Bursa Malaysia Jatuh Ke Paras 52 Minggu Terendah


Bursa Malaysia susut 15.23 mata kepada 1,624.23 mata petang ini, menjadikannya jatuh ke paras terendah dalam tempoh 52 minggu.
Dalam sesi dagangan tengah hari, indeks FBM KLCI itu merosot sebanyak 0.69 peratus kepada paras terendah dalam tempoh tiga tahun.
Pasaran tempatan menyaksikan 620 kaunter rugi mengatasi kaunter untung, 275 manakala 390 kaunter tidak berubah.
Tenaga Nasional Berhad (TNB) muncul kaunter paling rugi apabila susut sehingga 52 sen atau 4.13 peratus kepada RM12.06 sesaham susulan laporan Bloomberg yang pemegang saham utamanya, Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) akan menjual saham TNB menerusi penempatan saham bagi meraih RM1.05 bilion.
Bloomberg yang memetik terma urus niaga itu melaporkan, Khazanah menawarkan untuk menjual 85 juta saham TNB pada RM12.33 sesaham yang mana mewakili pengurangan dua peratus berbanding kali terakhir saham itu ditutup pada RM12.58 sesaham.
Harga saham TNB pernah mencapai setinggi RM16.12 sesaham yang direkodkan pada 4 Mei 2018.
Bagi FGV Holdings Berhad pula, sahamnya susut 5 sen atau 3.85 peratus kepada RM1.25 sesaham selepas firma penyelidikan, AllianceDBS Research berkata, pemegang saham FGV kemungkinan tidak berminat dengan cadangan semakan semula perjanjan sewa tanah (LLA) oleh Felda.
Dalam nota kajiannya hari ini, AllianceDBS berkata, keadaan itu memandangkan ia dijangka meningkatkan jumlah bayaran yang lebih tinggi kepada FGV.
“Sebarang urus niaga yang menyebabkan bayaran tinggi daripada FGV kemungkinan tidak dipersetujui pemegang sahamnya. Tambahan pula, Felda mungkin perlu membayar pampasan kepada FGV mengikut terma dan syarat LLA jika mahu mengubah atau menamatkan LLA,” katanya.
LLA adalah perjanjian selama 99 tahun antara Felda dan FGV. Di bawah LLA, FGV membayar sebanyak RM248 juta setahun kepada Felda dan 15 peratus keuntungan ladang setiap tahun.
Untuk prestasi ringgit pula, ia ditutup pada RM4.11 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS). Semalam, mata wang tempatan itu merosot sehingga 0.32 peratus ke paras terendah dalam tempoh lebih dua bulan berbanding dolar AS, susulan sentimen berhati-hati di seluruh Asia apabila Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) menyemak turun unjuran pertumbuhan dunia.
Menurut Kenanga Research dalam nota kajiannya, ringgit diunjur berlegar sekitar RM4.10 menjelang hujung tahun ini memandangkan asas ekonomi akan terus menjadi penampan berbanding jangkaan perdagangan global yang perlahan.
Katanya, dalam masa sama, pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KNDK) juga diunjur perlahan pada suku pertama 2019 dianggarkan 4.4 peratus berbanding 4.7 peratus yang direkodkan pada suku keempat 2018. – UTUSAN ONLINE


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2019/04/11/bursa-malaysia-jatuh-ke-paras-52-minggu-terendah/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hiburan Tiket Konsert Westlife Di Malaysia Ogos Ini Akan Mula Dijual Minggu Hadapan

Hiburan Tiket Konsert Westlife Di Malaysia Ogos Ini Akan Mula Dijual Minggu Hadapan

papar berkaitan - pada 5/4/2019 - jumlah : 264 hits
Bulan lalu ramai yang teruja apabila kumpulan popular Westlife bakal mengadakan konsert di Malaysia Pasti ada yang sudah tidak sabar untuk menantikan detik penjualan tiket untuk dibuka kan Nampaknya peminat tidak perlu tertunggu tunggu lagi...
Bursa Malaysia Naik Pangkat Kepada Bursa Paling Teruk Dalam Dunia Najib

Bursa Malaysia Naik Pangkat Kepada Bursa Paling Teruk Dalam Dunia Najib

papar berkaitan - pada 17/4/2019 - jumlah : 395 hits
Semalam Bloomberg telah menaikkan pangkat Bursa Saham kita dari sole loser di Asia menjadi bursa paling teruk dalam dunia untuk tahun 2019 ini Bukan senang untuk menjadi nombor satu di dunia Tahniah kepada Menteri Kewayangan kita Bloomberg ...
Bursa Saham Malaysia Dinobat Paling Teruk Di Dunia Siapa Nak Jawab Viralhancing

Bursa Saham Malaysia Dinobat Paling Teruk Di Dunia Siapa Nak Jawab Viralhancing

papar berkaitan - pada 17/4/2019 - jumlah : 452 hits
Semalam Bloomberg telah menaikkan pangkat bursa Malaysia dari sole loser di Asia menjadi bursa paling teruk dalam dunia untuk tahun 2019 ini Bukan senang untuk menjadi nombor satu di dunia Tahniah kepada Menteri Kewayangan kita Bloomberg ju...
Bloomberg Iktiraf Matawang Dan Bursa Malaysia Sebagai Terburuk Di Asia

Bloomberg Iktiraf Matawang Dan Bursa Malaysia Sebagai Terburuk Di Asia

papar berkaitan - pada 17/4/2019 - jumlah : 461 hits
Bloomberg kata pelaburan asing sebanyak US 8 bilion akan ditarik balik dari Malaysia apabila kita ditendang keluar dari indeks global FTSE Russell setelah bon kita diturunkan penarafan Campur ini dengan dana US 1 9 bilion dari Tabung negara...
Malaysia Kononnya Bn Banyak Salah Buktikan Kerajaan Ph Lebih Baik Zahid

Malaysia Kononnya Bn Banyak Salah Buktikan Kerajaan Ph Lebih Baik Zahid

papar berkaitan - pada 2/4/2019 - jumlah : 361 hits
Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menggesa kerajaan PH untuk membuktikan kebaikan pemerintahan mereka berbanding terus menyalahkan kerajaan bekas kerajaan Barisan Nasional Ahli Parlimen Bagan Datuk itu mengambil contoh daripada...
Malaysia Asyraf Wajdi Kata Menteri Kewangan Guan Eng Lebih Berkuasa Daripada Pm Tun Mahathir

Malaysia Asyraf Wajdi Kata Menteri Kewangan Guan Eng Lebih Berkuasa Daripada Pm Tun Mahathir

papar berkaitan - pada 2/4/2019 - jumlah : 422 hits
Ketua Pemuda UMNO Asyraf Wajdi menyifatkan tindakan Menteri Kewangan Lim Guan Eng melebihi kuasanya dan dilihat berlebih lebih daripada perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad Datuk Dr Asyraf Wajdi mendakwa Guan Eng seperti ada kuasa besar ...
10 Pilihan Pelaburan Dalam Malaysia

10 Pilihan Pelaburan Dalam Malaysia

papar berkaitan - pada 2/4/2019 - jumlah : 494 hits
10 Pilihan Pelaburan Dalam Malaysia Savings atau investment apa yang korang dah ada sekarang Kalau tak ada maybe korang dah boleh mula start buat simpanan sekarang Ye la kan sekarang mungkin korang ada gaji masuk tiap tiap bulan Tapi nanti ...
Huawei Freelace Cermin Mata Pintar Dan Powerbank 40w Akan Dilancarkan Di Malaysia Kelak

Huawei Freelace Cermin Mata Pintar Dan Powerbank 40w Akan Dilancarkan Di Malaysia Kelak

papar berkaitan - pada 2/4/2019 - jumlah : 303 hits
Huawei P30 Pro dan P30 akhirnya dilancarkan secara rasmi di Malaysia hari ini pada harga bermula RM2699 Turut dilancarkan ialah aksesori jam tangan pintar Huawei Watch GT Active dan Elegant Tetapi Huawei Malaysia sebentar tadi mengesahkan a...
Buy Gas In Singapore Dr M When Asked If Malaysia Will Lower Prices

Buy Gas In Singapore Dr M When Asked If Malaysia Will Lower Prices

papar berkaitan - pada 2/4/2019 - jumlah : 243 hits
Prime Minister Dr Mahathir Mohamad has dismissed the need to emulate Singapore in reducing gas prices We are already selling at a subsidised price It is very good and more than what is given in the big oil producing countries What more do y...
Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

The West Isn T Dying But It S Working On It

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Kesan Dunning Kruger Macam Pakar Tapi Sebenarnya Tak

Lirik Lagu Doremon Atmosfera

Harry Parintang Di Hatimu Ternyata Dia Chord

Tiket Escape Penang Harga Tiket Cara Pembelian Tahun 2025

Japan S First Plug In Hybrid Minivan In Two Versions Toyota Alphard And Vellfire

This Vivid Royal Enfield Bobber Is A Tasty Technicolor Treat