Bulan Syaaban 2023 Kelebihan Amalan Di Bulan Syaaban


Assalamualaikum
Bismillah
Perkongsian ini ditulis oleh Ustazah Asma Harun tentang kelebihan Bulan Syaaban dan amalan-amalan yang boleh dilakukan sepanjang bulan yang mulia ini. 


Alhamdulillah, segala puji bagi Allah, selawat dan salam buat junjungan Nabi Muhammad SAW. Kita sudahpun memasuki bulan Syaaban. Namun, ramai antara kita yang masih terleka bagi merebut kesempatan ini dan seperti tidak berlaku apa-apa, sehinggakan disebut dalam hadis Rasulullah SAW iaitu:
Usamah Ibnu Zaid r.a. bertanya kepada Rasulullah SAW:

قُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ لَمْ أَرَكَ تَصُومُ شَهْرًا مِنْ الشُّهُورِ مَا تَصُومُ مِنْ شَعْبَانَ قَالَ ذَلِكَ شَهْرٌ يَغْفُلُ النَّاسُ عَنْهُ بَيْنَ رَجَبٍ وَرَمَضَانَ وَهُوَ شَهْرٌ تُرْفَعُ فِيهِ الْأَعْمَالُ إِلَى رَبِّ الْعَالَمِينَ فَأُحِبُّ أَنْ يُرْفَعَ عَمَلِي وَأَنَا صَائِمٌ
Maksudnya: “Wahai Rasulullah, mengapa saya melihat engkau tidak berpuasa pada mana-mana bulan seperti engkau berpuasa dalam bulan Sya’ban. Baginda menjawab: Di antara Rejab dengan Ramadan, bulan Syaaban merupakan bulan yang kebanyakan manusia lalai. Ia juga merupakan bulan yang mana amalan diangkat kepada Tuhan pentadir alam dan aku suka amalan diangkat dalam keadaan aku berpuasa.” (HR Nasaie, Hadis Hasan)





Berdasarkan hadis di atas, jelaslah bahawa Nabi Muhammad SAW banyak berpuasa di bulan Sya'ban sepertimana hadis lain daripada Saidatina Aisyah r.a., beliau menceritakan:



كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَصُومُ حَتَّى نَقُولَ لَا يُفْطِرُ وَيُفْطِرُ حَتَّى نَقُولَ لَا يَصُومُ فَمَا رَأَيْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ اسْتَكْمَلَ صِيَامَ شَهْرٍ إِلَّا رَمَضَانَ وَمَا رَأَيْتُهُ أَكْثَرَ صِيَامًا مِنْهُ فِي شَعْبَانَ
Maksudnya: “Rasulullah SAW ada masa berpuasa sehingga kami mengatakan Baginda tidak mahu berbuka. Ada masa Rasulullah SAW tidak berpuasa sehingga kami mengatakan Baginda tidak mahu berpuasa. Saya tidak pernah melihat Rasulullah SAW berpuasa lebih banyak daripada Ramadhan melainkan pada bulan Syaaban.” (HR Bukhari, Hadis Sahih)




Kelebihan & Amalan Sepanjang Bulan SyaabanJusteru, kita boleh mengambil peluang dengan kelebihan yang Allah SWT berikan pada bulan mulia ini untuk perbanyakkan berpuasa berdasarkan dalil-dalil berikut:


1) PUASA SUNAT ISNIN KHAMISSelain daripada merupakan sunnah Nabi Muhammad SAW berkenaan puasa Isnin Khamis, terdapat kelebihan lain yang ada padanya iaitu kedua-dua hari tersebut berlakunya pembentangan amalan di hadapan Allah SWT. Allahu Akbar.
Daripada Abu Hurairah r.a., bahawa Nabi SAW bersabda:

تُعْرَضُ الأَعْمَالُ يَوْمَ الِاثْنَيْنِ وَالخَمِيسِ، فَأُحِبُّ أَنْ يُعْرَضَ عَمَلِي وَأَنَا صَائِمٌ
Maksudnya: “Amalan dibentangkan pada hari Isnin dan Khamis, maka aku lebih suka amalanku dibentangkan ketika aku sedang berpuasa.” [Riwayat al-Tirmizi (747)] [Imam al-Tirmizi menilai hadith ini sebagai hasan gharib]





Dalam sebuah hadis yang lain, Saidatina Aisyah r.a. berkata:

كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَتَحَرَّى صَوْمَ الِاثْنَيْنِ وَالخَمِيسِ
Maksudnya: “Adapun Nabi SAW sentiasa berpuasa pada hari Isnin dan Khamis.” [Riwayat al-Tirmizi (745)]




2) PUASA SUNAT HARI PUTIH (AYYAMUL BIDH)Disunatkan juga untuk beramal dengan puasa hari putih yang dikenali sebagai puasa ayyamul bidh iaitu puasa pada hari ke-13, 14 dan 15 di pertengahan setiap bulan Islam (Hijriyyah). 


Pahala sunnah ini seumpama berpuasa sepanjang tahun. SubhanAllah, sungguh besar gandaan pahala yang Allah kurniakan buat umat Nabi Muhammad SAW.


Berdasarkan hadis, daripada Ibnu Milhan al-Qaisi daripada ayahnya, dia berkata:

كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَأْمُرُنَا أَنْ نَصُومَ الْبِيضَ: ثَلاَثَ عَشْرَةَ، وَأَرْبَعَ عَشْرَةَ، وَخَمْسَ عَشْرَةَ. وَقَالَ: هُنَّ كَهَيْئَةِ الدَّهْرِ
Maksudnya: “Rasulullah SAW memerintahkan kami agar berpuasa pada hari bidh iaitu pada 13, 14 dan 15. Baginda berkata: hari-hari tersebut umpama setahun.” (HR Abu Daud, hadis sahih)



Hadis yang lain pula, daripada Abu Dzar r.a., katanya, Rasulullah SAW bersabda:



إِذَا صُمْتَ مِنَ الشَّهْرِ ثَلاَثاً، فَصُمْ ثَلاَثَ عَشْرَةَ، وَأَرْبَعَ عَشْرَةَ، وَخَمْسَ عَشْرَةَMaksudnya: “Sekiranya engkau berpuasa tiga hari dalam sebulan, puasalah pada 13, 14, dan 15 hari bulan.” (HR Tirmizi, hadis sahih)





3) PUASA NABI DAUD A.S.Kaedah puasa Nabi Daud a.s. dilakukan secara selang-seli iaitu sehari berpuasa dan sehari tidak berpuasa. Ia merupakan puasa yang terbaik dan dicintai Allah SWT.


Abdullah bin Amar r.a. berkata, Rasulullah SAW berkata kepadaku:



أَحَبُّ الصِّيَامِ إِلَى اللهِ صِيَامُ دَاوُدَ كَانَ يَصُومُ يَوْمًا وَيُفْطِرُ يَوْمًا وَأَحَبُّ الصَّلَاةِ إِلَى اللهِ صَلَاةُ دَاوُدَ كَانَ يَنَامُ نِصْفَ اللَّيْلِ وَيَقُومُ ثُلُثَهُ وَيَنَامُ سُدُسَهُ
Maksudnya: “Puasa yang paling disukai oleh Allah SWT ialah puasa Nabi Daud. Baginda berpuasa sehari dan tidak berpuasa sehari. Dan solat yang paling disukai oleh Allah SWT ialah solat Nabi Saud. Baginda tidur pada pertengahan malam, ibadah pada satu pertiga malam dan tidur pada satu perenam malam yang berbaki.” (HR Bukhari, hadis sahih)



Walau bagaimanapun, apabila kita melakukan puasa Nabi Daud a.s., akan timbul persoalan berkenaan untuk amalkan puasa sunat yang lain seperti Isnin Khamis, hari Putih, Asyura dan Arafah. 


Secara mudahnya, dapat difahami bahawa Isnin puasa, Selasa tidak puasa, Rabu puasa, Khamis tidak puasa, Jumaat puasa, Sabtu tidak puasa, Ahad puasa, Isnin tidak puasa dan seterusnya.
Sheikh al-Islam Zakariyya al-Ansari menjelaskan berkenaan puasa Nabi Daud a.s. bahawa: 

“Jika hari yang tidak berpuasa (puasa Nabi Daud a.s.), kemudian jatuhnya pada hari itu, disunnahkan untuk berpuasa seperti hari Arafah dan Asyura, yang utama ialah melakukan juga puasa pada hari tersebut. Ia tidaklah menghalang kelebihan berpuasa cara Nabi Daud a.s.”


Sehubungan dengan itu, kita boleh menggabungkan puasa-puasa sunat seperti yang dicadangkan berikut:
Sesungguhnya ia adalah kesempatan emas buat kita untuk menyucikan dan perbaiki diri sebelum menyambut bulan Ramadhan. Mudah-mudahan kita tergolong dalam kalangan yang dijanjikan syurga ar-Rayyan iaitu khusus untuk orang yang melazimi ibadah puasa.


Daripada Sahl bin Sa’d r.a., bahawa Nabi SAW bersabda:

إِنَّ في الجَنَّةِ بَابًا يُقَالُ لَهُ الرَّيَّانِ يَدخُلُ مِنهُ الصَّائِمُونَ يَومَ القِيَامَةِ، لَا يَدْخُلُ مِنهُ أَحَدٌ غَيْرُهُم
Maksudnya: “Sesungguhnya dalam syurga terdapat sebuah pintu yang dikenali dengan nama ar-Rayyan khusus untuk ahli puasa memasuki syurga melaluinya pada hari kiamat kelak. Selain daripada mereka, tidak dibenarkan masuk.” (HR Bukhari dan Muslim, hadis sahih)




AMALAN SALAFUSSOLEH DI BULAN SYAABAN 1) MEMPERBANYAK TADARUS AL-QURAN Membaca Al-Quran lebih banyak pada bulan Syaaban merupakan amalan para salafussoleh terdahulu. Tidak hairan jika bulan Syaaban dipanggil sebagai “bulan para pembaca al-Quran” dan “bulan al-Quran”. 


Sedangkan Amr bin Qais Al-Mala’i menghentikan aktiviti jualannya di bulan Syaaban hanya kerana meluangkan waktu untuk tadarus al-Quran, Allahu Akbar.


Hasan bin Sahl meriwayatkan bahawa bulan Syaaban bertanya kepada Allah, mengapa ia ditempatkan di antara dua bulan agung antara Rejab dan Ramadan? “Aku menjadikanmu sebagai bulan untuk umat-Ku bertadarus,” jawab Allah SWT. 


2) MEMPERBANYAK BERSEDEKAH Selain tadarus, umat Islam juga dianjurkan untuk memperbanyak bersedekah kepada golongan dhuafa’, agar golongan tersebut dapat menyambut dengan gembira apabila menjelang bulan puasa. 
Sayyid Muhammad bin ‘Alawi bin ‘Abbas Al-Maliki menukilkan dalam karyanya, Ma Dza fi Sya‘ban:

 قال الحافظ ابن رجب الحنبلي رحمه الله تعالى روينا بإسناد ضعيف عن أنس رضي الله عنه قال: كان المسلمون إذا دخل شعبان انكبوا على المصاحف فقرأوها وأخرجوا زكاة أموالهم تقوية للضعيف والمسكين على صيام رمضان 
Maksudnya: “Ibnu Rajab Al-Hanbali r.a., mengatakan, kami menerima riwayat dengan sanad dhaif dari Anas r.a., yang mengatakan bahawa ketika masuk bulan Syaaban umat Islam tertunduk pada mushaf al-Quran. Mereka menyibukkan diri dengan tadarus dan mengeluarkan harta mereka untuk membantu kelompok dhuafa dan orang-orang miskin dalam menyambut kedatangan bulan Ramadan,”





Semoga ia dapat menjadi penambah saham pahala dan ‘warm up’ untuk kita menjelang bulan Ramadan yang dinanti. InsyaAllah.


Sumber : Facebook Ustazah Asma Harun


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.siinurul.com/2023/03/bulan-syaaban-2023-kelebihan-amalan-di.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Malam Nisfu Syaaban 2023 1444h Kelebihan Dan Amalan Di Malam Nisfu Syaaban

Malam Nisfu Syaaban 2023 1444h Kelebihan Dan Amalan Di Malam Nisfu Syaaban

papar berkaitan - pada 8/3/2023 - jumlah : 502 hits
Salam Nisfu Syaaban 1444H Tarikh malam Nisfu Syaaban 2023 pada hari Selasa 7 Mac 2023 selepas masuk waktu Maghrib yang merupakan salah satu Nisfu Syaaban dalam jawi Nisfu Syaaban pada 15 Syaaban 1444HRabu 8 Mac 2023Nisfu Sya ban 2023 pada 8...
Salam 1 Syaaban 1444h 2023 Niat Puasa Sunat Syaaban Dan Kelebihan Bulan Syaaban

Salam 1 Syaaban 1444h 2023 Niat Puasa Sunat Syaaban Dan Kelebihan Bulan Syaaban

papar berkaitan - pada 22/2/2023 - jumlah : 190 hits
Salam 1 Syaaban 1444H 2023 berlalu pergi sebaik sahaja masuk waktu Maghrib Umat Islam menyambut Bulan Syaaban 1444H yang jatuh pada hari Selasa 21 Februari 2023 Bulan Syaaban adalah salah satu bulan yang mempunyai kelebihan dan keistimewaan...
Niat Puasa Sunat Ayyamul Bidh Bulan Syaaban 1444h 2023 Dan Kelebihannya

Niat Puasa Sunat Ayyamul Bidh Bulan Syaaban 1444h 2023 Dan Kelebihannya

papar berkaitan - pada 6/3/2023 - jumlah : 291 hits
Bulan Syaaban salah satu bulan yang mempunyai kelebihan dan keistimewaannya kerana hampirnya dengan bulan Ramadan yang jelas mendapat kemuliaan daripada Allah SWT Malah pada pertengahan Bulan Syaaban antara malam dinantikan oleh umat Islam ...
Bantuan Rm1 000 Dibayar Secara Automatik Bulan Februari 2023

Bantuan Rm1 000 Dibayar Secara Automatik Bulan Februari 2023

papar berkaitan - pada 23/2/2023 - jumlah : 242 hits
Bantuan RM1 000 dibayar secara automatik Bulan Februari 2023 Dalam usaha untuk membantu orang orang yang memerlukan kerajaan di peringkat persekutuan dan negara telah memperkenalkan pelbagai jenis bantuan khusus Antaranya adalah dengan memp...
Salam Nisfu Syaaban 2023

Salam Nisfu Syaaban 2023

papar berkaitan - pada 7/3/2023 - jumlah : 206 hits
AssalamualaikumBismillahSalam Nisfu Syaaban malam ini marilah sama sama kita perbanyakkan amal soleh istighfar berzikir dan berdoa kepada ALLAH SWT Malam ini semua amalan amalan kita akan diangkat oleh malaikat kepada ALLAH SWT Oleh itu tin...
Pengomen Terbanyak Bulan Februari 2023

Pengomen Terbanyak Bulan Februari 2023

papar berkaitan - pada 3/3/2023 - jumlah : 230 hits
Assalamualaikum Sudah masuk bulan Mac rupa2nya skrg Cepatnya masa berlalu tanpa kita sedari Pada kesempatan ini Abam Kie ingin mengumumkan pemenang Pengomen Terbanyak Bulan Februari 2023 Beliau yang dimaksudkan ialah blogger NA Ini kali ked...
Kelebihan Bersahur Di Bulan Ramadhan

Kelebihan Bersahur Di Bulan Ramadhan

papar berkaitan - pada 1/3/2023 - jumlah : 155 hits
Kelebihan Bersahur di Bulan Ramadan Kelebihan bersahur di bulan Ramadan adalah sebuah perkara yang amat penting dan memberi manfaat yang besar kepada umat Islam Melalui penyediaan makanan dengan cara bersahur di bulan Ramadan kita membolehk...
Drama Korea Best Dan Menarik Bulan Mac 2023

Drama Korea Best Dan Menarik Bulan Mac 2023

papar berkaitan - pada 1/3/2023 - jumlah : 258 hits
Drama korea bakal tayang pada bulan Mac 2023 Hai Kdrama lovers Dalam artikel pada kali ini aku akan kongsikan senarai drama korea yang akan ditayangkan pada bulan Mac 2023 yang mungkin akan menarik perhatian korang Buat peminat drama The Gl...
Senarai Lagu Melayu Baru Bulan Mac 2023

Senarai Lagu Melayu Baru Bulan Mac 2023

papar berkaitan - pada 6/3/2023 - jumlah : 242 hits
Senarai Lagu Melayu Baru Bulan Mac 2023 Seperti biasa sebelum aku kongsikan senarai lagu melayu baru yang di released pada bulan Mac 2023 kita akan recap sedikit tentang lagu melayu yang best pada bulan sebelumnya Februari 2023 Ada beberapa...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Bercuti Ke Thailand

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

Warga Emas Buat Onar Tutup Lubang Kunci Rumah Orang Lain Guna Gam Super

Penumpang E Hailing Ghaib Tinggalkan Kain Putih

Startup Ai Raih 25 Pembiayaan Vc Di Eropah