Caj Rm5k Jika Mahu Cermin Kereta Gelap Sepenuhnya


Pemilik kenderaan di Malaysia tidak perlu lagi risau dikenakan saman oleh pihak berkuasa sekiranya kadar ketelusan cahaya tampak atau cermin gelap kereta mereka melebih had yang ditetapkan, selepas Kementerian Pengangkutan menetapkan tiada lagi had bagi cermin gelap untuk semua kenderaan persendirian.


Menurut menterinya, Anthony Loke Siew Fook, kelonggaran itu bagaimanapun, hanyalah untuk cermin kiri dan kanan penumpang serta belakang sahaja.

Sebelum ini, ketelusan cahaya tampak ditetapkan pada kadar 30 peratus seperti digariskan dalam Kaedah-Kaedah Kenderaan Motor (Larangan Mengenai Jenis-Jenis Kaca Tertentu) 1991.

Sehubungan itu, peraturan baharu menetapkan kadar ketelusan cahaya bagi cermin depan kenderaan pula adalah 70 peratus manakala bagi cermin sisi kiri dan kanan pemandu terikat pada 50 peratus.

"Cermin di belakang dan cermin penumpang tidak ada had, boleh gelap. Sebab ramai yang minta supaya di longgarkan untuk memberikan lebih gelap supaya boleh menahan haba dan sebagainya.

"Kita sudah mengambil pertimbangan itu tetapi kita tak boleh berkompromi untuk cermin depan dan untuk cermin pemandu sebab itu yang lebih penting dan itu (had) kita kekalkan sedia ada," kata beliau.

Beliau turut menegaskan, kebenaran itu hanya tertakluk untuk kenderaan motor milik persendirian sahaja.

Bagi kenderaan motor yang didaftar dan digunakan untuk pengangkutan awam dan barangan, kadar ketelusan cahaya tampak atau peratusan cahaya tampak tidak boleh kurang daripada 70 peratus.

Mana-mana individu boleh memohon untuk menggunakan cermin lebih gelap sama ada menerusi menggunakan lapisan filem atau penggunaan kaca lebih gelap yang menjadikan peraturan cahaya tampak adalah kurang, atas sebab khusus seperti faktor keselamatan atau kesihatan.

Tetapi, fi permohonan dan pemprosesan baharu sebanyak RM50 akan dikenakan ke atas setiap kelulusan menggunakan cermin yang lebih gelap bertujuan meningkatkan hasil kerajaan.

Cermin Gelap Penuh

Dalam pada itu, setiap permohonan bagi penggunaan cermin gelap sepenuhnya akan dikenakan bayaran RM5,000 dengan kelulusan untuk dua tahun dan perlu memohon semula dengan kadar caj sama selepas tamat sah laku itu.

Latar belakang kebanyakan mereka yang memohon atas faktor keselamatan adalah tan sri, datuk seri dan orang berkemampuan dan jika dikenakan bayaran, ia mampu memberi pendapatan kepada kerajaan.

Permohonan atas faktor kesihatan dikecualikan daripada bayaran tetapi perlu disahkan pakar kerubatan kerajaan.

Manakala pengecualian fi diberikan kepada permohonan atas faktor kesihatan yang disertakan dengan pengesahan bertulis pakar perubatan kerajaan sekiranya ada alahan atau penyakit kulit perlu elak cahaya matahari dan sebagainya dan akan diluluskan segera.

Peraturan baharu itu memberi tempoh sehingga 5 Ogos 2019 untuk pemilik kenderaan mengubahsuai filem penapisan tampak cahaya dan cermin gelap kereta masing masing.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:
Apa Perlu Dilakukan Jika Kereta Terjunam Dalam Air?Kisah Benar Penumpang Misteri Van Jenazah!
sumber: astroawani



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.sentiasapanas.com/2019/05/larangan-cermin-gelap-dimansuhkan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Menteri Pengangkutan Umum Peraturan Baru Cermin Kereta Gelap

Menteri Pengangkutan Umum Peraturan Baru Cermin Kereta Gelap

papar berkaitan - pada 7/5/2019 - jumlah : 346 hits
Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook telah mengatakan pada bulan November lalu bahawa akan ada peraturan baharu terhadap penggunaan cermin gelap Beliau juga melaporkan terdapat garis panduan telah diubah beberapa kali oleh kerajaan s...
Malaysia Cermin Gelap Sepenuhnya Di Belakang Sisi Penumpang Dibenarkan Kementerian Pengangkutan

Malaysia Cermin Gelap Sepenuhnya Di Belakang Sisi Penumpang Dibenarkan Kementerian Pengangkutan

papar berkaitan - pada 7/5/2019 - jumlah : 401 hits
Semua pemilik kenderaan persendirian boleh menggunakan cermin gelap sepenuhnya di bahagian belakang dan cermin sisi kiri dan kanan penumpang bermula esok umumkan menteri Kementerian Pengangkutan Anthony Loke hari ini Bagaimanapun kadar pera...
Anthony Jangan Salah Faham Caj Penggunaan Cermin Gelap

Anthony Jangan Salah Faham Caj Penggunaan Cermin Gelap

papar berkaitan - pada 7/5/2019 - jumlah : 470 hits
PUTRAJAYA Jangan ada mana mana pihak salah faham mengenai caj yang dikenakan terhadap penggunaan cermin gelap yang diumumkan hari ini demikian menurut Menteri Pengangkutan Anthony Loke Beliau menegaskan mengikut peraturan yang ditetapkan ti...
Caj Rm5 000 Pasang Cermin Gelap Untuk Keselamatan Anthony Loke

Caj Rm5 000 Pasang Cermin Gelap Untuk Keselamatan Anthony Loke

papar berkaitan - pada 8/5/2019 - jumlah : 639 hits
Alat pengesan kadar ketelusan cahaya tampak yang digunakan oleh Pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan untuk pemeriksaan kenderaan bercermin gelap selepas sidang media mengenai pindaan ke atas peraturan penggunaan cermin gelap pada kenderaan mo...
Saya Terkilan Tidak Dipanggil Berbincang Polis Tak Setuju Peraturan Cermin Gelap

Saya Terkilan Tidak Dipanggil Berbincang Polis Tak Setuju Peraturan Cermin Gelap

papar berkaitan - pada 8/5/2019 - jumlah : 342 hits
Saya Terkilan Tidak Dipanggil Berbincang Polis tak setuju Peraturan cermin gelap Peraturan baru mengenai penggunaan cermin gelap kenderaan persendirian akan menyukarkan tugas penguatkuasaan terutama polis Pengarah Jabatan Siasatan dan Pengu...
Peraturan Baru Lapisan Filem Atau Cermin Gelap Ke Atas Kenderaan Motor

Peraturan Baru Lapisan Filem Atau Cermin Gelap Ke Atas Kenderaan Motor

papar berkaitan - pada 8/5/2019 - jumlah : 481 hits
PUTRAJAYA 7 Mei 2019 Menteri Pengangkutan YB Loke Siew Fook mengumumkan pindaan ke atas peraturan baru lapisan filem atau cermin gelap ke atas kenderaan motor dalam satu sidang media di Kementerian Pengangkutan Malaysia di sini hari ini Men...
Cermin Gelap Polis Tak Setuju Amp Terkilan Tak Dipanggil Untuk Berbincang

Cermin Gelap Polis Tak Setuju Amp Terkilan Tak Dipanggil Untuk Berbincang

papar berkaitan - pada 8/5/2019 - jumlah : 265 hits
Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook semalam mengumumkan tiada had ditetapkan bagi kadar ketelusan cahyaa tampak untuk cermin kiri dan kanan penumpang serta belakang bagi kenderaan persendirian nbsp Pengumuman itu mendapat reaksi pos...
Benar Cermin Gelap Pihak Polis Terkilan

Benar Cermin Gelap Pihak Polis Terkilan

papar berkaitan - pada 8/5/2019 - jumlah : 295 hits
Berkuat kuasa 8 Mei kenderaan persendirian dibenarkan menggunakan cermin gelap tanpa had pada cermin sisi kiri dan kanan penumpang serta cermin belakang kenderaan Kadar peratusan ketelusan cahaya bagi cermin depan dan cermin sisi kiri dan k...
Keputusan Penggunaan Cermin Gelap Tanpa Had Tidak Dibincang Bersama Pihak Polis

Keputusan Penggunaan Cermin Gelap Tanpa Had Tidak Dibincang Bersama Pihak Polis

papar berkaitan - pada 9/5/2019 - jumlah : 370 hits
Selepas Anthony Loke berkata mengenai kebenaran menggunakan cerimin gelap tanpa had bagi kenderaan persendirian kini pihak polis pula menyatakan bahawa tiada sebarang perbincangan diadakan bersama pihak kementerian dan polis mengenai pelaks...
Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

The West Isn T Dying But It S Working On It

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Lirik Lagu Curang Abg Pau


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Lirik Lagu Doremon Atmosfera

Harry Parintang Di Hatimu Ternyata Dia Chord

Tiket Escape Penang Harga Tiket Cara Pembelian Tahun 2025

Japan S First Plug In Hybrid Minivan In Two Versions Toyota Alphard And Vellfire

This Vivid Royal Enfield Bobber Is A Tasty Technicolor Treat

Dating Tengok Wayang Lembayung Di Palm Mall