Cara Atau Petua Aku Mengatasi Eye Bag Dan Lingkaran Hitam
Cara Atau Petua Aku Menghilangkan Kantung Mata Dan Lingkaran Hitam dalam masa sekejap dan berkesan. Adakah anda mengalami eye bag kantung mata dan lingkaran gelap bawah mata? Mesti muka anda nampak lemah dah tak bermaya. Sebenarnya banyak punca yang menyebabkan mata kita mengalami masalah eye bag atau kantung mata. Salah satunya ialah kurang tidur
Sebelum ini, eye bag adalah sesautu yang amat susah dibendung dan nak dihilangkan. Mujurlah dengan bantuan youtube. Alhamdullilah aku dapat mengatasi masalah eyebag atau mata panda ini
Selain daripada kurang tidur, punca lain sebab lingkaran gelap di bawah mata ialah kurang collagen dan toksin berlebihan di badan. Anda boleh mengamalkan minuman lemon detox untuk mengurangkan atau membuang toksin dalam badan. Anda boleh amalkan tip-tip atau cara untuk hilangkan eye bag/lingkaran hitam di bawah mata di bawah ini
Uncang Teh HijauMana-mana uncang teh pun boleh. Tapi Anda tahu kan teh hijau lebih baik dalam merawat tubuh badan manusia. Teh hijau lebih cepat beri kesan kepada tubuh badan. Selepas bancuh teh, Anda bolehlah guna uncang teh yang telah diguna itu untuk diletakkan di mata anda. Letakkan di mata anda. Dan biarkan dalam masa 30 minit. Semakin lama semakin bagus hasilnya
Timun atau Kentang
Rasanya ramai dah tahu tips ni. Sebab dah tengok dalam tv banyak je spa yang menggunakan kaedah ini. Mungkin timun atau kentang mempunyai banyak kandungan air dan baik untuk mata. Hiris timun atau kentang dan letak di mata. Boleh biarkan selama 30 minit
Putih TelurPutih telur bagus dijadikan masker muka. Jadi, sambil masker muka guna putih telur, boleh juga guna untuk mata. Sapukan sedikit putih telur di bawah mata dan biarkan selama 30 minit
SuduGuna sudu makan yang anda selalu guna tu. Bukan plastik. Tapi besi keluli. Letak dalam peti ais sejuk beku. Selepas itu, letakkan belakang sudu itu di bawah mata kita
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.amerjaya.com/2018/08/4-cara-atau-petua-aku-mengatasi-eye-bag.html