Cabaran 15 Hari Gambar Terbaru Fakta Tentang Anda
AssalamualaikumBismillah
Cabaran 15 Hari | Gambar Terbaru & Fakta Tentang AndaMulanya plan nak start tulis esok saja cabaran ni. Sementara ada mood ni baik tulis sekarang kan. Tiba-tiba saja ada idea nak menulis di blog. Nak tahu secara ringkas tentang aku boleh baca kat SINI Nak tanya apa-apa soalan tentang aku boleh juga email dan follow facebook dan instagram aku.
My latest photo
Fakta Tentang Sii Nurul
1. Ramai yang tahu aku minat menulis. Yang mungkin kebanyakkan orang tak tahu selain menulis blog aku sangat suka tengok anime. Tetapi belum sampai tahap OTAKU lagi lah.
2. Aku suka minuman yang berkafein dan aku ambil sehari lebih dari 3 gelas which is not good for your health. But I'm really addicted to it! Susah nak berhenti minum.
3. Sehari tak makan ais tak sah. Selain ketagihan minuman berkafein aku juga sangat suka minum sejuk yang berais. Nescafe ais, milo ping, ais lemon teh dan segala bentuk minuman yang sejuk. Jangan ikut tabiat macam aku.
4. Aku mempunyai alergik yang teruk dari segi deria rasa dan bau. Aku sangat sensitif dengan makanan yang kuat baunya seperti durian, ketam & any seafood. Aku sanggup tak makan sehari semata-mata mahu mengelak terhidu makanan seafood.
Pernah paksa makan tetapi aku muntah. Pernah cuba masak tetapi pening-pening lalat dan seminggu bau tu melekat di hidung aku. Sangatlah tidak selesa. Disebabkan itu juga aku tidak pakai sebarang minyak wangi atau deodoran.
5. Aku juga alergik dari segi kulit muka dan badan. Tak boleh kena gigit nyamuk, sensitif dengan tempat yang berhabuk walaupun nampak kemas. Aku tak boleh pakai perhiasan seperti jam tangan, subang, anting-anting, rantai apatah lagi barang-barang kemas.
Aku pernah kena jarum di telinga bengkak disebabkan oleh anting-anting melekat di telinga aku tak boleh tanggal. Hahaha trauma sampai sekarang.
6. Aku fobia dengan darah. Memang tak boleh luka atau tengok darah. Pernah sekali aku potong kentang dan jari terluka. Terus muka aku pucat dan pengsan. Hahahaha
7. Aku tidak pernah makan pizza dan McDonald Hahaha... Aku makan KFC saja.
8. Percaya tak aku tak tengok pun TV kecuali berita saja. Setiap hari aku akan sambungkan hardisk ke TV tengok anime, Running man dan dengan lagu sahaja. Aku tak pernah tengok mana-mana drama tak kira melayu atau korea.
9. Aku suka tengok Anime dan KPOP reaction di youtube. Aku suka lagu KPOP dari YG Entertainment. Bigbang is my favourite one and my latest fav boy band from YG is TREASURE.
10. Aku cepat mabuk perjalanan. Mabuk jalan jauh. Mabuk naik flight. Mabuk naik feri. Hahaha
Cukuplah itu saja. Ada yang mempunyai persamaan dengan aku ka? hehe~
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.siinurul.com/2020/12/cabaran-15-hari-gambar-terbaru-fakta.html