Tangani Generasi Buta Matermatik Dengan Kajian Semula Silibus Pensyarah


Imej hiasan

Pengumuman keputusan Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) 2022 baru-baru ini mendedahkan perkara membimbangkan iaitu petanda wujud generasi 'buta' Matematik

Berdasarkan Laporan Analisis Keputusan SPM 2022, seramai 373,974 pelajar menduduki SPM 2022. 
Bagi mata pelajaran Matematik, ia diambil 369,348 pelajar

Keputusan SPM 2022 menunjukkan 24.3 peratus gagal, iaitu memperoleh gred G dalam subjek berkenaan sementara 29 peratus pelajar mendapat gred D dan E

Ini bermakna sebanyak 54 peratus daripada keseluruhan pelajar menduduki SPM 2022 memperoleh gred D, E dan G. Peratus ini bagaimanapun sedikit menurun berbanding pencapaian Matematik pada SPM 2021 iaitu masing-masing 29.6 peratus untuk gred D dan E, serta 25.5 peratus untuk gred G. 
Berdasarkan KPM, pelajar memperoleh gred A hingga E diklasifikasikan sebagai lulus. Berdasarkan laporan itu juga, antara semua 95 mata pelajaran ditawarkan dalam SPM 2022, Matematik mencatatkan peratusan kegagalan pelajar paling tinggi

Situasi ini pastinya menimbulkan kegusaran mengenai generasi bakal menerajui negara dalam pelbagai sektor khususnya bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) pada masa hadapan

Keabsahan dan kebolehpercayaan kertas peperiksaan SPM tidak perlu diragui kerana ia membabitkan pakar penilaian dari luar negara seperti Penilaian Pendidikan Antarabangsa Cambridge (CAIE) dan Pearson di United Kingdom (UK) serta Pihak Berkuasa Kelayakan New Zealand (NZQA)

Pakar ini memberikan khidmat perundingan untuk membantu pem- bangunan item dan menetapkan kualiti instrumen SPM 2022. Sehubungan itu, data diperoleh khususnya Matematik data mempunyai keabsahan dan kebolehpercayaan tinggi. 
Pelajar menduduki SPM Laporan Kajian Pendidikan Sains dan Matematik pada 2022 juga sebahagiannya sampel dalam Antarabangsa (TIMSS) 2019. Sebanyak 221 sekolah dipilih sebagai sampel menurut strata sekolah ditetapkan Persatuan Pencapaian Penilaian Pendidikan Antarabangsa (IEA). Sebanyak 221 sekolah dipilih sebagai sampel menurut strata sekolah ditetapkan IEA. 
Berdasarkan Laporan Kajian TIMSS 2019 dikeluarkan KPM, prestasi pelajar Malaysia menunjukkan penurunan dari 2003 hingga 2011 untuk mata pelajaran Matematik sebelum menunjukkan peningkatan pada 2015, dan sedikit menurun pada 2019. 
Berbanding SPM lebih menguji kepada aspek kognitif pelajar, pentaksiran TIMSS sebaliknya bukan setakat menguji kemampuan kognitif pelajar, tetapi merangkumi aspek afektif dan psikomotor. Selain membabitkan ujian kepada pelajar, pentaksiran itu turut membabitkan soal selidik kepada pelajar, guru dan pentadbir sekolah. Soal selidik pelajar dijawab setiap pelajar mengambil ujian TIMSS. Maklumat itu merangkumi aspek kehidupan di rumah dan di sekolah, demografi, suasana di rumah, iklim pembelajaran di sekolah, persepsi kendiri dan sikap terhadap Matematik

Soal selidik guru Matematik dan Sains pula mengumpul maklumat sikap dan konteks pengajaran serta pembelajaran dalam bilik darjah termasuk juga topik diajar dalam Matematik. 
Skor penanda aras
Soal selidik sekolah pula dijawab secara dalam talian oleh pentadbir sekolah berkisar ciri-ciri sekolah, masa pengajaran dan pembelajaran, sumber dan teknologi, pembabitan ibu bapa, iklim sekolah, guru, peranan pengetua dan kesediaan murid bersekolah. TIMSS menetapkan kemahiran pelajar berdasarkan kepada empat kelompok skor penanda aras. 
Skor penanda aras tertinggi iaitu 625 menilai kemampuan pelajar mengurus dan membuat kesimpulan daripada maklumat, membuat pemahaman dan menyelesaikan masalah bukan rutin. Skor penanda aras tinggi iaitu 550 mengukur kemampuan pelajar mengaplikasikan kefahaman dan pengetahuan mereka dalam pelbagai situasi kompleks secara relatif

Skor penanda aras sederhana iaitu 475 mengkaji pelajar boleh mengaplikasikan pengetahuan matematik asas. Akhir sekali, skor penanda aras rendah iaitu 400 yang mana pelajar mempunyai pengetahuan dalam nombor, perpuluhan, operasi dan graf asas. Sekiranya dilihat purata markah diperoleh pelajar dalam TIMSS 2019 iaitu 461, pelajar Malaysia masih belum mencapai kemahiran mengaplika sikan pengetahuan matematik asas. 
Bagaimanapun, kajian korelasi hubungan antara keputusan TIMSS 2019 dengan keputusan Matematik SPM 2022 belum dikaji dengan lebih lanjut

Perbezaan ketara antara laporan SPM 2022 dengan laporan TIMSS 2019 ialah dari aspek sejauh mana komprehensif data dilaporkan. Barangkali ada beranggapan, SPM mempunyai banyak mata pelajaran sekiranya dianalisis secara menyeluruh sedangkan TIMSS hanya membabitkan dua mata pelajaran sahaja iaitu Matematik dan Sains

Disebabkan itu, banyak faktor lain turut boleh dikaji bersama. Berdasarkan jawapan pelajar dalam kertas Matematik SPM 2022, banyak perkara boleh diterokai

Contohnya, dari aspek demografi pelajar dan sekolah, kelompok pelajar bagaimanakah banyak menunjukkan kegagalan dalam Matematik, lokasi sekolah di manakah pelajarnya menunjukkan pencapaian tidak memuaskan, dan banyak lagi

Analisis kelemahan pelajar
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) turut dilaporkan dalam Laporan Analisis Keputusan SPM 2022, namun ia dibincangkan secara keselu- ruhan. Ia seharusnya dianalisis secara komprehensif mengikut mata pelajaran termasuklah Matematik

Contohnya, antara keempat-empat tahap KBAT iaitu tahap kemahiran mengaplikasi, menganalisis, menilai dan mencipta, dalam Matematik, di manakah kelemahan pelajar

Begitu juga dengan bidang Matematik itu sendiri iaitu berdasarkan Matematik Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM), Matematik sekolah menengah merangkumi lima bidang pembelajaran; Nombor dan Operasi, Sukatan dan Geometri, Perkaitan dan Algebra, Statistik dan Kebarangkalian serta Matematik Diskret. Maka, pencapaian pelajar dapat dianalisis merentas bidang Matematik

Dalam hal ini. KPM pasti mempunyai sekumpulan pengurus data bertanggungjawab mengumpul, menyimpan, menyusun dan mengurus data dalam organisasi. KPM juga mempunyai penganalisis data bertanggungjawab mengum- pul, membersihkan, menganalisis dan mentafsir data untuk mendapatkan cerapan maklumat berharga

Mereka menggunakan teknik analisis statistik dan alat analisis data untuk mengenal pasti pola. aliran dan hubungan dalam data. Berdasarkan data dan laporan, pakar strategi pula berperanan menyampaikan pengetahuan dan kepakaran mereka dalam merekabentuk, membangun dan melaksanakan strategi berkesan dalam konteks tertentu

Berbanding kajian pentaksiran TIMSS membabitkan persampelan berstrata, peperiksaan SPM sebaliknya membabitkan pentaksiran keseluruhan pelajar

Sehubungan itu, data dan maklumat diperoleh daripada kertas peperiksaan SPM khususnya Matematik perlu dimanfaatkan bagi tujuan melihat kelompongan dan kelemahan perlu diperbaiki serta ditambah baik secara berterusan

Prof Madya Dr Abdul Halim AbdullahPensyarah Sekolah Pendidikan, Fakulti Sains Sosil dan Kemanuasiaan,Universiti Teknologi Malaysia



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.cikgushare.com/2023/07/tangani-generasi-buta-matermatik-dengan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Teliti Semula Penggunaan Keciciran Spm Pensyarah

Teliti Semula Penggunaan Keciciran Spm Pensyarah

papar berkaitan - pada 23/6/2023 - jumlah : 228 hits
Imej hiasanISTILAH cicir SPM sepatutnya diteliti semula kata Pensyarah Kanan Pusat Kajian Kepelbagaian Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia Dr Anuar Ahmad Beliau juga mempersoalkan benarkah wujud keciciran SPM sedangkan pendidikan peri...
Rayuan Str Alasan Tidak Lulus Permohonan Semula

Rayuan Str Alasan Tidak Lulus Permohonan Semula

papar berkaitan - pada 22/6/2023 - jumlah : 219 hits
SUMBANGAN TUNAI RAHMAH 2023 TEMPOH PERMOHONAN RAYUAN STR 2023 YAB Datuk Seri Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan telah mengumumkan bahawa pembayaran STR Fasa 3 dipercepatkan dan disalurkan sebelum Hari Raya Aidiladha berbanding peran...
Bila Anak Tengah Batuk Bagi Makan Lobak Putih Ejen Pencair Kahak Secara Semula Jadi

Bila Anak Tengah Batuk Bagi Makan Lobak Putih Ejen Pencair Kahak Secara Semula Jadi

papar berkaitan - pada 22/6/2023 - jumlah : 166 hits
Lobak putih sangat bagus bila anak tengah batuk Antara ejen pencair kahak natural anti congestion dari real food untuk anak Tapi ramai anak anak kita tak kenal kan Kalau buat sup ayam singgang ikan tomyam ayam masa anak batuk boleh tambah l...
Unesco Lulus Cadangan As Sertai Semula Organisasi

Unesco Lulus Cadangan As Sertai Semula Organisasi

papar berkaitan - pada 2/7/2023 - jumlah : 196 hits
PERTUBUHAN Pendidikan Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu pada Jumaat meluluskan cadangan Amerika Syarikat untuk menyertai semula organisasi itu yang dikemukakan semasa Sesi Luar Biasa Persidangan Agung Selepas dua har...
Umno Perlu Kaji Semula Kerjasamanya Dengan Kerajaan Perpaduan Zaid

Umno Perlu Kaji Semula Kerjasamanya Dengan Kerajaan Perpaduan Zaid

papar berkaitan - pada 26/6/2023 - jumlah : 296 hits
UMNO dan Barisan Nasional perlu mengkaji semula kedudukannya dalam kerajaan perpaduan selepas dihina begitu teruk oleh pimpinan DAP Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Zaid Ibrahim berkata sampai bila UMNO yang merupakan parti te...
Pakaian Seragam Sekolah Perlu Dikaji Semula

Pakaian Seragam Sekolah Perlu Dikaji Semula

papar berkaitan - pada 22/6/2023 - jumlah : 437 hits
ULASAN Pada 2 Februari 1969 Menteri Pelajaran pada ketika itu Abdul Rahman Yaacob telah mengumumkan penubuhan Jawatankuasa Pakaian Seragam Sekolah Sekolah Hasil penubuhan jawatankuasa tersebut pada 29 Jun 1969 beliau telah mengumumkan pakai...
Suhakam Perlu Pulang Semula Dana Daripada Eu Malaysia Tribune 19 06 2023

Suhakam Perlu Pulang Semula Dana Daripada Eu Malaysia Tribune 19 06 2023

papar berkaitan - pada 21/6/2023 - jumlah : 227 hits
KUALA LUMPUR Gabungan Organisasi Masyarakat Sivil mendesak supaya Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia memulangkan semula dana yang diperoleh daripada Kesatuan Eropah Menurut Pengerusi Gabungan Pertubuhan Pertubuhan Masyarakat Sivil Malay...
Wajibkan Murid Jalani Saringan Kesihatan Mental Pensyarah

Wajibkan Murid Jalani Saringan Kesihatan Mental Pensyarah

papar berkaitan - pada 20/6/2023 - jumlah : 189 hits
Imej hiasanKuala Lumpur Kementerian Pendidikan disaran mewajibkan ujian saringan kesihatan mental dalam kalangan murid di sekolah sekurang kurangnya dua kali setahun Pakar Psikologi dan Kaunseling Universiti Pendidikan Sultan Idris Prof Mad...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba