Malaysia Asyraf Wajdi Kata Menteri Kewangan Guan Eng Lebih Berkuasa Daripada Pm Tun Mahathir


Ketua Pemuda UMNO Asyraf Wajdi menyifatkan tindakan Menteri Kewangan Lim Guan Eng melebihi kuasanya dan dilihat berlebih-lebih daripada perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Datuk Dr Asyraf Wajdi mendakwa, Guan Eng seperti ada kuasa besar hingga membuat keputusan yang melangkaui Kabinet.
“Kenapa kuasa besar? Dia boleh buat keputusan melangkaui Kabinet serta tidak merujuk kepada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
“Sebab itu jika kita tengok, dia beri cek-cek… dia pergi sekolah dan universiti Cina.
“Dia bagi peruntukan yang tidak diisytihar dalam bajet negara… tiada dalam bajet negara, bahkan menyalahi perlembagaan, kerana kita tidak boleh membiayai sekolah-sekolah di luar daripada dasar Pendidikan Kebangsaan,” katanya seperti di lapor Sinar Harian dalam program Ceramah Perpaduan Ummah di tapak pembinaan kompleks Pas Baling malam tadi yang dihadiri lebih 1,000 penyokong Pas dan UMNO.
Asyraf berkata, selepas negara mencapai kemerdekaan, kerajaan menubuhkan Sekolah Jenis Kebangsaan Jenis Cina (SJKC) dan Sekolah Jenis Kebangsaan (SJKT) Tamil.
“Waktu zaman Tun Abdul Razak sekolah-sekolah ini (SJKC dan SJKT) dimasukkan dalam dasar pendidikan negara.
“Maknanya siapa masuk SJKC akan belajar mata pelajaran dan kokurikulum ditentukan kementerian pelajaran, cuma ada mata pelajaran tambahan dalam bahasa Cina,” katanya.
Bagaimanapun katanya, kewujudan Sekolah Menengah Persendirian Cina tidak ada dalam dasar pendidikan kebangsaan.
“Belajar sejarah, komponen utamanya sejarah tanah besar China.
“Dia tak mahu belajar sejarah tanah air kita,” katanya.
Asyraf berkata, lebih membimbangkan pertubuhan Dong Zhong yang mewujudkan sistem penilaian Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) bagi setiap sekolah Menengah Persendirian Cina.
“Kita dulu betul-betul berkrompomi untuk iktiraf, tapi dengan syarat wajib iaitu lulus Bahasa Melayu dan Sejarah, tapi mereka tolak.
“Selepas mereka jadi kerajaan, perkara ini (UEC) dijadikan agenda besar, terbaru Peguam Negara, Tommy Thomas boleh isytihar, siapa ambil UEC diiktiraf, boleh ambil sijil guaman,” katanya.
Beliau berkata, Peguam Negara perlu bersifat adil dengan mengiktiraf para graduan undang-undang daripada Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).
“Sampai hari ini (graduan USIM) tidak diiktiraf Peguam Negara maknanya tidak boleh ambil dengan mudah sijil guaman, ini pilih kasih, satu bentuk rasis, dia kata kita rasis!
“Makna rasis ialah mengutamakan kaum sehingga zalimi orang lain, kita UMNO dan Pas tidak pernah zalimi orang lain, kita hormati agama dan kaum lain, kerana itu Malaysia mampu hidup dalam aman, harmoni dan stabil hampir 60 tahun,” katanya.
Dalam perkembangan berasingan, Asyraf menyifatkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof sebagai pembohong apabila masih belum mengumumkan hibah kepada para pendeposit Tabung Haji (TH).
“Beliau (Mujahid) jual aset bernilai RM10 bilion pada harga RM19.6 bilion. Untung sepatutnya RM9.6 bilion, dia kata TH ditinggalkan pengurusan lepas rugi RM4.1 bilion.
“Dalam tempoh tiga bulan selepas jual (aset TH) dia kata TH sudah untung, ini betul-betul silap mata.
“Pernah tuan-tuan dengar mana-mana syarikat di dunia rugi besar, bukan rugi RM1 atau RM2, tapi kononnya rugi RM4.1 bilion dan untung hanya dalam tempoh tiga bulan selepas jual aset-aset TH,” katanya yang mempersoal di mana bayaran hibah sekiranya TH benar merekodkan keuntungan.
Asyraf berkata, berbanding zaman BN, kerajaan bukan sahaja tidak pernah mengabaikan tanggungjawab membayar hibah, tetapi pembayaran dibuat tidak melebihi bulan Februari.
KLIK BACA: Cukai LHDN RM1.5b, Tun Mahathir mahu mufliskan Najib?
KLIK BACA: Najib jawab kerajaan berkuasa tuntut seberapa banyak cukai mereka mahu 
KLIK BACA: Najib bergembiralah dengan media sosial, lambat laun ke penjara.
KLIK BACA: Umno gagal dapat wang RM116 juta dirampas polis di kediaman Najib
The post Asyraf Wajdi kata Menteri kewangan Guan Eng lebih berkuasa daripada PM Tun Mahathir appeared first on Malaysian Review.


sumber: Malaysiareview.com via #superpantas

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.superpantas.com/2019/04/malaysia-asyraf-wajdi-kata-menteri.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Malaysia Tun Mahathir Bukan Diktator Pas Tak Payah Bodek Kata Anwar

Malaysia Tun Mahathir Bukan Diktator Pas Tak Payah Bodek Kata Anwar

papar berkaitan - pada 26/3/2019 - jumlah : 348 hits
Nurul Izzah Anwar mempertahankan kenyataannya bahawa Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad adalah bekas diktator seperti yang diungkapnya dalam satu temubual bersama media Singapura baru baru ini Dalam sidang media di Parlimen hari ini Nu...
Jual Bangunan Di Hong Kong Najib Lupa Atau Sengaja Kata Guan Eng

Jual Bangunan Di Hong Kong Najib Lupa Atau Sengaja Kata Guan Eng

papar berkaitan - pada 27/3/2019 - jumlah : 344 hits
Menteri Kewangan Lim Guan Eng mengesahkan rancangan menjual sebuah menara milik kerajaan di Hong Kong menjawab kenyataan Najib Razak semalam terhadap laporan media mengenai rancangan itu Ditemui pemberita di Parlimen hari ini Lim berkata ra...
Jet Pejuang Malaysia Masih Berfungsi Baik Kata Pm Dr Mahathir

Jet Pejuang Malaysia Masih Berfungsi Baik Kata Pm Dr Mahathir

papar berkaitan - pada 27/3/2019 - jumlah : 728 hits
Dr Mahathir menaiki Jet Embraer s E190 E2 ketika lawatan di Tarmec sempena LIMA 19 edisi ke 15 Foto NSTP Eizairi Shamsudin LIMA LANGKAWI Pesawat tempur milik negara masih lagi berfungsi dengan baik dan mampu digunakan untuk beberapa tahun l...
Tak Salah Kalau Bertembung Tun Mahathir Kata Mohamad Hasan

Tak Salah Kalau Bertembung Tun Mahathir Kata Mohamad Hasan

papar berkaitan - pada 5/4/2019 - jumlah : 249 hits
Calon Barisan Nasional Datuk Seri Mohamad Hasan bagi Pilihan Raya Kecil Rantau berkata tiada masalah berjumpa Tun Dr Mahathir Mohamad sekiranya bertembung dengan Perdana Menteri sewaktu berkempen Bahkan Timbalan Presiden UMNO yang menjalank...
Kes Najib Berkepentingan Umum Tak Patut Cuba Tangguh Kata Tun Mahathir

Kes Najib Berkepentingan Umum Tak Patut Cuba Tangguh Kata Tun Mahathir

papar berkaitan - pada 5/4/2019 - jumlah : 336 hits
Tun Dr Mahathir mendakwa Najib dan peguamnya cuba menangguhkan perbicaraan kes SRC International Foto Nikkei Asian Review Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad mengkritik pasukan peguam bela Najib Razak yang didakwanya cuba menangguhkan perbi...
Isu Pengiktirafan Uec Tommy Thomas Merasakan Lebih Berkuasa Dari Jemaah Menteri

Isu Pengiktirafan Uec Tommy Thomas Merasakan Lebih Berkuasa Dari Jemaah Menteri

papar berkaitan - pada 3/4/2019 - jumlah : 471 hits
Belum lagi selesai Pasukan Petugas Dasar UEC yang di lantik oleh Kementerian Pendidikan untuk membuat kajian mengenai pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersepadu UEC sekolah persendirian Cina tiba2 Peguam Negara Tommy Thomas telah membuat ken...
Malaysia Hadi Tak Bodek Mahathir Kata Pas

Malaysia Hadi Tak Bodek Mahathir Kata Pas

papar berkaitan - pada 28/3/2019 - jumlah : 252 hits
Timbalan Mursyidul Am PAS Datuk Ahmad Yakob tampil mempertahankan kenyataan presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menyifatkan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bukan seorang bekas diktator tetapi hanya seorang yang tegas Ahmad ...
The Macc Will Protect Guan Eng Until The Vote Of No Confidence Against Mahathir Is Over

The Macc Will Protect Guan Eng Until The Vote Of No Confidence Against Mahathir Is Over

papar berkaitan - pada 29/3/2019 - jumlah : 271 hits
The why is simple Tun Dr Mahathir Mohamad needs DAP to ensure that Anwar Ibrahim s planned vote of no confidence against him in Parliament will not get support If Mahathir allows the MACC to arrest Lim Guan Eng then DAP may swing over to An...
Nearly 500 Lawsuits Filed Against Sabah Govt Hajiji

Beli Rak Rempah 3 Tingkat

Wordless Wenesday 115 Diy Baju Kurung Lama

Kelam Kabut Semua Buat Sendiri Daler Yusof Kongsi Pengalaman Urus Isteri Pertama Kali Berpantang Di Malaysia

Get To Know About And Benefits Of Bulk Sms For Business

Vivo Malaysia Memperkenalkan Inisiatif Eksklusif Untuk Pengguna Celcomdigi Di Malaysia

Uncover The Secrets Of Riversweeps The Online Casino That S Different

Meet Studio Your New Favorite Way To Develop Wordpress Locally



5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok


1 31 2023

Le Clos Villa By Banca Architectes In Mouans Sartoux France

What You Should Know About New Construction Plumbing

Norjuma Didakwa Lima Pertuduhan Mencederakan Tiga Individu Lakukan Khianat

Since Mic Pointless Pn Confident Of Marginalised Indian Votes

Kesarjanaan Yang Biasa Biasa Sahaja