Malam Nisfu Syaaban 2023 1444h Kelebihan Dan Amalan Di Malam Nisfu Syaaban


Salam Nisfu Syaaban 1444H. Tarikh malam Nisfu Syaaban 2023 pada hari Selasa, 7 Mac 2023 selepas masuk waktu Maghrib yang merupakan salah satu tarikh penting tahun Islam.

Nisfu Syaaban dalam jawi : نصف شعبان
Nisfu Syaaban pada 15 Syaaban 1444HRabu, 8 Mac 2023
Nisfu Sya'ban 2023 pada 8 Mac bersamaan dengan 15 Syaaban 1444H. Bulan Sya'ban adalah salah satu bulan yang mempunyai banyak kebaikannya dimana kita dianjurkan untuk melakukan puasa sunat dalam bulan Syaaban berbanding dengan bulan-bulan lain

Daripada Anas bin Malik R.A, dikatakan bahawa Nabi SAW bersabda bermaksud :
Rejab adalah bulan Allah, Sya’ban pula adalah bulanku (Rasulullah SAW) dan Ramadhan adalah bulan umatkDaripada Anas bin Malik R.A bahawa apabila tibanya Rejab, Baginda Rasulullah SAW mendoakan bermaksud :
Ya Allah, berkatilah hidup kami di bulan Rejab dan Syaaban dan sampaikan (hayat) kami kepada bulan Ramadan.Daripada Abu Daud R.A, beliau meriwayatkan dari Abdullah bin Abi Qais dari Aisyah RA bermaksud :
Bulan yang paling disukai Rasulullah SAW ialah berpuasa di bulan Syaaban. Kemudian Baginda menyambung puasanya hingga ke Ramadan.Rejab, Syaaban dan Ramadan 144H 20231 Rejab 1444 H (Isnin, 23 Jan 2023)–Di dalamnya ada peristiwa Israk Mikraj1 Syaaban 1444 H (Rabu, 22 Feb 2023)–Di dalamnya ada malam Nisfu Syaaban1 Ramadan 1444 H (Khamis, 23 Mac 2023)–Di dalamnya ada Lailatul Qadar

Maksud Nisfu SyaabanNisfu bermaksud separuh (Nisf). Jadi, Nisfu Syaaban bermaksud separuh daripada Bulan Syaban, iaitu pada malam ke-15 Syaaban. 
Malam Nisfu SyaabanMalam Nisfu Syaaban merupakan malam yang penuh berkat dan rahmat selepas malam Lailatul Qadar. Pada Malam Nisfu Syaaban, hari dimana buku catatan amalan orang-orang Muslimin selama setahun diangkat ke langit dan digantikan dengan buku catatan yang baru

Malam Nisfu Syaaban juga dikenali sebagai malam pengampunan dari Allah untuk seluruh hamba- Nya

Nama lain Nisfu SyaabanLailatul Mubarakah (malam keberkatan)Lailatul Baraah (malam pelepasan)Lailatul Qismah wal-taqdir (malam pembahagian dan penentuan)Lailatul Takfir (malam mengkifaratkan dosa)Lailatul Ijabah (malam diperkenankan doa)Lailatul Syafaah (malam syafaat)Lailatul Idil Malaikah (malam raya malaikat)Lailatul Hayat (malam hidup), iaitu malam yang tidak dimatikan apabila seseorang menghidupkan malamnya
Kelebihan Dan Amalan Di Malam Nisfu Syaaban Keistimewaan malam Nisfu SyaabanMalam Nisfu Syaban merupakan salah satu malam yang sangat istimewa selain malam Lailatul Qadar. Umat Islam dianjurkan untuk menghidupkan bulan Syaaban dengan memperbanyakkan ibadah membaca Al-Aquran, beristighfar, bertaubat, berdoa, solat hajat dan menambah ibadah yang lainnya untuk mendekatkan diri dengan Allah SWT

Pada bulan Syaaban juga Allah SWT membuka pintu keampunan seluas-luasnya untuk Umat Islam memohon keampunan. Sesungguhnya berdoa pada malam nisfu Syaaban adalah mustajab

Firman Allah SWT :
فَقُلْتُ اسْتَغْفِرُوا رَبَّكُمْ إِنَّهُ كَانَ غَفَّارًا
Maksudnya : “Sehingga aku berkata (kepada mereka): `Pohonkanlah ampun kepada Tuhan kamu, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun”—Nuh :10
Amalan malam Nisfu SyaabanWalaupun tiada amalan khusus untuk diamalkan pada malam Nisfu Syaaban seperti yang dijelaskan oleh Datuk Dr.Zulkifli Mohamad Al -Bakri. Umat Islam dianjurkan untuk mengambil peluang untuk mengisi malam Nisfu Syaaban dengan perbanyakkan amal ibadah

Terdapat beberapa amalan yang disarankan oleh para ulama bagi menghidupkan malam Nisfu Syaaban, iaitu :Amalan Nisfu Syaaban ini tidak boleh dinisbahkan kepada Nabi SAW sebagai sunnah yang mesti dibuat dalam bentuk tuntutan kerana kesemua amalan ini adalah bersifat umum dan dianjurkan untuk mengamalkannya. Antaranya :
1. Puasa sunatMengikut Sunnah Nabi Muhammad SAW, umat Islam digalakkan membanyakkan puasa di bulan Syaaaban

2. Membaca surah YasinNabi Muhammad SAW menggalakkan umatnya membaca al-Quran. Setiap huruf yang dibaca akan diberi ganjaran pahala berganda. Surah Yasin adalah satu surah dalam al-Quran yang boleh diamalkan

3. BerdoaNabi Muhammad SAW mengatakan bahawa doa itu senjata orang mukmin. Allah SWT memerintah hamba-Nya berdoa nescaya Allah SWT akan memperkenankan doa mereka

4. Mengadakan majlis kenduriNabi Muhammad SAW menggalakkan umat Islam bersedekah dan mengeratkan silaturrahim. Mengadakan kenduri juga merupakan perhimpunan sanak keluarga

5. BertahlilKerana berpendapat tahlil itu mengandungi bacaaan dari ayat al-Quran, zikir, berdoa dan beristighfar mohon keampunan Alah SWT terhadap keluarga yang meninggal dunia agar dicucuri rahmat ke atas rohnya

Amalan-amalan yang disebutkan boleh diamalkan dalam bulan Syaaban, tiada pula disunatkan kerana bulannya, hari atau malamnya tetapi apa yang disunatkan ialah kerana kesunnahan ibadah tersebut

sumber : muftiwp
Solat Nisfu SyaabanSolat sunat Nisfu Syaaban adalah termasuk dalam solat-solat sunat Mutlaq yang dilakukan pada waktu malam 15 Syaaban. Solat Nisfu Syaaban boleh didirikan selepas mengerjakan solat Maghrib, Isyak atau bersama solat-solat sunat qiamullail.

Cara Solat Sunat Nisfu Syaaban
1. Lafaz niat:
اُصَلِّىْ سُنَّةَ لَيْلَةِ نِصْفُ شَعْبَانَ رَكْعَتَيْنِ لِلّٰهِ تَعَالَى
Usolli sunnata lailati nisfi sya’bana rak’ataini lillahi taala
Maksud : Sahaja aku solat sunat malam nisfu Syaban dua rakaat kerana Allah Taala
2. Rakaat pertama baca surah al-Fatihah dan surah al-Kafirun.
3. Rakaat ke dua, selepas al-Fatihah baca surah al-Ikhlas.
4. Teruskan solat sehingga selesai. Selepas memberi salam, bacalah surah Yasin 3 kali.

Membaca Surah Yasin sebanyak 3 kaliSelepas selesai melakukan solat sunat, bacalah surah Yasin tiga kali.

Sekiranya tidak sempat melakukannya selepas solat Maghrib, lakukannya selepas solat Isyak dengan niat supaya Allah memanjangkan umur serta dapat beribadat, menambah rezeki, ditetapkan dan meningkatkan iman

Walau bagaimana pun, jangan diiktikadkan bahawa malam tertentu sahaja dianjurkan beramal seperti membaca al-Quran dan sebagainya. Amalan ini boleh dibuat pada bila-bila masa dan tidak semestinya dibaca Yasin 3 kali.

Doa Nisfu Syaabanاَللّٰهُمَّ يَاذَا الْمَنِّ وَلاَ يُمَنُّ عَلَيْكَ يَاذَا اْلجَلاَلِ وَاْلاِكْرَامِ يَاذَا الطَّوْلِ وَاْلاِنْعَامِ لاَاِلٰهَ اِلاَّ اَنْتَ ظَهَرَ اللاَّجِيْنَ وَجَارَ الْمُسْتَجِيْرِيْنَ وَاَمَانَ اْلخَائِفِيْنَ
اَللّٰهُمَّ اِنْ كُنْتَ كَتَبْتَنِى عِنْدَكَ فِيْ اُمِّ اْلكِتَابِ شَقِيًّا اَوْ مَحْرُوْمًا اَوْ مَطْرُوْدًا اَوْ مُقْتَرًّا عَلَىَّ فِى الرِّزْقِ فَامْحُ
اَللّٰهُمَّ بِفَضْلِكَ فِيْ اُمِّ اْلكِتَابِ شَقَاوَتِي وَحِرْمَانِي وَطَرْدِي وَاِقْتَارَ رِزْقِي وَاَثْبِتْنِىْ عِنْدَكَ فِي اُمِّ اْلكِتَابِ سَعِيْدًا مَرْزُوْقًا مُوَفَّقًا لِلْخَيْرَاتِ فَإِنَّكَ قُلْتَ وَقَوْلُكَ اْلحَقُّ فِى كِتَابِكَ الْمُنْزَلِ عَلَى نَبِيِّكَ الْمُرْسَلِ يَمْحُوْ اللهُ مَا يَشَاءُ وَيُثْبِتُ وَعِنْدَهُ اُمُّ اْلكِتَابِ

وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى اٰلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ

Doa Nisfu Syaaban rumi : Allahumma yaa dzalman-na wa laayamun-nu ‘alaihi yaadzaljalaali wal ikraam, yaadzaath thu-li wal in’aami, laa ilaaha illaa anta zhahrallajiinaa, wa jaaralmus tajiiriina wa amaanal khaaifiin. Allahumma inkunta katabtanii ‘indaka fii ummil kittabi syaqiyaan au mahruuman au muqtarran ‘alayya firrizqi. Famhu allahumma fi ummil kitabi shaqowati wahirmani waqtitaro rizqi. Waktubni ‘aindaka sa ‘a iddan marzuqon muqaffaqon lilkhoirro ti fainnaka qulta waqaw lukal haqqu fi kitabikal munzali ‘ala lisani nabiyyikal mursali. Yamhumullahu ma ya shau qa yusbitu wa ‘aindahu ummulkitabi. Washollallaahu’alaa sayyidinaa Muhammadin wa-alihi washohbihii wassallam, walhamdulillahi rabbil’alamiin

Maksudnya :“Wahai Tuhanku yang Maha Pemberi, Engkau tidak memerlukan pemberian. Wahai Tuhan Pemilik Kebesaran dan Kemuliaan. Wahai Tuhan pemberi segala kekayaan dan segala nikmat. Tiada Tuhan selain Engkau, kekuatan orang yang meminta pertolongan, lindungan orang yangmencari perlindungan, dan tempat yang aman bagi orang yang ketakutan. Tuhanku, seandainya Engkau mencatatkan bagi diriku di sisi-Mu pada Luh Mahfuzh sebagai orang yang sengsara atau orang yang sempit rezeki, maka hapuskanlah catatan itu. Sebaliknya, catatkanlah aku di sisi-Mu sebagai orang yang bahagia, murah rezeki dan memperolehi taufiq-Mu untuk berbuat kebaikan. Sesungguhnya Engkau telah berfirman dan bahawasanya firman-Mu adalah benar di kitabmu yang diturunkan melalui ucapan Rasul utusan-Mu. Allah menghapus dan menetapkan apa yang Dia kehendaki. Di sisi-Nya Luh Mahfuzh. Semoga Allah memberikan selawat kepada Sayyidina Muhammad SAW dan keluarga berserta para sahabatnya. Segala puji bagi Allah SWT.”



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.azhafizah.com/2023/03/malam-nisfu-syaaban-2023-1444h.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
3 Amalan Terbaik Pada Malam Nisfu Syaaban

3 Amalan Terbaik Pada Malam Nisfu Syaaban

papar berkaitan - pada 4/3/2023 - jumlah : 160 hits
3 Amalan Terbaik Pada Malam Nisfu Syaaban Dalam bulan Syaaban kita digalakkan memperbanyakkan amal kebaikan amal ibadah yang lebih berbanding sebelumnya Nabi Muhammad SAW berpuasa lebih dalam bulan Syaaban dari bulan yang lain Dalam bulan S...
Bulan Syaaban 2023 Kelebihan Amalan Di Bulan Syaaban

Bulan Syaaban 2023 Kelebihan Amalan Di Bulan Syaaban

papar berkaitan - pada 5/3/2023 - jumlah : 253 hits
AssalamualaikumBismillahPerkongsian ini ditulis oleh Ustazah Asma Harun tentang kelebihan Bulan Syaaban dan amalan amalan yang boleh dilakukan sepanjang bulan yang mulia ini Alhamdulillah segala puji bagi Allah selawat dan salam buat junjun...
Koleksi Ucapan Nisfu Syaaban Tahun 2023

Koleksi Ucapan Nisfu Syaaban Tahun 2023

papar berkaitan - pada 8/3/2023 - jumlah : 390 hits
Umum ketahui malam Nisfu Syaaban untuk tahun 144H bersamaan tahun 2023 adalah jatuh pada 8 Mac 2023 bersamaan dengan 15 Syaaban Tetapi mengikut kalendar islam permulaan tarikh baru adalah bermula selepas maghrib Jadi malam Nisfu Syaaban ada...
Salam Nisfu Syaaban 2023

Salam Nisfu Syaaban 2023

papar berkaitan - pada 7/3/2023 - jumlah : 201 hits
AssalamualaikumBismillahSalam Nisfu Syaaban malam ini marilah sama sama kita perbanyakkan amal soleh istighfar berzikir dan berdoa kepada ALLAH SWT Malam ini semua amalan amalan kita akan diangkat oleh malaikat kepada ALLAH SWT Oleh itu tin...
Doa Malam Nisfu Syaaban Kelebihannya

Doa Malam Nisfu Syaaban Kelebihannya

papar berkaitan - pada 6/3/2023 - jumlah : 275 hits
DOA MALAM NISFU SYAABAN Malam Nisfu Syaaban adalah dari perkataan nisfu yang bermaksud separuh Oleh itu nisfu syaaban bermaksud separuh daripada Bulan Syaban iaitu pada malam ke 15 Malam Nisfu Syaban merupakan malam yang penuh berkat dan ra...
Niat Puasa Sunat Ayyamul Bidh Bulan Syaaban 1444h 2023 Dan Kelebihannya

Niat Puasa Sunat Ayyamul Bidh Bulan Syaaban 1444h 2023 Dan Kelebihannya

papar berkaitan - pada 6/3/2023 - jumlah : 284 hits
Bulan Syaaban salah satu bulan yang mempunyai kelebihan dan keistimewaannya kerana hampirnya dengan bulan Ramadan yang jelas mendapat kemuliaan daripada Allah SWT Malah pada pertengahan Bulan Syaaban antara malam dinantikan oleh umat Islam ...
Jadual Waktu Berbuka Puasa Dan Imsak Johor 2023 1444h

Jadual Waktu Berbuka Puasa Dan Imsak Johor 2023 1444h

papar berkaitan - pada 14/3/2023 - jumlah : 228 hits
Berikut ialah perkongsian jadual waktu berbuka puasa dan imsak Johor Darul Takzim untuk tahun 2023 Jadual watku berbuka puasa dan imsak Johor ni mengikut zon yang telah ditetapkan Bulan Ramadhan kembali lagi untuk tahun 2023 Berikut ialah p...
Amalan Syaaban Menghadapi Ramadan

Amalan Syaaban Menghadapi Ramadan

papar berkaitan - pada 22/2/2023 - jumlah : 148 hits
Amalan Syaaban Menghadapi Ramadan Salam 1 Syaaban 1444H 2023 Perkongsian 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor berkenaan amalan di bulan Syaaban dan puasa di The post appeared first on
Tiba Di Bandara Silangit Menpora Amali Akan Hadiri F1 Powerboat Danau Toba 2023

Tiba Di Bandara Silangit Menpora Amali Akan Hadiri F1 Powerboat Danau Toba 2023

papar berkaitan - pada 27/2/2023 - jumlah : 109 hits
Menteri Pemuda dan Olahraga Republik Indonesia Zainudin Amali bertolak ke Tapanuli Utara Sumatera Utara Menpora Amali rencananya akan menghadiri F1 Powerboat Danau Toba 2023
Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross

Hopes Of The Chinese For Pn

Leveraging Zero Click Searches

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Mara Beli Hartanah Terlebih Nilai Di Uk Australia Meskipun Ditolak Mof


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Drama Lara Kasih Lakonan Fikry Ibrahim Chacha Maembong

Rose Number One Girl Chord

Cinnamon Rolls Klasik Kini Dengan Lotus Biscoff Dan Set Minuman Terbaharu Dari Cinnabon

Creating A Cozy Farmhouse Look Timeless Decor Tips

Will Artificial Intelligence Disappoint

Unlearning Social Stereotypes About Older Adults