Bursa Merosot Sejak Darurat Tanda Keyakinan Pelabur Menurun
Bursa Malaysia Berhad
Bursa merosot sejak darurat tanda keyakinan pelabur menurun
PETALING JAYA: Kemerosotan dialami pasaran saham Malaysia sejak darurat diumumkan pada Jan lalu mencerminkan kelemahan ekonomi dan kurangnya keyakinan pelabur terhadap negara ini, menurut ahli ekonomi.
Sejak 12 Jan, Bursa Malaysia jatuh 2.1% berbanding peningkatan dua digit yang dilihat pada indeks pasaran saham Singapura dan Thailand serta kenaikan 7% yang dialami indeks Asia Dow.
Profesor ekonomi di Sunway University Yeah Kim Leng berkata, pasaran saham boleh menjadi ukuran tahap ekonomi secara terperinci seperti bagaimana pelabur menjangkakan prestasi korporat dan pertumbuhan ekonomi.
“Ada perkara lain yang dapat anda perhatikan seperti jumlah pengeluaran, eksport dan pekerjaan untuk mendapatkan pemahaman penuh tentang bagaimana ekonomi sedang berjalan tetapi indeks pasaran saham mencerminkan ketidakpastian dalam kalangan pelabur.
“Angka tersebut menunjukkan pelabur tidak mengharapkan pemulihan yang cepat di Malaysia. Ini menunjukkan sentimen itu melainkan jika kita berjaya mengatasi pandemik, kita tidak mungkin melihat pemulihan yang cukup kuat untuk membenarkan penilaian yang lebih tinggi,” katanya kepada FMT.
Yeah berkata, kurangnya penambahbaikan dalam pasaran saham menunjukkan bahawa pelabur di dalam dan luar negara tidak meramalkan syarikat mencatatkan keuntungan semula yang akan membenarkan pelaburan sama ada melalui dividen yang dibayar atau peningkatan modal.
Speaker kata PM berkuasa tetap tarikh parlimen
Paolo Casadio dari Universiti HELP bersetuju prestasi Bursa menunjukkan pelabur masih waspada terhadap prospek ekonomi negara tetapi beliau berkata, ia tidak sepenuhnya negatif kerana nilai BSKL ketika ini serupa dengan yang dilihat sebelum wabak bermula pada akhir 2019.
“Ini menunjukkan masih ada beberapa sokongan di pasaran dan pelabur menunggu alasan untuk mengharapkan potensi kenaikan.
“Pasaran tempatan juga akan terkesan dengan keadaan ini bersama pasaran antarabangsa,” katanya.
Bagaimanapun Geoffrey Williams dari Universiti Sains dan Teknologi Malaysia berkata, jangkaan yang lebih berharga dapat dikumpulkan melalui metrik lain kerana pasaran saham dipengaruhi oleh “terlalu banyak faktor” selain asas ekonomi’.
Beliau berkata, pengurangan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada suku pertama tahun ini dan kadar pengangguran yang kekal pada atas paras 4.5% memberi gambaran yang lebih jelas mengenai keadaan ekonomi yang buruk.
Tambah beliau, penutupan 100,000 perusahaan kecil dan sederhana (PKS) sejak pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP) pertama menggambarkan keadaan sebenar di lapangan.
Bursa merosot sejak darurat tanda keyakinan pelabur menurun
Kerajaan PN Masih Gagal ‘Bangkrapkan’ Saya – Najib Razak
Kerajaan Perak bagi telefon pintar percuma buat pelajar
Resepi filet ikan bakar dengan sos tomato dan parmesan
Resepi Ayam Goreng Masak Halia
Nora Soto Padat Terbaik Di Lembah Kelang
Kemunculan durian Tupai King
Layari Laman Facebook MYKMU NET
Takiyuddin Menjawab Titah Tuanku
The post Bursa merosot sejak darurat tanda keyakinan pelabur menurun appeared first on MYKMU.NET.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://mykmu.net/2021/06/17/bursa-merosot-sejak-darurat-tanda-keyakinan-pelabur-menurun-2/