Cadangan Pandang Ke Borneo Najib Ada Merit Rahman Beritahu Putrajaya


Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno, Abdul Rahman Dahlan bersetuju dengan cadangan “Pandang ke Borneo” oleh bekas perdana menteri Najib Razak tetapi kerajaan persekutuan mesti berani melaksanakan perubahan begitu besar.
Rahman, yang pernah menjadi menteri dalam Kabinet bekas perdana menteri itu, yakin Sabah dan Sarawak boleh menjadi pencetus ekonomi kepada negara tetapi ia memerlukan kerajaan membaik pulih strategi ekonomi.
Bercakap mengenai cadangan Najib, Rahman pernah mencadangkan beberapa penambahbaikan ketika menjadi menteri bertanggungjawab terhadap unit perancangan ekonomi di jabatan perdana menteri.
Beliau berkata, salah 1 cadangan ialah kerajaan persekutuan harus menyalurkan peruntukan tunai secara terus kepada kerajaan negeri, bukan melalui kementerian kerajaan pusat.
“Kerajaan negeri akan mengenal pasti projek sesuai (dengan) mengurus proses tender, memantau status projek, menjalankan audit dan melaporkan semula status kepada kerajaan pusat,” katanya dalam kenyataan di Facebook hari ini.
“Dengan adanya peruntukan tunai, kerajaan Sabah dan Sarawak akan dapat mempertingkatkan keberkesanan penyampaian perkhidmatan mereka (kerana) pencapaian pegawai kementerian kerajaan negeri tidak dapat dimaksimumkan kerana mereka hanya mengurus projek berdasarkan peruntukan kerajaan negeri yang agak kecil.”
Rahman berkata, Sabah dan Sarawak mempunyai kementerian sama berbanding kerajaan persekutuan dan kebanyakan tugas boleh diambil alih kerajaan negeri tanpa sebarang isu ketara.
“Dengan pendekatan ini, kerajaan negeri boleh menentukan mana 1 projek yang menjadi keutamaan kepada rakyat di negeri mereka.
“Keputusan tidak lagi ditentukan birokrat yang duduk jauh di Putrajaya yang sudah tentu tidak akan mampu memahami sepenuhnya kehendak rakyat tempatan di Sabah dan Sarawak,” katanya.
Selain itu, beliau berkata kerajaan persekutuan juga akan dapat menjimatkan kos pengurusan yang besar kerana selama ini pegawai dari Putrajaya berulang alik menaiki kapal terbang dan tinggal di hotel di 2 negeri berkenaan.
“Pendekatan ini adalah ‘win-win-win situation’ untuk semua pihak (kerana) kerajaan pusat dapat mengurangkan kos pengurusan secara drastik, kerajaan negeri pula akan dapat memaksimumkan kewujudan kementerian mereka sementara rakyat pula akan mendapat perkhidmatan yang cekap.”
Ketika di Dewan Rakyat semalam, Najib berkata syarikat Malaysia harus digalakkan melabur di Sabah dan Sarawak yang mempunyai potensi besar untuk membangun dan menyatakan negeri Malaysia Timur kaya dengan sumber semula jadi.
Ahli Parlimen Pekan itu berkata, langkah berkenaan juga akan mendatangkan manfaat apabila Indonesia memindahkan ibu negerinya ke Kalimantan.
Rahman berkata, cadangan lain ialah kerajaan persekutuan harus merangka dasar yang mewajibkan pengilang dan perniagaan menyamaratakan harga barangan di seluruh negara.
“Tidak perlu lagi ada 1 harga untuk Semenanjung dan 1 harga berlainan untuk Sabah dan Sarawak yang tinggi daripada harga Semenanjung.
“Alasan yang selalu digunakan pengilang dan perniagaan untuk mengenakan harga tinggi untuk Sabah dan Sarawak adalah kos penghantaran,” katanya.
Rahman berkata, ia mengelirukan mengapa kos penghantaran tidak dijadikan faktor kepada negeri yang “jauh” seperti Kelantan dan Perlis di Semenanjung.
“Maksudnya pengguna di negeri pengeluar barangan seperti Selangor, Johor dan Pulau Pinang akan membayar harga lebih sedikit untuk mensubsidikan kos penghantaran kepada pengguna di negeri bukan pengeluar barangan seperti Kelantan dan Perlis.”
Beliau berkata, tindakan menyeragamkan harga di seluruh negara tidak akan mewujudkan isu ketara kerana pengguna di Sabah dan Sarawak dan kuantiti pembelian lebih rendah berbanding Semenanjung.
“Ia bukan saja dasar ekonomi yang adil (tetapi) ia juga adalah ‘tanggungjawab moral’ kerajaan pusat,” kata Rahman. FMT
Cadangan Najib ‘Pandang ke Borneo’ akan manfaatkan Malaysia, kata pakar ekonomi

The post Cadangan Pandang ke Borneo Najib ada merit, Rahman beritahu Putrajaya appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/11/11/cadangan-pandang-ke-borneo-najib-ada-merit-rahman-beritahu-putrajaya/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Idea Pandang Ke Borneo Pemikiran Jauh Diluar Kotak Abdul Rahman Dahlan

Idea Pandang Ke Borneo Pemikiran Jauh Diluar Kotak Abdul Rahman Dahlan

papar berkaitan - pada 13/11/2020 - jumlah : 250 hits
Dua hari yang lalu ahli parlimen Pekan dan mantan Perdana Menteri Malaysia Datuk Sri Mohd Najib Tun Razak telah memperkenalkan idea Dasar Pandang ke Borneo di parlimen Dalam ucapan bajet beliau Najib mencadangkan supaya sudah tiba masanya u...
Dasar Pandang Ke Borneo Bukan Level Muhyiddin Atau Azmin Nak Rangka Perancangan Sejauh Ini

Dasar Pandang Ke Borneo Bukan Level Muhyiddin Atau Azmin Nak Rangka Perancangan Sejauh Ini

papar berkaitan - pada 13/11/2020 - jumlah : 391 hits
HANYA ORANG YANG BERJIWA BESAR SAJA YANG BOLEH MERANGKA PERSPEKTIF SEJAUH INI Dua hari yang lalu ahli parlimen Pekan dan mantan Perdana Menteri Malaysia Datuk Sri Mohd Najib Tun Razak telah memperkenalkan idea Dasar Pandang ke Borneo di par...
Cadangan Ds Najib Kerjasama Dengan Anwar Adalah Serangan Kepada Musuh Kenapa Kita Pula Yang Menggelabah

Cadangan Ds Najib Kerjasama Dengan Anwar Adalah Serangan Kepada Musuh Kenapa Kita Pula Yang Menggelabah

papar berkaitan - pada 29/10/2020 - jumlah : 473 hits
Sebaik sahaja tamat perjumpaan Ahli Parlimen UMNO tular di media sosial kononnya DS Najib telah cuba mengkhianati UMNO demi untuk kepentingan diri beliau sendiri dengan cuba mendesak Ahli Parlimen UMNO supaya memberikan sokongan kepada Anwa...
Najib Sanggah Mahathir Cadangan Bawa Bencana Ekonomi Negara Dan Tidak Masuk Akal

Najib Sanggah Mahathir Cadangan Bawa Bencana Ekonomi Negara Dan Tidak Masuk Akal

papar berkaitan - pada 14/11/2020 - jumlah : 348 hits
PETALING JAYA Saranan bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad supaya kerajaan Perikatan Nasional menangguhkan atau membatalkan projek pembangunan supaya saiz Belanjawan 2020 dikurangkan akan memburukkan lagi keadaan ekonomi negara kata Na...
Lim Kit Siang Obses Dengan Najib

Lim Kit Siang Obses Dengan Najib

papar berkaitan - pada 5/11/2020 - jumlah : 274 hits
Datuk Seri Najib Tun Razak mendakwa Lim Kit Siang obses terhadap dirinya terutamanya sejak beliau dilantik Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional Bekas Perdana Menteri itu memberitahu selepas Barisan Nasional melantik beliau se...
Apex Court Bins Second Lawsuit By Pi Bala S Widow Against Najib Rosmah And Six Others

Apex Court Bins Second Lawsuit By Pi Bala S Widow Against Najib Rosmah And Six Others

papar berkaitan - pada 6/11/2020 - jumlah : 333 hits
The Federal Court today dismissed A Santamil Selvi s application for leave to appeal against the Court of Appeal s ruling which had struck out her lawsuit Reuters picPUTRAJAYA Nov 5 The widow of the late private investigator P Balasubramani...
Reskilling Scheme Better Option Than Wage Subsidy Says Najib

Reskilling Scheme Better Option Than Wage Subsidy Says Najib

papar berkaitan - pada 6/11/2020 - jumlah : 325 hits
Former prime minister Najib Razak has urged the government to provide an option for employers who applied for the wage subsidy programme to either continue receiving subsidy assistance or help their workers through an upskilling and reskill...
Najib S 1mdb Trial To Resume On Dec 14

Najib S 1mdb Trial To Resume On Dec 14

papar berkaitan - pada 9/11/2020 - jumlah : 494 hits
Former prime minister Najib Razak faces 25 charges of abuse of power and money laundering over alleged 1MDB funds amounting to RM2 28 billion deposited into his bank accounts KUALA LUMPUR The High Court has fixed four days from Dec 14 for t...
Mercedes Benz Will Continue To Offer Combustion Engines After 2030

Resipi Lobster Butter Cheese Yang Ringkas Sedap Menu Untuk Sambut Hari Istimewa

Amir Given Economy Minister S Duties To Overhaul 13th Malaysia Plan

More Action Needed To Combat Vaping By Students

Kes Bunuh Pelajar Universiti 3 Suspek Direman 7 Hari

Top 10 Hotel Berdekatan Klia Bermula Rm70

Adakah Perbezaan Antara Tempeyek Dan Rempeyek

The Rise Of Film To Tv Adaptations Why Hollywood Keeps Revisiting The Big Screen


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


The Traffic School That Works Around Your Life Not The Other Way Around

Untuk Arwah Ibu Bapa Maulana Juhari Terima Anugerah Sempena Sambutan Maal Hijrah Peringkat Negeri Pahang

Kerajaan Pahang Meluluskan Peruntukan Sebanyak Rm500 000 Baik Pulih Rumah Tok Batin Di Seluruh Negeri Ini

Minum Petang Dengan Pulut Panggang Legend Sesedap Citarasa

Betul Ke Guna Chatgpt Buat Otak Jadi Malas Jom Kita Bongkar

Budak Maut Tercampak Kenderaan Akibat Tayar Meletup Di Lebuhraya Utara Selatan Dekat Jasin