Caj Rm5 000 Pasang Cermin Gelap Untuk Keselamatan Anthony Loke


Kumara Sabapatty
Alat pengesan kadar ketelusan cahaya tampak yang digunakan oleh Pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk pemeriksaan kenderaan bercermin gelap selepas sidang media mengenai pindaan ke atas peraturan penggunaan cermin gelap pada kenderaan motor di Kementerian Pengangkutan, Presint 4, Putrajaya. foto NOOREEZA HASHIM
PUTRAJAYA – Mulai esok pemilik kenderaan persendirian diberi kelonggaran untuk memasang cermin gelap sepenuhnya pada kenderaan mereka dengan bayaran sebanyak RM50 untuk fi permohonan dan RM5,000 untuk proses kelulusan dua tahun.

Bayaran tersebut adalah bagi permohonan menggunakan cermin gelap atas faktor keselamatan manakala jika permohonan disebabkan oleh masalah kesihatan, tiada sebarang fi dikenakan.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, kenderaan kerajaan seperti milik Ketua Pengarah JPJ dan menteri-menteri Kabinet serta polis juga dibenarkan memasang cermin gelap sepenuhnya atas faktor risiko keselamatan

“Mereka yang diluluskan akan dikenakan caj RM5,000 untuk tempoh dua tahun dan perlu memohon semula dengan kadar caj sama selepas tamat sah laku itu.

“Manakala pengecualian fi diberikan kepada permohonan atas faktor kesihatan yang disertakan dengan pengesahan bertulis pakar perubatan kerajaan sekiranya ada alahan atau penyakit kulit perlu elak cahaya matahari dan sebagainya dan akan diluluskan segera,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media khas mengenai cermin gelap bersama Ketua Pengarah JPJ Datuk Seri Shaharuddin Khalid.

Mengulas lanjut, Anthony berkata, peraturan baharu itu memberi tempoh sehingga 5 Ogos untuk pemilik kenderaan mengubahsuai filem penapisan tampak cahaya dan cermin gelap kereta masing masing.

Menurutnya, beliau juga menerima rungutan pemilik kereta mewah import Jepun yang siap bercermin gelap yang tidak mengikuti spesifikasi JPJ supaya mengkaji semula peraturan berkaitan.

“Wujud pula kedai aksesori yang membantu mereka menukar cermin standard untuk sementara demi kelulusan Puspakom dengan caj RM800 dan atas faktor ini juga kita mengubahsuai mengikut peraturan Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu fasa 43 yang ditetapkan,” katanya.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook melihat pemeriksaan kenderaan bercermin gelap oleh seorang pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) selepas sidang media mengenai pindaan ke atas peraturan penggunaan cermin gelap pada kenderaan motor di Kementerian Pengangkutan, Presint 4, Putrajaya. foto NOOREEZA HASHIM Ahli Parlimen Seremban itu juga mengakui sebelum ini tiada ada sebarang caj dikenakan untuk kelulusan pemasangan cermin gelap di mana bagi tempoh 2011 hingga 2018 sebanyak 5,469 kelulusan pemasangan filem cermin lebih gelap telah dikeluarkan melalui orang tengah yang diberi komisen.

“Kita ada sebab nak kenakan caj sekarang kerana kebanyakan permohonan atas faktor keselamatan yang saya terima sepanjang tahun ini adalah terdiri daripada orang kenamaan yang berkemampuan untuk bayar.

“Demi ketelusan dan mengelak campur tangan saya sendiri, jawatankuasa khas dipengerusikan Ketua Pengarah JPJ akan bermesyuarat sebulan sekali untuk memproses dan meluluskan setiap permohonan itu.

“Permohonan berkenaan terlebih dahulu akan melalui proses penapisan Polis Diraja Malaysia dan sebarang permohonan yang mempunyai rekod jenayah akan ditolak tanpa komporomi manakala pemohon yang mempunyai saman tertunggak perlu menjelaskannya untuk membolehkan dia dipertimbangkan,” katanya.

Selepas jawatankuasa khasJPJ meluluskan permohonan, ia akan diangkat untuk tandatangan dan kelulusan beliau selaku menteri sebelum satu hologram akan dikeluarkan untuk ditampal dalam cermin kenderaan.

Menurutnya, penguatkuasa JPJ akan menggunakan peralatan baharu untuk mengimbas tahap ketelusan cahaya tampak cermin gelap yang ditetapkan kelak dan akan dikenakan saman kompaun RM300 jika bersalah menerusi operasi.

“Setiap proses kelulusan permohonan oleh jawatankuasa khas itu akan mengambil masa lebih sebulan memandangkan semua permohonan akan dihantar kepada PDRM untuk ditapis.

Manakala kesemua 20,000 kelulusan pemasangan cermin gelap dibawah kerajaan terdahulu sudah luput sekarang mengikut peraturan baharu dan mereka perlu memohon semula dengan kadar bayaran yang dikenakan ini,” tegasnya.- MalaysiaGazette



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/05/caj-rm5000-pasang-cermin-gelap-untuk.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anthony Jangan Salah Faham Caj Penggunaan Cermin Gelap

Anthony Jangan Salah Faham Caj Penggunaan Cermin Gelap

papar berkaitan - pada 7/5/2019 - jumlah : 466 hits
PUTRAJAYA Jangan ada mana mana pihak salah faham mengenai caj yang dikenakan terhadap penggunaan cermin gelap yang diumumkan hari ini demikian menurut Menteri Pengangkutan Anthony Loke Beliau menegaskan mengikut peraturan yang ditetapkan ti...
Caj Rm5k Jika Mahu Cermin Kereta Gelap Sepenuhnya

Caj Rm5k Jika Mahu Cermin Kereta Gelap Sepenuhnya

papar berkaitan - pada 8/5/2019 - jumlah : 340 hits
Pemilik kenderaan di Malaysia tidak perlu lagi risau dikenakan saman oleh pihak berkuasa sekiranya kadar ketelusan cahaya tampak atau cermin gelap kereta mereka melebih had yang ditetapkan selepas Kementerian Pengangkutan menetapkan tiada l...
Dulu Pasang Cermin Gelap Duit Tak Masuk Kocek Kerajaan

Dulu Pasang Cermin Gelap Duit Tak Masuk Kocek Kerajaan

papar berkaitan - pada 9/5/2019 - jumlah : 290 hits
By 9 Mei 2019 Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia Datuk Seri Shaharuddin Khalid dan Setiausaha Politik Datuk Dahlan Maamor menunjukkan statistik dan keratan akhbar pada sidang media...
Peraturan Baru Cermin Gelap Jpj 2019

Peraturan Baru Cermin Gelap Jpj 2019

papar berkaitan - pada 8/5/2019 - jumlah : 408 hits
Peraturan pemasangan penggunaan cermin gelap 2019 Memasang cermin gelap atau memasang tinted film untuk menggelapkan cermin kenderaan adalah dibenarkan dengan syarat anda hendaklah mematuhi peraturan yang ditetapkan Sebelum anda berkunjung ...
Polis Tak Setuju Cermin Gelap

Polis Tak Setuju Cermin Gelap

papar berkaitan - pada 8/5/2019 - jumlah : 460 hits
PERATURAN baru mengenai penggunaan cermin gelap kenderaan persendirian akan menyukarkan tugas penguatkuasaan terutama polis Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman Datuk Azisman Alias berkata pihaknya menghormati pera...
Peraturan Baru Lapisan Filem Atau Cermin Gelap Ke Atas Kenderaan Motor

Peraturan Baru Lapisan Filem Atau Cermin Gelap Ke Atas Kenderaan Motor

papar berkaitan - pada 8/5/2019 - jumlah : 476 hits
PUTRAJAYA 7 Mei 2019 Menteri Pengangkutan YB Loke Siew Fook mengumumkan pindaan ke atas peraturan baru lapisan filem atau cermin gelap ke atas kenderaan motor dalam satu sidang media di Kementerian Pengangkutan Malaysia di sini hari ini Men...
Lagi Pihak Bantah Peraturan Baru Penggunaan Cermin Gelap

Lagi Pihak Bantah Peraturan Baru Penggunaan Cermin Gelap

papar berkaitan - pada 8/5/2019 - jumlah : 781 hits
MALAYSIAKINI Parti Ikatan Bangsa Malaysia menyifatkan kebenaran penggunaan cermin gelap seperti yang diumumkan semalam sebagai keputusan terburu buru tanpa melibatkan kajian secara komprehensif Sehubungan itu ketua pemuda Ikatan Shahrir Adn...
Penggunaan Cermin Gelap Kenderaan Persendirian Tanpa Had Dibenarkan

Penggunaan Cermin Gelap Kenderaan Persendirian Tanpa Had Dibenarkan

papar berkaitan - pada 8/5/2019 - jumlah : 463 hits
Bermula esok semua jenis kenderaan persendirian boleh menggunakan lapisan filem atau cermin gelap tanpa had pada sisi kiri kanan dan belakang penumpang Untuk pengetahuan korang sebelum ini peraturan menetapkan kadar ketelusan cahaya tampak ...
Saya Terkilan Tidak Dipanggil Berbincang Polis Tak Setuju Peraturan Cermin Gelap

Saya Terkilan Tidak Dipanggil Berbincang Polis Tak Setuju Peraturan Cermin Gelap

papar berkaitan - pada 8/5/2019 - jumlah : 336 hits
Saya Terkilan Tidak Dipanggil Berbincang Polis tak setuju Peraturan cermin gelap Peraturan baru mengenai penggunaan cermin gelap kenderaan persendirian akan menyukarkan tugas penguatkuasaan terutama polis Pengarah Jabatan Siasatan dan Pengu...
Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross

Hopes Of The Chinese For Pn

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Leveraging Zero Click Searches

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak

Mara Beli Hartanah Terlebih Nilai Di Uk Australia Meskipun Ditolak Mof


echo '';
Resepi Salad Sayur Rangup dan Berkhasiat

Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Tips Hartanah Pocket Calculator Cara Mengumpul Deposit Untuk Beli Rumah

Drama Lara Kasih Lakonan Fikry Ibrahim Chacha Maembong

Rose Number One Girl Chord

Cinnamon Rolls Klasik Kini Dengan Lotus Biscoff Dan Set Minuman Terbaharu Dari Cinnabon

Creating A Cozy Farmhouse Look Timeless Decor Tips

Will Artificial Intelligence Disappoint