Calon Spm Dalang Curi Motosikal


Mulkiaman (dua dari kiri) menunjukkan rangka dan komponen motosikal yang dirampas di IPD Padang Terap hari ini.




KUALA NERANG: Polis berjaya menumpaskan Geng Bing Garage yang aktif mencuri motosikal di sekitar daerah Padang Terap sejak awal tahun ini pada Sabtu lalu.

 
Seramai sembilan ahli kumpulan termasuk ketuanya berusia 14 hingga 17 tahun ditahan hasil maklumat orang ramai.

 
Ketua Polis Daerah Padang Terap, Deputi Superintendan Mulkiaman Manzar berkata, semua suspek yang masih bersekolah di dua buah sekolah di daerah ini dipercayai berinteraksi melalui grup WhatsApp untuk melakukan kegiatan mencuri motosikal.

 
Menurutnya, pada awalnya, polis berjaya menahan ketuanya yang berusia 17 tahun yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini.

 
"Hasil soal siasat polis menahan lapan ahli kumpulan itu melalui lima tangkapan dan kini polis masih lagi memburu empat ahlinya.

 
"Polis berjaya menyelesaikan 10 kes curi di daerah Padang Terap dan percaya beberapa lagi kes dapat diselesaikan selepas tertangkap semua ahli kumpulan ini," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Padang Terap hari ini.
 


Mulkiaman (kanan) menunjukkan sebuah motosikal yang telah dibuka komponen oleh geng Bing Garage di IPD Padang Terap hari ini.




Mulkiaman berkata, pihaknya merampas tujuh rangka motosikal, dua buah motosikal dan dua set enjin motosikal daripada kumpulan tersebut.

 
"Modus operasi kumpulan ini adalah bergerak pada waktu malam sehingga subuh.

 
"Komponen dari motosikal yang dicuri dijual kepada kenalan malah ada yang dijual sehingga ke Pulau Pinang. Ada juga rangka motosikal yang tidak terjual akan dibuang ke dalam sungai di sekitar daerah ini bagi melupuskan bukti," katanya.

 
Beliau berkata, tangkapan kumpulan jenayah curi motosikal tersebut adalah yang terbesar di daerah Padang Terap pada tahun ini.

 
"Pada tahun ini sahaja dilaporkan sebanyak 22 kes motosikal hilang di daerah ini. Kita harap dengan lumpuhnya kumpulan ini maka kejadian curi motosikal tidak berlaku lagi," katanya.

 
Katanya, semua suspek direman di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah (KPJ) dan kes disiasat di bawah Seksyen 379A Kanun Keseksaan.

 
 
--sinarharian



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.penangkini.com/2020/11/calon-spm-dalang-curi-motosikal.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Apa Sudahnya Nasib Calon Spm 2020

Apa Sudahnya Nasib Calon Spm 2020

papar berkaitan - pada 2/11/2020 - jumlah : 460 hits
Gelombang pandemik Covid 19 benar benar memberi kesan bukan sahaja pada negara kita malah seluruh dunia Semua sendi ekonomi dan pentadbiran negara menguncup dan terjejas Semasa gelombang pertama pandemik berjaya diatasi kerajaan dilihat ber...
Nasib Calon Spm 2020 Menteri Pendidikan Usah Terlalu Bermimpi

Nasib Calon Spm 2020 Menteri Pendidikan Usah Terlalu Bermimpi

papar berkaitan - pada 30/10/2020 - jumlah : 352 hits
Gelombang pandemik Covid 19 benar benar memberi kesan bukan sahaja pada negara kita malah seluruh dunia Semua sendi ekonomi dan pentadbiran negara menguncup dan terjejas Semasa gelombang pertama pandemik berjaya diatasi kerajaan dilihat ber...
Gadis Kerja Kedai Handphone Dakwa Dia Dilarikan Suspek Curi Kereta Polis

Gadis Kerja Kedai Handphone Dakwa Dia Dilarikan Suspek Curi Kereta Polis

papar berkaitan - pada 27/10/2020 - jumlah : 447 hits
Wanita yang ditahan bersama lelaki yang melarikan sebuah kereta peronda model Honda Civic 1 8S milik pasukan polis dalam kejadian di Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Utara pada malam Ahad mendakwa dia dilarikan suspek ketika sedang b...
Penjual Ikan Bilis Didakwa Curi Kenderaan Polis

Penjual Ikan Bilis Didakwa Curi Kenderaan Polis

papar berkaitan - pada 28/10/2020 - jumlah : 522 hits
Majistret membenarkan permohonan peguam untuk menghantar tertuduh ke Hospital Bahagia Ulu Kinta Perak bagi tempoh sebulan untuk pemeriksaan kesihatan BUTTERWORTH Seorang penjual ikan bilis didakwa di Mahkamah Majistret sini hari ini atas 6 ...
Wanita Ditahan Bersama Lelaki Curi Mpv Dakwa Sebenarnya Dia Turut Dilarikan

Wanita Ditahan Bersama Lelaki Curi Mpv Dakwa Sebenarnya Dia Turut Dilarikan

papar berkaitan - pada 27/10/2020 - jumlah : 342 hits
159 total views 30 views today KEPALA BATAS Wanita yang ditahan bersama lelaki yang melarikan sebuah kereta peronda model Honda Civic 1 8S milik pasukan polis dalam kejadian di Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Utara pada malam Ahad m...
2 Kumpulan Curi Pecah Cermin Kereta Tumpas

2 Kumpulan Curi Pecah Cermin Kereta Tumpas

papar berkaitan - pada 22/10/2020 - jumlah : 234 hits
2 KUMPULAN CURI PECAH CERMIN KERETA TUMPAS JOHOR BAHRU Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Selatan berjaya menumpaskan dua kumpulan penjenayah yang melakukan curi dan pecah cermin kereta di sekitar daerah ini Ketua Polis Daerah Johor Bahru...
Waris Budak Tunggang Motosikal Disaman

Waris Budak Tunggang Motosikal Disaman

papar berkaitan - pada 10/11/2020 - jumlah : 299 hits
Aksi kanak kanak menunggang motosikal itu tular di laman sosial ALOR SETAR Video kejadian seorang kanak kanak berusia bawah 10 tahun yang menunggang motosikal di simpang tiga Kampung Paya Chegar Jitra pada Ahad lalu harus menjadi pengajaran...
Lelaki Curi Kenderaan Pecah Rumah Ditangkap

Lelaki Curi Kenderaan Pecah Rumah Ditangkap

papar berkaitan - pada 23/10/2020 - jumlah : 377 hits
Kenderaan yang dinaiki suspek dilaporkan hilang di Kubang Semang KULIM Seorang penganggur disyaki terlibat dalam kes pecah rumah dan curi kenderaan ditahan di Jalan Sungai Karangan di sini semalam Ketua Polis Daerah Kulim Superintenden Azha...
Lima Diberkas Curi Empat Tan Besi Pencawang Tnb

Lima Diberkas Curi Empat Tan Besi Pencawang Tnb

papar berkaitan - pada 29/10/2020 - jumlah : 257 hits
JOHOR BAHRU Lima lelaki warga tempatan ditahan kerana disyaki mencuri kira kira empat tan besi menara pencawang Tenaga Nasional Bhd yang sedang dalam pembinaan di Kampung Awat Batu Anam dekat Segamat pada Isnin Ketua Polis Daerah Segamat Su...
Filem Martabat Misi Berdarah

Nasihat Perihal Solat Dan Kematian

Bas Bawa Pelajar Upsi Dipercayai Hilang Kawalan Dan Terlanggar Belakang Alza Jadi Punca Kemalangan

Fleeting Yet Functional The Rise Of Transient Electronics

Hari Lautan Sedunia Jangan Bawa Balik Kulit Siput Jika Ke Pantai

Fancy Owning A Private Island Or Uninhabited Land

Chronology Of Tragic Gerik Bus Crash That Claimed 15 Lives

Saya Hargai Dikritik Muat Naik Spoiler Squid Game 3 Ini Respon Park Gyuyoung


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Tips Sambal Sotong

7 Kerja Sampingan Guna Alat Ai Paling Menguntungkan Di Tahun 2025

Raya Aidiladha Di Bukit Tinggi

Raya Kedua Tapi Masih On Duty

Understanding Insurance Estimates For Car Repairs A Comprehensive Guide

Maiwp Mohon Maaf Atas Kesilapan Pemberian Pampers Tape Ppim Mohon Hentikan Kecaman