Saifuddin Belum Ada Keputusan Calon Pm Dari Ph Plus


Annabelle Lee
Diterbitkan Hari ini 9:21 pm

Pakatan Harapan (PH) dan sekutunya masih belum mencapai kata sepakat mengenai calon perdana menteri mereka.

Ketua Setiausaha PH, Saifuddin Nasution Ismail berkata, perbincangan mengenai perkara itu masih berlangsung di antara parti komponen dan rakan-rakan pembangkang.

"Saya mengikuti beberapa laporan media berkait dengan calon perdana menteri dan ingin menegaskan kenyataan-kenyataan tersebut tidak berasas dan bukannya dikeluarkan oleh Pakatan Harapan mahupun Pakatan Harapan Plus.

"Sementara kita menghormati pandangan serta komen-komen yang diberi pelbagai pihak, sayugia dimaklumkan perbincangan masih lagi dilakukan di antara komponen Pakatan Harapan dan rakan-rakan pembangkang.

"Kenyataan rasmi tentunya akan dikeluarkan apabila keputusan muktamad dicapai," katanya dalam kenyataan media.

Terdahulu, Timbalan Presiden Amanah, Salahuddin Ayub memberitahu Malaysiakini bahawa perbincangan mengenai perkara itu masih berjalan.

"Kita boleh sebut begini la, meeting in progress. Ok, still waiting. Still tunggulah kita akan membuat keputusan dalam masa terdekat," katanya tanpa menjawab soalan mengapa ia ditangguhkan.

Salahuddin berkata tiada tempoh tertentu ditetapkan untuk membuat keputusan tersebut dan hanya mengatakan mesyuarat akan diadakan dalam masa terdekat.

Sementara itu, Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil berkata 'kenyataan rasmi' mengenai perkara itu sedang disiapkan namun tidak memberitahu bila ia akan dikeluarkan.
Pembantu kepada Presiden PKR, Anwar Ibrahim sebelum itu menafikan laporan berita yang mendakwa PH Plus telah membuat keputusan untuk menamakan Mahathir Mohamad sebagai calon perdana menteri dan Anwar Ibrahim sebagai timbalannya.

PH Plus terdiri daripada Amanah, PKR, DAP, Warisan dan empat anggota parlimen yang berpihak kepada Dr Mahathir.

Laporan portal Free Malaysia Today juga mendakwa gabungan itu bersetuju agar Mahathir berkhidmat sebagai perdana menteri sehingga akhir 2020 sebelum menyerahkan jawatan itu kepada Anwar.

Beberapa minggu selepas mendakwa memiliki angka mencukupi untuk mengambil alih semula kerajaan daripada Perikatan Nasional (PN), isu mengenai siapa yang akan menjadi perdana menteri masih menemui jalan buntu bagi PH Plus.

Minggu lalu, Anggota Parlimen Simpang Renggam, Maszlee Malik yang berpihak kepada Mahathir berkata, jawatan perdana menteri kesembilan itu bukan hak mutlak Anwar kerana PH memerlukan pengaruh Mahathir bagi mendapat sokongan ahli parlimen untuk berkuasa semula.

Kenyataan itu mendorong sejumlah pemimpin PKR membidas semula Maszlee dengan mengatakan jawatan berkenaan juga bukan milik mutlak Mahathir.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2020/06/saifuddin-belum-ada-keputusan-calon-pm.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Calon Pm Ph Plus Siapa Calon Siapa Saifuddin Nasution Ismail

Calon Pm Ph Plus Siapa Calon Siapa Saifuddin Nasution Ismail

papar berkaitan - pada 19/6/2020 - jumlah : 448 hits
Saya terpanggil untuk memberi sedikit penjelasan berkenaan usaha Pakatan Harapan mengembalikan mandat rakyat ke tempatnya Sejak beberapa hari kebelakangan ini beberapa rakan PH telah mengemukakan beberapa persoalan serta memberi sedikit pen...
Calon Pm Pakatan Harapan Plus Ialah

Calon Pm Pakatan Harapan Plus Ialah

papar berkaitan - pada 17/6/2020 - jumlah : 808 hits
Pakatan Harapan dijangka mengumumkan calon Perdana Menteri mereka dalam masa terdekat Sinchew Daily melaporkan PH setakat ini menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai PM manakala Tun Dr Mahathir akan dicadang sebagai Menteri Mentor yang s...
Pakatan Harapan Plus Mahu Mahathir Sebagai Calon Pm

Pakatan Harapan Plus Mahu Mahathir Sebagai Calon Pm

papar berkaitan - pada 10/6/2020 - jumlah : 423 hits
Calon perdana menteri PH dah disepakati kata Marzuki Pakatan Harapan dan sekutunya yang digelar sebagai PH plus dikatakan mencapai persetujuan bersama berhubung calon perdana menteri mereka Hal itu disahkah salah seorang pemimpin Bersatu Ma...
Calon Perdana Menteri Ph Plus Tetapi

Calon Perdana Menteri Ph Plus Tetapi

papar berkaitan - pada 17/6/2020 - jumlah : 271 hits
Pakatan Harapan sebenarnya sudah membuat keputusan bagi menentukan siapa calon Perdana Menteri untuk kerajaan pakatan pembangkang itu kelak Ketua Umum PH Datuk Seri Anwar Ibrahim bagaimanapun menegaskan PH kini sedang merujuk pandangan kelo...
Tangguh Umum Calon Pm Ph Plus Mohon Maaf

Tangguh Umum Calon Pm Ph Plus Mohon Maaf

papar berkaitan - pada 17/6/2020 - jumlah : 350 hits
Pakatan Harapan mengakui terpaksa menangguhkan pengumuman calon Perdana Menterinya walaupun dikatakan ia sudah mempunyai persetujuan berhubung perkara berkenaan Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata penangguhan itu juga dibuat keran...
Pulau Pinang Belum Buat Keputusan Isu Lesen Jual Arak

Pulau Pinang Belum Buat Keputusan Isu Lesen Jual Arak

papar berkaitan - pada 4/6/2020 - jumlah : 428 hits
Kerajaan Pulau Pinang masih belum membuat sebarang keputusan mengenai isu lesen penjualan arak di negeri itu kata Ketua Menteri Chow Kon Yeow Sebelum ini Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Annuar Musa dilaporkan berkata pengeluaran lesen b...
Dpr Belum Setuju Keputusan Menteri Agama Soal Pembatalan Haji

Dpr Belum Setuju Keputusan Menteri Agama Soal Pembatalan Haji

papar berkaitan - pada 19/6/2020 - jumlah : 284 hits
Menag Fachrul juga diminta memperbaiki koordinasi dan sinergi dalam bermitra dengan Komisi VIII DPR
Fatal Lorry Crash Hold Company Owner Accountable Dpm

Betulkah Perawat Boleh Tahu Segalanya Menyingkap Realiti Syariat

Isteri Koperal Amiruddin Zabri Reda Suami Pergi Suami Gembira Dapat Anak Perempuan Lepas 10 Tahun Menanti

Masak Kicap Ikan Mackerel

Azizan Osman Biodata Kelulusan Isu Richworks

Toca Madera By Davisink Where Superstition Style And Sensory Dining Collide

Anggota Fru Kemalangan

Kotak Pizza Custom Solusi Ideal Untuk Bisnes Makanan Anda


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Tiada Haid Walaupun Sudah Ambil Ubat Turun Haid

Cerita Tahun Lepas Cuti Cuti Di Tiara Desaru

Android And Wear Os Are Getting A Big Refresh

Boleh Jadi Kecewa Hari Ini Adalah Jalan Pintas Tuhan Untuk Kau Temui Bahagia Yang Sebenar Nanti

Orang Melayu Terbahagi 4

Jangan Mudah Meminta Cerai