Nak Juga Beyblade Original
Salam dears… Dari awal bulan puasa lagi si kembar dah minta nak guna duit Raya beli mainan. Yup, walaupun berkali kali Mama kata Hari Raya tak semestinya dapat duit raya, jangan berharap dan jangan minta, tapi diorang opkos laaa masih yakin akan ada juga duit raya.
Dan belum dapat duit, dah pakat plan nak guna dah….haish! So kaki shopping like the mother lah…ehhhh…hahaha
Dapat duit raya dari KBBA9 gak, yayyy hehe
Memikirkan yang bukan selalu diorang ada duit lebih sendiri, maka Mama pun kata lah ok. Tapi maksimum boleh guna RM100 saja, selebihnya mesti simpan!
Apa lagi, pakat ‘berzikir’ dari Raya pertama “nak beli mainan, nak beli mainan…nak beli mainan!” sampai naik fenin Mama
. Hari Raya ke-empat, masa on the way balik dari Johor, terus singgah ke Midvalley Megamall sebab situ ada kedai Toys R Us.
Memang teruja laa masing masing, dok pi balik dalam tu memilih apa yang nak dibeli. Pakat pening kena pilih betul betul sebab tak boleh belanja lebih daripada limit kannn
Nak Beyblade Original!
Setelah sejam lebih, akhirnya Beyblade juga jadi pilihan. Bila tengok harganya, fuhhh boleh tahan mahal ni…RM64.90 seketul! So Mama kata baik beli kat kedai mainan biasa je, beli yang tak original pun sama je boleh main gak. Tambah plak, dengan harga sama boleh dapat lagi banyak.
Tapi si kembar kata “No, kita nak yang original lah Mama! Ni Takara Tomy ni, hebat niii!”. Bersungguh sungguh diorang mempertahankan pilihan hati diorang tu. Ye lah ye lah, sukati korang lah kembar oii, Mama bukannya paham pun, Mama tengok semua nampak sama ja hahaha
Pastu terus pakat pi bayar sendiri, depan kaunter jugak lah dok kluarkan duit dari sampul
Disebabkan Mama ada kad ahli Toys R Us, dapat lah diskaun jadi harga RM60 seketul.
Balik rumah memang pulun main Beyblade tu lah, sambil ntah berapa banyak kali dok sebut “ni Beyblade original ni…akhirnya kita ada juga Takara Tomy…hebat ni…best ni..”. Sila ulang ulang macam iklan, bertabahlah Mama kena tadah telinga hahaha
Ni lah rupa Beyblade Original Takara Tomy yang si kembar beli, nampak kemas buatannya.
Kuali ku jadi mangsa sebab terlupa nak bawa gelanggang masa pergi rumah adik Mama. Redha je lah….
Apa Beza Beyblade Original?
Ada kawan yang tanya, apa beza Beyblade original ngan yang tak ori/murah punya? So Mama tanyalah kat si kembar. Terus Fahmi jawab “beza ori ngan ciplak ialah ori 60 hinggit, ciplak 15 hinggit saja”. Deyyy…itu Mama pun tahu lah! Gerammm ja dengar jawapan loyar buruk dia tu, rasa nak cubit cubit ja hahaha
Ok…ok…serius balik.. Kembar kata Beyblade yang murah lagi senang burst. Yang original bila tekan dengan tangan tak burst, yang ciplak tekan dengan tangan ja pun dah boleh burst. Ntah laa apa kepentingan infor tu pun I dunno
Tapi Mama rasa, maksudnya ialah yang original Takara Tommy lebih kemas buatannya, kukuh dan tahan lasak berbanding yang tak original. Gitu lah kot.
Haaa…Mama rasa ada bahaya juga main Beyblade ni tau, especially yang ori sebab keras. Fahmi dah tercedera dah pun, kuku terkopek tercabut sikit sebab tersangkut kat Beyblade.
Alkisahnya tangan Fahmi terkena Beyblade si Fauzi yang tengah berpusing masa dia huluq tangan nak ambil Beyblade atas lantai.
Terkopek kuku, berdarah meleleh leleh lama gak lah nak stop kan darah masa tu huhu.
So hati hati ok bila main Beyblade tu, benda kecik tapi boleh cause injury gak rupanya.
Kalau budak budak kecil tu elok lah dipantau juga yer. Risau kalau tercampak kena kepala ka sakit oiii. So hati hati okay?
9 total views, 9 views today
The post Nak Juga Beyblade Original! appeared first on Mama Kembar Tiga.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://mamakembartiga.com/2019/06/nak-juga-beyblade-original.html/