Senarai Pelepasan Cukai 2024 Untuk E Filing 2024 2025


Senarai Pelepasan Cukai Bagi Tahun Taksiran 2024/2025 LHDN (e-Filing 2024)
Seperti setiap tahun, pengemukaan Borang Nyata (BN) Tahun Taksiran 2023 dan Tahun Saraan 2023 melalui e-Filing bagi pembayar cukai individu dan selain individu iaitu Borang BE, B, M, BT, MT, P, TF, TP dan E boleh dilakukan mulai 01 Mac 2024.
LHDN telah menyenaraikan pelepasan cukai individu pemastautin bagi tahun taksiran 2023 untuk makluman semua pembayar cukai.
Berikut adalah senarai Pelepasan yang boleh dituntut dalam pengiraan cukai atau e-filing yang akan dihantar ke Lembaga Hasil Dalam Negeri bagi e-filing 2024 nanti.
Adakah Anda Layak Dikenakan Cukai? Cukai pendapatan dikenakan terhadap setiap individu bagi pendapatan yang terakru atau terbit di Malaysia atau diterima di Malaysia dari luar Malaysia bagi setiap tahun taksiran.
Seseorang individu yang mempunyai jumlah pendapatan MELEBIHI nilai ambang yang ditetapkan, yang boleh dikenakan cukai perlu mendaftar fail cukai pendapatan.
Skop pengenaan cukai seseorang individu adalah bergantung kepada taraf mastautinnya.
Individu bermastautin dikenakan cukai mengikut kadar cukai berskala serta layak menuntut potongan menurut seksyen 45A ACP hingga seksyen 49 ACP. Manakala individu bukan pemastautin dikenakan cukai pada kadar tetap 30% dan tidak layak menikmati sebarang potongan.
Sebarang punca pendapatan daripada luar Malaysia yang dibawa masuk ke Malaysia adalah dikecualikan cukai.
I) JUMLAH PENDAPATAN PENGGAJIAN (INDIVIDU) YANG TIDAK DIKENAKAN CUKAI
Individu yang menerima pendapatan penggajian tahunan melebihi RM 34,000 dan mereka yang mempunyai Potongan Cukai Bulanan layak dikenakan cukai.
Pengiraan ambang jumlah pendapatan individu yang TIDAK DIKENAKAN CUKAI adalah mengambil kira pendapatan kasar tahunan ditolak dengan pelepasan asas individu dan rebat cukai yang layak. Pelepasan asas yang diambil kira adalah pelepasan individu dan saudara tanggungan serta pelepasan suami / isteri dan anak (di bawah umur 18 tahun) bagi individu yang telah berkahwin. Manakala tolakan rebat individu (RM400) serta pasangan (RM400 jika berkenaan) dibenarkan sekiranya pendapatan bercukai individu tersebut tidak melebihi RM35,000.
Berikut merupakan ambang jumlah pendapatan individu TIDAK DIKENAKAN CUKAI mengikut jenis taksiran :
JENIS TAKSIRANPENDAPATAN TAHUNAN (RM)PENDAPATAN BULANAN (RM)Diri Sendiri(Bujang / janda / balu / duda / pasangan tiada punca pendapatan)37,3333,111Berasingan1. Berkahwin + 0 Anak37,3333,1112. Berkahwin + 1 Anak  3. Berkahwin + 2 Anak41,3333,444Bersama1. Berkahwin + 0 Anak48,0004,0002. Berkahwin + 1 Anak50,0004,1673. Berkahwin + 2 Anak52,0004,333 Nota:
* Jumlah pelepasan individu dan saudara tanggungan adalah RM9,000
** Jumlah pelepasan anak di bawah umur 18 tahun adalah RM2,000 bagi seorang anak
*** Jumlah kelayakan rebat (diri sendiri dan suami / isteri) terhad kepada pendapatan bercukai individu sehingga RM35,000
Baca juga: ezHASiL: Panduan Isi eFiling Cukai Pendapatan Untuk Kali Pertama
II) JUMLAH PENDAPATAN PENGGAJIAN PERNIAGAAN (INDIVIDU) YANG TIDAK DIKENAKAN CUKAI
Keuntungan yang diperolehi daripada menjalankan perniagaan, perdagangan, pencarian atau profesion adalah merupakan pendapatan yang layak dikenakan cukai (termasuk sebarang bentuk perniagaan yang tidak berdaftar dengan mana-mana pihak berkuasa (Ekonomi Bayangan).
Perniagaan terdiri daripada:
Milikan Tunggal / Bekerja Sendiri Individu yang menjalankan perniagaan secara perseorangan
Perkongsian Meliputi sebarang bentuk kerjasama antara dua atau lebih pihak bagi menyatukan hak, kuasa, tenaga kerja atau kemahiran dalam menjalankan perniagaan dan mewujudkan perkongsian keuntungan. Perkongsian mungkin wujud di antara :
Individu-individu Dua syarikat Individu dan syarikat Individu dan pemegang amanah bagi sesuatu penyelesaian Contoh Perniagaan :
Perniagaan Runcit Perniagaan Pasar Malam / Gerai Perniagaan Melalui Internet (Ekonomi Digital) Bidang Lakonan / Nyanyian / Duta Produk / Ulasan Produk Komisen / Kelas Tuisyen / Penceramah Perniagaan Jualan Langsung / Stokis Bidang Penulisan / Youtuber / Blogger Pertanian dan Penternakan Klinik, Firma Guaman atau Lain-Lain Pengamal Profesional Pemandu Teksi / e-hailing Senarai Pelepasan Cukai 2024/2025 (Untuk e-Filing 2024) IMBAS KEMBALI : PELEPASAN CUKAI 2023
IMBAS KEMBALI : PELEPASAN CUKAI 2022
Rujuk jadual penuh Pelepasan Cukai LHDN 2024/2025 Untuk e-Filing 2024 :
Bil.Jenis Potongan IndividuAmaun (RM)1Individu dan saudara tanggungan9,0002Perbelanjaan rawatan perubatan, keperluan khas dan penjaga untuk ibu bapa (Keadaan kesihatan disahkan oleh pengamal perubatan)8,000 (Terhad)3Perbelanjaan pembelian peralatan sokongan asas (untuk kegunaan individu kurang upaya, suami / isteri, anak atau ibu bapa yang kurang upaya)6,000 (Terhad)4Individu kurang upaya6,0005Yuran pengajian (Sendiri):

Peringkat selain sarjana atau doktor falsafah – bidang undang-undang, perakaunan, kewangan Islam, teknikal, vokasional, industri, saintifik atau teknologi;

Peringkat sarjana atau doktor falsafah – sebarang bidang atau kursus pengajianKursus peningkatan kemahiran atau kemajuan diri (Terhad RM2,000)7,000 (Terhad)6Perbelanjaan perubatan bagi:

Perbelanjaan perubatan bagi penyakit serius (Diri sendiri atau suami / isteri atau anak-anak)

Perbelanjaan perubatan bagi rawatan kesuburan (Diri sendiri atau suami / isteri)

Perbelanjaan perubatan bagi pemvaksinan (Diri sendiri atau suami / isteri atau anak-anak) (Terhad RM1,000)8,000 (Terhad)7Perbelanjaan (Terhad RM1,000) bagi:

Pemeriksaan perubatan penuh (Diri sendiri, suami / isteri atau anak) seperti yang ditakrifkan oleh Majlis Perubatan Malaysia (MPM).

Ujian pengesanan COVID-19 termasuk pembelian kit ujian kendiri ke atas diri sendiri, suami / isteri atau anak.

Pemeriksaan kesihatan mental atau konsultasi ke atas diri sendiri, suami / isteri atau anak8Gaya hidup – Perbelanjaan untuk kegunaan / manfaat diri sendiri, suami / isteri atau anak bagi:

Pembelian dan langganan buku, jurnal, majalah, surat khabar dan lain-lain penerbitan seumpamanya (Bukan bahan bacaan terlarang);

Pembelian komputer peribadi, telefon pintar atau tablet (Bukan untuk kegunaan perniagaan);

Pembelian peralatan sukan untuk aktiviti sukan mengikut Akta Pembangunan Sukan 1997 dan bayaran keahlian gimnasium; dan

Bayaran bil bulanan untuk langganan internet (Atas nama sendiri)2,500 (Terhad)9aGaya hidup – Pelepasan tambahan kegunaan / manfaat diri sendiri, suami / isteri atau anak bagi:

Pembelian peralatan sukan untuk aktiviti sukan mengikut Akta Pembangunan Sukan 1997

Bayaran sewa atau fi kemasukan ke fasiliti sukan

Bayaran fi pendaftaran bagi menyertai pertandingan yang mana penganjur diluluskan dan dilesenkan oleh Pesuruhjaya Sukan di bawah Akta Pembangunan Sukan 1997500 (Terhad)9bGaya hidup – Pembelian komputer peribadi, telefon pintar atau tablet untuk kegunaan / manfaat diri sendiri, suami / isteri atau anak dan bukan untuk kegunaan perniagaan2,500 (Terhad)10Pembelian peralatan penyusuan ibu untuk kegunaan sendiri bagi anak berumur 2 tahun dan kebawah (Potongan dibenarkan sekali setiap DUA (2) tahun taksiran)1,000 (Terhad)11Bayaran bagi yuran penghantaran anak berumur 6 tahun dan ke bawah ke taman asuhan kanak-kanak / tadika yang berdaftar3,000 (Terhad)12Tabungan bersih dalam Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) (Tabungan bersih adalah jumlah simpanan dalam tahun 2022 TOLAK jumlah pengeluaran dalam tahun 2022)8,000 (Terhad)13Suami / Isteri / Bayaran alimoni kepada bekas isteri4,000 (Terhad)14Suami / Isteri kurang upaya5,00015aAnak yang belum berkahwin dan berumur di bawah 18 tahun2,00015bAnak yang belum berkahwin dan berumur 18 tahun dan ke atas dan menerima pendidikan sepenuh masa (peringkat A-Level, sijil, matrikulasi, persediaan atau pra-ijazah)2,00015bAnak yang belum berkahwin dan berumur 18 tahun dan ke atas tertakluk kepada syarat-syarat berikut:

– mengikuti pengajian tinggi sepenuh masa (Tidak termasuk kursus matrikulasi / pra-ijazah / A-Level) di universiti, kolej atau institusi pelajaran yang serupa dengannya di Malaysia; atau

– berkhidmat di bawah satu ikatan artikel atau indentur untuk memperoleh kelayakan perdagangan atau profesion di Malaysia; atau

– mengikuti kursus di peringkat ijazah dan ke atas di institusi pengajian tinggi luar Malaysia.

– kursus dan institusi pengajian tinggi diiktiraf oleh pihak berkuasa Kerajaan yang berkaitan.8,00015cAnak Kurang upaya6,000Pelepasan tambahan sebanyak RM8,000 bagi anak kurang upaya berumur 18 tahun dan ke atas, belum berkahwin dan mengikuti diploma ke atas di dalam Malaysia @ peringkat ijazah ke atas di luar Malaysia dalam kursus dan di IPT yang diiktiraf oleh pihak berkuasa Kerajaan yang berkaitan. = RM 8,00016 Insuran nyawa dan KWSP  Kategori penjawat awam berpencenPremium insurans nyawa yang tidak membuat caruman KWSP / skim yang diluluskan ATAU Kategori SELAIN daripada 16(i) Premium insurans nyawa (Terhad RM3,000) Caruman kepada KWSP / skim yang diluluskan (Terhad RM4,000)7,000 (Terhad)17Skim Persaraan Swasta dan Anuiti Tertangguh (Deferred Annuity)3,000 (Terhad)18Insurans pendidikan dan perubatan3,000 (Terhad)19Caruman kepada Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) mengikut Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 atau Akta Sistem Insurans Pekerjaan 2017350 (Terhad)20 Perbelanjaan pelancongan domestik bagi:

– Bayaran penginapan di premis penginapan yang berdaftar (Klik sini) dengan Pesuruhjaya Pelancongan di bawah Akta Industri Pelancongan 1992

– Bayaran masuk ke tempat tarikan pelancong

– Pembelian pakej pelancongan domestik melalui ejen pengembaraan berlesen yang berdaftar dengan Pesuruhjaya Pelancongan di bawah Akta Industri Pelancongan 19921,000 (Terhad)21Perbelanjaan bayaran pemasangan, sewaan, pembelian termasuk sewa-beli peralatan atau langganan bagi penggunaan kemudahan pengecasan kenderaan elektrik bagi kenderaan sendiri (Bukan untuk kegunaan perniagaan)2,500 (Terhad) JADUAL PELEPASAN CUKAI 2024/2025 UNTUK E-FILING 2024 / Sumber: https://www.hasil.gov.my/
Apakah Yang Patut Dilakukan Jika Anda Layak Dikenakan Cukai Setiap individu yang boleh dikenakan cukai dikehendaki melaporkan kesemua pendapatan kepada HASiL. 
Individu tersebut adalah bertanggungjawab untuk :
 Daftar Nombor Cukai Pendapatan / Kemaskini Maklumat
Lapor Pendapatan Tahunan
Bayar Cukai Pendapatan Permohonan pendaftaran nombor rujukan cukai pendapatan boleh dilakukan di cawangan yang berhampiran ATAU secara online melalui Portal MyTax.
NOTA:
Pendaftaran nombor cukai pendapatan boleh dibuat secara :
dalam talian (online) melalui aplikasi e-Daftar dalam sistem MyTax, https://mytax.hasil.gov.my Dokumen-dokumen sokongan yang diperlukan adalah seperti berikut :
Pendaftaran secara e-Daftar :
Pasport bagi bukan warganegara Malaysia Sijil Pendaftaran Perniagaan (bagi individu menjalankan perniagaan) Maklumat Lanjut Tentang Pelepasan Cukai 2024 / 2025 Sila layari laman web http://www.hasil.gov.my/ atau hubungi cawangan LHDNM atau Pusat Khidmat Pelanggan Hasil Care Line untuk mendapatkan keterangan lanjut berkenaan Pelepasan Cukai 2024/2025 bagi memudahkan proses e-Filing 2024.
Hasil Care Line
03-8911 1000
603-8911 1100 (Luar Negara) Rujukan Segera
Penggajian (Tiada Pendapatan Perniagaan) 03-8911 1200 Perniagaan (Bekerja Sendiri / Perkongsian) 03-8911 1300 e-Filing 03-8911 1400 Bantuan Khas Kerajaan / Bantuan Keluarga Malaysia 1800-88-2747 Sekiranya tuan/puan mengalami masalah menghubungi Hasil Care Line, tuan/puan juga boleh menghubungi mana-mana Cawangan LHDNM terdekat untuk mendapatkan bantuan.
Untuk sebarang maklumbalas / pertanyaan / permohonan melalui emel, sila gunakan Borang Maklumbalas Pelanggan di portal rasmi LHDNM.
Sila klik di sini untuk ke Borang Maklumbalas Pelanggan
Perhatian: Untuk kategori maklumbalas, sila pilih hanya satu kategori sahaja iaitu samada “Pertanyaan” atau “Permohonan”.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/pelepasan-cukai-2024/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=pelepasan-cukai-2024

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Majlis Graduasi 2024 2025 Tremendous

Majlis Graduasi 2024 2025 Tremendous

papar berkaitan - pada 1/12/2024 - jumlah : 176 hits
Majlis Graduasi 2024 2025 Tremendous Savanna Hill Resort 15 November 2024 mknaceunlimited mknace thecoloursoflife terbaeekkk kipidap blogger photography photoblog SJCAM SJ4000 J3 Samsung Fujifilm altek cubic love followme beautiful blogofth...
Victoria Kjaer Denmark Menang Ini Senarai Penuh Pemenang Miss Universe 2024

Victoria Kjaer Denmark Menang Ini Senarai Penuh Pemenang Miss Universe 2024

papar berkaitan - pada 23/11/2024 - jumlah : 170 hits
Bilangan wakil negara separuh akhir dalam edisi ini meningkat daripada dua puluh kepada tiga puluh menandakan jumlah separuh akhir tertinggi dalam sejarah pertandingan itu Victoria Kjaer Theilvig dari Denmark telah dinobatkan sebagai Miss U...
10 Buah Lagu Mara Ke Ajl39 2024

10 Buah Lagu Mara Ke Ajl39 2024

papar berkaitan - pada 17/11/2024 - jumlah : 163 hits
TERBUKTI 10 TERATAS Kini akhirnya terjawab SENARAI 10 LAGU Jangan Lupa Like Share Komen
Happy Birthday To Me 16 November 2024

Happy Birthday To Me 16 November 2024

papar berkaitan - pada 17/11/2024 - jumlah : 185 hits
Assalamualaikum dan salam sejahtera Alhamdulillah Tarikh 16 November merupakan hari lahir CCL yang ke 3 So dah cukup umur 3 Sempena hari lahir ni tak minta apa apa pun Cuma minta doa untuk CCL sentiasa kuat di sisi keluarga ada mak ayah dan...
Congratulations Francesco Pecco Bagnaia He Is The Winner Of The Bmw M Award In Motogp 2024

Congratulations Francesco Pecco Bagnaia He Is The Winner Of The Bmw M Award In Motogp 2024

papar berkaitan - pada 18/11/2024 - jumlah : 171 hits
This is the third victory in the BMW M Award for the group since the start of the 2022 MotoGP season and I am delighted it has happened in the final race of the year and with the season championship winner The winner of the BMW M Award in M...
Top Commentator Bulan November 2024

Top Commentator Bulan November 2024

papar berkaitan - pada 18/11/2024 - jumlah : 123 hits
Assalamualaikum wbt Okey kembali ke trek asal Sebelum tue saya nak ucapkan terima kasih pada awak semua kerana masih sudi membaca jurnal saya nie Budi baik kalian semua amat saya hargai dan mintak maaf sangat sangat jikalau saya tak memberi...
Misha Omar Back To Basic Showcase Disember 2024

Misha Omar Back To Basic Showcase Disember 2024

papar berkaitan - pada 18/11/2024 - jumlah : 189 hits
Assalamualaikum dan salam sejahteraTIGA TAHUN SETELAH KONSERT SOLO DI ISTANA BUDAYA MISHA OMAR BACK TO BASIC SHOWCASE BAKAL CETAK SEJARAH BAHARU DISEMBER INIMisha Omar sedang menunaikan doa dan mimpi para peminat apabila mengumumkan persemb...
10 000 Langkah Program Kembara Madani Afiat Negeri Sarawak 2024

10 000 Langkah Program Kembara Madani Afiat Negeri Sarawak 2024

papar berkaitan - pada 18/11/2024 - jumlah : 465 hits
16 November 2024 Hari Sabtu di Dataran Stadium Sarawak telah berlangsung satu lagi program yang saya anggap merupakan program yang amat baik untuk menggalakkan masyarakat dalam mengamalkan gaya hidup yang sihat dan cerdas Program yang berla...
Big Benefits Of Login Gacor66 On The Official Online Slot Site 2024

Big Benefits Of Login Gacor66 On The Official Online Slot Site 2024

papar berkaitan - pada 17/11/2024 - jumlah : 242 hits
Welcome to the thrilling world of online slots where excitement meets opportunity Among the myriad options available Login Gacor66 has emerged as a standout choice for both novice players and seasoned gamblers alike With its vibrant graphic...
Lupa Kata Laluan Sarawak Pay Username Ini Cara Reset Semula

Reset Sarawak Id Kemaskini No Tel Password Username Baru

Kemaskini S Pay Global Tukar Telefon Username Password Baru

Cucur Nasi Pedas Sedap Rangup Dan Mengenyangkan

Create Buzz And Attract Investors

Cerita Makan Kedai Tomyam Hujung Minggu Di Melaka

Govt Sets Provisional Anti Dumping Duties On Pet Imports From China Indonesia

Pelesenan Mandatori Media Sosial Komitmen Malaysia Perangi Ancaman Dalam Talian


echo '';
Siapa Ezwan Zain Ini Biodata Lelaki Yang Didakwa Sebagai Mr E Kekasih Baru Erra Fazira

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 7 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Antara Dua Syurga Slot Lestary TV3

Resepi Makaroni Cheese Goreng Paling Mudah dan Cepat


Checklist Barang Wajib Bawa Untuk Travel Antarabangsa Dan Domestik

Tak Sangka Duit Kwsp Cepat Habis Ini 5 Penjelasan Pakar

Personal Collection White Dove Produk Penjagaan Bayi Dan Kanak Kanak Lembut Dan Hipoalergenik

Kerjasama Lincoln University College Dan Cengild G I Medical Centre

Resepi Ayam Madu Crispy Chinese Style Padu Gila Wajib Cuba

Gubal Undang Undang Yang Keras 5 Warga Asing Didenda Rm1 200 Kerana Merusuh