Kalah Tidak Mengubah Tekad Reformasi


 
Kalah tidak mengubah tekad ReformasiPosted By: Redzuan RF8 Mediaon: March 13, 2022 Print EmailShareKekalahan KEADILAN dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor semalam bukan disebabkan kurang usaha atau kesalahan dari segi strategi, namun pilihan raya itu sendiri dirancangkan sedemikian rupa oleh pemerintah.
Parti pembangkang menghadapi banyak kekangan untuk berkempen termasuk dikompaun kerana melanggar Prosedur Operasi Piawai, tidak boleh mengadakan ceramah lebih 100 orang tetapi pihak BN boleh mengadakan kempen besar besaran dengan dana yang banyak serta memperkuda agensi kerajaan.
Bagi Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Johor, Syed Ibrahim Syed Noh, dalam pilihan raya yang sukar tersebut keputusan semalam wajar diterima dengan hati terbuka dan dilakukan bedah siasat untuk menambah baik prestasi pada masa hadapan.
“Saya sedar ini bukanlah pilihan raya yang mudah. Saya juga sedar kita telah berusaha sedaya upaya untuk mewakili dan menjaga nama baik parti. Segala bantuan tenaga, kewangan, sumber, berhujan dan berpanas saudara saudari amat saya dan parti hargai serta wajar dikenang.
“Maaf daripada saya atas segala kekurangan dan kekhilafan sepanjang kempen. Kita wajib laksanakan post-mortem atau muhasabah untuk menilai penambahbaikan yang perlu, terutamanya sebelum PRU.
“Terus kuatkan semangat dan tekad untuk membawa agenda perubahan, reformasi,” kata Syed Ibrahim dalam kenyataan malam tadi.
Namun Ahli Parlimen Ledang itu bangga melihat semangat juang yang ditunjukkan oleh KEADILAN, anggota dan para penyokongnya menghadapi ‘kepungan’ dan asakan BN dari pelbagai penjuru selama 2 minggu berkempen.
“Meskipun kita tewas tetapi saya lihat kita telah beri saingan yang kuat kepada lawan.
“Kita wajar ucapkan terima kasih kepada pengundi kita. Laksanakanlah majlis penghargaan yang sesuai untuk pengundi dan jentera,” katanya.
Oleh itu, beliau mengucapkan penghargaan kepada semua yang turun berkempen di Johor sama ada membantu secara menyumbang tenaga atau dana dan sebagainya.
“Saya ambil kesempatan ini untuk rakamkan penghargaan kepada semua calon, petugas, sukarelawan, JPRN, JPRP, MPP, MPN, Cabang, Negeri dan wakil rakyat angkat serta semua pihak yang telah terlibat sepanjang kempen PRN Johor.
“Tahniah diucapkan kepada saudara Arthur Chiong kerana telah terpilih sebagai wakil rakyat DUN Bukit Batu, satu-satunya wakil rakyat yang mewakili KEADILAN dalam DUN Johor,” katanya lagi.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/03/kalah-tidak-mengubah-tekad-reformasi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Zahid Kata Pn Ph Tak Namakan Calon Mb Kerana Tahu Akan Kalah

Zahid Kata Pn Ph Tak Namakan Calon Mb Kerana Tahu Akan Kalah

papar berkaitan - pada 12/3/2022 - jumlah : 215 hits
JOHOR BAHRU Tindakan parti dan gabungan politik selain Barisan Nasional yang tidak menamakan calon Menteri Besar mereka adalah kerana sudah tahu tidak mempunyai peluang untuk melakar kemenangan dalam Pilihan Raya Negeri Johor Pengerusi BN D...
Muda Mungkin Kalah Di N41 Puteri Wangsa

Muda Mungkin Kalah Di N41 Puteri Wangsa

papar berkaitan - pada 11/3/2022 - jumlah : 185 hits
SEHINGGA HARI INI10 MAC 2022 DISEDIAKAN OLEHCIKGU LINHUBAYA HUBAYA
Hiburan Gaji Kalah Engineer Wanita Ini Cari Pembantu Rumah Offer Gaji Rm3 800 Sebulan

Hiburan Gaji Kalah Engineer Wanita Ini Cari Pembantu Rumah Offer Gaji Rm3 800 Sebulan

papar berkaitan - pada 12/3/2022 - jumlah : 272 hits
Sebuah perkongsian daripada seorang individu yang sedang mencari pembantu rumah di telah berjaya mencuri perhatian warga maya apabila rata ratanya terpegun dengan gaji yang ditawarkan individu itu Dalam hantaran tersebut wanita tersebut men...
Hiburan Nasi Lemak Pun Kalah Bubur Ayam Indonesia Terpilih Antara Makanan Terbaik Asia Tenggara

Hiburan Nasi Lemak Pun Kalah Bubur Ayam Indonesia Terpilih Antara Makanan Terbaik Asia Tenggara

papar berkaitan - pada 12/3/2022 - jumlah : 276 hits
Sebuah poll yang dibuat oleh halaman editorial berasaskan makanan iaitu di Facebook telah mendapati bahawa penduduk Asia Tenggara amat menggemari Bubur Ayam dari Indonesia Lumpiang dan Tortang Talong dari Filipina seabgai makanan terbaik da...
Pn Kalah Teruk Muhyiddin Umum Sedia Letak Jawatan Pengerusi

Pn Kalah Teruk Muhyiddin Umum Sedia Letak Jawatan Pengerusi

papar berkaitan - pada 13/3/2022 - jumlah : 190 hits
freemalaysiatoday com March 12 2022 11 38 PMJOHOR BAHRU Muhyiddin Yassin malam ini menawarkan peletakan jawatan sebagai pengerusi Perikatan Nasional susulan kekalahan teruk gabungan itu pada PRN Johor Saya bersedia pada bila bila masa kalau...
Permintaan Rakyat Ditunaikan Jika Kerajaan Menteri Takut Kalah

Permintaan Rakyat Ditunaikan Jika Kerajaan Menteri Takut Kalah

papar berkaitan - pada 7/3/2022 - jumlah : 256 hits
Pengundi dalam Pilihan Raya Negeri Johor diingatkan untuk memilih KEADILAN dan Pakatan Harapan mentadbir Johor bagi memastikan suara mereka akan menjadi dasar negeri Menurut Ahli Parlimen Permatang Pauh Nurul Izzah Anwar sekiranya PH tidak ...
Seniman Tato Brasil Mengubah Trauma Jadi Karya Seni

Seniman Tato Brasil Mengubah Trauma Jadi Karya Seni

papar berkaitan - pada 20/3/2022 - jumlah : 278 hits
Seniman Tato Brasil Mengubah Trauma Jadi Karya Seni Sebuah studio tato di Sao Paulo memiliki proyek We are Diamonds di mana para seniman memberikan tato gratis kepada wanita dengan bekas luka Banyak wanita yang mengikuti proyek ini adalah p...
Reformasi Needs A Reform

Reformasi Needs A Reform

papar berkaitan - pada 20/3/2022 - jumlah : 202 hits
Coming out of the Johor state election from Layang Layang and back to the urban centre where I live I was bombarded with all kinds of comments and questions Many were solicited but mostly were unsolicited But it s okay Talking politics is s...
Hiburan Tak Lama Lagi Periksa Calon Spm Tekad Belajar Dalam Banjir

Hiburan Tak Lama Lagi Periksa Calon Spm Tekad Belajar Dalam Banjir

papar berkaitan - pada 1/3/2022 - jumlah : 223 hits
Umum mengetahui tentang banjir yang kini melanda negeri pantai timur Walaupun kawasan sekolah dan tempat tinggal dilanda banjir namun ia bukan penghalang bagi beberapa calon Sijil Pelajaran Malaysia 2021 di negeri tersebut Baru baru ini tul...
Drama Epok

Tian Chua Tolak Jemputan Hadir Demo Turun Anwar

Peserta Wanita Himpunan Turun Anwar Alami Sesak Nafas Dikejarkan Ke Hospital

Bring Me Your Concerns In Parliament Not Just On Streets Says Anwar

Ali Baba And The Filthy Rich Thieves

Aeon Mall Active Beat 3 0 Peluang Jumpa Lagenda Manchester United Edwin Van Der Sar

Soto Hj Patoni Peranakan Place Cbtl

Mykad Rosak Panduan Lengkap Cara Ganti Dengan Mudah Dan Cepat


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Infak Tempahan Seri Muka Durian Tupah Kedah

Muharam Bubur Asyura

Two More Detained Over Flying Passport Scheme

28 Firms Settle Rm6 2mil In Outstanding Traffic Summonses

The Ballad Of Kajang Prison Of Bossku S Solo Birthday Bash

Persija Bungkam Arema Fc 3 0 Dalam Laga Uji Coba Di Jis