negeri masing-masing atau melalui wang pos.
Secara Online – Melalui e-zakat negeri masing-masing seperti e-zakat Selangor, e-zakat Penang, laman web Pejabat Agama dan Majlis Negeri
Melalui MayBank2U – Kaedah ini boleh digunakan untuk pusat zakat atau majlis agama negeri yang aktifkan pembayaran fidyah melalui Maybank2U.
Caranya adalah seperti berikut :
Log masuk ke akaun Maybank2U seperti biasa Klik ‘Bill Payment’ dan klik pada ‘Make A One-Off Payment’ Klik ‘Zakat & Charity’ Pilih Pusat Pungutan Zakat / Fidyah negeri masing-masing Pilih ‘Fidyah’ Masukkan jumlah bayaran yang perlu dibayar mengikut kiraan. Mudah bukan untuk laksanakan fidyah ? Bagi yang belum bayar fidyah puasa, segerakanlah kerana nilainya akan meningkat jika Ramadhan tahun datang menjelma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/cara-bayar-fidyah/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=cara-bayar-fidyah

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Fidyah Cara Kira Kadar Bayaran Dan Cara Bayar Online

Fidyah Cara Kira Kadar Bayaran Dan Cara Bayar Online

papar berkaitan - pada 10/3/2023 - jumlah : 276 hits
Bulan Ramadan semakin hampir tiba Hanya ada seminggu lebih je lagi kita akan bertemu Ramadan Dah habis ganti puasa ke tu Kalau belum cepat cepatlah ganti puasa Jangan sampai kena bayar fidyah ganti puasa pula Yang dah tak sempat nak melunas...
Kadar Fidyah 2023 Setiap Negeri Cara Bayaran Online Jakim

Kadar Fidyah 2023 Setiap Negeri Cara Bayaran Online Jakim

papar berkaitan - pada 9/3/2023 - jumlah : 353 hits
TAK SEMPAT GANTI PUASA TAHUN LALU ATAU SEBELUMNYA INI KADAR FIDYAH 2023 YANG PERLU DIBAYAR Fidyah ialah denda ke atas seseorang Islam yang telah BALIGH kerana meninggalkan puasa WAJIB atas sebab sebab tertentu atau sengaja melewatkan puasa ...
Senarai Cuti Am Yang Wajib Diambil Majikan Cara Kira Overtime

Senarai Cuti Am Yang Wajib Diambil Majikan Cara Kira Overtime

papar berkaitan - pada 24/2/2023 - jumlah : 227 hits
HAK HAK UTAMA PEKERJA DI BAWAH AKTA KERJA 1955 BERKAITAN HARI KELEPASAN AM BERGAJI CUTI WAJIB PILIHAN BAGI SEMUA MAJIKAN DI MALAYSIA CARA KIRA OVERTIME BAGI PEKERJA Tahukah anda TIDAK semua cuti am wajib diambil oleh Majikan Sebenarnya hany...
Tips Dan Cara Bayar Tagihan Listrik Pln Supaya Tidak Kena Denda

Tips Dan Cara Bayar Tagihan Listrik Pln Supaya Tidak Kena Denda

papar berkaitan - pada 9/3/2023 - jumlah : 196 hits
Begini tips dan cara bayar listrik PLN supaya kamu tidak terkena denda Jangan sampai tagihan membengkak karena lupa terbayar ya
Duduk Kat Kaki Lima Letak Tikar Pun Kena Bayar Rm5 Pengadu Bengang Kena Scam Di Port Dickson

Duduk Kat Kaki Lima Letak Tikar Pun Kena Bayar Rm5 Pengadu Bengang Kena Scam Di Port Dickson

papar berkaitan - pada 13/3/2023 - jumlah : 231 hits
The ReporterDi waktu cuti persekolahan ini ramai ibu bapa mengambil peluang untuk membawa anak anak pergi bercuti di tempat tempat yang menjadi tumpuan ramai Malangnya ada pihak yang tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan dengan mengen...
Cara Kenal Helmet Ms88 Original

Cara Kenal Helmet Ms88 Original

papar berkaitan - pada 24/2/2023 - jumlah : 309 hits
Ciri Ciri Helmet MS88 OriginalAssalamualaikum kepada yang mencari helmet MS88 original tu di bawah ada video penerangan mengenail ciri ciri helmet ms88 original Link Shopee MS88 Original Video Ciri Ciri Helmet MS88 Original Di Bawah
Penyebab Keputihan Setiap Hari Dan Cara Penanganannya

Penyebab Keputihan Setiap Hari Dan Cara Penanganannya

papar berkaitan - pada 24/2/2023 - jumlah : 203 hits
Selain menstruasi setiap wanita pasti akan mengalami yang namanya keputihan Keputihan adalah cairan yang berwarna putih keruh yang keluar dari organ intim wanita Kondisi ini terbilang wajar dan biasanya kehadiran keputihan menandakan bahwa ...
Mp Dap Taknak Ketinggalan Masuk Senarai Diperintah Bayar Saman Kerana Fitnah

Mp Dap Taknak Ketinggalan Masuk Senarai Diperintah Bayar Saman Kerana Fitnah

papar berkaitan - pada 16/3/2023 - jumlah : 132 hits
Agaknya mereka cemburu dengan MP lain yang dikenakan perintah bayar saman sebab fitnah Kena bayar saman RM2 juta Banyak juga tu Kalau nilaian tu diberikan kepada golongan miskin dengan mengadakan baikpulih rumah dengan kos RM20k sebuah ruma...
Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Semak Bantuan Barang Dapur 2025

Scammer Di Facebook

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Final Call The Huawei Service Giving Season Ends On 31 December 2024


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Kawal Alergik Bila Alahan

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Libur Nataru Di Indonesia Kapan Saja

Floating Market Melaka Tarikan Lokasi Waktu Operasi

Kain Anduh Saiz Kegunaan Dan Jenis Balutan