Salam 1 Syaaban 1444h 2023 Niat Puasa Sunat Syaaban Dan Kelebihan Bulan Syaaban
Salam 1 Syaaban 1444H 2023. Bulan Rejab berlalu pergi, sebaik sahaja masuk waktu Maghrib Umat Islam menyambut Bulan Syaaban 1444H yang jatuh pada hari Selasa 21 Februari 2023.
Bulan Syaaban adalah salah satu bulan yang mempunyai kelebihan dan keistimewaannya kerana hampirnya ia dengan bulan Ramadan yang jelas mendapat kemuliaan daripada Allah SWT.
Malah pada pertengahan Bulan Syaaban yang dipanggil Nisfu Syaaban adalah antara malam dinantikan oleh umat Islam berikutan terdapat dalam hadis (hadith) riwayat mengenai pengampunan daripada Allah SWT yang dikaitkan dengan malam Nisfu Syaaban
Semoga kita semua diberi kesempatan oleh Allah untuk bertemu dengan Bulan Ramadan pada tahun ini
Tarikh Bulan Syaaban dan Nisfu Syaaban 1444H/ 2023Awal Syaaban pada 1 Syaaban 1444HRabu, 22 Februari 2023
Nisfu Syaaban pada 15 Syaaban 1444HRabu, 8 Mac 2023, Rabu
Tarikh malam Nisfu Syaaban akan disambut pada hari Rabu, 7 Mac 2023 selepas masuk waktu Maghrib yang merupakan salah satu tarikh penting tahun Islam.
Niat puasa sunat bulan Syaaban dan kelebihan bulan SyaabanRasulullah SAW menyarankan umatnya memperbanyakkan berdoa terutama bila tiba tiga bulan ini iaitu Rejab, Syaaban dan Ramadan.
للَّهُمَّ بَارِكْ لَــنَا فـِىْ رَجَبٍ وَشَعْبَانَ وَبَلِّغْنَا رَمَضَانَ
“Ya Allah berkatilah kami pada bulan Rejab dan Syaaban dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadan.” —HR Ahmad dan At Tabrani
Niat Puasa Sunat Syaabanنويت صوم شهر شعبان سنة لله تعالى
Nawaitu sauma syahri sya’ban sunnatan lillahi Ta’ala
Maksudnya : Sahaja aku niat puasa sunat bulan Sya’ban kerana Allah Ta’ala.
Kelebihan puasa sunat bulan SyaabanUmat Islam digalakkan untuk memperbanyak puasa sunat dalam bulan Syaaban. Hal ini berdasarkan sebuah hadis :
عَنْ أُسَامَةُ بْنُ زَيْدٍ قَالَ قُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ لَمْ أَرَكَ تَصُومُ شَهْرًا مِنَ الشُّهُورِ مَا تَصُومُ مِنْ شَعْبَانَ قَالَ ذَلِكَ شَهْرٌ يَغْفُلُ النَّاسُ عَنْهُ بَيْنَ رَجَبٍ وَرَمَضَانَ وَهُوَ شَهْرٌ تُرْفَعُ فِيهِ الْأَعْمَالُ إِلَى رَبِّ الْعَالَمِينَ فَأُحِبُّ أَنْ يُرْفَعَ عَمَلِي وَأَنَا صَائِمٌ
Daripada Usamah bin Zaid dia berkata, aku bertanya kepada Rasulullah S.A.W :
“Wahai Rasulullah S.A.W, aku tidak pernah melihat engkau berpuasa pada bulan-bulan lain sebagaimana (kerapnya) engkau berpuasa di bulan Syaaban.
Baginda bersabda : Bulan tersebut merupakan waktu manusia lalai iaitu antara Rejab dan Ramadan. Ia merupakan bulan yang mana pada bulan tersebut amalan diangkat kepada Allah Rabb semesta alam. Aku suka amalan aku diangkat ketika aku berpuasa”.—Hadis Riwayat an-Nasai No: 2317–Status : Hasan
شَهْرُ رَجَبٍ شَهْرُ الزَّرْعِ وَشَهْرُ شَعْبَانَ شَهْرُ سَقْيِ الزَّرْعِ وَشَهْرُ رَمَضَانَ شَهْرُ حِصَادِ الزَّرْعِ
Bulan Rejab waktu menanam, bulan Syaaban waktu menyiram tanaman dan bulan Ramadan waktu menuai hasil.
Daripada Mu’az bin Jabal RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
يَطَّلِعُ اللهُ إِلَى خَلْقِهِ فِيْ لَيْلَةِ النِّصْفِ مِنْ شَعْبَانَ فَيَغْفِرُ لِجَمِيْعِ خَلْقِه إِلَّا لِمُشْرِكٍ أَوْ مُشَاحِنٍ
Maksudnya : “Allah SWT melihat makhluk-Nya pada malam nisfu Sya’ban kemudian mengampunkan semua makhluk-Nya kecuali orang yang syirik dan juga orang yang bermusuhan”. —Sahih Ibn Hibban, no. Hadith 5665
IRSYAD HUKUM : Hukum Puasa pada Hari Nisfu Syaaban dan SelepasnyaSunat puasa dalam bulan Syaaban secara amnyaDibolehkan puasa sunat pada hari Nisfu Syaaban (15 Syaaban)Dibolehkan puasa sunat pada 16-30 Syaaban bagi orang yang biasa puasa sunat sebelum itu.Haram puasa sunat pada 16-30 Syaaban bagi orang yang tidak biasa puasa sunat sebelum itu. Dibolehkan puasa wajib seperti qadha, nazar dan seumpamanya pada 16 hingga 30 Syaaban.sumber :https://mufti.penang.gov.my/index.php/pengumuman/462-irsyad-hukum-hukum-puasa-pada-hari-nisfu-syaaban-dan-selepasnya
Kelebihan dan Keberkatan bulan Syaaban dan Malam Nisfu SyaabanBulan Sya'ban di antara bulan yang mempunyai beberapa kelebihan dan keistimewaan tertentu kerana hampir dengan bulan Ramadan yang jelas mendapat kemuliaan daripada Allah SWT.
Rasulullah SAW yang bermaksud :
Bulan Rejab adalah bulan Allah dan Allah telah melebihkan darjatnya dari segala bulan seperti halnya kelebihan-Ku atas segala makhluknya, Sya’ban itu bulanku dan Allah telah melebihkan atas segala bulan seperti kelebihan Ku atas segala nabi-nabi, dan Ramahan pula adalah bulan umatKu dan Allah melebihkan atas segala umat.Hadis ini menjelaskan tentang tiga bulan termasuklah bulan Sya’ban.
Lazimnya, umat Islam akan memperbanyakkan amalan di bulan Sya'ban dengan melakukan berbagai aktiviti ibadah untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT seperti berpuasa, solat, membaca al-Qur'an, berdoa, bersedekah, bertahlil, berwirid dan sebagainya
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.azhafizah.com/2023/02/niat-puasa-syaaban-dan-kelebihan-puasa-sunat.html