Cabar Kit Siang Debat Saya Tidak Buat U Turn Tentang Debat Najib


THE MALAYSIAN TIMES 

KUALA LUMPUR: Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini berkata beliau tidak membuat “U-turn” berhubung pendirian beliau terhadap debat.

“Saya baca komen-komen dari penyokong PH (Pakatan Harapan) tentang cabaran debat saya kepada boss DAP itu.

“Ada yang kritik saya bahawa Malaysiakini pernah mengeluarkan tajuk berita “Najib: Debat bukan budaya kita” pada tahun 2012.

“Jika dibaca betul-betul, saya pernah kata debat perlu melihat keadaan. Saya tidak tolak debat secara menyeluruh.

“Saya juga sebut: “Yang penting sekali rakyat ada maklumat secukupnya (dalam) membuat pilihan,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.

Terdahulu, dalam wawancara Free Malaysia Today, Najib mencabar pengkritik utamanya, Ahli Parlimen Iskandar Puteri Lim Kit Siang untuk berdebat.

Najib mendakwa rakyat kini tidak dapat maklumat yang betul di bawah kerajaan PH.
“…kita tahu kerajaan PH teramat kuat menipu.

“Itulah sebab saya mahu debat dengan Kit Siang.

“Saya tidak membuat U-turn tentang debat dan saya tidak fitnah seperti PH.

“Contoh fitnah dan u-turn dashyat adalah projek-projek yang digelar jual negara dan membazir tiba-tiba menjadi projek penyelamat negara. Tak sampai satu tahun pun.

“Satu lagi contoh u-turn paling konar baring ialah BR1M digelar rasuah tetapi tak cukup satu tahun sudah menjadi pemangkin ekonomi.

“Lagipun, saya nak beritahu penyokong-penyokong PH ini bahawa masa sudah berubah.
“Tahun 2012 dengan 2019 ini banyak berbeza.

“Tahun 2012, geng PH gelar PM ke-4 (Tun Dr Mahathir Mohamad) sebagai bapa perompak negara atau bapa pelingkup negara.

“Manakala PM ke-4 gelar Kit Siang sebagai bapa segala rasis.

“Tahun 2019 ini, geng PH pula gelar PM ke-7 sebagai “boss kiter”.

“Nak ungkit lagi tajuk berita tahun 2012, ke?

“Ada juga penyokong PH yang kata kenapa dulu saya tak nak debat dengan PM ke-4 dahulu pada tahun 2015?

“Masa itu, saya PM dan tak banyak masa untuk debat.

“Masa itu juga, PM ke-4 masih ahli UMNO.

“Adalah janggal untuk pemimpin UMNO berdebat dengan pemimpin UMNO pada masa itu.

“Saya faham juga bahawa tugas seorang PM adalah sibuk tapi jika PM ke-7 berpendapat dia ada masa atau ada keperluan untuk debat dengan saya tentu akan sahut cabaran itu.

“Bagaimanapun, keadaan Kit Siang tidak sama dengan PM ke-7.

“Dia bukan menteri tulen (MenHEN adalah) dan dia banyak masa lapang untuk keluarkan pelbagai kenyataan panjang-lebar tiap-tiap hari.

“Sudah tentu, dia ada masa untuk debat,” katanya.

Najib sebelum ini melabelkan Lim sebagai “Menteri Hal-Ehwal Najib” atau singkatannya “MenHEN” kerana veteran DAP itu sering mengkritiknya.

LIHAT FB DI SINI



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/05/cabar-kit-siang-debat-saya-tidak-buat-u.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kit Siang Tak Jadi Debat Takut Tersungkur Kalah Najib

Kit Siang Tak Jadi Debat Takut Tersungkur Kalah Najib

papar berkaitan - pada 24/5/2019 - jumlah : 426 hits
Najib Saya terima maklumat PH takut Kit Siang tersungkur kalah Beberapa minit selepas Lim Kit Siang mengeluarkan kenyataan media mengumumkan pengundurannya daripada perbahasan dengan Najib Razak bekas perdana menteri itu berkata beliau mene...
Debat Najib Sudah Sedia Kit Siang Pula Tarik Diri

Debat Najib Sudah Sedia Kit Siang Pula Tarik Diri

papar berkaitan - pada 24/5/2019 - jumlah : 405 hits
PENASIHAT DAP Lim Kit Siang memutuskan tidak akan meneruskan debatnya dengan bekas perdana menteri Najib Razak kerana bimbang ia akan bertukar menjadi konflik perkauman Menurut pemimpin veteran DAP itu beliau menerima segunung surat yang me...
Kit Siang Tak Teruskan Debat Dengan Najib Nafi Dirinya Pengecut

Kit Siang Tak Teruskan Debat Dengan Najib Nafi Dirinya Pengecut

papar berkaitan - pada 24/5/2019 - jumlah : 394 hits
Veteran DAP Lim Kit Siang memutuskan tidak akan meneruskan debatnya dengan bekas perdana menteri Najib Razak kerana bimbang dengan kemungkinan besar ini akan dimanipulasi menjadi satu konflik perkauman Katanya sejak 48 jam yang lalu beliau ...
Anwar Sokong Kit Siang Tarik Diri Debat Dengan Najib

Anwar Sokong Kit Siang Tarik Diri Debat Dengan Najib

papar berkaitan - pada 25/5/2019 - jumlah : 387 hits
KEPUTUSAN Penasihat DAP Lim Kit Siang menarik diri daripada berdebat dengan bekas perdana menteri Najib Razak adalah satu keputusan yang baik kata Presiden PKR Anwar Ibrahim nbsp Beliau berkata debat antara pemimpin veteran DAP itu dengan N...
Kit Siang Dan Mahathir Jom Debat On X On Najib

Kit Siang Dan Mahathir Jom Debat On X On Najib

papar berkaitan - pada 22/5/2019 - jumlah : 553 hits
Jom kita berdebat Najib beritahu Kit Siang Najib Razak berkata beliau sedia mengadakan apa saja perdebatan gaya bebas dengan pengkritik terkuatnya Lim Kit Siang selepas pemimpin kanan DAP itu menyerangnya secara terbuka baru baru ini Dalam ...
Najib Kit Siang Ini Debat Bukan Gusti Kenapa Nak Lari

Najib Kit Siang Ini Debat Bukan Gusti Kenapa Nak Lari

papar berkaitan - pada 25/5/2019 - jumlah : 490 hits
MALAYSIAKINI Najib Razak hari ini sekali lagi menyerang veteran DAP Lim Kit Siang yang menarik diri daripada debat yang dirancang antara dua seteru politik tersebut Bekas perdana menteri itu juga meremehkan alasan pemimpin DAP berkenaan yan...
Kit Siang Tunjuk Obsesi Geli Kepada Saya Kata Najib

Kit Siang Tunjuk Obsesi Geli Kepada Saya Kata Najib

papar berkaitan - pada 13/5/2019 - jumlah : 414 hits
Bekas perdana menteri Najib Razak berkata kekalahan calon PBS di Sandakan tidak melemahkan semangat pembangkang dan perlu dijadikan iktibar untuk membetulkan kelemahan PETALING JAYA Najib Razak hari ini memulangkan paku buah keras kepada Li...
Najib Saya Terima Maklumat Ph Takut Kit Siang Tersungkur Kalah

Najib Saya Terima Maklumat Ph Takut Kit Siang Tersungkur Kalah

papar berkaitan - pada 24/5/2019 - jumlah : 377 hits
Beberapa minit selepas Lim Kit Siang mengeluarkan kenyataan media mengumumkan pengundurannya daripada perbahasan dengan Najib Razak bekas perdana menteri itu berkata beliau menerima maklumat bahawa Pakatan Harapan merancang untuk membatlaka...
Bn Tak Angkuh Najib Jawab Pukulan Mati Kit Siang

Bn Tak Angkuh Najib Jawab Pukulan Mati Kit Siang

papar berkaitan - pada 13/5/2019 - jumlah : 436 hits
KUALA LUMPUR 12 Mei Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan sindiran Penasihat DAP Lim Kit Siang bahawa kekalah PBS pada Pilihan Raya Kecil Sandakan semalam sebagai knock our blow kepadanya sebagai satu lagi tanda obses...
Kenapa Rezeki Datang Dengan Cara Tak Disangka

Dapat Hadiah Yang Tak Disangka Dari Blogger Kak Amie

Sumbangan Asas Rahmah Bantuan Rm100

Enam Pelajar Sekolah Menengah Agama Direman Babit Kes Buli

Benefits Of Engaging A Top Cleaning Service In Klang Valley

Netanyahu Sanggup Korbankan Tebusan Demi Kepentingan Sendiri Hamas Utusan Malaysia

Kompilasi Lagu Patriotik Malaysia Perpaduan Patriotisme

Gabungan Lazat Ikan Percik Kerabu Jantung Pisang Menu Kampung Pembuka Selera


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Rahsia Lavender Herba Wangi Yang Banyak Manfaatnya

Swimming Class

Chukwu Perkuat Cabaran Perak Fa Di Liga A1

Arif Aiman Tidak Ada Istilah Puas Hati

Wan Rosdy Alu Alukan Kehadiran Pembangkang Ke Program Hogoh Jelai Lihat Pembangunan Di Kawasan Itu

Pakai Songket Macam Mini Skirt Di Klfw Ds Haflin Nazri Aziz Buat Netizen Sakit Mata Macam Balik Snorkeling