Buttonscarves X Elfira Loy Perkenal The Maharani


Hi Korang,

Pernah dikenali di Indonesia kerana pernah beberapa kali bergandingan dengan pelakon lelaki di sana, Elfira Loy baru baru ini mencipta sejarah tersendiri apabila disunting bekerjasama dengan jenama tudung popular, Buttonscarves yang berpengkalan di sana

Malah lebih tepat, artis bertudung yang memiliki seramai 4.8 juta pengikut di Instagram itu menjadi artis Malaysia pertama bersatu dengan jenama dari seberang ini


Sebagai permulaan Buttonscarves x Elfira Loy hadir dengan sebuah koleksi istimewa dipanggil The Maharani Series yang sesuai digayakan di bulan Ramadan dan Syawal kelak

Elfira berkata, kerjasama mereka tercetus dengan sekelip mata dan tanpa diduga. Malah ia bagai dirahmati dan dipermudahkan

Apatah lagi isteri kepada Muhammad Faris Khairol Anuar ini asalnya memang peminat tegar jenama yang sudah empat tahun berkembang di negara jiran itu

Koleksi itu dilancarkan di Indonesia pada hari ini (24 April) yang juga hari pertama kita meraikan Ramadan penuh mulia




Koleksi The Maharani Series memiliki 13 warna dengan motif yang mengangkat elemen senibina di India. Koleksi ini menggunakan bahan scarf kapas woal dan satin silk yang selesa untuk dipakai

“Pada awalnya kerjasama itu mahu dimulakan selepas musim raya. Namun tanpa diduga ia dipercepatkan. Pihak mereka merancang untuk menjalankan fotografi sebuah koleksi tudung di Jaipur, India dalam masa singkat beberapa bulan lalu.
“Ketika itu pihak mereka memikirkan perancangan itu terlalu tergesa gesa dan akan menyusahkan saya. Namun apabila saya bersetuju, mereka tidak menyangka. Akhirnya terjadilah kerjasama koleksi The Maharani Series ini. Buat permulaan kerjasama ini berlangsung untuk dua bulan bermula April hingga Mei. InsyaAllah tiada aral melintang, kerjasama ini akan berpanjangan,” kata pemilik nama penuh Nurul Elfira Loy Ahmad Sabri ini

Menurut ibu kepada Muhammad Rayyan Khalaf berusia enam bulan itu, kerjasama itu bermula daripada perbualan di kotak mesej langsung (DM) di Instagram


“Dari DM, kami berlanjutan ke aplikasi WhatsApp. Pendek kata, dari awal lagi ia berjalan dengan lancar. Saya juga anggap ini rezeki anak sulung. Saya sejak dua ketiga tahun lalu juga sebenarnya menjadi peminat secara diam kepada jenama ini. Kalau terbang ke Jakarta, saya akan membeli skaf dan tudung jenama berkenaan kerana materialnya cukup selesa dan kemas.
“Pada masa sama, saya dapat tahu mereka juga mengintai untuk bekerjasama dengan artis Malaysia. Difahamkan ada beberapa calon lain, tapi rezeki berpihak kepada saya. Sesuai dengan nama koleksi ini, saya yakin mereka yang memakainya akan berasa seperti seorang ratu atau maharani ,” katanya

Ditanya mengenai menyambut Ramadan dalam suasana Perintah Kawalan Pergerakan dikuatkuasa kerana mahu membendung penularan wabak Covid 19, Elfira mengakui akur dengan ujian terjadi

“Jika Ramadan tahun lalu saya menyambutnya dengan keadaan berbadan dua dan kerterbatasan itu ini, nikmat bulan penuh keberkatan itu tidak terlalu dirasai. Jadi saya memang ternanti-nanti Ramadan kali ini. Tapi siapa mampu menyangka kita didatangi ujian saat ini. Pasti terasa kerinduan kepada perkara yang selalu sinonim dengan bukan Ramadan seperti bazar dan solat Terawih. Tak mengapa kita tak perlu bersedih sangat. Kita raikannya dengan cara bersederhana,” katanya



Sementara itu, pihak Buttonscarves melihat kerjasama terjalin dengan Elfira cukup tepat dengan personaliti, aura dan imej bertudung dimilikinya

“Ini juga kerjasama perdana dan sulung kami dengan artis dari negara lain. Cita cita itu sudah lama dan akhirnya berjaya direalisasikan kini. Malaysia dan Indonesia sendiri negara serumpun yang berhubungan baik.
“Selama ini kami mencari calon yang sesuai berkolaborasi dengan Buttonscarves. Ternyata Elfira sudah menjadi seorang penggemar Buttonscarves sejak dulu. Personaliti dimilikinya juga menjadi terjemahan nuansa fesyen kami.
“Setelah berbincang kami pun memutuskan untuk menjalinkan kerjasama khusus di bulan Ramadan ini. Kami juga merancang untuk membuka premis jenama tudung ini di tiga pusat beli belah di Malaysia termasuk Avenue K kelak,” ungkap Linda Anggrea selaku Pengarah Kreatif Buttonscarves

Kata Linda lagi, koleksi ini dinamakan Maharani kerana gelaran itu di India diberikan kepada pemimpin wanita. 
“Dalam bahasa sanskrit India, erti nama Maharani merupakan gabungan dari kata Maha yang bererti Agung dan Rani yang dimaksudkan sebagi Ratu. Koleksi ini diilhamkan dari istana di Jaipur, India yang merupakan destinasi terbaru Buttonscarves ketika sesi fotografi koleksi diadakan. India merupakan destinasi yang masih tergolong unik dan patut diteroka keraan banyak menonjolkan keunikan seni bina, motif, dan budaya,” kata Linda lagi

The Maharani Series boleh dibeli di laman sesawang, www.buttonscarves.com. Malah ia juga boleh dibeli di aplikasi Buttonscarves. Ketika ini pihak Buttonscarves turut memberi diskaun free shipping kepada pembeli dengan pembelian RM200 ke atas
Harga jualan bermula dari RM125 hingga ke atas


Ketika ini jenama yang bermula sejak 2016 itu terus sukses bukan hanya di Indonesia. Malah di pasaran Asia Tenggara seperti Malaysia, Singapura, Brunei Darussalam hingga sempat bertandang ke negara Uncle Sam

Hasil penjualan siri tudung the Maharani series ini juga akan digunakan untuk membantu mangsa covid 19 di Indonesia dan Malaysia

Info lanjut, meh klik sini yer www.buttonscarves.com 
Instagram: buttonscarves



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ciklilyputih.com/2020/04/buttonscarves-x-elfira-loy-perkenal.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Elfira Loy X Buttonscarves Lancar Koleksi Tudung Sempena Bulan Ramadan Dan Syawal

Elfira Loy X Buttonscarves Lancar Koleksi Tudung Sempena Bulan Ramadan Dan Syawal

papar berkaitan - pada 24/4/2020 - jumlah : 636 hits
Nama Elfra Loy cukup terkenal di Indonesia kerana pernah beberapa kali bergandingan dengan pelakon lelaki di sana Kali ini dia mencipta sejarah tersendiri apabila dia disunting bekerjasama dengan jenama tudung popular Buttonscarves yang ber...
Buttonscarves X Elfira Loy Satukan Dua Rumpun Gaya Muslimah Modest

Buttonscarves X Elfira Loy Satukan Dua Rumpun Gaya Muslimah Modest

papar berkaitan - pada 24/4/2020 - jumlah : 631 hits
Buttonscarves X Elfira Loy Satukan Dua Rumpun Sejak mengenakan hijab ni memang rajin saya melihat lihat koleksi hijab terkini Mana yang berkenan dan saya rasa sesuai tanpa fikir panjang terus saya beli Maklumlah nak kumpul koleksi sikit sik...
Elfira Loy Terlupa Masak Nasi Hari Pertama Berbuka Puasa

Elfira Loy Terlupa Masak Nasi Hari Pertama Berbuka Puasa

papar berkaitan - pada 28/4/2020 - jumlah : 412 hits
Pertama kali menjalani ibadah puasa bersama suami dan anak kecilnya menerusi Instagram Elfira Loy berkongsikan kisah lucu pada hari pertama berbuka puasa The post appeared first on
Elfira Loy Mahu Ajar Anak Makan Sendiri

Elfira Loy Mahu Ajar Anak Makan Sendiri

papar berkaitan - pada 22/4/2020 - jumlah : 274 hits
Sudah bergelar ibu pasti Elfira Loy mahukan yang terbaik buat putera kesayangannya Boleh dikatakan Elfira juga tidak lokek berkongsikan tentang perkembangan anaknya The post appeared first on
Elfira Loy Kongsi Ilmu Agama Di Telegram

Elfira Loy Kongsi Ilmu Agama Di Telegram

papar berkaitan - pada 1/5/2020 - jumlah : 498 hits
Bersempena bulan Ramadan ini boleh dikatakan ramai dikalangan selebriti mengajak peminat peminat mereka membaca Al Quran dan lebih beramal ibadah untuk mengejar pahala di bulan suci ini Tidak ketinggalan Elfira Loy juga mengambil inisaitif ...
The War Against Covid 19 Triumphs Tragedies And Trump

The War Against Covid 19 Triumphs Tragedies And Trump

papar berkaitan - pada 17/4/2020 - jumlah : 383 hits
Updated 17 April Original article 16 AprilPhase 3 MCO Day1 If you re looking for good news no need to go far Try Perlis There hasn t been any new Covid 19 case in Perlis for more than 20 days now Or to Kedah where seven of the state s distr...
Azlan The Typewriter Barisan Hadapan Chord

Azlan The Typewriter Barisan Hadapan Chord

papar berkaitan - pada 17/4/2020 - jumlah : 488 hits
A F mA DA Jangan berhentiF mUsah MengalahAHarus tempuhiDDan harus gagahAUntuk apa bersedihF mSemua dah tertulisC mKita harus laluiDDengan solusiAOhhhh F mayuhC mKita mesti menangC mKita mesti menangDDi medan ini AOhhhh F mayuhC mKita mesti ...
Labis Mp Reminds Charities To Observe Mco After Volunteers Stabbed In The Back

Labis Mp Reminds Charities To Observe Mco After Volunteers Stabbed In The Back

papar berkaitan - pada 18/4/2020 - jumlah : 367 hits
CORONAVIRUS Labis MP Pang Hok Liong has urged volunteers engaged with charitable works to abide by the movement control order He claimed that five volunteers in his constituency had been arrested after performing sanitation works after poli...
Jatuh Hingga 0 Meow The Secret Boy Cipta Sejarah Dengan Rating Tercorot Bagi Rangkaian Saluran Utama

Jatuh Hingga 0 Meow The Secret Boy Cipta Sejarah Dengan Rating Tercorot Bagi Rangkaian Saluran Utama

papar berkaitan - pada 17/4/2020 - jumlah : 356 hits
Selalu sangat tonton drama berat mesti ada juga peminat K Drama yang suka layan naskhah yang membawa plot ringan untuk hilangkan stres mungkin daripada kerja atau pun pelajaran Pun begitu nampaknya drama terbaru KBS iaitu Meow The Secret Bo...
Firearms Possession And Regulations In Malaysia Public Safety Must Remain A Priority

Patung Dewa Murugan Tertinggi Di Dunia Terletak Di Batu Caves

Ditahan Isa Kerana Mahu Serang Orang Islam

Setia Alam Shooter Opens Fire On Janitor After Request To Relocate His Belongings

Lelaki Didakwa Bunuh Ibu Mentua

Developer Avoids Jail Over Rm9 5mil Illicit Payment In Mara Inc S Aussie Property Deal

Sains Pembungkusan Terbiodegradasi Perspektif Dari Rantaian Bekalan Mampan

Curi Beg Tangan Jenama Produk Kecantikan Pasangan Kekasih Dipenjara 44 Hari


echo '';
Info Dan Sinopsis Filem Perayaan Mati Rasa 2025 Adaptasi Lirik Lagu Berjudul Sama Kini Di Pawagam Malaysia

Info Dan Sinopsis Filem Sumala 2024 Adaptasi Kisah Nyata Dari Kabupaten Semarang Kini Di Platform Online Netflix Malaysia

Ramalan Peserta Gegar Vaganza 2025 2026 Musim 12 GV12

Keputusan Markah Konsert Akhir Final Gegar Vaganza 2024 2025 GV 11 Juara Pemenang Finalis

Senarai Lagu Tugasan Konsert Akhir Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Minggu 12


Kempen Keselamatan Dalam Talian Anjuran Mcmc Disambut Para Baik Ibu Bapa

Top Marketing Strategies For Buzz

Larian Hari Wilayah Persekutuan 2025

Tapak Niaga Berhawa Dingin Rm13 Sehari Di Expo Raya Galaxy Mall Ampang Anjuran Ppim Ehailing Fm 11 02 2025

10 Gambaran Teknologi Masa Hadapan Oleh Orang Di Era Dulu Kala

Cara Mohon Biasiswa Yang Di Pertuan Agong