Bulan Lalu Kata Mahu Bincang Letak Jawatan Hari Ini Zuraida Harap Kekal Sebagai Menteri


freemalaysiatoday.com
FMT Reporters
-June 19, 2022 5:44 PM
Zuraida Kamaruddin akan mengadakan pertemuan bersama Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob berhubung kedudukannya dalam Jemaah Menteri minggu ini
PETALING JAYA: Zuraida Kamaruddin berharap dapat mengekalkan jawatannya walaupun pada 26 Mei lalu menteri perusahaan perladangan dan komoditi itu berkata akan membincangkan peletakan jawatan dengan perdana menteri, selepas mengumumkan keluar Bersatu untuk menyertai Parti Bangsa Malaysia (PBM).

Mengakui mengharapkan “khabar yang baik” dalam perjumpaan dijadualkan dengan Ismail Sabri Yaakob beberapa hari lagi, Ahli Parlimen Ampang itu, berkata harapannya adalah untuk menyelesaikan segala program dan perancangan kementerian diterajuinya.

Zuraida dilantik sebagai anggota Jemaah Menteri, pada 27 Ogos 2021, ketika bersama Bersatu sebelum mengumumkan keluar parti itu, pada 26 Mei, untuk menyertai PBM dan kemudian diumumkan sebagai “pengganti presiden” atau bakal presiden PBM, pada 8 Jun.

“Perdana menteri sudah umumkan, satu dunia sudah tahu (mengenai perjumpaan), saya mengharapkan berita baik. Ya, kekal jawatan itu (menteri) untuk habiskan program atau perancangan yang telah saya mulakan dan untuk stabilkan negara,” katanya menurut laporan Berita Harian.

Khamis lalu, media melaporkan Ismail akan bertemu Zuraida, minggu ini, bagi membincangkan kedudukan bekas ketua wanita PKR itu dalam Jemaah Menteri.

Menyusul kemudian, kenyataan Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin yang beliau sudah berhubung dengan perdana menteri untuk membincangkan kedudukan Ahli Parlimen Ampang berkenaan sebagai anggota Jemaah Menteri.

Muhyiddin berpandangan menteri berkenaan perlu diganti kerana jawatan disandangnya kini adalah atas kuota Bersatu, namun menyerahkan kepada Ismail untuk membuat keputusan kerana itu hak perdana menteri.

Terdahulu, Presiden PBM Larry Sng, meminta Ismail menimbang mengekalkan Zuraida memegang portfolionya kerana Ahli Parlimen Ampang itu menunjukkan prestasi memberangsangkan sepanjang menjalankan tanggungjawabnya sebagai menteri.

Dalam perkembangan berkaitan, Zuraida yang juga pengasas dan presiden majlis pimpinan politik wanita (Comwel), berkata, agenda pemberdayaan wanita dalam arena politik negara, khususnya di peringkat akar umbi sememangnya antara satu daripada enam tunjang perjuangan PBM.

“Secara keseluruhan kini, semua pihak yang berkecimpung dalam politik mempunyai peluang cerah untuk mendapatkan sokongan, semua ada peluang. Ia berkaitan bagaimana kita merancang pendekatan politik kita dalam mendapatkan sokongan pengundi.

“Ia (politik) sekarang sudah menjadi pasaran terbuka, tinggal bagaimana kita menjual produknya sahaja,” katanya.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2022/06/bulan-lalu-kata-mahu-bincang-letak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Zuraida Harap Dapat Kekal Jawatan Menteri

Zuraida Harap Dapat Kekal Jawatan Menteri

papar berkaitan - pada 20/6/2022 - jumlah : 257 hits
Menjelang pertemuan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob Datuk Zuraida Kamaruddin berharap jawatan beliau sebagai Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi dapat dikekalkan Beliau berkata ini bagi membolehkan kementerian ...
Tarikh Akhir Proses Rundingan 5g Dengan Dnb Kekal 30 Jun Kata Menteri

Tarikh Akhir Proses Rundingan 5g Dengan Dnb Kekal 30 Jun Kata Menteri

papar berkaitan - pada 18/6/2022 - jumlah : 446 hits
Tarikh akhir proses rundingan 5G dengan DNB kekal 30 Jun kata menteri Dikemas kini 6 jam yang lalu Diterbitkan pada 17 Jun 2
Zuraida Sedia Lepas Jawatan Menteri Tapi Tunggu Pm Jemput Untuk Berjumpa

Zuraida Sedia Lepas Jawatan Menteri Tapi Tunggu Pm Jemput Untuk Berjumpa

papar berkaitan - pada 8/6/2022 - jumlah : 223 hits
The ReporterDatuk Zuraida Kamaruddin bersedia melepaskan jawatan beliau sebagai Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi jika diarah berbuat demikian oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob Kalau beliau minta saya lepaskan sa...
Bersatu Ampang Dakwa Zuraida Terdesak Sanggup Melutut Kepada Umno Untuk Kekal Jawatan

Bersatu Ampang Dakwa Zuraida Terdesak Sanggup Melutut Kepada Umno Untuk Kekal Jawatan

papar berkaitan - pada 20/6/2022 - jumlah : 214 hits
Ketua Bersatu Ampang Mohd Isa Mohd Saidi mendakwa Zuraida Kamaruddin sanggup menjilat ludahnya sendiri demi mengekalkan pangkat dan harta untuk berada dalam Jemaah Menteri pimpinan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob PETALING JAYA Bersatu A...
Jangan Susahkan Ismail Sabri Tiada Ruang Untuk Zuraida Kekal Lagi Jadi Menteri

Jangan Susahkan Ismail Sabri Tiada Ruang Untuk Zuraida Kekal Lagi Jadi Menteri

papar berkaitan - pada 20/6/2022 - jumlah : 208 hits
Menjelang pertemuannya dengan Perdana Menteri pada minggu ini bagi membincangkan perletakan jawatannya sebagai menteri Zuraida Kamaruddin dalam masa yang sama berharap kedudukannya akan kekal dalam kabinet Kata Menteri Perusahaan Perladanga...
Bersatu Tak Kemaruk Tak Ugut Pm Bagi Jawatan Menteri Kata Pemimpin

Bersatu Tak Kemaruk Tak Ugut Pm Bagi Jawatan Menteri Kata Pemimpin

papar berkaitan - pada 23/6/2022 - jumlah : 234 hits
Muhammad Faiz Na aman mengulas kenyataan Razlan Rafii yang menggesa perdana menteri supaya tidak melayan sebarang ugutan mahupun desakan mana mana pihak PETALING JAYA Pemimpin Bersatu menolak tuduhan pemimpin Umno kononnya parti itu cuba me...
Zuraida Berharap Ismail Kekalkannya Sebagai Menteri Walaupun Dah Lompat Parti

Zuraida Berharap Ismail Kekalkannya Sebagai Menteri Walaupun Dah Lompat Parti

papar berkaitan - pada 20/6/2022 - jumlah : 181 hits
Foto Zuraida The StarWalaupun tahu tindakannya melompat parti akan menyebabkan dirinya kehilangan kedudukan sebagai menteri Ahli Parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin masih berharap Perdana Menteri Ismail Sabri akan mengekalkannya statusnya se...
Isu Subsidi Kos Sara Hidup Umum Dalam 24 Jam Atau Letak Jawatan Ph

Isu Subsidi Kos Sara Hidup Umum Dalam 24 Jam Atau Letak Jawatan Ph

papar berkaitan - pada 23/6/2022 - jumlah : 248 hits
Astro AwaniJun 22 2022 Majlis Presiden PH gesa kerajaan umum sepenuhnya pelan menangani isu subsidi dan kos sara hidup dalam tempoh 24 jam atau menteri terbabit perlu letak jawatan KUALA LUMPUR Kerajaan digesa mengumumkan sepenuhnya pelan m...
Umno Vs Ameno Perdana Menteri Lemah Dalam Sejarah Negara Kata Nur Jazlan

Umno Vs Ameno Perdana Menteri Lemah Dalam Sejarah Negara Kata Nur Jazlan

papar berkaitan - pada 22/6/2022 - jumlah : 282 hits
Kelewatan membuat keputusan mengenai jawatan Zuraida Kamaruddin dalam kabinet menunjukkan kedudukan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob yang lemah kata Timbalan Ketua Umno Johor Nur Jazlan Mohamed Bercelaru dan mencerminkan kedudukannya yan...
Minuman Jambu Air Power Ni Memang Refresh Tak Terkata Sesuai Sangat Untuk Cuaca Panas

Renaming Port Dickson A Historical Identity That Should Not Be Erased

Petrol Bahas Diparlimen Atau Warung Ngopi Kampung

Bully Victim Began Drawing Strange Monsters Cut Herself Says Mother The Vibes 23 09 2025

Health Ministry Targets Vape E Cigarette Ban By Mid 2026

Yen Melemah Selepas Komen Pengerusi Fed Powell

Bertemu Ketua Pengawas Zaman Sekolah Menengah Dahulu

Talentcorp Memperkasa Belia Sabah Melalui Yes Rock The School Mega 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Apa Itu Aptx Lossless Teknologi Audio Tanpa Wayar Dengan Kualiti Cd

Pertolongan Allah Dekat

Peria Goreng Dengan Udang

Rendang Kerang Nasi Lemak Haji Din Tanjung Malim

Jasa Penyewaan Cold Storage Pontianak Solusi Efektif Bagi Pemilik Dapur Mbg Di Kalimantan Barat

Syarikat Design Printing Malaysia Custom Packaging Marketing Event Material