Buku Seni Mengubah Nasib
Assalamualaikum
Ketika sedang asyik membelek senarai buku yang terdapat di Kedai Online Nota Insan, mata saya terhenti melihat tajuk sebuah buku berjudul Seni Mengubah Nasib terus saya terkejut.
Dalam hati saya bertanya, "Buku kurafat apakah ini?". (Gaya seperti Papazola, cikgu kepada Boboiboy)
Maaf, saya gurau sahaja.
Sebenarnya saya terfikir bolehkah kita ubah nasib kita?
Sedangkan nasib kita bukankah sudah tertulis?
Bila saya baca isi buku Buku Seni Mengubah Nasib baru saya faham apa yang penulis cuba sampaikan kepada pembaca.
Tajuknya memang membuatkan saya tertarik untuk membacanya.
Pengenalan Buku Seni Mengubah Nasib
Buku Seni Mengubah Nasib diterbit oleh PTS Publishing House oleh penulis asalnya Charles Saputra.
Penterjemah buku ini ialah Mazlia Murat pada tahun 2021.
Walaupun buku ini kecil tapi isinya sangat menarik untuk dibaca. Harga pun RM15 sahaja.
Secara ringkasnya Buku Seni Mengubah Nasib ini mengumpulkan tabiat dan aktiviti harian oleh seramai 15 tokoh yang sudah terbukti berjaya dalam hidup mereka.
Tokoh-tokoh ini juga menjadi personaliti yang dikenali dalam bidang masing-masing.
Buku Seni Mengubah Nasib
Isi Kandungan Buku Seni Mengubah Nasib
Bahagian 1: Keperluan Meniru Tabiat Harian dan Cara Belajar Golongan Genius di Dunia
Meniru Adalah Proses Belajar
Meniru Sebagai Metode Belajar
Otak dan Kemampuan Meniru
Bahagian 2: Tabiat Harian dan Cara Belajar Golongan Genius di Dunia
Bab 1: Bill Gates: Pencipta Microsoft
Bab 2: Mark Zuckerberg: Pencipta Facebook
Bab 3: Albert Einstein: Pencipta Teori Relativiti
Bab 4: Thomas Alva Edison: Pencipta Mentol (Lampu Elektrik)
Bab 5: Dr. Ing B. J. Habibie: Pencipta Kapal Terbang N-250 Gatot Kaca
Bab 6: Abdurrahman Wahid (Gus Dur): Bapa Pluralisme dan Guru Bangsa
Bab 7: Leonardo da Vinci: Arkitek, Pemuzik, Pengarca, dan Pelukis Zaman Renaissance Itali
Bab 8: Nelson Tandu: Pakar Teknologi Nano dari Indonesia
Bab 9: Jack Dorsey: Pengasas dan Pencipta Twitter
Bab 10: Arkit Jaswal: Kanak-Kanak Genius yang Menjadi Doktor Bedah pada Usia Tujuh Tahun
Bab 11: Gregrory Smith: Penerima Hadiah Nobel Keamanan (Nobel Peace Prize) pada Usia 12 Tahun
Bab 12: Isaac Newton: Ilmuwan Dunia, Ahli Fizik, Matematik, Astronomi, Falsafah Alam, dan Teologi Berbangsa Inggeris
Bab 13: Aristotle: Ilmuwan Dunia
Bab 14: Kim Ung-Yong: Manusia Supergenius Dunia
Bab 15: James Sidis: Menguasai 200 Bahasa Dunia
Contoh Isi Kandungan BukuContoh isi Buku Seni Mengubah Nasib
Bahagian 2: Buku Seni Mengubah Nasib
Isi Penting Buku Seni Mengubah NasibBeberapa isi penting yang boleh dijadikan panduan daripada Buku Seni Mengubah Nasib ini ialah:
MembacaTokoh-tokoh yang hebat ini mempunyai tabiat suka membaca.
Membaca bukan sekadar hobi, tetapi membaca menjadi keperluan dalam hidup mereka untuk mencari dan menambah ilmu pengetahuan.
Tujuan mereka membaca adalah untuk menetapkan sasaran tertentu untuk dicapai.
Ada yang membaca menggunakan teknologi untuk mencari maklumat dan ada yang memulakan hari dengan membaca suratkhabar.
Bersama-Sama Dengan Orang HebatMereka membiasakan diri bergaul dengan orang-orang yang hebat untuk mendapatkan inspirasi.
Kita pasti akan merasakan perubahan jika kita berada dalam sesuatu kelompok.
Contohnya, jika kita berada dalam komuniti yang suka membaca, semangat untuk meneruskan tabiat membaca secara konsisten akan wujud.
Belajar Dengan Bersungguh-sungguhJika kita baca mana-mana buku biografi tentang seseorang tokoh, kita akan jumpa sifat belajar dengan bersungguh-sungguh.
Bukan senang untuk menjadi senang. Kejayaan itu tidak diperolehi dengan mudah.
Bak kata pepatah orang Melayu, kalau tidak dipecahkan ruyong, manakan dapat sagunya.
Seperti yang disebutkan dalam Buku Seni Mengubah Nasib, tokoh-tokoh ini berusaha dengan tekun untuk berjaya.
Mereka belajar, berbincang, menganalisis dan terus meneroka untuk menghasilkan sesuatu yang lebih baik.
Bangun Di Awal PagiMeskipun mereka bukan orang Islam tetapi mereka melatih diri untuk memulakan aktiviti harian mereka sering dimulakan pada awal pagi.
Dalam Islam sudah lama mewajibkan kita bangun awal pagi untuk solat fardu Subuh. Kalau kita bangun lebih awal boleh qiamullail.
Dari segi saintifik, otak manusia berada pada tahap paling optimun ketika awal pagi. Waktu pagi yang tenang itu pasti memudahkan apa juga ilmu untuk diserap oleh otak kita.
KesimpulanAnda mesti baca buku ini walaupun secara fizikalnya nampak kecil, nipis dan harga pun tidak mahal tetapi isinya cukup memberi inspirasi kepada kita
Kisah-kisah tokoh dalam buku ini boleh dijadikan tauladan
Setelah saya membaca beberapa buah buku dan mengikuti beberap kursus, saya membuat kesimpulan bahawa untuk berjaya dalam sesuatu perkara kita perlukan dua perkara iaitu ilmu dan sikap
Umpamanya, jika anda mahu berjaya dalam perniagaan. Anda perlu cari guru, baca buku, hadiri kursus dan sebagainya untuk dapatkan pengetahuan tentang perniagaan (ilmu)
Setelah mendapat ilmu, belum tentu anda berjaya jika anda tidak mempunyai kesanggupan (sikap) untuk mengamalkan ilmu yang anda perolehi tadi
Sebagai langkah pertama, bacalah Buku Seni Mengubah Nasib ini agar anda mendapat idea dan inspirasi untuk terus berjaya
Jumpa lagi. Assalamualaikum
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://notainsan.blogspot.com/2022/03/buku-seni-mengubah-nasib.html