Bulan Terakhir 2024


BULAN TERAKHIR 2024 | Assalammualaikum wbt. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Sekejap siang. Sekejap malam. Sekejap sudah berganti hari, minggu seterusnya bulan. 365 hari. Dirasakan tidak seperti dulu-dulu. Dulu rasa macam panjang sangat. Tapi tidak sekarang. Atau mungkin PC saja yang rasa begini. Yalah, lain orang lain rasa dan pendapatnya. Ada pro dan kontra. Begitulah hidup. Kita tidak sentiasa betul. Orang lain tidak sentiasa salah. Sama-sama dan saling.

Alhamdulillah. Kita sudah berada dibulan kedua belas 2024. DISEMBER. Ini rezeki kita. 30 November kawan sekolah PC kembali kepada Pencipta. Hari ini, jiran sekampung PC pula kembali kepada Pencipta. Dua-dua  boleh dikatakan masih muda. Sungguh. Ajal itu tanpa syarat. Muda. Tua. Bila tiba waktunya tidak tercepat. Tidak terlewat. Jujur, PC rasa takut. Takut dengan banyaknya dosa sedangkan taubatnya lebih tipis daripada kulit bawang. Allahu. Semoga mereka dihimpun dalam kumpulan hamba-hambaNya yang beramal soleh. Di luaskan kuburnya. Ya Allah. Ya Rahman. Ya Rahim.
30 hari berbaki. Sebolehnya isi dan manfaatkan sebaik-baiknya la. Untuk menempuh hari akan datang kita tidak dapat meneka. Sesaat seterusnya pun kita tidak dapat jangka apa akan berlaku. Apatah lagi hari-hari mendatang. Walaupun kita sudah menyediakan senarai atau rancangan yang teliti sangat-sangat. Perancangan perlu tapi dalam setiap perancngan manusia ada takdir tetap Allah swt. 
Kalau cakna, sekarang hal atau peristiwa yang sangat perlukan perhatian adalah saudara-saudara kita dibeberapa buah negeri yang sedang berhadapan dengan ujian bah atau banjir. Mereka diuji secara langsung. Kita yang tidak berada dalam situasi mereka diuji secara tidak langsung. Sebenarnya lebih berat. Paling kecil salurkanlah doa yang berterusan sebagai tanda bantuan. Tolonglah doakan mangsa-mangsa banjir di Negeri Kelantan dan Terengganu. Allahuakbar. Sedih sebenarnya. Bila tengok ditelevisyen, dimedia sosial.. melibatkan nyawa, harta benda. SubhanaAllah. Tahniah kepada sukarelawan yang besar hati memberi bantuan. Semoga mereka dipermudahkan urusan dunia akhirat. Aamiin. 
Dan,
Ramadhan kian menghampiri.. dalam sibuk para usahawan rancak memasarkan perniagaan masing-masing dengan pelbagai cara mempromosi produk.. tidak menjadi masalah. Mencari rezeki. Sebagai individu.. jangan lupa qada puasa ya kalau-kalau ada lagi puasa yang belum diqada. Segalanya mungkin. Tidak menjadi satu aib juga kaum hawa setiap kali Ranadhan, andai ada puasa yang ditinggalkan baik atas alasan hukum atau faktor kesihatan dan sebagainya.. tolong maklum pada keluarga terdekat. Ada tanggungjawab besar dan berat yang mereka perlu galas andai kita meninggal dunia belum sempat qada puasa wajib. 
NOTA PC : masih hujan..


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.perducinta.com/2024/12/bulan-terakhir-2024.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Top Commentator Bulan November 2024

Top Commentator Bulan November 2024

papar berkaitan - pada 18/11/2024 - jumlah : 196 hits
Assalamualaikum wbt Okey kembali ke trek asal Sebelum tue saya nak ucapkan terima kasih pada awak semua kerana masih sudi membaca jurnal saya nie Budi baik kalian semua amat saya hargai dan mintak maaf sangat sangat jikalau saya tak memberi...
Fuel Their Passion The 2024 Bike Exif Holiday Gift Guide

Fuel Their Passion The 2024 Bike Exif Holiday Gift Guide

papar berkaitan - pada 28/11/2024 - jumlah : 348 hits
Whether it s the gear we wear or finding the perfect grips and pegs to fit on our bikes we put loads of thought into the form and function of everything we ride with What that means this time of year is that we re difficult to shop for and ...
Hadiah Birthday 2024 Tudung Bawal Leeyanarahman

Hadiah Birthday 2024 Tudung Bawal Leeyanarahman

papar berkaitan - pada 28/11/2024 - jumlah : 298 hits
Assalamualaikum dan salam sejahtera Hadiah yang paling awal CCL terima sebelum beberapa hari menjelang hari lahir CCL Masa CCL pergi Pesta Konvokesyen UNIMAP haritu terjumpa kawan CCL alang alang dah terjumpa tu apa lagi borak borak la keja...
B Sta Casino Scientif Svensk Licens 2024 70 Spelbolag We List

B Sta Casino Scientif Svensk Licens 2024 70 Spelbolag We List

papar berkaitan - pada 28/11/2024 - jumlah : 279 hits
B sta Casino Scientif Svensk Licens 2024 70 Spelbolag We Lista Casinon Med Svensk Licens Alla Godk nda Spelsajter Lista Content Vissa nya spelsidor i Sverige anv nder n mligen b de free rounds och bonusar f r att marknadsf ra sej och f nya ...
Senarai Pelepasan Cukai 2024 Untuk E Filing 2024 2025

Senarai Pelepasan Cukai 2024 Untuk E Filing 2024 2025

papar berkaitan - pada 30/11/2024 - jumlah : 570 hits
Senarai Pelepasan Cukai Bagi Tahun Taksiran 2024 2025 LHDN Seperti setiap tahun pengemukaan Borang Nyata Tahun Taksiran 2023 dan Tahun Saraan 2023 melalui e Filing bagi pembayar cukai individu dan selain individu iaitu Borang BE B M BT MT P...
Aktiviti Majlis Hi Tea Mpm Dan Yawatim Ppim 28 11 2024

Aktiviti Majlis Hi Tea Mpm Dan Yawatim Ppim 28 11 2024

papar berkaitan - pada 28/11/2024 - jumlah : 238 hits
Ketua Aktivis PPIM Nadzim Johan toqqi menghadiri ke Majlis Hi Tea MPM dan YAWATIM di Wisma MPM Kuala Lumpur
Airasia Move Diiktiraf Sebagai Aplikasi Tempahan Perjalanan Terbaik Asia Tahun 2024

Airasia Move Diiktiraf Sebagai Aplikasi Tempahan Perjalanan Terbaik Asia Tahun 2024

papar berkaitan - pada 27/11/2024 - jumlah : 207 hits
AirAsia MOVE berjaya meraih gelaran aplikasi tempahan perjalanan terbaik Asia untuk tahun kedua berturut turut di World Travel Tech Awards 2024 Anugerah berprestij ini disampaikan di Madeira Portugal Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia MOVE Nad...
Don T Miss Out Best Water Softener Black Friday Deals 2024

Don T Miss Out Best Water Softener Black Friday Deals 2024

papar berkaitan - pada 25/11/2024 - jumlah : 292 hits
Black Friday is the perfect time to upgrade your home with a water softener and save big Soft water can do wonders for your hair skin and appliances But with so many options available finding the right deal can be tricky Here s your guide t...
Sin Chew Daily Apologises For Jalur Gemilang Error

Bagaimana Usahawan Wanita Di Malaysia Mencapai Kejayaan

Pro Madani Cytro Gets Ticked Off For Over Eagerly Portraying Pmx As A Forgiving Compassionate Soul

Thai Woman Nabbed At Klia With Rm1 05m Cocaine Stash Hidden In Handicraft Bag

Ron95 Subsidy Khalid Tells Anwar To Take A Page From Najib S Slogan

Insurance With No Medical Exam Simplified Coverage For Peace Of Mind

Loud And Rowdy Stg Tracker Scrambles The Yamaha Xv920r

Perlis Cuti Peristiwa Sempena Sambutan Jubli Perak


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kembara Ke Wilayah Yunnan Dan Wilayah Jiangsu Di China

Keluarga Dah Sayang Sophia Albarakbah Bakal Kahwin Jejaka Dikenali Sejak Usia 14 Tahun

The Mystery Of The Missing Moon Another Newspaper S Error With The Malaysian Flag

Jalur Gemilang Silap Polis Tahan Ketua Editor Timbalan Ketua Penyunting Sin Chew

Ibu Syed Saddiq Sebak Lihat Perjuangan Anak Harap Golongan Muda Tak Takut Bersuara Demi Kebenaran

Telefon Pintar Acer Kembali Dengan Super Zx Dan Super Zx Pro