Bunuh 3 Wanita Sebelum Jadikan Mereka Sabun Kuih Untuk Hidang Pada Jiran
g kejamnya….
Kalau dilihat pada luarannya, Leonarda Cianciulli 
merupakan seorang wanita yang lemah lembut dan sangat ramah. Bukan tu 
je, dia juga pemurah, sering bagi kuih yang sedap-sedap untuk dibuat 
makan semasa minum petang.
Namun disebalik perwatakan ini, 
Leonarda sebenarnya seorang pembunuh bersiri yang percayakan benda-benda
 karut seperti pengorbanan manusia.
Leonarda buat sabun dan kuih dari bahagian badan mangsa-mangsanya

Sumber: Ranker
Perkara yang paling buat orang ingat tentang kes Leonarda Cianciulli 
ini adalah dia gunakan soda kaustik, bahan untuk pecahkan kayu untuk 
melarutkan mayat manusia dan campurkan dengan lemak dan daging untuk 
dijadikan sabun.
Bagi membuat kek pula, darah dari mangsa yang dah diasingkan di dalam baldi akan dibekukan sebelum dikeringkan menggunakan oven dan campurkan dengan tepung. Dari situ, dia akan gunakan tepung tersebut untuk buat kuih dan berikan pada jiran-jirannya.
Percaya benda karut sampai jumpa penilik nasib

Sumber: Ranker
Ramai percaya yang Leonarda percayakan benda karut. Kalau korang nak 
tahu, Leonarda pernah cuba untuk bunuh diri dua kali sebelum dia 
menginjak dewasa.
Kemudian dia berkahwin dengan seorang kerani, 
namun perkahwinannya ini dihalang oleh ibu bapanya kerana mereka 
mempunyai calon yang lebih sesuai untuk wanita ini.
Kerana 
kedegilannya, ibu Leonarda telah menyumpah yang hidup wanita ini tak 
akan aman sampai bila-bila. Beberapa tahun selepas dia berkahwin, 
Leonarda dipenjarakan atas kesalahan penipuan dan rumahnya dimusnahkan 
oleh gempa bumi.
Bukan tu je, dia pernah mengandung sebanyak 17 
kali tapi kehilangan 13 orang anaknya sama ada dari keguguran mahu pun 
penyakit semasa kecil.
Kerana sering ditimpa kecelakaan, Leonarda 
membuat keputusan untuk berjumpa dengan seorang penilik nasib, wanita 
Romanian yang mendorong dia untuk melakukan jenayah.
Tangan kanan kau aku nampak penjara, tangan kiri aku nampak rumah sakit otak untuk penjenayah.”
Tertekan dengan sumpahan ibunya dan kata-kata penilik nasib tersebut, Leonarda menjadi lebih percaya pada benda-benda tahyul.
Pada akhir tahun 1939, anak lelakinya Giuseppe memberitahu yang dia nak join
 tentera Itali. Takut kehilangan anaknya, Leonarda mengikut cakap 
penilik nasib tersebut untuk buat pengorbanan manusia bagi menyelamatkan
 anak-anaknya.
Mangsa pertama, anak dara tua yang dijanjikan perkahwinan

Sumber: Ranker
Mangsa pertama Leonarda adalah Faustina Setti, seorang wanita berusia
 yang dikira sebagai ‘anak dara tua’. Dia dipancing oleh Leonarda dengan
 menjanjikan seorang lelaki dah menunggu untuk mengambil dia sebagai 
isteri.
Leonarda kemudian meyakinkan Faustina untuk tak beritahu 
sesiapa tentang perkahwinannya dan dia menyuruh wanita malang ini untuk 
menulis poskad kepada saudara-maranya mengatakan yang dia dah tiba di 
Pola.
Malangnya, yang menanti Faustina bukanlah bakal suami tapi 
kapak Leonarda. Selepas membunuh wanita ini, Leonarda memotong mayat 
Faustina kepada sembilan bahagian sebelum cairkan mayat tersebut di 
dalam periuk.
“Saya letakkan cebisan mayat ke dalam 
periuk dan tambahkan tujuh kilo soda kaustik yang saya beli untuk buat 
sabun dan kacaukan adunan tersebut sampai ia jadi pekat sebelum jadikan 
sabun.
“Untuk darah pula, saya tunggu 
sampai ia beku dan keringkan dalam oven sebelum saya hancurkan dan 
campurkan dengan tepung, gula, coklat, susu dan telur serta sedikit 
marjerin.
“Saya uli semua bahan ni dan 
buatkan kuih yang rangup untuk dihidangkan pada wanita-wanita yang 
datang melawat rumah saya. Giuseppe dan saya makan jugak.”
Mangsa kedua, dijanjikan pekerjaan

Sumber: Ranker
Francesca Soavi merupakan mangsa kedua Leonarda yang dijanjikan 
pekerjaan di sekolah perempuan di Piacenza, Itali. Leonarda memberikan 
arahan yang sama kepada Francesca, untuk menulis poskad yang boleh 
diberikan pada ahli keluarganya sejurus dia sampai ke sekolah tersebut.
Kemudian, Leonarda bunuh wanita ini dengan cara yang sama. Kerat badan mangsa dan buat jadi sabun dan kuih.
Mangsa ketiga, penyanyi opera

Sumber: Ranker
Mangsa ketiga Leonarda merupakan seorang penyanyi opera yang dah tak ada job, Virginia Cacioppo.Leonarda mengambil peluang ini untuk offer wanita pekerjaan di sebuah ‘teater misteri’.
Excited untuk bekerja semula sebagai penyanyi, wanita ini terus setuju dengan offer Leonarda. Dalam memoir Leonarda, dia ada menceritakan tentang penyanyi opera ini.
“Macam
 dua wanita sebelum ini, mayat dia juga dimasukan dalam periuk. 
Dagingnya berlemak dan putih, so bila dah cair saya tambahkan pewangi 
dan jadikan sabun. Saya berikan sabun ini kepada jiran-jiran dan 
kawan-kawan saya. Kuih dari badan dia pun lagi sedap: wanita tu memang 
sangat manis.”
Tersilap langkah

Sumber: Ranker
Walaupun Leonarda dah cuba untuk musnahkan bukti-bukti dia bunuh tiga
 wanita-wanita ini, dia terlepas sesuatu. Tak seperti dua mangsa sebelum
 ini, mangsa ketiganya mempunyai seorang kakak ipar yang sangat suka 
‘membawang’.
Dia tak percaya dengan surat yang dia terima tentang 
pemergian Virginia. Malah, dia nampak adik iparnya ini masuk ke rumah 
Leonarda pada malam sebelum dia ‘hilang’.
Kerana merasakan ada sesuatu yang tak kena, kakak ipar Virginia telah melaporkan perkara ini kepada pihak polis.
Pada
 awalnya, Leonarda tak mengaku dengan tuduhan-tuduhan yang diberikan. 
Namun, bila pihak polis mula menunding jari kepada anaknya, dia terus 
mengaku dan mengatakan anaknya tak terlibat dengan perbuatan jenayahnya 
ini.
Akhirnya dipenjarakan…

Sumber: Ranker
Perbicaraan Leonarda hanya mengambil masa beberapa hari saja. Wanita 
ini didapati bersalah dan diberikan hukuman penjara selama 33 tahun.
Apa
 yang mengerikan, hukuman yang dikenakan pada Leonarda ni sama dengan 
apa yang diramalkan oleh penilik nasib sebelum ini. Leonarda 
dipenjarakan selama 30 tahun dan perlu duduk di dalam rumah sakit otak 
untuk penjenayah selama 3 tahun.
Semasa tahun terakhir dia di 
dalam rumah sakit mental, 1970, Leonarda meninggal dunia akibat 
pendarahan dalaman pada usia 79 tahun.
Jasad wanita ini 
dipulangkan kepada keluarganya untuk pengebumian manakala senjata 
pembunuhan termasuk periuk dan sabun diderma ke Muzium Kriminologi di 
Rome, Itali untuk dipamerkan.
Macam manalah perasaan jiran-jiran dia lepas dapat tahu dorang selama ni makan kuih yang dibuat dari mayat orang. Eee
Sumber: Ranker, ati
LOBAKMERAH
The post Bunuh 3 Wanita Sebelum Jadikan Mereka Sabun & Kuih Untuk Hidang Pada Jiran appeared first on Media Serius.
			
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang : 
https://mediaserius.my/bunuh-3-wanita-sebelum-jadikan-mereka-sabun-kuih-untuk-hidang-pada-jiran/