Cadangan Pas Tubuh Jawatankuasa Diketuai Hamzah Adalah Jawapan Pembangkang Tak Bermaya


 
14 June 2025

Sebagaimana dipetik daripada Malaysiakini, PAS dilaporkan telah mencadangkan rombakan struktur Perikatan Nasional (PN) melalui penubuhan sebuah jawatankuasa eksekutif yang bertujuan memastikan gabungan itu lebih berperanan sebagai pembangkang.

Jawatankuasa eksekutif itu diberitakan dicadangkan untuk diketuai oleh  Ketua Pembangkang, Hamzah Zainudin yang juga merupakan Timbalan Presiden Bersatu.

Dalam cadangan itu, meskipun satu jawatankuasa eksekutif diketuai Hamzah akan ditubuhkan, tetapi Presiden keempat-empat parti komponen dalam PN – PAS, Bersatu, Gerakan dan Parti India Rakyat Malaysia (MIPP)– akan terus memainkan peranan dalam Majlis Tertinggi seperti sedia ada.

Menurut sumber yang dipetik Malaysiakini, penubuhan jawatankuasa itu diusulkan bagi menyediakan Hamzah untuk menerajui tampuk kepimpinan negara sekiranya berlaku pertukaran rejim di peringkat pusat pada  PRU16 akan datang.

“Struktur lain tidak berubah, hanya sebuah jawatankuasa baru dibentuk, macam tubuh biro,” kata sumber itu kepada Malaysiakini.

Bagaimanapun, difahamkan idea itu masih tergantung susulan dakwaan wujud penentangan daripada kem Setiausaha Agung Bersatu, Azmin Ali.

Selama ini sering menjadi bualan ramai mengenai PN sebagai blok pembangkang yang dikatakan tidak cukup berkesan dalam memainkan peranannya.

Ramai yang kecewa, di sebalik begitu banyak isu yang timbul satu demi satu itu, tetapi PN juga ternampak lesu.

Secara umumnya, apabila kerajaan dibelenggu oleh banyak isu dan terlihat bercelaru, harapan rakyat ialah akan muncul suatu alternatif yang diyakini atau setidak-tidaknya wujud suara semak dan imbang yang memberi harapan kepada mereka.

Dalam sebuah negara demokrasi, selain rakyat berhak mendapat kerajaan yang mampu menjaga kepentingan mereka, rakyat juga sebenarnya berhak mendapat suara semak dan imbang meyakinkan daripada pembangkang.

Siapa lagi yang berhak menegur kerajaan, jika bukan pembangkang?

Dengan kedua-dua itu – kerajaan dan pembangkang – saling berperanan dengan baik, barulah akhirnya rakyat mendapat kerajaan yang benar-benar berfungsi,  sesuai dengan pelbagai cukai yang dikenakan ke atas mereka.

Ketika ini, masalah PN paling utama ialah ia sebuah pasukan yang tidak jelas siapa jenderal perang yang sebenar untuk menghadapi PRU16 akan datang.

Dengan Pengerusi PN dan Ketua Pembangkang dipegang oleh dua pemimpin yang berbeza, gabungan pembangkang seolah-olah mempunyai dua ketua.

Dalam apa jua permainan yang ada pertandingan, waima jika main guli sekali pun, hanya seorang ketua saja yang diperlukan jika ingin beroleh kemenangan.

Apatah lagi untuk memenangi PRU, kewujudan dua ketua hanya mencerminkan kecelaruan, tiada perpaduan dan memungkinkan kekalahan ditempah lebih awal sebelum  bermulanya perlawanan.

Dengan itu, cadangan Pas berkaitan penubuhan jawatankuasa eksekutif yang diketuai operasinya oleh Hamzah adalah jawapan kepada kelesuan dan tidak bermayanya PN yang banyak diperkatakan ramai selama ini.

Melalui jawatankuasa itu, PN diyakini mampu bergerak lebih baik, tersusun dan senada dalam berhadapan dengan semua isu dalam negara.

Tiada pilihan, jika benar ada cita-cita ingin mengambil alih kerajaan, semua pihak dalam PN mesti memberi sokongan penuh kepada kewujudan jawatankuasa eksekutif yang dicadangkan Pas itu.

Menolak cadangan itu atau dalam erti kata lain, mahu PN kekal seperti keadaannya sekarang, ia sama seperti memberi laluan mudah kepada Anwar Ibrahim untuk kekal lagi sebagai Perdana Menteri. – ShahbudinHusin 14Jun2025.



 



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2025/06/cadangan-pas-tubuh-jawatankuasa.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pn Cadang Tubuh Jawatankuasa Pilihan Khas Pantau Proses Lantik Hakim

Pn Cadang Tubuh Jawatankuasa Pilihan Khas Pantau Proses Lantik Hakim

papar berkaitan - pada 17/6/2025 - jumlah : 89 hits
Pembangkang berkata jawatankuasa dwipartisan itu bagi menjamin akauntabiliti tanpa mengganggu kebebasan kehakiman Perikatan Nasional mahu ketelusan dalam pelantikan hakim dengan Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman mesti diberi ruang sewajarnya...
Ketua Amk Indera Mahkota Kecam Pemuda Pas Pahang Agar Tidak Jadi Batu Api Isu Tengku Zafrul

Ketua Amk Indera Mahkota Kecam Pemuda Pas Pahang Agar Tidak Jadi Batu Api Isu Tengku Zafrul

papar berkaitan - pada 3/6/2025 - jumlah : 97 hits
KUANTAN Pemuda PAS Pahang dikecam kerana cuba mengaitkan isu Senator Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz yang dikatakan ingin menyertai KEADILAN dengan Kerajaan Perpaduan di Pahang Ketua Angkatan Muda KEADILAN Indera Mahkota Ts Ahmad...
If Pas Can T Handle A Cartoon How Can It Be In Govt Dap Rep Asks

If Pas Can T Handle A Cartoon How Can It Be In Govt Dap Rep Asks

papar berkaitan - pada 3/6/2025 - jumlah : 120 hits
Perak opposition leader Razman Zakaria s excessive reaction to a cartoon of himself as a clown hints at the thin skinned and easily offended nature of Perikatan Nasional politicians According to DAP Youth chief Woo Kah Leong who is being in...
Pas Mytourist Jenis Pas Diskaun Yang Ditawarkan

Pas Mytourist Jenis Pas Diskaun Yang Ditawarkan

papar berkaitan - pada 3/6/2025 - jumlah : 82 hits
Sempena musim cuti sekolah ini ibu bapa yang ingin membawa anak anak berjalan sekitar Kuala Lumpur dan Putrajaya boleh dapatkan Pas MyTourist yang disediakan oleh Rapid KL bagi memudahkan anda untuk menggunakan kenderaan awam seperti bas LR...
Pemuda Pas Pahang Dakwa Kerajaan Perpaduan Di Negeri Ini Turut Terpalit Dengan Tindakan Tengku Zafrul

Pemuda Pas Pahang Dakwa Kerajaan Perpaduan Di Negeri Ini Turut Terpalit Dengan Tindakan Tengku Zafrul

papar berkaitan - pada 1/6/2025 - jumlah : 100 hits
KUANTAN Dewan Pemuda PAS Pahang mendakwa wujud keretakan dalaman antara parti parti komponen Kerajaan Perpaduan termasuk di Pahang Ketua Penerangannya Ahmad Azlan Abu Bakar berkata ia susulan tindakan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul A...
Nutrisi Wajib Dalam Makanan Setelah Sakit Agar Tubuh Cepat Pulih

Nutrisi Wajib Dalam Makanan Setelah Sakit Agar Tubuh Cepat Pulih

papar berkaitan - pada 12/6/2025 - jumlah : 136 hits
Setelah melewati masa sakit tubuh membutuhkan waktu dan nutrisi yang cukup untuk pulih secara optimal Sering kali seseorang merasa lemas tidak bertenaga dan kehilangan nafsu makan meski gejala utama sakit seperti demam atau batuk sudah memb...
Kerajaan Rangka Strategi Bangunkan Industri Jagung Bijian Tempatan

Netizen Dakwa Nampak Bekas Suami Aprena Manrose Bersama Perempuan Free Hair Undur Diri Maksudnya Memang Kena Sondol Kot

Kl Convention Centre Turns 20 Here S How It S Shaping The Future

Lg Oled Tv Now Certified For Perfect Indoor Viewing

Pesuruhjaya Polis Lempar Telur Separuh Masak Ke Muka Pelayan Restoran

Late Lunch Di Richiamo Coffee Kpj Tawakkal Kl Specialist Hospital

Petua Berkesan Pulihkan Tenaga Dalaman Anda

Stop Politicising Race Just Because Car Driver Is China National


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Adakah Opu Membantu Pesakit Kanser

Amalkan Air Rebusan Selepas Haid Untuk Bersihkan Sisa Darah Yang Tinggal

I Need Coffee

Late Dinner Nasi Lemak Royale Kedah

Pastri Viral Resipi Mudah Manis Buat Jiwa Kaki Dessert

Khas Untuk Korang Buat Isteri Tersenyum Cewek Tersengih Anak Melompat Gembira Goojodoq Desktop Fan