Resepi Rumah Terbuka Aneka Menu Makanan Sedap Pergh Terangkat


Resepi Rumah Terbuka Aneka Menu Makanan Sedap | Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua~! Yezzahh entri resepi rumah terbuka yang dinanti-nanti~! Raya kan sebulan? So selagi tak habis Raya, selagi tu lah rumah terbuka sentiasa terbuka untuk semua lebih lebih lagi pada hujung minggu hahaha. Yelah kan, open house time hari raya ni tujuannya untuk mengeratkan silaturrahim, mana yang jauh kita dekat dekatkan. Masa ni lah mana yang dah lama tak jumpa, buat reunion gathering berjemaah kann.
Tetamu datang rumah tapi tak tahu nak masak apa?
Nak buat rumah terbuka untuk jiran tetangga dan kawan terdekat tapi tak ada idea menu makanan yang sedap untuk dihidang?
Tiba-tiba hilang semua resepi bila saudara mara, sepupu sepapat beritahu secara mengejut nak mai rumah?
Sekali sekala nak masak makanan 'berat' lain daripada yang kebiasaan, yang tak pernah dicuba sebelum ni?
Masa limited dan nak jimat, tapi ada ke menu masakan yang mudah, senang, simple dan cepat; yang ramai orang suka?
Don't worryyy.. here we go~ pelbagai resepi menu rumah terbuka yang ada di bawah ini! Ada yang berkuah, goreng, pedas, makanan tradisional Melayu, makanan barat, makanan berasaskan nasi, bihun, mee dan sayur. Haa macam macam adaaa!

Aneka Resepi Rumah Terbuka Menu Makanan Sedap Pergh Terangkat!
1. RESEPI NASI LEMAK SAMBAL BILIS(untuk 8 orang )resepi rumah terbuka - nasi lemakCara masak nasi lemak:
5 cawan berasSantan sederhana pekat dari kelapa freshGaramGula1 inci halia diketuk3 helai daun pandan disimpul
- Basuh bersih beras kemudian masukkan santan ikut beras yang anda guna.. masukkan garam, gula sikit, halia dan daun pandan biarkan dalam 15 minit sebelum dimasak. tujuan nya hasil nasi lembutResepi nasi lemak sedap sambal ikan bilis!BAHAN SAMBAL BILIH SEDAP
3 biji bawang besar dimayang4 biji bawang besar di kisar1 labu bawang putih dikisar1- 2 cekak lada rebus dan kisar ikut kepedasanSedikit air asam jawa (saya guna pes asam jawa adabi)GaramGulaBilis goreng 1 mangkuk kecil1 cawan @ lebih sikit minyak masakAir (bila perlu sahaja)resepi sambal ikan bilis sedapCARANYA
1. Panaskan minyak masak.. dan perlahankan api dapur tapi jangan perlahan sangat kira tahap sederhana ... Masukkan bawang besar yang dimayang tadi sehingga layu sahaja kemudian masukkan bawang kisar .. sebab apa hanya layu sahaja? nanti hasilnya bawang mayang tu dia akan hancur sendiri .. Tumis sehingga naik bau.2. Kemudian masukkan cili kisar tadi tumis lagi hat ni kena lama tumis tau tak perlu isi air lagi.. biar dia pecah minyak.. kalau tak pecah korang tambah minyak lagi.. nampak ia agak kering tambah sikit air .. kacau nampak lagi kering tambah lagi sedikit air .. begitulah sehingga 2 jam atau lebih..3. Last sekali baru masukkan gula dahulu kemudian air asam jawa, garam, bilis goreng dan nak masuk ajinomoto pun ikut suka korang...4. Biasa sambal bilis ni sedikit manis baru ngam dengan nasi lemak.. dan kuah sambal ni jangan pekat sangat dan jangan cair sangat..
Kredit: tahrunnisa
2. RESEPI LONTONG GORENGresepi rumah terbuka - resepi lontong goreng1 biji bawang besar3 biji bawang putih10 tangkai cili kering1 genggam ikan bilisKobis sikit je1 biji telur2 bungkus nasi impit nona (nak guna brand lain pun boleh)Bawang goreng.Daun supDaging @ayamKiub ayam
Blend bawang, bawang putih, cili kering dan ikan bilis pastu tumis dan letak kiub ayam macam buat nasi goreng pastu pecah telur then masuk nasi impit tadi bersama sayur kacau rata letak 2 sudu kicap manis.. last skali letaklah daun sup dan bawang goreng... Lebihan nasi impit tu kita tak membazir la atau buang bleh NGAP terus masuk perut..
Kredit: nur aina insyirah
3. RESEPI STEAMBOAT (SEAFOOD, FISHBALL, SAYUR)
First time buat STEAMBOAT.. Pakai pes ADABI je.. Sedap bak hang! Kalah restoren Johnny's tau.. Jimat duit lepas ni.. :)
Boleh buat menu rumah terbuka nanti...resepi rumah terbuka - resepi steamboatbahan bahan steamboatbahan steamboat sedapnya!antara bahan steamboatsosej, fishball dan sayur sayuran masuk dalam steamboatmeriah bahan steamboat atas meja!cara buat steamboat mudah di rumahResepi :- 2 paket tomyam Adabi- 1 paket asam pedas Adabi- Serai- Daun limau purut- Bawang holand ( dihiris )- Cili padi- Bahan-bahan steamboat pilihan sendiri
Kredit : Rizsya Zwa
4. RESEPI NASI ARAB SUPER SIMPLE La'nina(portion untuk 4 orang makan)resepi rumah terbuka - resepi nasi arab simpleBahan-bahan untuk rebusan :
4 potong ayam (saya guna whole leg)4 mangkuk air bersih1 kiub ayam1 biji tomato (potong 4)1 labu bawang besar (potong 4)2 biji lada hijau (potong 4)1 batang kulit kayu manis1/2 camca ketumbar biji1 /2 camca jintan manis biji1/2 camca lada hitam biji
Bahan-bahan untuk tumis:
1 1/2 mangkuk basmathi extra panjang1/2 camca ketumbar1 /2 camca jintan manis1/2 camca lada hitam biji1 helai daun pandan
Cara-cara :
1. Rebus semua bahan untuk direbus selama 30 minit dan perasakan dengan garam, ajinamoto atau cukup rasa, terpulang pada anda. pastikan air rebusan ada rasa yang secukupnya, sebab nasi arab ni tak banyak lauk, jadi nasi kena cukup rasa lemak masinnya. Matikan api dan keluarkan ayam.
2. Lumur ayam dengan madu dan serbuk kunyit. Biarkan seketika.
3. Sementara itu, tumis kan daun pandan , ketumbar , jintan manis dan lada hitam dengan sedikit minyak sehingga naik bau . setelah naik bau , masukkan basmathi tadi dan tumis selama 1 minit . Matikan api .
4. Ambil periuk nasi, masukkan bahan yang telah siap ditumis tadi diikuti dengan bahan rebusan pula. Susun ayam tadi di bahagian atas .*untuk sukat air rebusan sila ikut jenis beras yang digunakan ye .
5. Masak nasi tersebut menggunakan rice cooker dan siap untuk dihidangkan dengan lauk yang anda suka contoh dalca atau sebagainya .
Kredit Resepi : lina kasmani
5. RESEPI NASI KERABU KELANTAN BIRUresepi rumah terbuka - resepi nasi kerabuBahan-bahan:
Nasi Biru:1 cawan nasi8 bunga telang2 daun limau purut1 serai
Sambal Ikan Kerisi:1 Mackerel, keluarkan dagingnya80 gram kelapa parut1/2 sudu kecil garam1 sudu kecil gula4 bawang merah1 cm halia, dikupas1/4 sudu kecil serbuk lada putih
Sambal Kelapa:3 biji cili kering, direndam dengan air panas untuk melembutkan4 bawang merah, dikupas300 ml santan1 keping Asam Gelugur1 batang serai1/2 sudu kecil gula1/2 sudu kecil garam1 sudu kecil sos ikan bilis
Cara memasak nasi biru:1. Cuci beras lalu toskan.2. Rendam beras dengan air bunga telang selama 10 minit.3. Masukkan daun limau purut dan serai, lalu masak beras seperti biasa.
Cara memasak sambal ikan kerisi:1. Goreng kering kelapa parut di dalam kuali hingga kekuningan2. Tumbuk halia dan bawang merah di dalam alu.3. Masukkan kelapa parut dan bahan-bahan lainnya, tumbuk hingga gaul dengan baik.4. Jika anda tidak mempunyai alu dan mortar, gunakan pengisar atau blender.
Cara memasak sambal kelapa:1. Campur cili kering dan bawang merah ke dalam pengisar.2. Masukkan santan ke dalam periuk lalu tambahkan campuran cili kering dan bawang merah, asam gelugur, dan serai.3. Reneh perlahan-lahan, kacau senantiasa selama 10 minit sehinga memisahkan minyak.4. Tambah gula, garam, dan sos ikan bilis5. Hidangkan nasi biru, sambal kelapa, dan sambal ikan kerisi bersama ulam, keropok, telur masin, ikan goreng tepung, daging bakar dan ayam goreng.
6. RESEPI NASI BERIANI AYAMresepi rumah terbuka - resepi nasi berianiBahan nasi:
4 cawan beras basmati - dicuci bersih, ditoskan (sebaiknya guna beras basmati Faiza)1/4 cawan susu cair6 cawan air biasa1 biji bawang besar dikisar3 ulas bawang putih dikisar1/2 inci halia tua dikisar1 batang kulit kayu manis2 kuntum bunga lawang3 biji buah pelaga5 kuntum bunga cengkih2 sudu besar minyak sapi>< 3 sudu besar minyak masak1 pokok daun saderi - patah-patahkan1 pokok daun bawang - patah-patahkan1 tangkai daun pudina - patah-patahkan1/4 cawan kismis - goreng dan toskan minyaknya1/4 cawan gajus - goreng dan toskan minyaknyasegenggam bawang gorengbeberapa titik pewarna kuning
Cara-caranya:
1. Panaskan minyak sapi dan minyak masak. Tumiskan bahan-bahan kisar dan rempah tumis hingga naik bau.2. Masukkan susu cair, air dan beras. Tambahkan sedikit garam. Kacau sebati.3. Bila sudah mendidih kacau lagi dan tutup periuk.4. Bila air nasi sudah kering buatkan lubang-lubang menggunakan chopstick dan titiskan beberapa titik pewarna kuning. Taburkan atasnya dengan gajus dan kismis yang digoreng tadi bersama daun saderi, daun bawang, bawang goreng dan daun pudina. Tutup periuk.5. Agak-agak nasi hampir tanak, buka tudung periuk dan gaul sebati dengan bahan-bahan tadi.6. Masak nasi hingga tanak dan sebelum dihidang buanglah segala macam dedaun tadi.
Bahan ayam masak beriani:
>< 1 kg ayam - potong ikut sukasedikit serbuk kunyitgaram secukup rasa1 biji bawang besar dadu kecil3 ulas bawang putih tumbuk lumat1/2 inci halia muda tumbuk lumat1 paket kecil rempah beriyani faiza2 biji tomato dadu kecil2 biji kentang potong 81 batang lobak merah potong ikut sukarempah tumis 4 sekawan1 pokok daun pudina - ambil daunnya1/4 cawan yougartair secukupnya1 kiub ayamgaram secukupnya
Cara-caranya:
1. Panaskan minyak. Lumurkan ayam dengan garam dan kunyit serbuk. Goreng separuh masak, ketepikan.2. Dengan lebihan minyak tadi tumiskan rempah tumis, bawang besar, bawang putih dan halia hingga naik bau.3. Masukkan tomato dan kacau sebati. Masak lagi.4. Masukkan rempah beriyani dan kacau sebati. Bila naik bau masukkan yougart dan air.5. Masukkan juga lobak dan kentang.6. Bila lobak dan kentang mulai empuk masukkan kiub ayam dan ayam yang sudah digoreng tadi, kacau sebati. Tutup kuali dan perlahankan api supaya ayam dan lainnya masak dengan mesra.7. Masukkan daun pudina, kacau lagi dan rasakan masinnya.8. Biarkan seketika di atas api dan bolehlah dihidangkan.
Bahan acar mentah:
1/2 biji nenas - buang empulur, potong kecil1 biji timun - buang empulur potong panjang1 biji lobak merah - potong panjang halus1 biji bawang merah - belah 4 dan hiris2 batang lada merah - hiris3 sb cuka - saya guna cuka kurmagaramgulasedikit air panas
Cara-caranya:
1. Masukkan lada merah dan bawang besar dalam mangkuk. Tambahkan garam, cuka kurma, garam dan gula. Masukkan juga air panas. Kacau sebati.2. Masukkan nenas, timun dan lobak merah dan gaul merata dengan bahan-bahan tadi.3. Rehatkan dahulu sebelum dihidang.
7. RESEPI NASI DAGANG TERENGGANUresepi rumah terbuka - resepi nasi dagangBahan-bahan untuk Nasi:-
4 cawan beras Jati1 cawan beras pulut3 cawan santan cair + sedikit gula dan garam1 – 1 1/2 cawan santan pekat + sedikit garam1 sudu halba2 ulas bawang merah1/2 inci halia
Cara cara :
1. Beras dicampur dengan beras pulut di rendam 8 jam atau semalaman (kalau tak sempat 2-4 jam pun ok)2. Kukus beras dan pulut tadi selama 20 minit3. Angkat dan kaut semua nasi ke dalam bekas yang agak besar dan digaulkan dengan separuh santan cair sehingga rata. biar seketika hingga semua santan meresap. Masukkan lagi santan sehingga meresa. Elok habiskan semua santan cair. Biar sekejap4. Kukus semula selama 20 minit lagi.5. Sementara itu hiris bawang dan halia halus-halus. Masukkan di atas nasi dalam kukusan dan juga buah halba.6. Angkat nasi untuk kali kedua dan arunkan dengan santan pekat hingga rata. Tak perlu habiskan jika nasi nampak sudah elok lembutnya.7. Boleh dihidangkan
Resepi Gulai Ikan Aya:
Rebus Ikan Aya Hitam bersama beberapa asam keping dan juga garam..Jangan buang air rebusan* boleh tambah telur rebus juga.. Ada yang suka makan Nasi Dagang dengan gulai telur rebus* lebih sedap guna Ikan Aya Hitam dari Ikan Aya Kurik
Bahan-bahan gulai :
1 sudu serbuk ketumbar1/2 sudu serbuk jintan manis1/2 sudu serbuk jintan putih2 hiris lengkuas (dikisar)1 hiris halia (dikisar)1 biji bawang besar (dikisar)3 ulas bawang putih (dikisar)3 sudu cili mesin1 paket rempah gulai cap bunga Ros 15 gram (nak sedap tambah lebih)1 1/2 liter santan1 batang kulit kayu manis1 sudu kerisik4 keping asam keping1/2 buku kecil gula melaka.Sedikit Belacan10 biji cili padisedikit garam
Cara-cara :
1. Masak Santan sehingga naik minyak.2. Masukkan semua bahan-bahan yang dikisar, serbuk, rempah gulai cap bunga ros, cili mesin, kulit kayu manis, kerisik, asam keping, dan gula melaka3. Masak lama, biarkan mendidih. Masukkan sedikit garam sesuai dengan rasa.4. Masukkan air rebusan ikan tadi dan juga ikan yang di rebus. jangan masukkan asam keping rebusan ikan nanti masam.5. Biar beberapa minit. Masukkan cili padi dan juga belacan.6. Masak sebentar dan boleh dihidang. Pilihan sendiri mahu pekat atau pun tidak.. Kalau mahu pekat masak lama.. Siap!
Resepi Acar Timun:-TimunCarrotCili Merah dan Bawang
- SEMUA dihiris memanjang
1 sudu gula1 sudu garam1 sudu cuka.
Cara-cara:
1. Gaul sebati dan dihidang.
8. RESEPI KUAH MI REBUSresepi rumah terbuka - mi rebusResepi kuah mee rebus:1) Rebus 4 biji bawang bombay, 5 ulas bawang putih, segenggam cili kering , 2 biji ubi keledek, 5 biji ubi kentang, 1/3 senduk kacang tanah goreng dan 1/3 senduk udang kering2) rebus daging3) Kisar semua bahan yang direbus tadi4) Panaskan minyak kemudian masukkan bahan yang telah dikisar5) Masukkan sesenduk sos tomato dan sos cili6) Tambah air (air rebusan daging tadi)7) Perasakan dengan gula dan garam secukupnyabahan mee rebusresepi lengkap mee rebuscara masak mee rebusKredit: somad musa
9. RESEPI NASI AYAM PALING SENANG(untuk 10 orang makan)resepi rumah terbuka - resepi nasi ayam1 biji bawang besar3 ulas bawang putih1 inci halia*blend dan lumur pada ayam (ayam seekor jangan potong). perap jap 1/2 jam atau lebih.
Rebus ayam dalam air panas meggelegak 5-6 minit.. air dah panas baru masuk ayam.. kalau nak kulit cantik glowing wajib tutup periuk.
Angkat ayam dan sapu dengan:5 sudu sos tiram2 sudu kicap manis1 sudu madu1 sudu minyak bijan*pastu gantung jap ayam dalam 1/2 jam atau lebih bagi ayam kering jap.. nanti goreng kulit cantik dan tak la meletop-letop..
Cara goreng saya:Jirus ayam dengan minyak yang betul-betul panas dan kulit ayam dah kering sikit, baru benamkan ayam dalam minyak panas.. dah siap goreng, sapukan ayam dengan madu bagi kilat.
NASI:
Beras 4 pot*1biji bawang besar*3ulas bawang putih*1inci halia(Semua * diblend)Kiub ayam 2Garam 2 sudu teh (sdt)
- Cairkan majerin 2 sudu.. tumis bahan blend dan daun pandan.. masuk kiub ayam dan garam.. serbuk kunyit hujung sudu teh. masuk air rebusan ayam.. dan masuk beras.- Sukatan air 2 kali ganda dari masak nasi biasa.
SOS CILI:
Cili kering dah blend 1/2 senduk nasiCili merah besar 4 biji blend dengan 5ulas bwg putihSos cili 1/2 cawanGula lebih.. garam.. cuka
- Masak semua bahan tambah air sikit. Dah masak cili letak air tepung jagung agak-agak nak pekat mana
KICAP AYAM:
Bawang putih 5 ulas cincangSos tiram 1/2 cawanKicap manis 1/2 cawanGula lebih
- tumis bawang putih.minyak sikit je.. masuk kicap sos tiram gula dan tambah air.. pekatkan dengan air tepng jagung
Resepi sup macam biasa laaaa hehe.
Haaaa. Senang tak?#sayapenjualnasiayam
Kredit FB : Sur Aida
10. RESEPI KUAH LONTONG KUNING( untuk resepi 1 tong flask)resepi rumah terbuka - resepi kuah lontongBahan-bahan:
Terung - 5 batang (potong serong)Tauhu - 20 bji ( 1 biji potong 8 ) - di gorengTempe - 6 ketul ( potong nipis2) - digorengSuhuun - 3 pek kecik - rendamPucuk - 6 pek sederhana - rendamKacang panjang - 1/2kg - (potong serong)Lobak merah - 6 batang ( potong memanjang)Kobis - ikut suka nak banyak manaHalia- seinciSerbuk kunyitGaramCili merah - 5 bji ( hiris nipis)Bawang besar - 3 labu ( hiris nipis )Santan sawit jenama khalis pek besar - 4 pekUdang kering - segengam (rendam)Bawah putih - 1 labu (hiris nipis)
Cara-cara masak1) tumis bawang putih, bawang besar, halia, udang kering , cili merah sehingga layu dan tumis bsama kunyit..2) masukkan semua sayur tumis sikit...3 ) masukkan santan. Ikut pekat yang kita nak. Letak air sikit sikit dan garam.4) bila sudah mngelegak masukkan suhun, tempe & tauhu ..5.) Rasa secukupnya. Masukkan suhun dan pucuk. Masak shingga sayur empuk...
Sambal Tumis Ikan Bilis
Bahan-bahannya:1) RM3 cili kering buang biji dan rebus bagi lembut *2) RM2 bawang besar *3) sedikit belacan kalau suka *4) ikan bilis goreng garing dan ketepikan
Cara memasak1) blend semua bahan-bahan bertanda * sampai hancur2) panaskan minyak anggarkan dan tumis cili kering yg telah diblend tadi smpai garing dan pecah minyak3) masukkan sedikit asam jawa, garam, gula dan juga ajinomoto kalau suka. biarkan hingga masak dan sedikit pekat dan perasalah sambal tersebut4) biarkan sejuk sekejap baru masukkan ikan bilis yang dah siap digoreng tadi.
dah siap...
Sila share. tak payah minta izin. halal dunia dan akhirat.
11. RESEPI MEE KARI SIMPLE DARI KAKMARresepi rumah terbuka - resepi mee kari pekatBahan-bahan:
- 1/4 ekor ayam ( siap-siap suruh penjual ayam cincangkan. Balik basuh bersih-bersih)- Udang- Daging hiris nipis- Kerang direbus ambil isinya - kalau nak- Fishball dan fishcake - kalau nak tapi KakMar letak.- 2 labu bawang besar- 5 ulas bawang putih- 1 bungkus kecil rempah kari daging babas warna hijau ( KakMar bancuh dengan sesudu cili blend dan air)- 3 tangkai daun kari- 1 batang kayu manis- Bunga lawang- Santan pekat paket kecik. Anggaran sebijik KakMar beli kat pasar.- Air- Sedikit air asam jawa- Minyak untuk menumis- Garam dan gula secukup rasa
Bahan-bahan lain:Mee kuning - basuh dan stimkanTaugeh - basuh je tak perlu celur sebab lebih rangup.Kacang panjang - stimDaun sup, daun bawang - dihiris halusBawang gorengTelur rebusTauhu kering - dipotong potong
Cara menyediakan kuah:1. Panaskan minyak dan tumis bawang besar, bawang putih & kayu manis.2. Agak garing masukkan daun kari dan rempah yang dibancuh dengan sedikit air dan cili blende.3. Masak hingga naik minyak. Masukkan ayam, daging dan udang dan kacau sebentar.4. Masukkan air asam jawa.5. Kemudian masukkan santan.6. Tunggu mendidih masukkan tauhu kering dan kerang.7. Kemudian tambahkan gula dan garam ikut perasa korang.
Selamat Mencuba!
12. RESEPI Bihun Sup Utara (Sup Tulang)resepi rumah terbuka - resepi bihun sup utara (sup tulang)Bahan bahan:1 peket bihun1 sudu makan atau kurang serbuk kunyitRebus bihun dalam air yang mendidih yang ditambah serbuk kunyit tadi.. dah agak-agak lembut bihun terus bilas dengan air paip..dan kemudian ditapis..
Bahan-bahan Sup Tulang:1 kilo tulang dicampur sedikit daging pejal atau urat atau lemak lagi sedap supnya2 batang serai ketukHalia lebih kurang 2 inci atau 3 inci diketuk4 ulas bawang putih ditumbuk4 ulas bawang merah kecil ditumbuk1 batang kulit kayu manisSetengah sudu kecil bunga cengkih ditumbuk kasarSetengah sudu kecil lada hitam ditumbuk kasar3 bunga lawang4 biji buah pelagaSedikit batang daun supAir secukupnya menutupi daging..kalau lagi banyak air lebihkan ya bahan2 sup di atas..Masukkan semua bahan bahan didalam periuk..Rebus sehingga empuk kemudian masukkan garam atau perasa jika suka..
**lepas sup dah masak boleh masukkan bawang merah dan bawang putih yang telah digoreng ke dalam sup.. kalau taknak buat pon tak apa..
Bahan-bahan Cabai Merah:
Cili kering yang telah siap di blend atau ciliboh atau cili yang siap dikisarSedikit bawang putih dan bawang merah kecil ditumbukAsam keping atau air asam jawa atau cukaGaramGulaTumis bawang kemudian masukkan cili.. masak sampai pecah minyak.. masukkan asam keping atau air asam jawa atau cuka.. garam dan gula. boleh juga masukkan sedikit sos cili jika taknak masukkan gula.
Bahan-bahan sampingan untuk dimakan bersama bihun:Daun bawangDaun supLobak masinBawang gorengTauhu digoreng
Selamat mencuba :)
p/s: Bihun sup utara.. cabainya mesti merah.. bihunnya mesti kuning
13. RESEPI BIHUN SINGAPOREresepi rumah terbuka - resepi bihun singaporeBahan-bahan:
- Sebungkus bihun.. rendam dengn air paip.. saya rendam  1jam. bihun tu ikut taste brand masing-masing ye. (jangan sesekali dok pi rendam dengan air panas noo.. tu bihun hampa lembek kalau guna aiq panas.. guna aiq paip biasa saja..)
- Sayur-sayur pon ikut citarasa masing-masing.. (saya guna jagung kecik, caroot, taugeh..)- Lada hitam.. saya blend kering 1 peket kecil tu..- Sedikit udang..- Sedikit isi ayam yang di potong kecil.- Daun bawang/ daun sup..- Sebiji bawang besar & 5 ulas bawang putih.. (ikut selera masing-masing banyak mana nak letak bawang putih..blend kedua-dua nya. saya letak air sikit je masa blend..)
Cara memasak:
- panaskan kuali. letak sedikit minyak..- tumiskan bawang yang di blend.. sampai naik bau..- masukkan serbuk lada hitam.. ikut hampa nak pedas mana noo.. takmau pedas boh sikit jala.. saya boh banyak sebab baru sedap.- masukkan isi ayam & udang..kacau seketika..- masokkan jagung kecil & karot..- masokkan sedikit air paip.. air tapis (coway/cuckoo/etc) pon boleh. saya boh air dalam anggaran 1 cawan lebih sikit cmtu jer.. saya guna cawan teh tu yer.- masukkan garam & pak aji.. saya guna pak aji.. kalau yang tak guna, tak pyah bubuh la noo.. boh gula la kut kan..dah letak suma perasa neh try rasa sikit masin ok ke terlebeh masin ka.. adjust la noo.. saya main agak ja bila bab-bab boh garam neh...- dah ok rasa suma .. masuk la bihun yang dah disejat air tuu.. jangan tak sejat pulak air rendam bihun tadi.- pastu goreng la sampi bihun tu lembut... api jangan kuat sangat.. sedang-sedang dah laa..- last sekali masok taugeh dengan daun sup daun bawang.. kacau-kacau sikit tutup api..
Siap untuk dimakan hehe..hampa hias la dengan bawang goreng pastu tabur sikit daun sup daun bawang.. nak lagi sedap hampa buat la cabai kicap..
Selamat mencuba...tiap kali nak masak bihun singapore ni saya memang guna resepi neh ja..harap-harap hampa masak pon jadi la macam saya masak noo..
14. RESEPI NASI TOMATOresepi rumah terbuka - resepi nasi tomatoBahan-bahan:7 cawan beras basmati basuh dan rendam selama 1/2 jam10.5 cawan air biasa1 tin susu cair1 tin tomato puree2 labu bawang holand4 biji tomato1 batang kulit kayu manis3 biji bunga lawang10 biji bunga cengkihSedikit minyak sapiSedikit minyak masak biasaGula dan garamAkar daun ketumbar
Cara-cara:Bahan tumis:Panaskan minyak biasa + minyak sapiTumis kulit kayu manis, bunga lawang dan bunga cengkihMasukkan bawang holand , tomato dan akar daun ketumbarTumis hingga wangi dan sedikit garingMasukkan susu dan tomato pureeMasak hingga mendidih tambah gula dan garam
Alih kan ke dapur elektrik untuk masak nasiMasukkan 10.5 cawan air dan bahan yang telah ditumis sebentar tadi bersama 7 cawan beras yang telah direndam dan kacau sedikitTekan cook...masak seperti biasaBila masak, tabur bawang goreng dan daun ketumbarBoleh jugak tabur kismis jika suka
*sila guna cawan sama sukat air dan berasNisbah 1 cawan beras =1.5 cawan air
Kredit Resepi : mas salleh via mahn
15. RESEPI MEE GORENG BASAHresepi rumah terbuka - resepi mee goreng basahBahan-bahan:
Mee kuning 1 bungkus | dibilas dan tosSotong 10 ekor | dibersihkan potong dan tosFish ball 1 paket | dibersihkan potong dan tosSayur sawi jepun 1 ikat | dibersihkan potong dan tosTomato 1 biji | dibersihkan dan dibelah enamCili kisar 4 sudu besarSos cili 5 sudu besarSos tiram 1 sudu besarSos ikan 1 sudu besarKicap pekat 1 sudu besarKicap manis 5 sudu besarKicap mee 2 sudu besarAir putih 1 cawan kecilMinyak masak 2 sudu besar untuk menumis
Bahan-bahan tumbuk:Cili api 10 bijiBawang putih 3 ulas
- tumbuk bagi pecah ataupun sampai lumat
Cara-cara memasak:
1. Panaskan kuali .. masukkan minyak 2 sudu besar2. Dan tumiskan cili kisar dengan bahan-bahan tumbuk tadi sampai garing sedikit3. Masukkan sos cili, sos tiram, sos ikan, kicap pekat, kicap manis, kicap mee, dan masukkan sotong dan fish ball dan masukkan air putih 1 cawan kecil4. Masak dan kacau kacau bagi sebati... masukkan sayur dan kacau-kacau lagi.. pastu masukkan mee kuning dan tomato... kacau-kacau bagi sebati dan masak.. siap!
p/s: masak mee goreng basah ni tak pakai garam gula dan aji.. sebab rasa kicap kicap tu semua dah cukup.
Kredit: Resepi Orang Kampung

16. RESEPI MEE REBUS PEKAT SIMPLE DAN CEPAT
"Assalamualaikum.. dah siap mee rebus kita.. dulu kita jual kat johor RM2.50 je tau sebungkus. teringat orang panggil gelaran makcik mee rebus walaupun masa tu muda lagi.. jual mee rebus ni dalam dewan kuliah cari pendapatan lebih masa tu.. harini mak kita rindu mee rebus ni.. kita buatkan untuk bonda tersayang.. #selamatMenjamuSelera #mengimbauKenanganZamanBelajar"resepi rumah terbuka - resepi mee rebus pekat sinpleBahan:1. kentang + keledek (rebus)2. cili kering3. udang kering(blender halus semua bahan 1,2,3)sos cilisos tiramasam keping
Cara memasak:- rebus semua sekali (tak perlu tumis, tambah air shaja)- gula melaka, gula, garam (secukup rasa)- dah menggelegak tambah air lagi, bancuh tepung ubi dengan air masukkan (pekatkan kuah)
Bahan lain:mee (celur)telur rebustauhu gorengcucur tepung + daun bawangbawang gorengcili hijau besarlimau kasturi/nipis
Boleh juga tambah:sawi rebustauge celurfishcake gorengcili padi
BACA JUGA:
KOLEKSI 20 RESEPI NASI GORENG MUDAH DAN SEDAP
KOLEKSI RESEPI SPAGHETTI SIMPLE | CARBONARA, BOLOGNESE MEATBALL, SOSEJ, OLIO, GORENG, ETC
RESEPI NASI MINYAK LEMBUT DAN SEDAP


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.sayidahnapisah.com/2019/06/resepi-rumah-terbuka-aneka-menu-makanan-sedap.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Aneka Koleksi Resepi Sayur Goreng Simple Sup Dan Berkuah Sedap

Aneka Koleksi Resepi Sayur Goreng Simple Sup Dan Berkuah Sedap

papar berkaitan - pada 14/6/2019 - jumlah : 2680 hits
Aneka Koleksi Resepi Sayur Goreng Simple Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua Okayyyy tiba tiba resepi sayur kan pagi pagi ni Padahal saya ni sangat sangat tak ngam dengan segala jenis sayur sayuran terutamanya jantung terung lobak p...
Rumah Terbuka Dan Sentiasa Terbuka

Rumah Terbuka Dan Sentiasa Terbuka

papar berkaitan - pada 6/6/2019 - jumlah : 376 hits
Assalammualaikum wbtRUMAH TERBUKA DAN SENTIASA TERBUKA Bersedekah berkongsi dan sama sama meraikan itu ada banyak sangat caranya Lain orang lain pilihan mediumnya Kecil kecilan atau besar besaran mungkin sederhana terserahlah Selagi ikhlas ...
Rahsia Resepi Kurma Ayam Sedap Cepat Dan Mudah

Rahsia Resepi Kurma Ayam Sedap Cepat Dan Mudah

papar berkaitan - pada 12/6/2019 - jumlah : 1347 hits
Rahsia Resepi Kurma Ayam Sedap Cepat Dan Mudah Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Masih berayakah kawan kawan Sha tahun ini memang beraya ala kadar sahaja persiapannya 10 hari berada dikampung banyak masa di rumah sahaja memandangkan kesih...
50 000 Pengunjung Hadir Rumah Terbuka Tok Mat

50 000 Pengunjung Hadir Rumah Terbuka Tok Mat

papar berkaitan - pada 16/6/2019 - jumlah : 448 hits
REMBAU Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan di Kampung Tanjung Rantau di sini mendapat sambutan luar biasa apabila dihadiri kira kira 50 000 orang sehingga pukul 1 petang tadi Orang ramai daripada ...
Rumah Terbuka Aidilfitri Pengerusi Perhubungan Umno Johor

Rumah Terbuka Aidilfitri Pengerusi Perhubungan Umno Johor

papar berkaitan - pada 15/6/2019 - jumlah : 311 hits
PONTIAN 14 Jun 8211 Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Johor Dato Hasni Mohamad meraikan tetamu yang hadir pada Rumah Terbuka Aidilfitri Pengerusi Perhubunga UMNO Johor di rumah UMNO Pontian di Benut hari ini 160
Orang Ramai Dijemput Hadir Ke Rumah Terbuka Ijm Land Bersama Era Zayan Pada 22 30 Jun Ini

Orang Ramai Dijemput Hadir Ke Rumah Terbuka Ijm Land Bersama Era Zayan Pada 22 30 Jun Ini

papar berkaitan - pada 18/6/2019 - jumlah : 568 hits
Ketika membaca artikel ini pasti kebanyakan daripada korang dah pulang dari kampung halaman selepas pulang untuk cuti beraya bukan Jangan bersedih itu tidak bermakna raya sudah habis Raya kan sebulan Kredit IJM Land Untuk korang yang masih ...
Langsung Muzium Diraja Kuala Lumpur Rumah Terbuka

Langsung Muzium Diraja Kuala Lumpur Rumah Terbuka

papar berkaitan - pada 23/6/2019 - jumlah : 364 hits
JOHORTIMES MY hubungi kami dengan KLIK LOGO WHATSAPP DI PENJURU KANAN SEMASA MELAYARI DI JOHORTIMES MY DI TELEFON BIMBIT ANDA TERIMA KASIH Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Faceboo...
5 000 Meriahkan Rumah Terbuka Aidilfitri Pengerusi Perhubungan Umno Johor

5 000 Meriahkan Rumah Terbuka Aidilfitri Pengerusi Perhubungan Umno Johor

papar berkaitan - pada 15/6/2019 - jumlah : 342 hits
PONTIAN 8211 Seramai 5 000 hadir ke Rumah Terbuka Aidilfitri Pengerusi Perhubungan UMNO Johor yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri Benut Datuk Ir Hasni Mohammad di Rumah UMNO Bahagian Pontian dekat sini sebentar tadi Pelbagai juad...
Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik

Jangan Risau Gadis M Sia Bimbang Bf Terlalu Akrab Dengan Sepupu Perempuannya