Buta Matematik Kpm Perlu Pertingkatkan Kompetensi Guru Pensyarah


Imej hiasan
Baru-baru ini, negara dikejutkan dengan keputusan Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) 2022 bagi mata pelajaran Matematik dan Matematik Tambahan yang mencatatkan kadar kegagalan paling tinggi.

Laporan menunjukkan satu daripada empat orang pelajar gagal subjek Matematik, manakala satu daripada tiga pelajar lagi mendapat gred D dan E.

Dakwaan menyatakan wujudnya generasi 'buta' Matematik amat berat untuk diterima masyarakat, seperti pepatah Melayu 'diluah mati emak ditelan mati bapa'.

Namun, inilah realiti perlu difikirkan setiap individu Malaysia supaya keciciran Matematik dapat dikurangkan. Menuding jari kepada pihak tertentu tidak dapat menyelesaikan isu keciciran Matematik dihadapi masa kini.

Idealnya, semua pihak perlu bersatu padu dan menggembleng tenaga bagi melaksanakan tanggungjawab masing-masing secara berhemah.

Terdapat banyak faktor dalaman dan luaran mempengaruhi kadar kegagalan pelajar dalam pembelajaran Matematik seperti motivasi, sikap, keluarga, rakan, bilik darjah, silibus, guru dan bahan sumber.

Lebih merumitkan lagi, interaksi antara faktor itu secara langsung dan tidak langsung mewujudkan situasi kompleks dalam sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP) Matematik. Akhirnya, keputusan peperiksaan SPM dijadikan sandaran untuk membuktikan kewujudan generasi 'buta' Matematik dalam masyarakat.

Di Malaysia, murid menghadiri sesi persekolahan secara formal bagi memperoleh ilmu pengetahuan dan menguasai kemahiran membaca, menulis, mengira dan menaakul (4M).

Bagaimanapun, sistem persekolahan di Malaysia lebih mengutamakan silibus dicapai dalam tempoh tertentu, maka ilmu pengetahuan dan kemahiran 4M tidak dapat dikuasai setiap pelajar.

Sistem, amalan pendidikan sukar diubah

Sistem dan amalan pendidikan ini menjadi tradisi serta sukar diubah walaupun kurikulum pendidikan digubal dan sistem pentaksiran ditambah baik saban masa.

Guru adalah pemangkin mampu menjadikan suasana pembelajaran menarik dan bermakna. Seorang guru perlu memiliki ilmu standard dan terkini bagi menyampaikan serta memudah cara sesuatu konsep ketika sesi PdP di sekolah.

Ketika PdP, guru terpaksa berhadapan dengan kepelbagaian pelajar dari segi kognitif, afektif dan psikomotor yang memerlukan kaedah pengajaran terbeza dilaksanakan secara berhikmah.

Oleh itu, seseorang guru perlu dilengkapi ilmu pengetahuan dan kemahiran dalam pelbagai kaedah serta strategi mengajar selain ilmu psikologi mantap bagi menghadapi persekitaran bilik darjah semakin mencabar.

Sebagai contoh, seorang guru Matematik perlu mempunyai pengetahuan isi kandungan spesifik pada mata pelajaran diajar. Selain itu, guru Matematik juga perlu mendalami ilmu pedagogi khusus pada mata pelajaran bagi menjadikan pengajaran Matematik berkesan.

Oleh itu, pengetahuan dan kemahiran mengajar dimiliki guru Matematik sudah tentu berbeza dengan guru sains atau guru bahasa kerana konteks setiap mata pelajaran mempunyai keunikan tersendiri.

Sementara itu, Matematik adalah mata pelajaran penuh dengan konsep abstrak, maka guru perlu mempunyai kompetensi tinggi bagi menjadikan konsep abstrak itu mudah dipelajari menggunakan pelbagai kaedah konkrit jelas pada mata pelajar.

Secara logiknya, jika ilmu asas Matematik pelajar tidak kukuh, ia akan mempengaruhi pembelajaran konsep Matematik lebih tinggi dan secara langsung menyebabkan pelajar merasakan Matematik satu mata pelajaran sukar.

Sehubungan itu, profesionalisme guru matematik perlu dipertingkatkan apatah lagi terdapat perubahan besar dalam semakan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM).

Berkemungkinan besar, ramai guru Matematik masih kurang kompeten bagi memudah cara sesi PdP secara efektif berdasarkan kurikulum baharu digubal.

Bermakna, Kementerian Pendidikan (KPM) perlu merancang program pembangunan guru Matematik rapi dengan menyediakan latihan secara berkala dan berterusan demi pendidikan anak bangsa Malaysia pada abad ke-21.

Prof Madya Dr Roslinda Rosli
Penulis adalah Pensyarah Pendidikan Matematik, Pusat Kajian Pembudayaan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM), Universiti Kebangsaan Malaysia

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.cikgushare.com/2023/07/buta-matematik-kpm-perlu-pertingkatkan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kpm Siasat Dakwaan Murid Digigit Guru Di Pantai Timur

Kpm Siasat Dakwaan Murid Digigit Guru Di Pantai Timur

papar berkaitan - pada 11/7/2023 - jumlah : 131 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Kementerian Pendidikan sedang menyiasat dakwaan seorang murid terganggu emosi hingga enggan ke sekolah kerana digigit guru di sebuah sekolah di Pantai Timur Timbalan Menteri Pendidikan Lim Hui Ying berkata KPM tin...
Tangani Generasi Buta Matermatik Dengan Kajian Semula Silibus Pensyarah

Tangani Generasi Buta Matermatik Dengan Kajian Semula Silibus Pensyarah

papar berkaitan - pada 3/7/2023 - jumlah : 200 hits
Imej hiasanPengumuman keputusan Sijil Peperiksaan Malaysia 2022 baru baru ini mendedahkan perkara membimbangkan iaitu petanda wujud generasi buta Matematik Berdasarkan Laporan Analisis Keputusan SPM 2022 seramai 373 974 pelajar menduduki SP...
Hadiah Perpisahan Murid Hadiahkan Guru Barang Kemas Rm30 000

Hadiah Perpisahan Murid Hadiahkan Guru Barang Kemas Rm30 000

papar berkaitan - pada 7/7/2023 - jumlah : 264 hits
KUALA LUMPUR Hadiah perpisahan seorang murid kepada guru sekolahnya bukanlah sekadar bunga ros atau cawan seperti biasa Ia adalah sehelai perhiasan yang dikatakan bernilai lebih daripada RM30 000 dari jenama tempatan terkenal Ini ditunjukka...
Menjadi Calon Bukan Legasi Tok Guru Nik Abduh

Menjadi Calon Bukan Legasi Tok Guru Nik Abduh

papar berkaitan - pada 6/7/2023 - jumlah : 117 hits
malaysiakini comSama ada namanya diangkat sebagai calon atau sebaliknya dalam pilihan raya negeri nanti bekas ahli parlimen Bachok Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz menegaskan dia akan kekal istiqamah bersama PAS Malah anak kepada bekas Musy...
Guru Meninggal Dunia Kerana Strok Akibat Kerja Lebih Masa Keluarga Menang Tuntut Pampasan Rm2 7 Juta

Guru Meninggal Dunia Kerana Strok Akibat Kerja Lebih Masa Keluarga Menang Tuntut Pampasan Rm2 7 Juta

papar berkaitan - pada 8/7/2023 - jumlah : 232 hits
Sedih tengok kisah cikgu ni dianiaya syukur keadilan berjaya ditegakkan MAHKAMAH di Toyama Jepun pada Rabu memerintahkan pihak berkuasa tempatan Toyama dan Namerikawa membayar pampasan berjumlah 83 juta yen kepada keluarga seorang guru seko...
Maim Jaim Nafi Aniaya Guru Agama Kafa

Maim Jaim Nafi Aniaya Guru Agama Kafa

papar berkaitan - pada 9/7/2023 - jumlah : 140 hits
Exco Pendidikan Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama Melaka Datuk Rahmad Mariman BERNAMA MELAKA Majlis Agama Islam Melaka menolak dakwaan pihak tertentu kononnya Jabatan Agama Islam Melaka menganiaya guru agama serta guru Kelas al Quran dan...
Murid Digigit Guru Kurang Selera Makan Emosi Tidak Stabil

Murid Digigit Guru Kurang Selera Makan Emosi Tidak Stabil

papar berkaitan - pada 12/7/2023 - jumlah : 172 hits
Sinar HarianMenurut ibu kanak kanak itu anak lelakinya yang berusia enam tahun itu juga sering mengamuk berguling guling serta berasa takut dan tidak mahu ke sekolah Gambar hiasanKOTA BHARU Ibu kepada murid dipercayai digigit di bibir oleh ...
Ibu Dakwa Guru Kerap Gigit Anak Di Sekolah Kini Trauma

Ibu Dakwa Guru Kerap Gigit Anak Di Sekolah Kini Trauma

papar berkaitan - pada 10/7/2023 - jumlah : 249 hits
Imej hiasanPETALING JAYA Seorang murid enam tahun berasa trauma setiap kali ke sekolah gara gara sering digigit oleh gurunya Perkara itu didedahkan oleh ibunya sendiri menerusi hantaran di Facebook semalam Kata wanita yang menggunakan akaun...
Tok Guru Marah Murid Syed Saddiq Ancaman Kaum Agama Dr M

Tok Guru Marah Murid Syed Saddiq Ancaman Kaum Agama Dr M

papar berkaitan - pada 5/7/2023 - jumlah : 144 hits
Dr Mahathir Mohamad menuduh Syed Saddiq Abdul Rahman yang pernah dianggap sebagai anak didik bekas perdana menteri itu sebagai ancaman terhadap orang Melayu dan Islam Ini selepas presiden Muda itu membidas Dr Mahathir kerana mendakwa orang ...
Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut