Caj Ppum Naik Tangan Kanan Tak Tahu Apa Tangan Kiri Buat


 



Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam Selangor (Cassa) dukacita dengan keputusan Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) menaikkan caj perkhidmatan bermula 1 Januari lalu.  
Presidennya, Jacob George berkata lebih malang lagi, apa yang berlaku memperlihatkan kerajaan gagal untuk mengawal sebarang kenaikan yang sedang dan akan berlaku.  
“Pada masa ini kita dalam satu keadaan, satu ekosistem yang pemerintah tak dapat kawal kenaikan-kenaikan tersebut,” katanya.
Dia mengibaratkan apa yang berlaku seperti “tangan kiri tak tahu apa tangan kanan buat dan tangan kanan tak tahu apa tangan kiri buat”.
Jacob GeorgePada 4 Jan, PPUM mempertahankan keputusannya untuk menaikkan caj pesakit untuk prosedur, rawatan dan perkhidmatan berikutan peningkatan kos.
Sehari sebelumnya, MalaysiaNow melaporkan bahawa PPUM mengumumkan kenaikan sehingga 70 peratus dalam caj pesakit.  
Memetik laporan akhbar harian Cina Guang Ming Daily, caj wad hospital itu akan dinaikkan sebanyak 60 peratus, daripada RM120 kepada RM300.  
Bayaran untuk rawatan susulan di klinik pakar dinaikkan daripada RM15 kepada RM50, iaitu peningkatan sebanyak 70 peratus.  
Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) menggesa kenaikan secara beransur-ansur memandangkan PPUM satu-satunya hospital awam yang menawarkan perkhidmatan penjagaan kesihatan menyeluruh di Petaling Jaya.  
Campur tangan
Sementara itu, Jacob berkata, kewujudan dua bentuk saluran perkhidmatan kesihatan--kerajaan dan swasta--membuka ruang untuk pihak tertentu menentukan caj rawatan sendiri.  
“Jika pemerintah tidak menunjukkan satu ketekalan untuk mengawal dan menjaga hak-hak pengguna atau pesakit ini, kita akan ada satu masalah yang begitu besar dan itulah masalahnya sekarang,” katanya.  
Katanya, kerajaan boleh campur tangan dan memainkan peranannya.  
“Cuma dalam keadaan sekarang, kerajaan tidak memainkan peranan yang seharusnya dia mainkan. Kerajaan pun macam dia nak jadi hero kepada semua golongan.  
“Bila mereka jumpa kumpulan dari hospital swasta, dia cakap sesuatu dan bila jumpa di kumpulan dari hospital kerajaan dia akan cakap sesuatu. Bila jumpa pengguna pula dia akan cakap sesuatu.  
“Jadi, pada masa ini kerajaan tidak konsisten. Bila kita tidak ada satu konsistensi, bila kerajaan tidak menunjukkan kestabilan dan persepsi atau dasar-dasar, golongan sebegini akan mengambil kesempatan,” katanya.
Bukan hospital swasta sepenuhnya
Sementara itu, bagi hospital separa kerajaan pula, PPUM tidak boleh sewenang-wenangnya menaikkan caj. 
“Dalam hospital kerajaan ini mereka ada dua sayap, satu swasta dan satu lagi kerajaan.  
“Tapi itu tidak memberi mereka satu lesen untuk menjalankan tugas mereka sebagai satu hospital swasta sepenuhnya,” katanya.  
Jacob juga berkata PPUM mesti ada tanggungjawab sosial korporat (CSR) mereka.  
“Tunjukkan kita mana CSR dia? Apa yang dia nak buat untuk pesakit dan negara, itu tanda tanya sekarang ini,” katanya. - Mkini


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2025/01/caj-ppum-naik-tangan-kanan-tak-tahu-apa.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mp Lepas Ni Semua Raya Naik Caj Perkhidmatan Restoran

Mp Lepas Ni Semua Raya Naik Caj Perkhidmatan Restoran

papar berkaitan - pada 21/1/2025 - jumlah : 141 hits
Ahli Parlimen Tebrau Jimmy Puah Wee Tse bimbang dengan peningkatan caj perkhidmatan daripada 10 kepada 15 peratus oleh rangkaian restoran Oriental Kopi semasa Tahun Baru Cina Adakah ini munasabah dan sah di bawah undang undang Satu preceden...
Efa Western Klang Betul Chicken Chopnya Sebesar Saiz Tangan Hulk

Efa Western Klang Betul Chicken Chopnya Sebesar Saiz Tangan Hulk

papar berkaitan - pada 17/1/2025 - jumlah : 210 hits
Hi Korang Memang betullah seperti yang iklan yang terpampang di jalan Meru Klang ini yang Efa Western menghidangkan Chicken Chop Sebesar Saiz Tangan Hulk seriously kak lily tak tipu sebab kak lily dah pun merasainya tau HeheheheheEh menda m...
Kecil Tak Puas Jom Makan Chicken Chop Besar Tapak Tangan Hulk Di Meru Klang

Kecil Tak Puas Jom Makan Chicken Chop Besar Tapak Tangan Hulk Di Meru Klang

papar berkaitan - pada 17/1/2025 - jumlah : 266 hits
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu com dan juga kepada rakan rakan yang dikasihi sekalian Lama juga tak update blog ni yer dah bersawang Sibuk dengan kerja hakiki mengatasi minat Tapi usaha juga untuk bagi yang t...
U Mobile Akan Naik Taraf Sistem Komunikasi Tradisional Felda Kepada Teknologi Voip

U Mobile Akan Naik Taraf Sistem Komunikasi Tradisional Felda Kepada Teknologi Voip

papar berkaitan - pada 6/1/2025 - jumlah : 144 hits
U Mobile bakal penyedia rangkaian 5G kedua di Malaysia kini bekerjasama dengan FELDA untuk memacu transformasi digital organisasi tersebut Sebagai pelanggan perusahaan pertama U Mobile daripada sektor syarikat berkaitan kerajaan FELDA akan ...
15 Foto Barang Yang Ada Dalam Beg Tangan Wanita Mengikut Kerjaya Mereka

15 Foto Barang Yang Ada Dalam Beg Tangan Wanita Mengikut Kerjaya Mereka

papar berkaitan - pada 17/1/2025 - jumlah : 253 hits
foto kandungan beg tangan Wanita Rusia dengan pelbagai latar belakang oleh Sergey Stroitelev Kerana rasa ingin tahu semata mata Sergei yang berasal dari St Petersburg telah meminta setiap wanita yang tidak dikenalinya apabila terserempak di...
Warna Jam Tangan Yang Cocok Untuk Kulit Sawo Matang Artis Juga Pake

Warna Jam Tangan Yang Cocok Untuk Kulit Sawo Matang Artis Juga Pake

papar berkaitan - pada 23/1/2025 - jumlah : 148 hits
Dengan banyaknya pilihan jam tangan di pasaran apa sih warna jam tangan yang cocok untuk kulit sawo matang Secara teori sih kulit sawo matang yang cenderung gelap ini cocoknya pakai jam tangan dengan warna warm Misalnya warna olive green be...
Is It Really Besar Tapak Tangan Hulk Here S What I Found Out At Efa Western

Is It Really Besar Tapak Tangan Hulk Here S What I Found Out At Efa Western

papar berkaitan - pada 16/1/2025 - jumlah : 263 hits
Is It Really Besar Tapak Tangan HULK Here s What I Found Out at EFA Western Last weekend I was invited by a group of friends to have dinner When they told me the location I wondered Why do I have to go there What dish could possibly await A...
Ada Kemungkinan Pegawai Kanan Polis Lenyek Pelajar Kata Saksi

Ada Kemungkinan Pegawai Kanan Polis Lenyek Pelajar Kata Saksi

papar berkaitan - pada 7/1/2025 - jumlah : 151 hits
BernamaAhmad Noor Syukri Zainal Abidin dari Miros berkata kereta Perodua Ativa mengekori terlalu rapat motosikal ditunggang mangsa tanpa jarak selamat IPOH Mahkamah Tinggi diberitahu pelajar tingkatan lima Muhammad Zaharif Affendi Muhd Zamr...
Ulasan Pandangan Ranjit S Malhi Komunis Gerakan Kiri Dan Putera Amcja

Ulasan Pandangan Ranjit S Malhi Komunis Gerakan Kiri Dan Putera Amcja

papar berkaitan - pada 7/1/2025 - jumlah : 120 hits
Ulasan pandangan Ranjit S Malhi Komunis Gerakan Kiri dan PUTERA AMCJA Penyampai Dr Azmi Ariffin 18 April 2024 Membahas pandangan biasa sesetengah kelompok sarjana kiri yang cuba mengangkat perjuangan nasionalisme sebagai sebahagian sumbanga...
Tanggung Cedera Paling Teruk Sepanjang Bermain Bola Habibi Akur Rawatan Fisio Di Physiogo

Pemuda Bandung Tolak Wacana Pengakuan Akan Israel

Property Investment Tips Malaysia 2025 Pelaburan Hartanah Untung Tinggi

Hiburan Kongsi Tips Pertahanan Diri Untuk Wanita Netizen Spekulasi Neelofa Hamil Anak Ketiga Baby Bump Comel

Rafizi Nik Nazmi Letak Jawatan Pm Anwar Belum Rancang Rombakan Mereka Masih Bercuti

Memberdayakan Pasar Tradisional Melalui Inovasi Digital

Jalur Gemilang Burned Stomped Women Harassed In Escalating Malaysian Sri Lankan Tiktok War

Mee Segera Buat Otak Jadi Lembab Betul Ke


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


A Constitutional Blunder Or A Fictional Blunder

Rahsia Untuk Bebas Dari Hutang

Dabai Specialty Fruit Of Sarawak Malaysia

Cuti Sekolah Kita Berinai Aktiviti Sunnah Yang Seronok

Petua Penjagaan Kereta Berkala

Gm Invests Almost 1 Billion Dollars In A New V8 Engine