Nikmati Hidangan Eksklusif Krismas Di Concorde Hotel Shah Alam
Dah tak sampai sebulan,Hari Natal atau Krismas bakal menjelang tiba.Bagi yang meraikannya, pasti lebih excited! Menjelang perayaan ini Concorde Hotel Shah Alam turut tidak ketinggalan untuk mengajak kita-kita semua menikmati pelbagai hidangan enak bersempena sambutan tersebut.
Minced Herbs Lamb Shank with Brown SpicesAndaikata korang peminat menu masakan Barat, memang eloklah datang ke sini. Cuba sendiri menu-menu enak yang disediakan. Ada macam-macam hidangan eksklusif yang ditawarkan di Melting Pot Café, Concorde Hotel Shah Alam ini.Jangan risau, ianya halal ok.
Jom kita tengok apa yang dikatakan “An Exclusive Christmas Treat At Concorde Hotel Shah Alam”nie.Kalau rasa ok, bolehlah buat tempatan terus.
HARGA YANG DITAWARKAN:
Hidangan Christmas Eve Buffet Dinner ini berharga RM120 nett untuk seorang. Manakala untuk kanak-kanak berumur 4 tahun sehingga 12 tahun serta warga emas akan diberikan diskaun sebanyak 50% dan 30% mengikut kategori.
ANTARA MENU ENAK:
* Traditional Pate, Avocado and Shrimps Salad* Roasted Beef Aur Jus Dressing
* Premium Roast Whole Turkey with Mushroom and Giblet Sauce
* Grilled Catching Bear Salmon Fillet
* Minced Herbs Lamb Shank with Brown Spices
* X'Mas Log Cake
* X'Mas Fruit Cake
* Ginger Bread Bell House
Grilled Catching Bear Salmon FilletRoasted Beef Aur Jus DressingGinger Bread Bell House
HI-TEA CUKUP MENYENANGKAN
Kalau ada kelapangan Sis suka juga datang meeting atau lepak-lepak kat sini. Kebetulan rumah Sis tak jauh sangat dari Concorde Hotel Shah Alam. Harganya pun ok, sangat berpatutan.Sempena perayaan ini, korang leh datang Hi-Tea kat Melting Port Café, dari jam 12.00 tengahari sampailah 4.30 petang
Harga? RM70 nett untuk seorang (dewasa) dan 50% diskaun bagi kanak-kanak, berusia sehingga 12 tahun. Warga emas pula diberikan diskaun sebanyak 30%.
Antara menu yang ditawarkan adalah Fresh Prawn Kataifi, Beef Medallion with Peppercorn Sauce, Tuna Quiche ala Funghi, Roasterd Chicken dan Turkey Bird.
Manakala hidangan pencuci mulut pula ialah Cherry Hollandaise Cake dan Scone with Sour Cream.Sedap!
BOLEH TAKE AWAY!
Yang bestnya, kalau korang rasa nak bungkus makanan bawak balik pun boleh.. Hahhaaa…. Tapi, kenalah buat pesanan terlebih dahulu, 24 jam sebelum dan deposit sebanyak 50% dikenakan sewaktu membuat tempahan.
Antara Take Away - Festive Season Delight yang mampu meransang selera korang:
* Christmas Pudding
* Christmas Minced Meat Pie
* Christmas Stollen
* Christmas Turkey
* Roasted Rib Eye Beef
* Crusted Crown Rack of Lamb
- (Harga dari RM30 nett sehingga RM380 nett.)
Cakap banyak pun tak gunakan, korang kena nikmati sendiri menu-menu sedap kat sini. So, bagi yang nak buat tempahan atau pertanyaan lanjut, hubungi 03-5520 8000 atau layari www.shahalam.concordehotels.com
Selamat menikmati hidangan enak di Concorde Hotel Shah Alam.Jumpa lagi!
Lurve,
Sis Anie Mohamed
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://aniemohamed.blogspot.com/2018/11/nikmati-hidangan-eksklusif-krismas-di.html