Call Of Duty Mobile Keluar Clan




63 hari sahaja aku mampu bertahan bersama keluarga 7sun. sedih weyh masa aku karang ayat untuk leave clan. jujurnya menangis. mula - mula sebak je. sebab tulisan aku panjang yang mengenang, airmata jatuh juga. ya walhal kenal nya cuma dalam game. aku masuk clan masa clan masih di level 6 tak salah. sekarang 9. wow, amazing! hahaha. 

Faktor Keluar Clanaku keluar clan memang atas kehendak sendiri. tapi tapi. hahhaha. mampos kalau 'dia' baca ni. oh for sure, dia bukan kaki stalk, so ya dia tak baca. ada beberapa faktor bodoh yang mendorong aku untuk tinggalkan clan tanpa fikir jauh. antaranya:
1 - tak yakin diri/ noob2 - 'friendship'3 - hati

Tak Yakin Diri/ Noobapa kena mengena tak yakin diri dengan noob? yang aku tahu, aku main game suka - suka. noob tu memang tak dapat dibendung. pegang weapon macam pegang pau. kalau jatuh jatuh la. hahahha aku taktahu apa kena mengena pau dengan weapon. cuma nak bagitahu, aku kalau tembak memang ke langit. peluru keluar macam kau berak cirit. tak dapat nak 'jaga' HAHAHHAHA. faham tak maksud aku? 
yela, semenjak menjak ni memang 7sun aktif gila masuk custom room. aku orang yang paling suka jadi cctv bila bab kena letak nama. kalau letak nama aku masuk bawa nama clan. jadi memang aku tak pernah lah letak aku takut. macam 'amanah'. ya aku tahu game je. tahu tu. orang bagi kepercayaan kan. memang lah main fun fun, tapi takkan masuk nak kalah buta - buta. atleast cuba. masalahnya noob aku tak dapat dibendung. kau rasa kalau aku masuk, aku jadi apa? auto lobby guys. kesian team mate dapat aku yang tak guna. 
semenjak 7sun banyak join custom room, clan makin dikenali. aku paling takut yang ni, takut yang another level. sebab aku selalu je kena "wah budak 7sun weyh.", "dak - dak power ni". kedengaran seperti menganjing pun ada. mungkin ada yang betul - betul maksudkan 7sun memang betul - betul power. isu nya dekat sini, orang yang power tu budak lain, bukan aku. aku menumpang. jadi bila dorang cakap macam ni, tiba - tiba aku auto kotak. mesti dalam fikiran diorang 'bapak ah. sampah. asal dia dalam 7sun weyh. menyesal main sekali." komfem punya lah. ahhaha. manusia kan. 
kesimpulannya, aku takut nak bawa nama 7sun. sebab aku tak pernah bagi apa - apa dekat clan. aku tak menyumbang sikit pun. aku sekadar menumpang kasih je. hmm. walaupun masih sayang nak tinggalkan. 

'Friendship' semakin lama aku dalam 7sun, semakin aku rasa friendship dorang kuat . eh macam hipotesis pula. aku nak duduk sekali dalam 'friendship' dorang tu. tapi aku tak boleh dan aku tak ada. aku tak tahu lah macammana nak jelaskan. yang aku tahu, dua kali diorang video call, terus aku buat keputusan untuk keluar clan segera. 
first, aku memang takut nak kenal orang dengan lebih rapat. second, aku insecure dengan diri sendiri. aku sedih dorang video call tanpa aku padahal aku yang taknak. apekebodoh nya perangai aku ni ? tah. 
sebab aku memang tak kan video call. atas alasan aku tak sempurna. aku kan kenal diorang cuma dalam game. diorang tak pernah tahu keadaan aku macam mana. let say, bila sedang video call. diorang nampak muka aku senget, kaki aku bengkok, perut aku kedepan, dahi aku benyek, jari aku gendut, muka aku sepah lubang, dan macam - macam lagi. 
kau rasa dorang akan stay 'kawan' dengan aku? mesti lah tak. kenal dalam game. apa - apa pun contact sebab game. kalau tak tengok muka pun tak ada masalah. cuma jadi masalah bila dah dapat tengok muka, pilihan yang baik adalah dengan meninggalkan jika rasa tak selesa. kita manusia wak, memilih hanya pada sempurna. jadi aku memilih pergi supaya aku tak rasa kehilangan saat aku berdekat dengan mereka dalam jangka masa lama. 
entahlah. sebab bodoh je kan aku tinggalkan clan? sayang betul. tapi tak apalah, tak rugi apa. sebab aku tak pernah menyumbang dan tak ada kepentingan


Hatiaku ada kata tadi aku takut nak kenal orang dengan lebih dekat. ni punca dia. hati patah. aku pernah tulis pasal dia dekat blog rahsia aku. aku tak boleh rapat dengan orang, nanti tersuka. ya aku suka dia secara sengaja. maaf. aku gaduh dengan dia 2 3 kali lepastu baik semula. kita dua ada ego masing - masing kan. 
last gaduh sampai mood dia terbang waktu nak ingame. tu paling akhir. dia spam call, dia mesej. dia marah - marah, aku ignore. ya aku tahu salah aku. meletak harap pada yang tidak sepatutnya. sebab tu aku terlalu cari salah dia, untuk aku benci dia. sebab aku tahu, bila 'suka' aku tak dapat balasan aku perlu membenci dia supaya tak ada lagi rasa. 
yang akhirnya aku buat keputusan untuk block/ delete dia dekat semua media sosial. supaya aku tak boleh lagi berhubung dengan dia. aku keluar clan memang atas diri sendiri tanpa hasutan mana - mana pihak pun. untuk aku jauhkan diri. dari semua terutama dia. 
dulu aku yang halang masa dia berniat nak keluar clan. aku sayang bila orang yang aku kenal nak tinggal aku. aku suruh dia stay. akhirnya aku yang memilih untuk pergi. aku pun tak sakit hati tengok dia, dia pun tak sakit hati tengok aku. 
ya, waktu aku mengumumkan untuk keluar clan dia tak cari aku. dia read je whatsapp tu. selepas beberapa hari, dia call aku (masuk dalam blocked number), dia cuba mesej aku di telegram dengan ucapan maaf dan selamat hari raya (sebelum tu takde mesej selamat hari raya). dia kata dia rindu aku, rindu nak berborak, rindu nak mengadu. 
aku percaya, tak ada orang yang boleh buat apa yang aku buat. aku tahu nonsense je aku buat ni, tapi bukan semua orang boleh melayan. aku boleh ada untuk orang bila perlu. bila - bila masa tanpa prejudis. aku pendengar yang baik. aku boleh pinjamkan telinga aku berjam - jam untuk sesiapa yang mahu bila perlu. 
aku tahu, ramai perempuan yang dia kenal tak boleh nak buat apa aku buat. sebab dia bukan keutamaan. kalau aku, aku mengutamakan semua orang lebih dari mengutamakan diri sendiri. susah nak cakap, tapi hakikat. hahahha. entah. cuma aku tak ada pakej cantik putih duit. kalau aku ada ni, semua orang mesti 'jaga' aku dengan baik. 

Terima Kasih 7sunterima kasih 7sun untuk beberapa hari bagi aku peluang tinggal 'dirumah'. terima kasih joule menerima aku waktu mula - mula dulu. terima kasih kong sudi jadi kawan dan sudi jadi partner pada setiap kali kau ada masa. terima kasih ahcik terima, kasih ayish jadi kawan yang baik untuk aku, terima kasih aqish sudi layan aku. terima kasih Ly sudi ajar barbar taktakut mati ajar barbar tak pakai otak. terima kasih orked + tanje + rj + hiiro sudi main sama. terima kasih 7sun banyak carry aku sampai naik legend + kutip dog tag + revive + sabar dengan aku. terima kasih kenangan <3
semoga terus maju jaya. 











Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://kanvasdakwat.blogspot.com/2020/05/call-of-duty-mobile-keluar-clan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Call Of Duty Wwii Diberi Percuma Untuk Ps Plus Bulan Jun

Call Of Duty Wwii Diberi Percuma Untuk Ps Plus Bulan Jun

papar berkaitan - pada 28/5/2020 - jumlah : 315 hits
Kebiasaanya PlayStation akan mengumumkan dua permainan percuma PS Plus secara serentak pada setiap bulan namun tidak bagi bulan Jun tahun ini Kali ini mereka menggunakan pendekatan yang berbeza hanya satu permainan diumum secara percuma dan...
Seorang Lagi Ahli Parlimen Pkr Akan Keluar Parti

Seorang Lagi Ahli Parlimen Pkr Akan Keluar Parti

papar berkaitan - pada 23/5/2020 - jumlah : 297 hits
PETALING JAYA Seorang ahli Parlimen PKR akan menjadi wakil rakyat terbaru yang akan keluar parti satu lagi tamparan kepada peluang parti itu untuk mengembalikan Pakatan Harapan ke tampuk kuasa persekutuan Sumber dalaman parti beritahu FMT b...
Wanita Kena Keluar 2 Minggu Sekali Agar Mental Kekal Sihat

Wanita Kena Keluar 2 Minggu Sekali Agar Mental Kekal Sihat

papar berkaitan - pada 23/5/2020 - jumlah : 354 hits
Peranan kawan kadang kadang boleh menjadi ahli keluarga terdekat pada satu satu masa Perkara ini kurang difahami kerana agak klise buat ramai Apatah lagi apabila anda tinggal berjauhan daripada keluarga apa apa masalah atau demam semua meme...
Pucuk Pimpinan Digesa Perbetul Pkr Elak Lebih Ramai Keluar Parti

Pucuk Pimpinan Digesa Perbetul Pkr Elak Lebih Ramai Keluar Parti

papar berkaitan - pada 23/5/2020 - jumlah : 322 hits
May 23 2020 1 37 PMSeorang ahli Parlimen PKR dipercayai akan mengumumkan keputusan keluar parti hari ini manakala sumber dalaman parti itu berkata beberapa lagi ahli Parlimen akan menjadi wakil rakyat bebas PETALING JAYA Dua pemimpin PKR te...
Panduan Sebelum Keluar Beraya Musim Pkp Ni

Panduan Sebelum Keluar Beraya Musim Pkp Ni

papar berkaitan - pada 22/5/2020 - jumlah : 395 hits
Assalamualaikum In Shaa Allah pada hari Ahad 24 Mei ni kita akan menyambut Hari Raya Aidil Fitri 1441H Marilah kita merafakkan kesyukuran kpd Allah kerana dgn izinNya dapat lagi kita menyelsaikan ibadah puasa dgn jayanya pada tahun ini OK b...
Sekatan Jalan Raya Di Semua Laluan Keluar Lembah Klang Polis

Sekatan Jalan Raya Di Semua Laluan Keluar Lembah Klang Polis

papar berkaitan - pada 22/5/2020 - jumlah : 407 hits
TANJUNG MALIM 21 Mei Ribuan kenderaan dikesan keluar dari Lembah Klang melalui Selangor menuju ke arah Utara Selatan dan Pantai Timur untuk bergerak ke negeri lain kata Timbalan Ketua Polis Selangor Datuk Arjunaidi Mohamed Beliau berkata pe...
Anak Sempat Heret Ibu Keluar Gagal Selamat Bapa Kerana Api Marak

Anak Sempat Heret Ibu Keluar Gagal Selamat Bapa Kerana Api Marak

papar berkaitan - pada 21/5/2020 - jumlah : 334 hits
KUANTAN 21 Mei Isteri kepada warga emas yang maut terperangkap di bilik air dalam kebakaran sebuah rumah banglo di Kampung Selamat malam tadi sempat diselamatkan anak lelakinya yang mengheret wanita itu keluar daripada bilik tidur Anak mang...
Hiburan Jasmin Hamid Seru Ibu Bapa Tidak Bawa Anak Keluar Sambut Raya

Hiburan Jasmin Hamid Seru Ibu Bapa Tidak Bawa Anak Keluar Sambut Raya

papar berkaitan - pada 21/5/2020 - jumlah : 376 hits
Berharap orang tidak mengambil ringan soal keselamatan Jasmin Hamid seru ibu bapa bertindak sebagai pelindung supaya tidak membawa anak anak keluar dari rumah meraikan Aidilfitri sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat Jasmin...
Keluar Sinar Harian Lagi Guru Perlu Sentiasa Kreatif

Keluar Sinar Harian Lagi Guru Perlu Sentiasa Kreatif

papar berkaitan - pada 23/5/2020 - jumlah : 289 hits
SIRI 2 GURU PERLU KREATIF Hehehe Jangan keliru ya Hari nih pon ada lagi artikel pasal abam kat sinarharian Pandai depa terpaksa abam borong lagi 10 plak hari nih Perkongsian hari nih adalah bagi topik menarik minat murid dan kreativiti guru...
Hopes Of The Chinese For Pn

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Mara Beli Hartanah Terlebih Nilai Di Uk Australia Meskipun Ditolak Mof

Leveraging Zero Click Searches

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak

Senarai Calon Top 5 Festival Filem Malaysia Ke 33

Elak Kenyataan Merugikan Kerajaan Perpaduan Pemuda Umno Wp

Winstar Tingkatkan Kapasiti Untuk Ambil Peluang Peralihan Tenaga Solar


echo '';
Info Sinopsis Kutipan Terkini Filem Kahar Kapla High Council 2024 Prekuel Drama Projek High Council

Resepi Salad Sayur Rangup dan Berkhasiat

Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Kenapa Berat Badan Bertambah Selepas Melahirkan Anak

Menu Kampung

Kereta Terbang Dari Jambatan Tak Siap

Dog Owner Ignored Sign And Brought Pup To Park

Intel Arc Battlemage Gpu Dikhabarkan Akan Dilancar Tahun Ini

Hujan Sangat Lebat Berterusan Dijangka Berlaku Di Kelantan Terengganu Dan Pahang Sehingga 29 November Ini