Pucuk Pimpinan Digesa Perbetul Pkr Elak Lebih Ramai Keluar Parti


Faiz Zainudin
-May 23, 2020 1:37 PM
Seorang ahli Parlimen PKR dipercayai akan mengumumkan keputusan keluar parti hari ini, manakala sumber dalaman parti itu berkata, ‘beberapa lagi ahli Parlimen’ akan menjadi wakil rakyat bebas.
PETALING JAYA: Dua pemimpin PKR terkejut dengan laporan seorang ahli Parlimen akan meninggalkan parti itu hari ini.

Naib Presiden PKR, Tian Chua ketika dihubungi berkata, beliau tiada maklumat ahli Parlimen mana yang akan keluar parti.

Ketua Wanita PKR, Haniza Mohd Talha yang terkejut dengan laporan itu berkata, ahli Parlimen tegar sudah keluar parti dan laporan berkenaan menunjukkan masih ada wakil rakyat tidak senang dengan tindak-tanduk pucuk pimpinan sehingga menyebabkan mereka hilang kepercayaan.

Oleh itu, Adun Lembah Jaya itu mengingatkan pucuk pimpinan PKR memperbetulkan parti bagi mengelakkan isu keluar parti berlarutan.

“Kepimpinan perlu muhasabah diri dengan jujur, mengapa keadaan ini berlaku? Mengapa ahli memilih meninggalkan parti yang mereka bina sekian lama?

“Sudah-sudahlah mencari ‘scapegoat’ dalam isu kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan, ia tidak akan dapat mengembalikan kuasa kepada PH.

“Sepatutnya parti bina kekuatan ahli dan terus mara ke depan, jika mahu kekal relevan,” katanya kepada FMT.

Haniza digantung keahlian oleh PKR pada 6 April lalu kerana menghadiri pertemuan dengan bekas timbalan presiden, Azmin Ali dan bekas naib presiden, Zuraida Kamaruddin Februari lalu.

Ditanya jika beliau menjangkakan ada lagi wakil rakyat PKR yang akan keluar parti, Haniza yang juga exco Selangor berkata, semua ahli dan pemimpin sayangkan parti kerana menyedari susah senang dalam perjuangan selama ini.

“Bermula dengan keahlian yang sedikit sehingga hari ini jumlahnya beratus ribu, melebihi setengah juta orang.

“Ahli dan pemimpin sayang pada parti yang mereka sama-sama bina sehingga menjadi parti yang mempunyai wakil rakyat paling ramai dalam PH di Dewan Rakyat.”

Malam tadi, FMT melaporkan seorang ahli Parlimen PKR dipercayai akan mengumumkan keputusan keluar parti hari ini.

Sumber dalaman parti berkata, ahli Parlimen itu tidak menonjolkan diri sejak kerajaan PH tumbang pada Februari lalu.

Katanya, PKR akan menyaksikan “beberapa lagi ahli Parlimen” menjadi wakil rakyat bebas.

Pada 12 Mei lalu, 2 wakil rakyat PKR di Kedah, iaitu Adun Sidam, Robert Ling dan Adun Lunas, Azman Nasrudin meninggalkan parti itu.

Tindakan itu menyebabkan kerajaan negeri PH pimpinan Mukhriz Mahathir tumbang dan beliau meletak jawatan sebagai menteri besar pada 17 mei lalu.

Ia disusuli pengumuman Nurainie Haziqah Shafii melepaskan jawatan ketua Srikandi PKR dan meninggalkan parti itu pada 17 Mei lalu.

Selain jawatan dalam parti, beliau turut meletak jawatan sebagai ahli Majlis Bandaraya Petaling Jaya.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2020/05/pucuk-pimpinan-digesa-perbetul-pkr-elak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
K Skrikandi Keluar Parti Giliran Pkr Pula Merudum

K Skrikandi Keluar Parti Giliran Pkr Pula Merudum

papar berkaitan - pada 18/5/2020 - jumlah : 401 hits
Ketua Skrikandi PKR umum keluar partiKetua Srikandi PKR Nurainie Haziqah Shafii hari ini mengumumkan peletakkan jawatannya dan bertindak meninggalkan parti berkenaan Nurainie dalam satu kenyataan berkata keputusan itu diambil selepas tidak ...
100 Pemimpin Pkr Kedah Keluar Parti Sokong Pn

100 Pemimpin Pkr Kedah Keluar Parti Sokong Pn

papar berkaitan - pada 16/5/2020 - jumlah : 509 hits
May 16 2020 5 32 PMAzman Nasrudin dan pemimpin lain menanggalkan baju seragam PKR dan melipat bendera parti sebagai simbolik keluar parti ALOR SETAR Seramai 100 pemimpin bahagian dan cawangan PKR Kedah meninggalkan parti itu kerana tidak be...
Keluar Parti Pkr Kini Berjangkit Ke Sarawak Pula

Keluar Parti Pkr Kini Berjangkit Ke Sarawak Pula

papar berkaitan - pada 18/5/2020 - jumlah : 487 hits
Tindakan sekumpulan pemimpin PKR Sarawak keluar kerana banyak urusan PKR di negeri itu diputuskan oleh PKR pusat dan mereka tidak mengambil pandangan pimpinan negeri Kepimpinan utama MPN Sarawak pula mendapat banyak diganggu oleh pemimpin p...
Ketua Srikandi Pkr Lepas Semua Jawatan Keluar Parti

Ketua Srikandi Pkr Lepas Semua Jawatan Keluar Parti

papar berkaitan - pada 18/5/2020 - jumlah : 360 hits
May 17 2020 7 29 PMNurainie Haziqah Shafii yang juga peguam akan memfokuskan usaha membantu golongan memerlukan dan terus aktif dalam NGO disertainya PETALING JAYA Nurainie Haziqah Shafii hari ini melepaskan jawatan ketua Srikandi PKR dan m...
Fenomena Keluar Parti Dalam Pkr Pasca Gerakan Sheraton

Fenomena Keluar Parti Dalam Pkr Pasca Gerakan Sheraton

papar berkaitan - pada 18/5/2020 - jumlah : 376 hits
Prof Aziz patut tahu membezakan antara pembersihan fizikal dgn pembersihan pemikiran Pembersihan parti dari sudut fizikal dgn pembersihan pemikiran melahirkan natijah yg berbeza Yg berlaku dalam PKR sekarang adalah pembersihan fizikal iaitu...
Pasca Pengkhianatan Kartel Pkr Runtuh Parti Lebih Stabil

Pasca Pengkhianatan Kartel Pkr Runtuh Parti Lebih Stabil

papar berkaitan - pada 14/5/2020 - jumlah : 332 hits
Pengkhianatan dua orang ADUN PKR di Kedah mungkin dilihat sesetengah pihak sebagai kelemahan parti dalam mengawal pemimpin Namun sekiranya dilihat secara keseluruhan peristiwa tersebut mempunyai hikmah di sebaiknya Bagi Pengerusi Majlis Pim...
Dua Adun Pkr Di Kedah Hari Ini Mengumumkan Keluar Parti Hari Ini

Dua Adun Pkr Di Kedah Hari Ini Mengumumkan Keluar Parti Hari Ini

papar berkaitan - pada 13/5/2020 - jumlah : 345 hits
Dua Adun PKR di Kedah hari ini mengumumkan keluar parti hari ini suatu tamparan pada Menteri Besar Mukhriz Mahathir yang selama ini bertahan dengan sokongan 17 daripada 36 wakil rakyat di Dewan Undangan Negeri Adun Sidam Robert Ling Kui Ee ...
2 Adun Pkr Keluar Parti Kedah Jatuh Ke Tangan Pn

2 Adun Pkr Keluar Parti Kedah Jatuh Ke Tangan Pn

papar berkaitan - pada 12/5/2020 - jumlah : 346 hits
Dr Robert Ling Kui Ee dan Azman Nasrudin membuat pengumuman rasmi dalam satu sidang media bersama Dua adun PKR di Kedah Dr Robert Ling Kui Ee dan Azman Nasrudin mengumumkan keluar daripada parti itu Dalam satu sidang media bersama tengah ha...
Pkr Akan Saman 2 Adun Kedah Rm10 Juta Kerana Keluar Parti

Pkr Akan Saman 2 Adun Kedah Rm10 Juta Kerana Keluar Parti

papar berkaitan - pada 12/5/2020 - jumlah : 444 hits
Dua Adun Robert Ling Kui Ee dan Azman Nasarudin mengumumkan penarikan diri daripada PKR pada sidang media hari ini ALOR SETAR PKR Kedah berkata ia akan menyaman 2 Adun yang keluar parti RM10 juta setiap seorang kerana mengkhianati parti dan...
Dugaan Pagi Khamis

Kelly Ripa And Lola Consuelos Legs And Feet In Tights

Quantum Computing In 2025 Transforming Industries And Redefining Possibilities

Insentif Mahasiswa Johor Sesi 1 2025

Johari Abdul Ghani Dijangka Ganti Tengku Zafrul Disember Ini

A Noble Idea But Can A Non Islamic Religious Affairs Advisory Board Strengthen National Unity

Sambal Bendi Goreng

Utp Breaks Into Top 50 In Asia University Rankings


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kedah Akan Terus Tuntut Pulau Pinang Mengikut Perlembagaan Dan Lunas Undang Undang

A Country Residence In Moscow By Ariana Ahmad Where Refined Design Meets Artful Living

Pahang To Reclaim Encroached Land Using Full Extent Of Law Mb

Don T Be Too Quick On The Draw

Hamzah Voters Will Reject Umdap Govt Pn Umno A Strong Combo

Ai And Social Justice Imagining A Better Future