Buku 77 Resepi Istimewa Pressure Cooker
Buku 77 Resepi Istimewa Pressure Cooker | Korang ada pressure cooker dekat rumah? Kalau ada, menu apa yang korang biasa masak guna pressure cooker tu?
Fadzi masa mula-mula beli pressure cooker Phillips dulu, Fadzi macam blur jugak nak masak apa guna benda tu. Zul yang belikan pressure cooker tu untuk Fadzi sebab Fadzi tak larat nak berdiri masak masa pregnant kan Anas tahun lepas.
Buku 77 Resepi Istimewa Pressure CookerDalam blur blur tu, Fadzi ada jumpa satu buku resepi untuk pressure cooker - 77 Resepi Istimewa Pressure Cooker. Buku ini ditulis oleh Chef Hanieliza. Chef Hanieliza ni famous dengan buku resipi 1 Hari 1 Resepi dia dulu.
Kalau ikutkan dalam buku tu dia guna Pressure Cooker Noxxa. Tapi kalau korang ada pressure cooker jenama lain pun, okay je nak ikut resepi dalam buku ni. Cuma korang kena pandai adjust function yang ada dekat pressure cooker korang tu nanti.
Menu 77 Resepi Istimewa Pressure CookerDalam buku resepi ni ada 77 jenis menu yang korang boleh cuba dari menu ayam. bubur, daging, makanan laut, makanan barat, pulut, nasi, mee, sayur, kuih muih dan kek. 1) AYAMAyam Bakar Lada Hitam Ayam Bakar Tomyam Ayam Masak Lemak Berempah Ayam Goreng Berempah Ayam Kari Kapitan Ayam Kam Heong Ayam Sambal Bali Masak Lemak Cili Api Ayam dan Rebung Rendang Ayam Sambal Ayam Bersantan Masak Lemak Cili Api Ayam dan Kentang Stew Ayam
2) BUBURBubur Caca Warna Warni Bubur Kacang Hijau Bubur Kacang Merah Bubur Nasi Ayam Bubur Pulut Hitam Kolak Ubi @ Pengat Ubi 3) DAGINGDaging Goreng Brokoli Daging Turkish Gulai Tulang Kambing Daging Tetel dan Nangka Masak Padang Sup Tulang Merah Kerisek Daging Kerutup Daging Terengganu Kerabu Perut 4) IKAN/ MAKANAN LAUTAsam Pedas Berempah Gulai Berempah Ikan dan Kacang Panjang Kari Kepala Ikan Kari Ketam Dengan Nanas (Tumis Darat) Kerutub Ikan Sambal Udang Thai Ikan Kukus Asam Boi Ikan Bakar Berempah 5) MAKANAN BARATSpiral Goreng Pedas Bebola Carbonara Spageti Aglio Olio Sup Makaroni
6) NASI/ PULUTNasi Beriani Tulang Nasi Dagang Pulut Ikan Pekasam Pulut Kuning Nasi Lemak Nasi Goreng Ikan Masin Nasi Kacang Dal Nasi Goreng Kubis Bunga Nasi Goreng Bunga Kantan Nasi Arab Maghlubah Nasi Goreng Cina Nasi Tomato Ayam Nasi Minyak Pelangi
7)KUETIAU/ LAKSA/ MI/ MIHUNKuetiau Goreng Kuetiau Daging Laksa Penang Bihun Hailam Mi Goreng Instant Mi Rebus Tulang Mihun Singapore 8) SAYURRendang Jering Tua Sayur Lemak Kacang Panjang Masak Lemak Labu Air Masak Lemak Pucuk Ubi/Petai Gulai Pisang 9) KEKChocolate Moist Cake Kek Buah Kukus Kek Pelangi Kek Oren Kukus Kek Marble Kek Pisang 10) KUIH-MUIHWajik Dodol Bingka Ubi Onde-onde Labu Kuih Lopes Serimuka Labu Pulut Serunding Apam Jagung
Fadzi suka dengan buku ni sebab walaupun ada 77 resepi tapi dia ringan, nipis dan muka surat dia semua berwarna. Setiap resepi akan disertakan dengan gambar menu yang dah siap di belah kiri. Belah kanan pula gambar bahan-bahan, senarai bahan-bahan masakan, langkah-langkah nak masak dan beberapa gambar langkah masakan.
Cara dia tulis langkah-langkah memasak tu pun simple dan tak banyak sangat. Kalau paling banyak pun resepi untuk Kek Marble sampai 13 step. Kalau tak, resepi resepi lain dalam 6, 7 step je. Senang nak ikut.
Langkah demi langkah memasak tu termasuklah nak tekan butang function apa, nak biarkan berapa lama untuk satu satu function tu, nak isi bahan-bahan mana satu dulu, waktu bila nak kacau, waktu bila nak letak santan dan waktu bila nak off kan. Memang senang nak follow.
Setiap resepi pun akan dinyatakan berapa lama masa penyediaan, berapa lama masa untuk masak dan resepi tu untuk hidangan berapa orang. Senang lah kita nak bajet masa dan banyak mana kan.
Dekat page awal-awal buku ni, Chef ada bagi panduan macam mana untuk menggunakan periuk tekanan elektrik pelbagai guna. Chef jugak ada senaraikan 7 fungsi pelbagai guna pressure cooker ni. Baru Fadzi tau apa kegunaan sebenar pressure cooker ni.
Dan last sekali, Chef ada tulis 4 tips pakai pressure cooker serta 6 kesilapan yang selalu kita buat masa pakai pressure cooker. Antara 6 kesilapan yang Chef ada tuliskan, Fadzi pernah buat 5 benda yang salah. Sabar je la.
So far Fadzi suka masak guna resepi daripada buku ni. Dan Zul pun pernah masak guna resepi dalam buku ni tau. Favourite resepi dia kek coklat. Serius senang. Letak itu letak ini, mix mix dan campak dalam pressure cooker, tekan button function cake dan tinggal 45 minit. Terus menjadi. Tak payah nak check cucuk lidi bagai.
Fadzi rasa buku ni sangat berbaloi untuk dibeli kalau korang ada pressure cooker dekat rumah. Lagi berbaloi kalau korang jenis yang blur blur dan tak reti nak pakai pressure cooker tu macam Fadzi.
Walaupun korang pakai brand selain daripada pressure cooker Haier, tak ada masalah pun. Function pressure cooker brand lain ni lebih kurang sama je. Nama function je yang mungkin berbeza sikit. Yang tu kena explore lah sikit pressure cooker yang korang ada tu.
Buku resepi istimewa pressure cooker ni Fadzi beli online je dekat sini - 77 Resipi Istimewa Pressure Cooker. Senang sikit. Fadzi sekarang ni dah malas nak pergi beli barang dekat luar. Senang beli online je.
Kalau dah beli, mesti setiap hari korang akan pakai pressure cooker ni untuk memasak. Percaya lah.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.fadzirazak.com/2019/01/buku-77-resepi-istimewa-pressure-cooker.html