Buku Travelog Haji Mengubah Sempadan Iman
Assalamualaikum.
Saya percaya, ramai dalam kalangan rakyat Malaysia kenal dengan sosok tubuh yang bernama Prof Muhd Kamil Ibrahim.
Beliau cukup terkenal dalam bab motivasi Haji.
Dahulu, saya pernah menghadiri sesi Ceramah Maghrib beliau di negeri Pulau Pinang.
Antara syarat yang beliau letakkan jika mahu menjemput beliau memberi ceramah ialah:
Tidak boleh memberi bayaran kepada beliauJika beliau meninggal dunia di mana-mana tempat beliau berceramah, jangan bawa balik jenazahnya. Tanam terus jenazahnya di kawasan perkuburan yang berdekatan dengan tempat beliau berceramah.Namun kini, kesihatan beliau kurang memuaskan, beliau banyak aktif secara online sahaja.
Penulis BUKU TRAVELOG HAJI: MENGUBAH SEMPADAN IMAN (Edisi Kemaskini)
Nama tubuh beliau Muhd Kamil Ibrahim.
Lebih dikenali sebagai Prof Muhd Kamil. Lahir pada 19 Mei 1964 di Besut, Terengganu.
Berkahwin dengan Raudzah Roslan @ Roza Roslan pada 1989 dan dikurniakan anak bernama Sara, Azrai, Amirul dan Sofea
Berkelulusan PhD daripada Universiti Wales, Sarjana daripada Universiti Dundee, Sarjana Muda dan Diploma daripada UiTM
Prof Muhd Kamil Ibrahim adalah Profesor Perakaunan daripada Universiti Taibah, Madinah Al-Munawwarah, Arab Saudi.
Beliau pernah menjawat sebagai Profesor Perakaunan di Universiti Teknologi MARA (UiTM) pada 2003 hingga 2011.
Beliau bukan sahaja berpengalaman luas dalam pengajaran, malahan juga dalam pengurusan akademik
Prof pernah pernah memegang jawatan Dekan Fakulti Sains Sukan, Timbalan Pengarah UiTM Johor, Ketua Program Perakaunan, Ketua Pusat Pendidikan Luar dan Pegawai Khas kepada Naib Canselor.
Beliau juga pengasas dan Pengarah Financial Reporting Research Center (FRRC) yang menjalankan kerja-kerja penyelidikan kepakaran bidang
Prof Muhd Kamil memang gemar menulis. Beliau sentiasa melatih diri untuk menulis setiap hari
Antara buku yang beliau tulis ialah buku Travelog Haji Mengubah Sempadan Iman, Travelog Dakwah Meniti Hari Esok, 50 Tip Motivasi Haji, Bersyukur Saat Diuji, Anekdot Madinah: Benar, DIA Maha Mendengar, Ilmu Kehidupan, Bersamamu Di Firdaus, Travelog Haji Mengusik Hati, Karya Terakhir dan banyak lagi.
Beliau juga banyak menulis buku kreatif.
Antara tajuk buku yang beliau tulis ialah PhD: Kecil tapi Signifikan, Ibrahim Shah: Menyingkap Pengurusan Universiti, Motivasi Minda Pelajar, Pelajar Cemerlang dan Motivasi Remaja.
Beliau juga menulis buku kepakaran bidang seperti Value Relevance of Accounting Numbers, Financial Reporting in Malaysia dan Corporate Social Responsibility in Malaysia.
Beliau juga menulis lebih 400 rencana dipelbagai media massa
BUKU TRAVELOG HAJI: MENGUBAH SEMPADAN IMAN (Edisi Kemaskini)
Buku ini merupakan buku yang pernah menjadi viral pada awal penerbitannya pada tahun 2018 oleh penerbit PTS
Bahkan, buku ini sudah terjual sehingga 100,000 naskah
BUKU TRAVELOG HAJI: MENGUBAH SEMPADAN IMAN (Edisi Kemaskini)
Buku Travelog Haji Mengubah Sempadan Iman ini tidak hanya catatan pengembaraan insan yang menunaikan fardu haji yang merujuk pada kisah tempat, budaya, pengangkutan, makanan, minuman dan tempat-tempat menarik dan bersejarah sahaja
Di dalamnya terkandung kisah perjalanan roh insan yang melangkaui kehidupan rutin manusia.
Penulis menukilkan pelbagai persoalan asas dalam kehidupan seorang Muslim.
Kepercayaan dan keyakinan kepada Penciptanya, tetapi terdesak dengan kejahilan diri yang sememangnya dimiliki oleh jutaan masyarakat Islam yang lain menyebabkan dia mencari jawapan kepada persoalan yang merunsingkan. Ia merupakan sebuah tulisan yang lahir daripada hati agar hati-hati pembacanya turut merasai
Setiap pengalaman 35 hari di Mekah dikongsi dengan ditambah pengajaran yang penulis rasai ketika menunaikan ibadah haji di sana
Buku ini membawa pembaca mengenali diri sendiri dan bersedia melakukan perubahan besar dalam hidup mereka.
Isi Kandungan Buku TRAVELOG HAJI: MENGUBAH SEMPADAN IMAN (Edisi Kemaskini)
PROLOG
BAB 1: Aroma Haji
BAB 2: Aku Manusia Jahil
BAB 3: Kad Jemputan
BAB 4: Konsep Haji
BAB 5: Jalan Pintas ke Syurga
BAB 6: Surat untuk Menteri
BAB 7: Siapa Jaga Anak
BAB 8: Pemeriksaan Kesihatan
BAB 9: Bertaubat di Florence
BAB 10: Tolol dan Tongong
BAB 11: Cik Bedah, Anda Di Mana?
BAB 12: Ujian Wak Lampu
BAB 13: Mencari Keistimewaan
BAB 14: Jangan Hantar ke Kelana Jaya
BAB 15: Hotel Ekhwah
BAB 16: Universiti Baitullah
BAB 17: Ajaibnya Bumi Mekah
BAB 18: Tolong Jaga Ibu Saya
BAB 19: Malaikat ataupun Wali Allah
BAB 20: Hadiah untuk Ibu
BAB 21: Berkongsi Saf
BAB 22: Strepsil di Masjidilharam
BAB 23: Hajarulaswad
BAB 24: Maal Hijrah di Mekah
BAB 25: Kuat dan Bertenaga
BAB 26: Teori Saf
BAB 27: Talbiah
BAB 28: Sesat di Arafah
BAB 29: Wukuf
BAB 30: Sejuknya Muzdalifah
BAB 31: Jamratul Aqabah
BAB 32: Tua di Mina
BAB 33: Khatam Quran
BAB 34: Ya Allah, Aku Ingin Tidur
BAB 35: Rokok di Mekah
BAB 36: Membeli-Belah
BAB 37: Selamat Tinggal Mekah
BAB 38: Nasi ataupun Solat
BAB 39: Madinah Bumi Aman
BAB 40: Tuhan Lebih Mengetahui
BAB 41: Sehelai Jubah Seribu Makna
BAB 42: Dua Jam di Raudah
BAB 43: Selamat Tinggal Madinah
BAB 44: Haji Mabrur
BAB 45: Cabaran Sebenar
BAB 46: Haji Daud Tanjung Karang
BAB 47: Surau Kondo Kemuncak
BAB 48: Tulis Kisah Saya
BAB 49: Astaghfirullah
Lampiran
Contoh Isi Kandungan BUKU TRAVELOG HAJI: MENGUBAH SEMPADAN IMAN (Edisi Kemaskini)
BUKU TRAVELOG HAJI: MENGUBAH SEMPADAN IMAN (Edisi Kemaskini)
BUKU TRAVELOG HAJI: MENGUBAH SEMPADAN IMAN (Edisi Kemaskini)
BUKU TRAVELOG HAJI: MENGUBAH SEMPADAN IMAN (Edisi Kemaskini)
BUKU TRAVELOG HAJI: MENGUBAH SEMPADAN IMAN (Edisi Kemaskini)
Review Buku TRAVELOG HAJI: MENGUBAH SEMPADAN IMAN (Edisi Kemaskini) Di bawah ini adalah antara review pembaca buku Travelog Haji Mengubah Sempadan Iman
“Travelog Haji: Mengubah Sempadan Iman adalah hasil karya yang menggoncang hati dan perasaan. Prof. Dr. Muhd Kamil berjaya membawa pembaca mengenal kebesaran Allah dengan gaya bahasa yang mudah, ringkas dan bersahaja.”
Dato’ Dr. Zaini Mohd Arief, pembeli 1000 naskhah pertama
“Saya sudah membaca buku Travelog Haji: Mengubah Sempadan Iman dan terdetik di hati, siapalah saya hendak mengulas buku yang ditulis dengan sebegini baik oleh profesor yang bersungguh menjalin hubungan paling istimewa dengan Allah.”Norlela Zubir, penulis
“Saya tidak menitiskan air mata, tetapi hati saya sentiasa berderap dan berdebar setiap kali membaca kisah-kisah di Tanah Haram. Buku Travelog Haji: Mengubah Sempadan Iman memberi gambaran betapa ia lahir daripada hati Prof. Dr. Muhd Kamil. Dan sudah pasti apa yang datang daripada hati akan jatuh ke hati jua.”Ahmad Zulkarnain Jantan, ahli perniagaan
“Sebuah buku ‘motivasi dakwah’ yang segar dan jujur untuk ‘orang biasa’ mencari keredaannya.”Kamal, pembaca blog
“Saya tidak percaya buku boleh mengubah saya, tetapi Travelog Haji sedikit sebanyak mengubah pandangan saya mengenai perkara itu.”Fisha, penulis dan pengulas blog
KesimpulanBuku Travelog Haji Mengubah Sempadan Iman bukan sahaja patut dibaca oleh yang mahu pergi menunaikan ibadah Haji dan Umrah tetapi semua lapisan masyakarat terutama mereka yang tercari-cari buku motivasi agama dan panduan ibadah yang ditulis secara santai dan bersahaja
Bagi mereka yang bakal dan berpengalaman menunaikan fardu haji, buku ini mempunyai nilai yang tersendiri dan kemampuan cukup luar biasa
Ceritanya boleh membuatkan anda menangis dan teruja dengan tanah haram Makkah dan Madinah.
Misi utama buku ini ditulis adalah untuk meningkatkan keimanan diri kita yang mengaku menjadi seorang Islam beriman
Apabila iman kita betul barulah berguna ibadah kita
Contohnya ibadah Haji. Untuk menunaikan haji memerlukan banyak pengorbanan dan persediaan yang cukup teliti agar ibadah kita tidak sia-sia
Bacalah buku Travelog Haji Mengubah Sempadan Iman agar kita dapat merasakan sesuatu yang cukup bermakna untuk mengubah sempadan Iman kita sendiri
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://notainsan.blogspot.com/2022/03/buku-travelog-haji-mengubah-sempadan.html