Selit satu gambar yang diambil pada hari Ahad petang di Cameron Valley Tea House. Pemandangan indah ladang teh. Tak dapat nak turun ke bawah untuk bergambar sebab hujan. Ni pun ambil gambar cepat-cepat sebab orang ramai, masing-masing menunggu nak ambil gambar juga. Dapat melayan mata seketika dan ambil gambar sekeping dua, cukuplah
Inilah Taman Eko Rimba Sungai Pauh atau dikenali juga sebagai Kem Sungai Pauh. Terletak di belakang Pejabat Perhutanan Cameron Highlands. Caj minimum dikenakan untuk pengunjung yang datang. Lengkap dengan kemudahan tandas, bilik mandi dan tempat solat. Teringin jugak saya nak berkhemah kat sini suatu hari nanti. Perlu buat tempahan awal secara dalam talian, tak boleh datang redah je kat sini
Pukul 8.30 pagi, kami dah tunggu depan pintu YZ Agro Farm ni. Eh bukan kami je, ramai juga pengunjung lain yang datang awal dan menunggu dalam kereta. Kawasan parkir depan ni dah penuh pun
Konsep makan dalam kawasan ladang strawberi. Segar mata tengok
Menu biasa saya kalau makan kat sini - Nasi Lemak. Konsep layan diri. Pergi kat kaunter, buat pesanan dan bayar. Nanti dia panggil nama kita kalau dah siap
Sesekali datang, tak kan makan nasi lemak je kan. Kita ambil scone satu, walaupun ikut hati tergoda dengan macam-macam makanan lain yang ada. Satu tak cukup, suami pergi beli lagi satu. Makan sorang satu...haha
Sebelum balik, beli jugak jem strawberi buatan mereka. Beli 2, RM15. Puas hati dapat makan kat sini, sebab semuanya memenuhi selera saya. Ni tempat wajib kalau saya ke CH. Rasa macam tak sampai CH, kalau tak dapat makan kat sini tau...hehe
Lokasi kedai Ayahman di Medan Agro Kea Farm, bangunan depan sekali. Senang boleh nampak dari jalan raya. Kalau dari Tanah Rata, ia terletak di sebelah kiri jalan. Kat sini dikenakan caj parkir RM3 sekali masuk
Nan Scones dengan 2 pilihan - RM10/original dan RM12/campur perasa. Setiap bekas ada 6 biji
Pilihan saya scone pelbagai perasa - original, strawberi, coklat dan cheese. Dalam setiap bekas disertakan butter dan jem strawberi. Sebelum makan saya panaskan sekejap di Air Fryer (kalau ada microwave lebih sesuai). Rasanya? Sedap! Kalau datang CH bolehlah cari Nan Scones sebagai oleh-oleh CH|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |