Camping Di Rekreasi Indah Langgas Panglima Akup Kg Lamak
Camping di Rekreasi Indah Langgas Panglima Akup Kg Lamak | Assalamualaikum & salam sejahtera. Hi, korang! Setahun lebih Murni tak kemaskini blog berkaitan dengan camping kan, jadi hari ni baru ada masa untuk berkongsi cerita di blog.
Camping di Rekreasi Indah Langgas Panglima Akup Kg Lamak
Pada 24/06/2023, Alhamdulillah akhirnya Murni berpeluang untuk sertai aktiviti camping dengan team hikers dari Sandakan. Setahun lebih Murni tak join aktiviti ni, rindunya tu lain macam almaklumlah sejak Murni berpindah tempat kerja ke kampung halaman jarang sangat ikut serta aktiviti hiking & camping. Bermula tahun ni syukurlah Murni dah mula join aktiviti river trekking di Lahad Datu
Lokasi kami camping bertempat di Rekreasi Indah Langgas Panglima Akup Kg Lamak yang terletak di Silam Lahad Datu. Camping sehari saja sebab keesokan paginya kami perlu bergerak ke Tungku untuk aktiviti river trekking
24/06/2023
Jadual perjalanan team hikers dari Sandakan ke Lahad Datu seawal jam 2 subuh dengan menggunakan 2 buah kenderaan. Sempat jugalah mereka hiking di Bukit Belacon menikmati panorama matahari terbit yang sangat cantik di atas puncak. Usai hiking, sempat lagi mereka berkunjung ke Menara Kayangan
Actually, Murni tak ikut sekali hiking sebab masa tu Murni ada kerja sikit di Dewan Masayarakat. Jam 11 lebih barulah Murni dapat keluar. Masa turun kerja Murni dah siap2 bawa barang untuk camping & river trekking sekali.
Sebelum kami pergi makan tengah hari, kami singgah dulu di Servey Perdana beli makanan & minuman untuk makan malam. Usai beli barang, Murni ingatkan kami akan makan di restoran berhampiran dengan Servey, rupanya ustad bawa kami ke Warung Lepak Santai yang terletak di Silam. Jauh perjalanan 😂
Warung Lepak Santai ni betul-betul berada di bahu jalan raya sebelah kiri jalan raya kalau korang drive dari arah menuju ke Silam. Menu wajib yang korang kena cuba kalau singgah warung ni, coto makassar daging salai, bakso mantul, & laksa sabah. Murni craving sebenarnya nak makan bakso tapi malas sangat nak buatnya. Murni pun orderlah bakso mantul, tapi sayang sangat masa ni bahan dorang tak cukup hanya ada bakso biasa sahaja. Tak apalah Murni order saja bakso daging. Dah nama pun bakso biasa rasanya pun kurang sikit, tapi tekak Murni masih boleh terima
Usai makan, kami pun bergerak menuju ke campsite Rekreasi Indah Langgas Panglima Akup Kg. Lamak. Sampai saja di campsite kami pun cucun-cucunlah barang makanan minuman di pondok, & dirikan khemah. Sambil beristirahat di pondok hirup secawan kopi pun dah rasa nikmatnya.
Sebelum Murni sambung cerita camping, sedikit info mengenai tempat Reakreasi Indah Langgas ni khas untuk pelawat/pengunjung;Yuran masuk RM2/orangTapak khemah Rm20/tent2 tingkat kawasan campingTandas & tempat mandi disediakanKawasan parking keretaJalan masuk ke lokasi sangat mudah untuk diakses pelbagai jenis kenderaan.Part yang paling menggumbirakan hati bila mana pemilik tempat ni bagi kebenaran boleh berkaraoke. Disebabkan pemilik dah bagi lampu hijau, gigihlah Kak Sumie meracun kami untuk ambil set karaoke di rumah Murni. Jarak dari campsite ke rumah Murni lebih 15km ya, nasiblah kawan sanggup drive haha. Kami sampai di campsite pun dah masuk waktu Maghrib.
Sampai saja pondok, Murni terus siapkan mangga 2 jenis kerabu mangga, 1) mangga campur dengan belacan & cili padi 2) mangga campur dengan udang kering & cili padi. Murni craving sebenarnya nak makan mangga, nasib baik masa beli barang di Servey semua bahan nak buat kerabu mangga tu ada. Menu makan malam kami; nasi impit, kerabu mangga & vegie fishball
Usai makan malam, kami sambung aktiviti berkaraoke pula. Sempatlah Murni mensumbangkan beberapa lagu haha. Kalau diikutkan ramalan kaji cuaca jam 9 lebih macam tu akan hujan di beberapa tempat di Lahad Datu & pada masa ni tiada hujan langit pun masih menampakkan bulan & bintang-bintang. Tapi tulah langit tak selalulanya cerah tiba-tiba mendung haha hdalam jam 11 lebih hujan turun dengan lebatnya beserta angin kuat. Sikit lagi tent terbang sebab tak pasang pasak besi di setiap penjuru khemah.
Duduk dalam khemah pun still basah, terpaksalah kami masuk ke dalam kereta. Agak lama juga hujan turun membasahi bumi. Last-last kami tidur dalam kereta. Subuh dalam jam 5, kami naik semula ke campsite. Sejuk sangat malam tu tidur dengan baju basah haha. Moment yang tak boleh nak dilupakan. Kami perlu bersiap awal sebab nak bergerak ke Tungku untuk aktiviti river trekking.
Sebelum kami memulakan perjalanan ke Tungku, wajib menikmati sunrise di di Rekreasi Indah Langgas ni. Indah sangat pemandangan di waktu matahari naik. Kami bertolak ke Tungku dalam jam 6 lebih. Sampai sini saja perkongsian Murni mengenai aktiviti camping, alhamdulillah terubat juga rindu nak bercamping dengan geng hikers dari Sandakan, setahun lebih tak camping huhu. Bagi Murni inilah moment kebersamaan yang tak boleh dibeli dengan wang ringgit. Kita beli jiwa dengan buat aktiviti yang kita suka
Terima kashi korang yang sudi baca entri ni Camping di Rekreasi Indah Langgas Panglima Akup Kg Lamak. Nanti Murni akan update aktiviti river trekking di Serebpit Waterfall pula
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://murnimohdyusof.blogspot.com/2023/07/camping-di-rekreasi-indah-langgas.html