Cantiknya Coco One Beach Hotel Restaurant
Cantiknya Coco One Beach Hotel & Restaurant. Bila sebut Pattani saja, terus terbayang di fikiran mommy tempat yang mundur dan kawasan yang tidak maju. Lagi pun kebanyakkan cerita yang mommy dengar ia adalah tempat yang kebanyakkan rakyat Malaysia pergi untuk belajar ilmu keagamaan. Itu yang mommy dengar... Rupa-rupanya tanggapan dan bayangan mommy itu salah. Pattani juga seperti tempat lain di mana ia juga mempunyai kawasan perlancongan yang cantik dan menarik. Mommy tahu tentang tempat ni pun selepas ianya viral.
Mommy buat entry ni supaya korang pun tahu juga tentang tempat perlancongan yang menarik di Pattani seperti Cantiknya Coco One Beach Hotel & Restaurant. So, jom tengok apa yang menarik di Coco One Beach Hotel & Restaurant.
Cantiknya Coco One Beach Hotel & Restaurant
Coco One Beach Hotel & Restaurant
Coco One Beach Resort adalah sebuah hotel yang bertaraf 5 bintang di Pattani. Cantik dan selesa serta sesuai dengan namanya. Hotel ini menyediakan 2 jenis penginapan iaitu Villa Room dan Villa Pool.
Villa Room adalah bilik hotel yang selesa seperti di bawah... Kalau dapat bilik macam ni, mommy lepak seharian pun takpa. hihi.. Harga bilik adalah 2500 THB
Villa pool pula adalah villa yang mempunyai 3 bilik tidur dan private pool. Best kalau datang ramai-ramai dan ambil villa pool ni.. Confirm meriah dengan suara anak-anak.
Harga villa pool ni pula adalah 9000THB.
Landskap di luar villa juga sangat cantik. Setiap sudut boleh di ambil gambar dan confirm gambar-gambar tu semua lawa lawa... Tak percaya korang boleh tengok sendiri dan confirm korang pun nak piiii jugak. hahaha..
mensti best tengok sunrise dan sunset dari sini...
pinjam gambar yer...
Selain dari villa dan landskap yang cantik, hidangan dari restoren nya juga nampak sedap dan menarik. Asli hidangan Thai.. Sambil taip entry ni pun dah telan air liur. Kalau ada depan mata, confirm makan tak berhenti..
Menarik kan? Kalau korang nak pergi , korang boleh book dengan PM sendiri page Coco One Beach Hotel & Restaurant di bawah.
Coco One Beach Hotel & Restaurant
Tel : +66 86 150 3077
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.yatizul.com/2018/12/cantiknya-coco-one-beach-hotel.html