Cakap Melayu Rasis Cakap Islam Pelampau Agama


SUBKY LATIF 19 MAY 2019

APA yang orang Melayu boleh cakap dan boleh buat bagi menyatakan ia ada dan masa depannya terbela? Apa yang Islam boleh cakap bagi menyatakan ia ada dan masa depannya lebih baik dari masa ini?

Orang Melayu itu sejak mengenal politik berorganisasi tidak pernah sepakat. Semuanya mengakui mewarisi sepotong peri bahasa orang tua-tuanya, ‘bersatu teguh bercerai roboh’. Tetapi ia hanya untuk disebut, tidak dijadikan panduan.

Mungkin manusia itu begitu dan semua bangsa dulu dan sekarang begitu, mewarisi anak Adam dan Hawa, Qabil dan Habil yang seibu sebapa, tidak sehaluan berakhir dengan Qabil bunuh Habil. China juga demikian. Beperang komunis dan Kaumintang hingga berpecah dua wilayahnya, Tanah Besar China dan Taiwan.

Melayu itu tidak terus terjadi sebagai bangsa yang berbahasa dan berkebudayaan melainkan ada tok neneknya yang membentuk bangsa itu dan menamakannya Melayu dan bernegara. Jika tiada bekerja membentuknya, nescaya tiada Melayu di dunia sekarang.

Demikian juga Islam. Allah tidak jadikan ia terus besar lengkap sebagai agama ad-din. Allah jadi seorang Nabi seorang diri, Muhammad AW di tengah masyarakat jahiliah Arab menyembah berhala. Atas dakwah dan jihadnya Islam jadi agama besar dan dinamik. Jika Islam yang berempayar tidak dipelihara, hancurlah Empayar Uthmaniah menjadi Turki dan beberapa negara umat Islam yang tidak berkuasa, bahkan umat Islam Turki menjadi jahiliah sekular ataturkis, sudah hampir 100 tahun ia belum jadi seperti Islam zaman Uthmaniah.

Umat Islam Malaysia pasca merdeka menangisi perbedaan orang Melayu dalam PAS dan umno tanpa mengkaji dari sudut Islam mengapa mereka tidak bersama dan bagaimana pula boleh bersama. Kerana Islam mereka tidak dapat bersama dan kerana Islam pula mereka boleh bersama.

Orang Melayu yang memperjuangkan kemerdekaan memperjuang hak berbahasa tunggal, hak ekonomi, pendidikan, beraja dan lain-lain. Justeru mereka tidak pernah bersama, semuanya seolah-olah tidak dapat dicapai dan payah dipertahankan.

Islam pula tidak terus terpelihara jika ia tidak diamal, didakwah dan ditarbiah. Amal, dakwah dan tarbiah itu adalah tuntutan dan ciri beragama. Jika ia diabaikan individu Islam boleh murtad, liberal dan plural, semuanya melumpuhkan Islam.

Kebanyakannya merasa mereka sudah sedar. Bagi yang sedar itu sekata perlunya penyatuan ummah. Dengan penyatuan yang Umno dan PAS setuju itu boleh menjadikan yang berjuang lama dalam Islam bertambah kuat daya juang Islamnya dan yang tidak meletakkan Islam sebagai garis daya juangnya, tumbuh meluas rasa dan seruan agamanya.

Bagi yang tidak sedar merasai memadai dengan Islam yang ada, cukup sekadar solat, puasa dan haji, cukup dengan dicatatkan dalam perlembagan Islam itu agama rasmi, dan cukup al-Quran itu dibaca dan khatam, tetapi kandungan dan ajarannya dibiarkan. Dengan Islam yang ada itu Islam cukup ia terpelihara.

Pada program penyatuan ummah itu mereka bantah ratifikasi Statut Rom, ratifikasi menyamaratakan semua perkara agama, kaum dan kesukuan yang dirasakan Islam tiapa lebih dan tiada daulat. Bila membantah, siapa cakap tentang Melayu jadi rasis dan siapa cakap tentang islam jadi pelampau agama.

Habis apa yang Melayu hendak cakap tentang bangsa? Apa Islam hendak cakap tentang agamanya? Tidak memadai sekadar rajin, kaya kalau Melayu jadi Palestin dan Islam diperintah, tidak memerintah. Hendak buat apa supaya tidak dikata rasis dan ektremis? 
– HARAKAHDAILY 19/5/2019

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2019/05/cakap-melayu-rasis-cakap-islam-pelampau.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Politik Melayu Islam Jaminan Masa Depan Umno

Politik Melayu Islam Jaminan Masa Depan Umno

papar berkaitan - pada 12/5/2019 - jumlah : 444 hits
Timbalan Presiden UMNO yang menjalankan tugas tugas Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan berucap pada Majlis Sambutan Ulangtahun UMNO ke 73 dan Majlis Berbuka Puasa di Pusat Dagangan Dunia Putra Kuala Lumpur foto FAREEZ FADZILKUALA LUMPUR...
Melayu Bersatu Melalui Umno Pas Dikatakan Rasis Cina Bersatu Melalui Dap Apa Pula

Melayu Bersatu Melalui Umno Pas Dikatakan Rasis Cina Bersatu Melalui Dap Apa Pula

papar berkaitan - pada 14/5/2019 - jumlah : 552 hits
KEMENANGAN Dap di PRK Parlimen Sandakan memang sudah dijangka Melihat kepada komposisi kaum di kawasan itu yang didominasi pengundi Cina kita memang sudah menjangkakan Dap akan menang Parti Bersatu Sabah bukan bersama Barisan Nasional lagi ...
Ridhuan Tee Berhentilah Kaitkan Islam Dengan Bangsa Melayu Pemimpin Pan

Ridhuan Tee Berhentilah Kaitkan Islam Dengan Bangsa Melayu Pemimpin Pan

papar berkaitan - pada 20/5/2019 - jumlah : 338 hits
KUALA LUMPUR Pimpinan Nasional Parti Amanah Negara menasihatkan Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah agar berhenti mengaitkan Islam dengan bangsa Melayu Sambil menyifatkan pendakwah agama itu sebagai satu contoh hasil faham politik parti penun...
Aku Tak Akan Bagi Duit Percuma Kat Kau Melayu Bodoh Penumpang Hina Melayu Islam Pemandu Grab Buat Laporan Polis

Aku Tak Akan Bagi Duit Percuma Kat Kau Melayu Bodoh Penumpang Hina Melayu Islam Pemandu Grab Buat Laporan Polis

papar berkaitan - pada 10/5/2019 - jumlah : 817 hits
Seorang pemandu Grab Murshid 37 tahun telah membuat laporan polis apabila seorang penumpang yang membatalkan tempahan Grab menghina Melayu dan Islam pada 9 56 malam semalam BACA Menurut bekas kakak ipar Murshid Kejadian berlaku apabila dia ...
Aku Takkan Bagi Kau Duit Melayu Bodoh Pemandu Grab Terkejut Penumpang Hina Bangsa Agama

Aku Takkan Bagi Kau Duit Melayu Bodoh Pemandu Grab Terkejut Penumpang Hina Bangsa Agama

papar berkaitan - pada 10/5/2019 - jumlah : 446 hits
Aku Takkan Bagi Kau Duit Melayu Bodoh Pemandu Grab Terkejut Penumpang Hina Bangsa Agama Kecoh di Facebook apabila seorang lelaki Suzie Ahmad memuat naik status menyatakan seorang penumpang telah menghina bangsa Melayu dan agama Islam meneru...
Pasumno Lupa Negara Kita Punya 9 Sultan Dan 13 Mufti Agama Islam Terancam

Pasumno Lupa Negara Kita Punya 9 Sultan Dan 13 Mufti Agama Islam Terancam

papar berkaitan - pada 7/5/2019 - jumlah : 484 hits
PASUMNO lupa Malaysia punya 9 orang Sultan dan seorang Agong untuk menjaga Islam Dan di bantu 13 Mufti untuk membimbing Umat Islam Dari itu bagaimana pula Pakatan gagal menjaga Islam Jika benar apa di dikatakan oleh Mufti Perlis maka Agong ...
Sentimen Melayu Islam Terancam Mainan Parti Kalah Cuba Tutup Kesalahan

Sentimen Melayu Islam Terancam Mainan Parti Kalah Cuba Tutup Kesalahan

papar berkaitan - pada 9/5/2019 - jumlah : 372 hits
KUALA LUMPUR Tindakan blok pembangkang memainkan sentimen agama Islam dan hak Melayu yang kononnya terancam di bawah pentadbiran Pakatan Harapan didakwa bertujuan menyelamatkan diri daripada kesilapan lalu Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mo...
Khalid Samad Kecam Golongan 039 Berdegar Cakap Islam Akhlak Hancur 039

Khalid Samad Kecam Golongan 039 Berdegar Cakap Islam Akhlak Hancur 039

papar berkaitan - pada 13/5/2019 - jumlah : 284 hits
Khalid Samad yakin negara dapat dibangunkan menerusi akhlak murni Foto oleh Hari AnggaraKOTA BARU 13 Mei Islam dipandang jijik jika pemimpinnya sendiri tidak berakhlak mulia dan tidak berintegriti kata Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negar...
Sister In Islam Membantah Jabatan Agama

Sister In Islam Membantah Jabatan Agama

papar berkaitan - pada 15/5/2019 - jumlah : 324 hits
1 Sisters in Islam hari ini membidas operasi Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan yang memberikan notis kepada wanita yang berpakaian seksi dan berkelakuan tidak sopan Mereka menyifatkan ia sebagai suatu obsesi yang perlu dihentikan 2 Tin...
Tng E Wallet The Quiet Enabler Behind Malaysia S Favorite Slot Routines

Adik Dah Pergi Tapi Nama Tetap Disebut Luahan Abang Meruntun Jiwa

From Startup To Unicorn Status

Nutrisi Wajib Dalam Makanan Setelah Sakit Agar Tubuh Cepat Pulih

Wacana Manuskrip Melayu Bil 3 2025 Persenjataan Melayu Citra Budaya Bangsa

Ashley Graham S Legs And Feet In Tights 2

Testastretta Tempest Rough Crafts Savage Custom Ducati Monster

Aidil Adha Tetap Meriah Di Kuala Lumpur Sambil Bonding Dengan Adik Beradik


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Sayang Solat Dah Ke 2 Tahun Pjj Wanita Dedah Housemate Suami Adalah Isteri Orang Perbualan Whatsapp Jadi Tumpuan

Detik Detik Pesawat Air India Terhempas Nasib 242 Penumpang Dalam Tanda Tanya

Disyaki Angkara Hutang 3 Rumah Rosak Akibat Letupan

The Acquittal Of Yusoff Rawther Of Drug Trafficking And Possession Of Fake Pistols Points To Massive Police Frame Up

How The Hanseatic League Shaped Early European Trade

Daia 3 Dalam 1 Softergent Lavender Pilihan Neelofa