Burung Merpati Datang Dua Kali Di Tepi Jendela Bilik Penginapan Di Madinah


Burung Merpati Datang Dua Kali Di Tepi Jendela Bilik Penginapan Di MadinahAsalamualaikum & Salam Sejahtera Semua.
Selepas solat subuh, usai berdoa lalu mengambil Quran kalam Allah dan membaca Juzuk 24 hingga habis. alhamdulillah atas kesempatan yang Allah berikan. Kala kita diperintahkan oleh pemerintah atau kerajaan iaitu perintah Kawalan Pergerakan ( PKP ) yang berlangsung lagi hingga ke 28/4/2020, apakah lagi amalan yang perlu kita lakukan selain bersama keluarga dan sebagainya. Tetapi kala PKP ini, yang menjadikan kita hanya berada dalam rumah maka tuntutan untuk membaca Al-Quran sangat di tuntut sebagai mengisi masa-masa terluang. Dengan itu luangkanlah masa anda dan kita semua  untuk bermunajat, bertaubat, berdoa sungguh-sungguh kepada Allah agar dosa lalu kita diampunkan dan kita dapat menjalani kehidupan biasa yang kita mahukan. Namun harus kita akur, bahawa kehidupan kita masa kini bukan lagi seperti dulu, tetapi menuntut kita lebih waspada dan sebolehnya kita dekatkan jarak kita kepada yang maha kuasa. Antaranya keraplah mengingatiNya dan berbuat amalan yang menjurus kepada kita mendapat berkat dan rahmat Allah.
wah intro ( pembuka kata agak panjang tu ) Sebenarnya Etuza hendak berkongsi satu pengalaman Etuza yang hingga kini, peritiwa itu masih tak dapat Etuza lupakan hingga saat ini. Malah semakin di ingat semakin kerinduan ini membaluti hati hingga menitis airmata dan kesahduan begitu terasa dalam jiwa Etuza, tiap kali ingat pengalaman ke Umrah di Mekah Arab Soudi tahun 2019. Etuza biasanya ingat suasana semasa ke Masjid Baitulharam dan di sana ada Kaabah yang dulu hanya Etuza lihat melalui whatsapp, gambar dan dan melalui kaca TV. Tetapi masa Umrah subahanallah Kaabah di depan mata. Sungguh nampak kebesaran Allah. tawaf yang tiada hentinya sebagaimana putaran jam kita 24 jam berpusing tanpa henti. Bagaikan denyut nadi yang bergetar dan bergetar. Hal lazatnya beribadah di Mekah dan di Madinah tak terkata kemanisannya. Etuza masa ini, saat ini pun masih terasa amat dan ingin mengenang pengalaman nikmat yang Allah beri itu selagi ada nyawa ni di badan Etuza, tidak akan lupa, Ya Allah nikmatMu yang Engkau berikan padaku dan isteri saat di halaman dekatMu di Mekah. 
Gambar burung merpati putih dalam gambar dekat katil Etuza.Dua kali datang dan burung yang sama, merenung Etuza ketika berkemas balik ke Malaysia


Satu lagi nikmat yang begitu hebat di Mekah dan di Madinah ialah kejinakan burung merpati yang begitu banyak di sana. Berterbangan ke sana kemari tanpa takut dan burung itu bebas hanya di luar Masjidilharam dan di luar Masjid Nabawi. Bayangkan burung itu tahu bahawa tempat ibadah seperti Masjidilharam dan Masjid Nabawi, tempat suci, tempat beribadah bagi umat Islam di seluruh Dunia, lantas burung-burung itu langsung tidak datang mengotori dengan najis mereka. Subahanallah.
Saat pagi pada 8/12/2019, arahan berkemas dan pastikan bagasi semua di tanda nama Mutawif dan lebel Malaysia dengan kad gambar masing-masing harus diletakkan di luar bilik hotel. Kami dalam bilik seramai 5 orang berkemas masing-masing sebaik balik dari Masjid Nabawi selepas jemaah solat Subuh. Etuza sejak semalam telah kemaskan beberapa pakaian dan barang lain dalam bagasi dan agak cepat siapkan bagasi. Etuza dalam hati sejak pagi kemarin sedih dan berlinang air mata ketika Etuza berdoa di Masjid Nabawi berdekatan dengan tempat makam Nabi Muhamad SAW. Saat perpisahan telah hampir tiba dan hari ini lah langkah kaki ini terakhir di Madinah. Esok Etuza dan kawan-kawan memijakkan kaki pula ke Tanah Air Malaysia. 
Dalam menunggu kawan-kawan menyusun pakaian dalam bagasi, katil Etuza paling tepi dekat jendela, tiba-tiba datang seekor burung merpati putih bercorak gray pada sayap dan ekornya. Burung merpati yang sangat cantik. Etuza tak bagitau kawan-kawan, hanya Etuza sahaja yang nampak pada kali pertama di bertengek di luar jendela. Bila Etuza mendekati burung itu terbang dan lebih kurang dua saat dia datang lagi dan kali ini burung merpati yang sama itu tidak terbang lagi, dia diam dan sesekali kepalanya bergerak merenung Etuza di dalam bilik.
Ya Allah, apakah maksud kehadiran burung merpati yang cantik ini. Lalu Etuza berkata " Tengok kawan-kawan ada burung datang nak ucapkan selamat jalan kepada kita hari ini, kan kita nak flight di Jeddah ni" Semua kawan-kawan dalam bilik tak ada seorang pun bersuara kerana asyik mengemas susun barang dalam bagasi. Etuza pun ambil gambar burung merpati itu pada jarak dekat dan berkata dengan burung tersebut. " Pandai ya datang, nak ucapkan selamat tinggal dengan kami kan, hari ini kami nak gerak balik Malaysia, tinggal lah sini ya burung" Inilah kata-kata Etuza pada burung tersebut. Sebaik Etuza bercakap burung merpati yang dua kali datang dekat katil Etuza dia terbang dan tak kembali lagi. Etuza tunggu juga dia datang tapi kali ke tiga dah tak datang lagi.
 Seingat Etuza burung yang Etuza nampak semuanya gray bercorak putih sikit saja,tapi yang datang dekat bilik Etuza putih dia sangat cantik..tak jumpapun burung merpati seperti itu masa di Mekah dan di Madina. Burung Merpati di Kota Kinabalu juga kebanyakannya bulu gray 
 Burung Merpati di luar masjid Nabawi..tengok 95 % berbulu gray

Burung Merpati jinak di Masjid Kota Kinabalu, Sabah
Etuza dapat rasakan, bahawa kehadiran burung merpati putih itu, merupakan isyarat dari Allah bahawa saat Etuza hendak flight ke Malaysia, Allah hadirkan satu hadiah terindah kepada Etuza untuk Etuza kenang kenangkan. Sungguh bila Etuza ingat peritiwa itu Etuza rasa ada air mata bergenang di kelopak mata Etuza. Segera Etuza beristigfar dan memohon ampun dan berterima kasih kepada Allah. Etuza tahu dalam kami ramai Umrah pasti ada perkara luar biasa yang kawan-kawan lain alami, tetapi adakah hanya Etuza saja yang ada kenangan didatangi burung merpati putih dua kali dekat katil tempat Etuza beradu. Bila Etuza ingat dan kenang pengalaman ini, Etuza letak kan niat sungguh-sungguh agar Allah beri kesempatan untuk Etuza dan mama naik Umrah lagi atau bagi kami naik Haji pada masa akan datang. Ya Allah syukur atas nikmatMu itu dan terima kasih ada hadiahMu pada Etuza sebaik selesai menunaikan Umrah tahun lalu. hadiah terbesarMu pada Etuza adalah penerimaanMu pada Etuza di Mekah dan keampunanMu pada Etuza di Masjid Nabawi, amat Etuza rasakannya. Subahanallah, alhamdulillah , Allah hu akbar. 
 Aku hiba melihat dia, tidur berlantaikan simentetapi hebatnya dia kerana tidur berpayungkan langit di dataran Mekah.Jalan ini..sampai bila pun Etuza tak akan lupa..Di Al-Safwa Tower inilah tempat Etuza menginap di Mekah.Turun saja dah jumpa Kaabah. Nikmat yang Allah berikan..sangat terasa.. Masjid lama dalam gambar, ketika Zaman  Syaidina Abu BakarMasjid itu tidak lagi di gunakan, tetapi sering di datangi olehburung merpati..jinak sungguh burung merpati di sini..
Bersiaran di bandar Madinah yang sangat indah..Panorama yang tiada terdapat di mana-manapun.Suku Arab yang ramah tamah dan pandai Berbahasa Melayu.Hebatnya bahasa kita menjadi bahasa kedua di gunakan di MEKAHDAN DI MADINAH..tak percaya ke..Tunggu lagi pengalaman Etuza ya..

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://madey09.blogspot.com/2020/04/burung-merpati-datang-dua-kali-di-tepi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ditangkap Kedua Kalinya Tio Pakusadewo Beli Narkoba Dua Kali Sebulan Konsumsi Ganja Dan Sabu

Ditangkap Kedua Kalinya Tio Pakusadewo Beli Narkoba Dua Kali Sebulan Konsumsi Ganja Dan Sabu

papar berkaitan - pada 15/4/2020 - jumlah : 322 hits
Rehabilitasi yang ia jalani saat kasus pertama ternyata nggak membuat aktor senior ini berubah
Kali Pertama Aidan Memanjat Ke Tingkat Dua

Kali Pertama Aidan Memanjat Ke Tingkat Dua

papar berkaitan - pada 8/4/2020 - jumlah : 481 hits
Pada waktu Maghrib tadi Master meletakkan Aidan di ruang tamu bersama sama kakaknya si Aina selepas memandikannya dan memakaikannya baju Kemudian Master masuk semula ke dalam bilik untuk menyambung kerjanya yang tidak keputusan sementara be...
Dua Kali Tegur Masih Degil Sebab Itu Dipukul Bukan Ditangkap

Dua Kali Tegur Masih Degil Sebab Itu Dipukul Bukan Ditangkap

papar berkaitan - pada 4/4/2020 - jumlah : 188 hits
KOTA KINABALU Polis Sabah akan mengambil tindakan sewajarnya terhadap pegawainya di Kunak yang merotan enam remaja kerana ingkar Perintah Kawalan Pergerakan malah memperlekeh pihak berkuasa yang telah membuat teguran kepada mereka sebanyak ...
Pemuda Tertiarap Di Tepi Jalan Pegawai Perubatan Bergegas Datang

Pemuda Tertiarap Di Tepi Jalan Pegawai Perubatan Bergegas Datang

papar berkaitan - pada 7/4/2020 - jumlah : 215 hits
Pegawai perubatan yang cuba merawat seorang pemuda yang ditemui tertiarap di tepi jalan dan disyaki dijangkiti virus Covid 19 terkejut selepas mendapati lelaki itu sebenarnya baru putus cinta Dalam kejadian di Magetan Jawa Timur Indonesia i...
Anies Lapor Wapres Persentase Kematian Corona Di Jakarta Dua Kali Lipat Dunia

Anies Lapor Wapres Persentase Kematian Corona Di Jakarta Dua Kali Lipat Dunia

papar berkaitan - pada 3/4/2020 - jumlah : 229 hits
Salah satu laporan Anies mengenai tingkat kematian atau case fatality rate akibat virus corona atau Covid 19 di Jakarta yang lebih tinggi dua kali lipat dari persentase global
Owhhhh Dua Kali Bagi Pengecualian Ni 2 Tarikh Berasingan

Owhhhh Dua Kali Bagi Pengecualian Ni 2 Tarikh Berasingan

papar berkaitan - pada 6/4/2020 - jumlah : 167 hits
SHSHBUDIN HUSSEINIngatkan satu rupa rupanya nya sudah dua kata kerajaan tebuk atap ini kerajaan Melayu Islam tapi macam mana boleh jadi begini
Hubungan Terbaik Datang Daripada Dua Hati Yang Terluka

Hubungan Terbaik Datang Daripada Dua Hati Yang Terluka

papar berkaitan - pada 29/3/2020 - jumlah : 226 hits
Cinta hadir hanya sekali dan tidak akan pernah ada kali kedua untuk cinta yang sama Ramai yang berkata cinta pertama itu istimewa Walau istimewa mana cinta itu ia mungkin tidak bertahan lama dan jangan bersedih jika itu yang berlaku Jadikan...
Video Pecah Perut Gelak Zulin Aziz Buat Hal Lagi Video Kali Ini Lagi Kelakar

Video Pecah Perut Gelak Zulin Aziz Buat Hal Lagi Video Kali Ini Lagi Kelakar

papar berkaitan - pada 12/4/2020 - jumlah : 321 hits
Zulin Aziz atau nama sebenar beliau Farah Azleenda binti Abdul Aziz Zulin Aziz merupakan seorang pelakon pelawak dan juga pengacara Kebelakangan ini banyak video yang dikongsikan oleh Zulin Aziz menerusi laman Instagram miliknya sering mend...
Estimated Assessments And Penalties On The Way For Non Filers

Head East For A Discrimination Free Life Young Man

Resipi Penuh Loaded Nachos Cheese Yang Viral Sedap Dan Mudah

Tripadvisor We Re Matching Donations To World Central Kitchen

Mihun Goreng

Mursyidul Am Pas Beritahu Bersatu Dalam Pn Pas Yang Paling Kuat Jika Nak Buat Apa Apa Kena Runding Dulu

Seorang Warga Asing Suspek Utama Kes Bunuh Pekerja Ladang Sawit Di Mukah Ditahan

Do You Know About Mah Meri Wood Carving


echo '';
6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 4 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Resepi Soft Cookies Sukatan Cawan Paling Rangup dan Chewy Di Dalam

Biodata Sky Iskandar Pelakon Watak Megat Filem Kahar Kapla High Council


Mengabdikan Diri Demi Kerja Sampai Tiada Kehidupan

Cuba Hwc Coffee

Lirik Lagu Perih Jerih Kugiran Masdo

Sampai Bilakah Kebenaran Tentang Titah Adendum Mampu Di Sorokkan

Julia Perez Belah Duren Chord

Anggis Devaki Dirimu Yang Dulu Chord