Cara Atasi Mulut Berbau Semasa Berpuasa



Cara atasi mulut berbau semasa berpuasa
REALITINYA sebilangan besar daripada kita sentiasa tidak selesa, risau dan malu apabila berhadapan dengan situasi mulut berbau.
Ramai yang panik sebetulnya lebih-lebih lagi bagi mereka yang perlu berurusan dengan orang ramai setiap hari.
Namun, dalam keadaan hari ini, mujur pelitup muka yang dipakai dapat sekurang-kurangya menghilangkan masalah yang disebut di awal artikel ini.
Suatu perkara yang perlu kita sedar ialah, mulut berbau bukanlah sesuatu yang asing dialami khususnya bagi mereka yang menjalani ibadah berpuasa.
Apa yang perlu kita ketahui ialah, antara penyebab bau mulut ketika berpuasa adalah keadaan mulut yang kering akibat tidak makan atau minum untuk satu tempoh yang lama.
Begitupun, tidak perlulah anda risau dan khuatir kerana setiap masalah pasti ada penyelesaiannya dan dalam artikel ini, Astro AWANI kongsikan tips agar mulut anda tidak berbau ketika berpuasa.
Panduan ini diperoleh daripada pelbagai sumber.
1. Jaga kebersihan mulut selepas sahur dan berbuka
Perkara paling penting, pastikan anda jaga kebersihan mulut dan jangan lupa untuk memberus gigi sesudah sahur dan berbuka.Disarankan untuk anda menggunakan ubat gigi berfluorida. Memberus gigi akan membersihkan sekitar 60 peratus mulut anda dan oleh kerana itu, jangan lupa untuk bersihkan sisa makanan di celah-celah gigi juga.
Sisa makanan di celah gigi mampu menjadi punca bau mulut dan pastikan anda bersihkan lidah ketika memberus gigi.
2. Pantau makanan, minuman yang diambil
Ada makanan dan minuman sebenarnya mampu meningkatkan risiko anda mengalami masalah bau mulut, antaranya produk tenusu.
Elakkan minuman bersusu ketika sahur kerana ia mengandungi protein tertentu yang ketika terurai, boleh menyebabkan bau mulut.
Selain itu, jangan merokok, makan makanan yang sihat dan seimbang serta elakkan makanan pedas.
Elakkan juga minuman berkafein seperti kopi, teh, coklat dan soda terutamanya ketika sahur.
3. Gunakan ubat kumur/ cecair pencuci mulut
Penggunaan ubat kumur atau cecair pencuci mulut juga penting untuk mengelakkan mulut anda daripada berbau.
Dicadangkan kepada anda menggunakannya selepas bersahur dan berbuka untuk kesegaran berpanjangan.
Pada waktu siang ketika berpuasa pula, kurangkan penggunaannya kerana berkumur dengan kerap hukumnya adalah makruh.
4. Saranan untuk pemakai gigi palsu
Kepada anda memakai gigi palsu pula, anda sangat disarankan untuk membersihkan gigi palsu menggunakan larutan antiseptik sebelum tidur.
Usaha kecil itu sebenarnya boleh mengelakkan mulut anda berbau terutamanya ketika mula berpuasa keesokan harinya.
5. Jangan lupa minum banyak air selepas berbuka sampai sahur
Walaupun berpuasa, kita semua perlu memastikan pengambilan air yang cukup kerana tubuh memerlukan sekurang-kurangnya dua liter air sehari.
Air putih adalah pilihan terbaik ketika berpuasa dan alang-alang untuk hidrasi, anda juga boleh kurangkan pengambilan minuman manis untuk kesihatan.
Ketika berpuasa, amalkan dua gelas air putih ketika berbuka puasa, empat gelas selepas Maghrib sampai waktu moreh.
Kemudian, amalkan dua gelas ketika sahur. Selain itu, banyakkan juga makan buah-buahan yang mengandungi banyak air seperti tembikai untuk kekalkan hidrasi badan anda.
Hakikatnya, mulut berbau memang terjadi kepada mereka yang berpuasa namun cabaran itu hanyalah sedikit jika dibandingkan pahala, keberkatan dan rahmat di bulan Ramadan. Awani
Cara atasi mulut berbau semasa berpuasa
Baca Artikel Menarik:
Resepi Nasi Hujan Panas Sedap Sangat Kerajaan Umum Bantuan Khas Aidilfitri RM500 Kepada Penjawat Awam, RM250 Buat Pesara Kim Yo-Jong beri amaran keras kepada Korea Selatan Resepi daging paprik merecik Putin guna ‘kembar’ untuk tujuan keselamatan Isham guna pantun pujuk Rafizi berdebat Najib tidak beri kelulusan – Saksi Tiada siasatan baharu terhadap Mahathir seperti didakwa Resepi udang masak diraja viral Perogol bersiri dipenjara 650 tahun Aksi ‘seksi’ Iqram Dinzly ditegur Pensyarah USIM Tiga beradik bernama Lamborghini, Celica, Ferrari Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2022/04/05/cara-atasi-mulut-berbau-semasa-berpuasa/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Paling Tak Selesa Bila Pedih Ulu Hati Masa Hamil Ini Cara Nak Atasi Doktor Kongsikan

Paling Tak Selesa Bila Pedih Ulu Hati Masa Hamil Ini Cara Nak Atasi Doktor Kongsikan

papar berkaitan - pada 23/3/2022 - jumlah : 281 hits
Pedih ulu hati ketika hamil adalah normal tapi rasa tersebut membuatkan ibu tidak selesa dan resah Menurut Hello Doktor Lebih separuh daripada wanita hamil merasai simptom pedih ulu hati yang teruk terutamanya semasa trimester kedua dan ket...
Whitekish Pemutih Gigi Magic Charcoal Mampu Menghilangkan Karang Gigi Dan Mulut Berbau

Whitekish Pemutih Gigi Magic Charcoal Mampu Menghilangkan Karang Gigi Dan Mulut Berbau

papar berkaitan - pada 1/4/2022 - jumlah : 248 hits
Keterangan produk Bahan 100 arang tempurung kelapa tanpa campuran bahan kimia Kelebihan Membantu memutihkan gigi Menyingkirkan bakteria punca bau mulut Efektif menanggalkan karang dicelah gigi Meneutralkan PH mulut Tiada bahan penakis Selam...
Sakit Belakang Masa Mengandung Ini Punca Cara Atasi Ibu Hamil Kena Peka

Sakit Belakang Masa Mengandung Ini Punca Cara Atasi Ibu Hamil Kena Peka

papar berkaitan - pada 25/3/2022 - jumlah : 287 hits
Wanita mengandung akan mengalami macam macam perubahan bukan sahaja dari segi fizikal malah juga emosi Lebih lebih lagi bila hampir tiba waktu melahirkan Pelbagai lagi dugaan yang perlu ditempuhi Dari awal mengandung dengan alami alahan set...
Info Untuk Ibu Hamil Pertama Kali Hamil Snack Untuk Ibu Hamil Dan Cara Atasi Masalah Hb Rendah

Info Untuk Ibu Hamil Pertama Kali Hamil Snack Untuk Ibu Hamil Dan Cara Atasi Masalah Hb Rendah

papar berkaitan - pada 7/4/2022 - jumlah : 354 hits
Dalam entry sebelum ni k fiezz ada selitkan adik ipar k fiezz disahkan mengandung anak pertama Jadi k fiezz nak kongsi beberapa info untuk ibu hamil pertama kali macam adik ipar k fiezz ni Ewah macam ada pengalaman je k fiezz ooiii hehe Ala...
Sajian Tujuh Kawah Wak Lan Dan Pencuci Mulut Raja Buah Memang Berbaloi Untuk Santapan Berbuka Puasa

Sajian Tujuh Kawah Wak Lan Dan Pencuci Mulut Raja Buah Memang Berbaloi Untuk Santapan Berbuka Puasa

papar berkaitan - pada 12/4/2022 - jumlah : 305 hits
Sajian Tujuh Kawah Wak Lan Dan Pencuci Mulut Raja Buah Memang Berbaloi Untuk Santapan Berbuka Puasa HOTEL Marriott Putrajaya merupakan salah satu destinasi iftar yang popular di Lembah Klang Menurut Chef Sous Eksekutif Chef Zulkifli Asyul S...
Kata Kata Dari Mulut Anak Ini Akan Buatkan Hati Anda Menangis

Kata Kata Dari Mulut Anak Ini Akan Buatkan Hati Anda Menangis

papar berkaitan - pada 7/4/2022 - jumlah : 206 hits
Anak anak tak pandai berbohong Apa yang yang dikatakan adalah datang dari hati Kita sebagai dewasa pasti akan memahami apa yang dimaksudkan secara terus daripada setiap bait bait ayat yang keluar daripada mulut mereka Ada kalanya ia menggel...
Dulu Kata Ke Mujahid Sekarang Apa Maciam Mulut Penuh Sagon Ka

Dulu Kata Ke Mujahid Sekarang Apa Maciam Mulut Penuh Sagon Ka

papar berkaitan - pada 9/4/2022 - jumlah : 306 hits
Barang order Barang sampai Sekarang semua tersedak Sagon pura pura sibuk beribadat padahal dulu sembang bukan main kemas kata perlu hanya 5 hari sahaja Aryoyo355 jadi arwah kos haji makin naik apa lagi boleh di harapkan dengan lebai ini Dem...
Halia Atasi Masalah Kembung Perut

Halia Atasi Masalah Kembung Perut

papar berkaitan - pada 5/4/2022 - jumlah : 225 hits
HALIA ATASI MASALAH KEMBUNG PERUT Kembung perut ni biasa kita yang kita tahu kanak kanak je selalu kena kan Tapi sebenarnya orang dewasa pun boleh kena jugak nak nak pulak kalau makan makanan yang boleh menjadi trigger kepada masalah ni Sia...
Lauk Popular Orang Johor Begini Cara Mudah Nak Buat Botok Botok

Lauk Popular Orang Johor Begini Cara Mudah Nak Buat Botok Botok

papar berkaitan - pada 23/3/2022 - jumlah : 298 hits
Botok botok lauk popular orang Johor yang sedap dan mudah je untuk dibuat Resipi yang dikongsi Norfazida Gda ini sebenarnya sudah cukup untuk membuatkan anda berselera dan bertambah makannya BOTOK BOTOKBAHAN SAMBAL 2 senduk cili kering 1 bi...
Maritim Malaysia Aktifkan Operasi Carilamat Mangsa Bot Karam Di Perairan Langkawi

Belum Terlewat Untuk Fam Kembali Ke Pangkal Jalan

Kejayaan Arsitektur Dan Warisan Budaya Di Paw Singa Sigiriya

Senarai Pemain Skuad Harimau Malaysia Untuk Pertandingan Terkini

From Romans Learn Shipbuilding From Malays To Flying Malays Top 10 Mockeries Levelled At Prof Sambal Belacan

Kedah Lelaki Baru Dua Hari Kahwin Ditemui Tidak Bernyawa

Trust Legal Process Says Ex Rep After Ewon S Premature Resignation

Bot Bawa 300 Imigran Karam Di Sempadan Thailand Malaysia 11 Mangsa Termasuk Seorang Maut Ditemui Di Langkawi


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Pengalaman Saya Buka Akaun Kaf Digital Bank

The Truth About Slot Gampang Menang And Consistent Wins

Kedai Makan Cantik Di Bangi Lauk Pauk Meriah Sedap Teruk Update Secara Pukal

Indonesia Plans Rupiah Redenomination Bill

Resipi Ayam Masak Madu Suri Hati Dan Moist Kek Cinnamon Roll Omggg

Delicious Authentic Indian Beef Curry Recipe With Coconut Milk