Pembodek Dan Pengampu Pun Mula Lari Tanda Mahiaddin Tak Dapat Nak Dipertahankan Lagi


 
Kedudukan Mahiaddin Md Yasin sebagai Perdana Menteri nampaknya semakin sukar untuk dipertahankan lagi.
Berikutan sikapnya yang hanya sekadar mengambil maklum titah Yang Dipertuan Agong berkaitan keperluan Parlimen dibenarkan bersidang secepat mungkin, beliau kini bukan saja terus ditekan oleh kian banyak pihak, malah terlihat penyokong serta pengampunya juga sudah mula mengalihkan sokongan.
Kalau sebelum ini tekanan ditujukan secara langsung kepada Perdana Menteri kerana kedegilan dan keengganannya membuka Parlimen, tetapi kini perkara itu sudah bertukar dengan menjurus tentang kuasa Agong yang sebenarnya ditekankan sebagai berhak menentukan tarikh sidang Parlimen untuk diadakan.
Ia berikutan ketika ini masih dalam tempoh darurat di mana kuasa Perdana Menteri itu sudah berpindah kepada Agong.
Selain ramai pakar undang-undang yang senada bercakap tentang kuasa Agong itu, bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Zaid Ibrahim dengan tegas berkata, dalam tempoh darurat ini, Agong bukan saia berhak memanggil sidang Parlimen, bahkan mempunyai kuasa memecat Perdana Menteri.
Kata beliau, prinsip Raja Berperlembagaan di mana Agong terikat dengan nasihat Perdana Menteri di bawah Artikel 40 Perlembagaan sudah tidak terpakai sebaik saja darurat dikuatkuasakan.
“Artikel 40 itu hanya terpakai dalam keadaan biasa, bukan setelah darurat dikuatkuasakan dan ini bermakna keperluan Agong mengambil nasihat Perdana Menteri sebelum mengambil apa-apa tindakan ketika darurat tidak timbul lagi,” ujarnya.
Di samping itu, tambah Zaid lagi, Agong boleh memanggil Perdana Menteri mengadap dan memberitahu beliau jawatannya sebagai Perdana Menteri akan gugur pada 1 Julai 2021.
“Agong boleh namakan penggantinya dengan serta merta.
“Agong juga boleh arahkan Parlimen bersidang untuk memilih Perdana Menteri baharu, jika itulah yang difikirkan terbaik.
“Notis 28 hari untuk Parlimen bersidang tidak perlu diikuti kerana kita dalam darurat dan segala keputusan Agong adalah sah semasa darurat, termasuk isu notis Parlimen bersidang dan ianya tidak boleh dicabar,” tegas Zaid lagi dalam tulisannya di media sosial.
Apa yang menarik, selain Zaid dan sekian ramai pakar undang-undang senada mengenai kuasa Agong itu, dua orang yang sebelum ini dikenali sebagai penyokong Perdana Menteri dan selalu mengiayakan apa saja langkah kerajaan, kini nampaknya sudah pun berubah nada.
Speaker Dewan Negara, Dr. Rais Yatim yang sebelum ini merupakan penyokong kuat Najib Razak ketika dalam UMNO, kemudian beralih menyokong Tun Mahathir Mohamad apabila Najib hampir lemas, seterusnya menyokong pula Mahiaddin setelah Tun Mahathir hilang kuasa, tanpa berselindung menegaskan bahawa Ordinan Darurat 2021 memberi Agong kuasa untuk memanggil Parlimen bersidang.
Beliau memetik Seksyen 14 (1) (b) ordinan itu yang menyatakan: “Parlimen hendaklah dipanggil, diprorog dan dibubarkan pada suatu tarikh sebagaimana yang difikirkan sesuai oleh Yang di-Pertuan Agong”.
“Kuasa ini diturunkan terus kepada baginda. Penurunan kuasa selesai,” katanya.
Seorang lagi yang sebelum ini diketahui umum sebagai penyokong Perdana Menteri serta kerajaan, Prof Ramlah Adam, barangkali untuk pertama kali bertegas mengatakan titah Agong tentang pembukaan Parlimen perlu segera dilaksanakan oleh Mahiaddin.
Kata beliau, dua kemungkinan boleh berlaku sekiranya titah baginda itu tidak dilaksanakan segera iaitu Agong boleh memilih kerajaan baharu atau melaksanakan pemerintahan yang diketuai tentera.
“Jika titah tidak diikuti, selain kerajaan sekarang boleh dibubarkan, Agong juga boleh adakan pemerintahan tentera kerana baginda adalah Ketua Turus Tentera negara,” katanya.
Untuk itu, menurut beliau, kerajaan perlu memikirkan langkah terbaik buat negara bagi mengelak ekonomi merudum dan pelabur lari berikutan ketidakstabilan politik di Malaysia.
“Perdana Menteri perlu segera melaksanakan titah Agong kerana baginda sudah bertitah supaya Parlimen perlu dibuka secepat mungkin.
“Jika Perdana Menteri tidak mahu membuka Parlimen, akan berlaku pertentangan krisis perlembagaan antara Agong dan kerajaan,” tambahnya lagi.
Yang jelas kini Mahiaddin semakin tersepit dan ruang untuk beliau terus bersilat dan melengah-lengahkan titah Agong semakin tiada inci.
Keinginan dan kehendak rakyat pelbagai pihak sekarang sangat jelas iaitu lebih mahukan Agong menggunakan kuasa Perlembagaan yang dimiliki baginda dalam tempoh darurat ini.
Keinginan dan kehendak itu bukan lagi setakat mahu Agong membenar dan menentukan tarikh Sidang Parlimen, malah sampai ke tahap memecat Perdana Menteri dan menukar kerajaan.
Dalam waktu yang sama, semua ini bermakna, rakyat tidak lagi berada di belakang Mahiaddin.
Bagi rakyat, bersama kedegilan Mahiaddin terhadap titah Agong yang tanpa keraguan ia adalah suatu penderhakaan, kerajaan PN ini sudah tidak diperlukan lagi dan selayaknya dicampak secepat mungkin “ke dalam longkang”. 


(ShahbudinHusin 20/06/2021)


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/06/pembodek-dan-pengampu-pun-mula-lari.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Susahnya Anak Nak Ikut Cakap Ini 7 Tanda Anak Anda Perlu Lebih Disiplin Dan Pantauan

Susahnya Anak Nak Ikut Cakap Ini 7 Tanda Anak Anda Perlu Lebih Disiplin Dan Pantauan

papar berkaitan - pada 22/6/2021 - jumlah : 208 hits
Ibu bapa sudah akan mencuba yang terbaik dalam mendidik anak disiplin terutama apabila mereka melakukan sesuatu kesalahan Kita tidak boleh membiarkan anak tanpa didikan disiplin yang sempurna kerana lambat laun ia akan berbalik semula kepad...
Rentasan 912 Gantung Parlimen Ternyata Mahiaddin Silap Perhitungan

Rentasan 912 Gantung Parlimen Ternyata Mahiaddin Silap Perhitungan

papar berkaitan - pada 23/6/2021 - jumlah : 274 hits
MENARIK DALAM RENTASAN 9121 NAK KAJI APA LAGI BUKA SAJA PARLIMEN 2 SUNGGUHKAH PAS GAGAL 100 3 MUAFAKAT NASIONAL YANG TAK SEPAKAT 4 DI MANA PN JUMPA TENTERA RBA
Pelan Pemulihan Siap Dalam Dua Hari Dan Tiba2 Setuju Buka Parlimen Pada Oktober Tanda Mahiaddin Sedang Terdesak Giler

Pelan Pemulihan Siap Dalam Dua Hari Dan Tiba2 Setuju Buka Parlimen Pada Oktober Tanda Mahiaddin Sedang Terdesak Giler

papar berkaitan - pada 16/6/2021 - jumlah : 178 hits
Dalam langkah terdesak gilernya menjelang Majlis Perbincangan Khas Raja Raja Melayu di Istana Negara petang esok Perdana Menteri Mahiaddin Md Yasin petang ini menjanjikan untuk membenarkan Parlimen bersidang pada September atau Oktober depa...
Cantiknya Apom Susu Colourful Ni Bahan Senang Nak Buat Pun Mudah

Cantiknya Apom Susu Colourful Ni Bahan Senang Nak Buat Pun Mudah

papar berkaitan - pada 16/6/2021 - jumlah : 377 hits
Berbanding kuih muih lain apam antara kuih yang cukup mudah disediakan Hanya campurkan sahaja kesemua bahan dan gaul sebati kemudian dikukus hingga masak Mudah dan pantas Apam susu colourful ini antara apam yang pastinya mampu menarik perha...
Nak Jadi Ikan Buntal Agaknya

Nak Jadi Ikan Buntal Agaknya

papar berkaitan - pada 16/6/2021 - jumlah : 144 hits
Assalamualaikum PAGI PAGI asal celik mata jer akal dah mula berpusing memikio apa nak dialaskan ke perut pagi tu Kadang kadang konon nak cicah biskut dengan kopi jer tapi sejam lepas tu tetaplah jugak cari makanan lain Dia kalau kat office ...
Mudahnya Nak Menang Hadiah Kereta Simpan Duit Sahaja

Mudahnya Nak Menang Hadiah Kereta Simpan Duit Sahaja

papar berkaitan - pada 16/6/2021 - jumlah : 337 hits
Mudahnya nak menang hadiah kereta simpan duit sahaja dan berpeluang untuk menang Walaupun mudah tetapi untuk memenangi hadiah lumayan tersebut perlu mengikut syarat syarat yang ditetapkan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional telah m...
Jangan La Perfectionist Sangat Tak Berbaloi Nak Anak Buat Semua Sempurna Nanti Kita Yang Stress

Jangan La Perfectionist Sangat Tak Berbaloi Nak Anak Buat Semua Sempurna Nanti Kita Yang Stress

papar berkaitan - pada 16/6/2021 - jumlah : 199 hits
Di waktu PKP ini hal hal kecil dan remeh pun sudah semestinya membuatkan kita merasa geram dengan anak Namun jangan dibiarkan hal sebegini membelenggu diri kita dan selebihnya melepaskan kemarahan pada anak Ada waktunya kita harus belajar m...
Mama Ambil Kayu Hoki Nak Pukul Saya Anak Usahawan Kosmetik Dedah Cerita Sebenar Dipukul

Mama Ambil Kayu Hoki Nak Pukul Saya Anak Usahawan Kosmetik Dedah Cerita Sebenar Dipukul

papar berkaitan - pada 17/6/2021 - jumlah : 842 hits
Kisah seorang gadis yang didakwa telah dikasari oleh ibu serta bapa tirinya menjadi perbualan hangat para netizen pada hari ini Punca pergaduhan berlaku dikatakan disebabkan dia memuat naik status WhatsApp mengenai harta Sebelum ini ibunya ...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Bercuti Ke Thailand

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

Warga Emas Buat Onar Tutup Lubang Kunci Rumah Orang Lain Guna Gam Super

Penumpang E Hailing Ghaib Tinggalkan Kain Putih

Startup Ai Raih 25 Pembiayaan Vc Di Eropah