Sumber Inspirasi Ketika Berblog Cabaran 15 Hari Menulis Blog
kredit siinurul.com
Assalamualaikum semua| Hendak di beritahu siapa sumber inspirasi ketika berblog waktu sekarang dan masa ketika blog di tubuhkan adalah seorang insan yang berjaya jua di kalangan otai jua di dalam dunia blogger iaitu Abang Hasrul Hassan. ( hasrulhassan.com). Secara peribadi Naim tidak mengenali beliau secara nyata tetapi di alam maya sahaja. Tahun bila mula kunjungi blog beliau pun Naim dah tak ingat.
Nak melawat blog beliau? sat..
Jika sahabat-sahabat ingin lawati blog Abang Hasrul Hassan boleh klik pada banner di atas. Untuk maklumat semua, template priemium yang Naim guna sekarang adalah hadiah daripada satu segmen daripada Abang Hasrul Hassan baru-baru ini.
Tak lupa jua Kak Awadah, Si Nurul , Kak Shida, dan tidak lupa semua sahabat-sahabat blogger adalah sumber inspirasi di dalam berblogging ini. Kerana bukan mudah mencari idea yang fresh untuk menulis di dalam blog. Ketika kita dapat idea untuk menulis dan semak di dalam bloglist ada rakan blogger menulis perkara yang sama, Naim potong idea itu terus kerana tidak mahu perkara yang sama berulang.
Pabila idea sendu , hanya www.youtube.com menjadi sumber inspirasi kekadang ia log in masuk blogger dan selepas itu log out begitu sahaja. Kerana Naim menulis dengan cara Naim sendiri. Kerana rakan-rakan blogger ada citarasa di dalam dunia blogging. Nasib melihat gambar dari blogger Sii Nurul menjadi idea untuk menulis makin bercambah. Walhal masih sendu untuk menulis panjang. Kerana 15 Perkara kena di hadam dan di olah dengan sebaik-baiknya untuk di beri kepada pembaca di dalam blog Naim ini.
Asbab itu, Naim lompat tajuk dan tidak mengikut nombor seperti gambar di atas. Kerana mencari idea bukan mudah seperti air yang tenang. Moga coretan di dalam blog ini memberi sedikit kebaikan kepada semua pembaca. Terima kasih kepada mereka sentiasa datang ke blog Naim dan menjadi silent reader hatta yang berkomen, Naim ucapkan terima kasih sekali lagi. Kerana anda semua telah memberi suntikan motivasi di dalam menulis di dalam blog ini.
Akhir kalam..
Pena setajam pisau,silap hari bulan ia makan tuanberpada-pada menukil dakwat di penatatkala pena tumpul , jiwa kita kembali sendu..
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://pemudattbc.blogspot.com/2020/12/sumber-inspirasi-ketika-berblog-cabaran.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed:+KeArahMencariRedhanya+(Ke+Arah+mencari+redhaNYA)