Pencinta Dessert Boleh Buat Sendiri 9 Resepi Mudah Dari Pudding Sensation By Izma Azmira
PUDING HITAM PUTIH
BAHAN A:
8 gm agar-agar serbuk
250 gm gula
800 gm air
200 gm susu cair
150 gm coklat masakan |potong kecil
2 biji kuning telur
BAHAN B:
100 gm coklat masakan putih
80 ml susu
CARA MEMBAUAT:
Masukkan serbuk agar-agar, gula dan air di dalam periuk. Masak dengan api sederhana sehingga mendidih dan semua bahan cair. Ketepikan.
Masukkan coklat masakan menggunakan kaedah double boiler sehingga coklat cair. Masukkan kuning telur dan susu. Kacau sehingga rata.
Tuangkan adunan coklat masakan ke dalam adunan agar-agar. Sebatikan dan tuangkan ke dalam acuan. Biarkan beku sekurang-kurangnya empat jam.
Cairkan coklat masakan putih menggunakan kaedah double boiler sehingga coklat cair. Matikan api, tuangkan susu dan kacau rata. Biarkan sejuk dalam 20 hingga 30 minit.
Setelah sejuk, tuangkan campuran coklat putih di atas puding coklat. Taburkan milo di atasnya. Sedia dihidangkan.
MESIR YOGURT TRIFLE
BAHAN-BAHAN:
Lebihan kek (kek pelangi lebih menarik)
Buah-buahan seperti kiwi, strawberi, pic, anggur
BAHAN FILING:
80 gm gula kastor
200 gm yogurt asli
10 gm gelatin
40 gm air
250 gm krim tenusu
CARA MEMBUAT FILLING:
Pukul gula dan yogurt. Ketepikan,
Cairkan gelatin, caranya gelatin dan air dibiarkan sebentar sebelum dicairkan menggunakan teknik double boiler. Biarkan sebentar.
Masukkan krim tenusu ke dalam campuran yogurt dan gula.
Masukkan gelatin. Pukul rata.
CARA MELAPIS:
Letak potongan kek, diikuti dengan adunan yogurt.
Paipkan filling di bahagian tepi.
Seterusnya letak adunan yogurt, lapis dengan buah-buahan dan potongan kek.
Lapis lagi dengan yogurt dan paipkan filing.
Hiaskan dengan buah-buahan dan sejukkan di dalam peti ais sebelum dihidangkan.
PUDING LAICI LEMON
BAHAN-BAHAN:
8 gm agar-agar serbuk
250 gm gula
800 gm air
1 tin laici
2 sudu teh perahan lemon
Setitik pewarna kuning lemon.
CARA MEMBUAT:
Asingkan buah laici dengan airnya.
Masukkan serbuk agar-agar, gula dan air di dalam periuk. Masak dengan api sederhana sehingga mendidih. Masukkan air laici dan kacau rata. Matikan api.
Masukkan perahan lemon lalu dikacau.
Angkat adunan dan tapis sebelum masuk ke dalam acuan atau bekas kecil. Masukkan dua biji buah laici ke dalam setiap bekas sehingga selesai
Sejukkan sebelum dihidang.
MANGO PANNA COTTA
BAHAN PURI MANGGA:
1 ½ cawan isi mangga – potong kecil
2 sudu besar gula (atau lebih)
1 sudu kecil perahan jus lemon
CARA MEMBUAT:
Isi mangga dan gula dikisar halus.
Masukkan perahan lemon. Kacau rata.
Masukkan ke dalam bekas-bekas kecil.
BAHAN PUDING:
1 ¼ cawan krim segar
¾ cawan susu penuh krim
½ cawan gula
1 sudu kecil esen vanila
2 sudu kecil agar-agar @ 1 ¼ sudu kecil gelatin
3 hingga 4 sudu besar air
CARA MEMBUAT:
Rendamkan gelatin atau agar-agar dengan air. Biarkan seketika.
Masukkan susu, krim dan gula ke dalam periuk. Masak di atas api sederhana sambil kacau. Tutup api. Masukkan esen vanila dan kacau.
Gelatin dicairkan menggunakan teknik double boiler sehingga larut.
Masukkan adunan susu ke dalam adunan gelatin. Kacau sebati.
Tuangkan ke atas puri mangga yang telah disiapkan lebih awal.
Sejukkan sekurangnya tiga hingga empat jam sebelum makan.
PUDING KEJU OREO
Bahan untuk lapisan bawah:
1 paket biskut Oreo hancur ( letak dalam bekas kecil)
BAHAN LAPISAN ATAS:
250 gm krim keju
80 gm susu pekat
10 gm gelatin (gelatin dan air dibiarkan sebentar sebelum dicairkan menggunakan teknik double boiler)
40 gm air
120 gm biskut Oreo hancur
250 gm krim putar – putar sehingga kembang.
CARA MEMBUAT:
Putarkan krim keju bersama dengan susu pekat sehingga sebati dan kembang.
Masukkan campuran gelatin. Kacau sebati.
Masukkan krim putar yang telah kembang. Asingkan sedikit untuk hiasan.
Kaup balik adunan tersebut.
Masukkan Oreo hancur dan gaul rata.
Masukkan adunan adunan keju ini, dimasukkan ke dalam bekas yang telah mengandungi biskut Oreo hancur tadi.
Sejukkan selama empat jam.
Selepas empat jam, paipkan krim putar yang diasingkan. Hiaskan dengan Oreo yg telah dipotong dua.
PUDING STRAWBERI MOUSSE
BAHAN MOUSSE:
1 bekas yogurt strawberi
3 sudu besar gula
8 gm gelatin (gelatin dan air dibiarkan sebentar sebelum dicairkan menggunakan teknik double boiler)
40 gm air
200 gm krim tenusu
CARA MEMBUAT:
Putar yogurt dan gula sebati.
Masukkan campuran gelatin. Gaul sebati
Masukkan krim tenusu. Putar rata sebentar.
Masukkan dalam cawan.
Sejukkan selama tiga hingga empat jam.
PUDING AISKRIM BERI
BAHAN-BAHAN:
100 gm isi strawberi
10 gm gelatin (gelatin dan air dibiarkan sebentar sebelum dicairkan menggunakan teknik double boiler)
40 gm air
200 gm aiskrim vanila } dicairkan
Beberapa biji strawberi
CARA MEMBUAT:
Kisar isi strawberi.
Masukkan aiskrim vanila dan gelatin yang telah dilarutkan. Kisar sebentar.
Tuangkan ke dalam gelas berkaki.
Masukkan buah strawberi ke dalam gelas tadi.
Sejukkan selama empat jam sebelum dihidangkan.
PUDING ESCLAIR
BAHAN-BAHAN:
Biskut keju
85 gm vanila flan puding segera
500 gm susu
300 gm krim putar
CARA MEMBUAT:
Panaskan susu sehingga mendidih. Masukkan vanila flan puding segera. Biarkan sejuk.
Putarkan krim sampai kembang.
Setelah sejuk, masukkan vanila flan sedikit demi sedikit ke dalam krim. Kaup balik sehingga sebati. Masukkan ke dalam beg paiping.
Sapukan bekas dengan mentega.
Susun biskut ke dalam bekas. Patah-patahkan biskut untuk dijadikan lapisan bawah.
Paipkan krim vanila flan di atas lapisan biskut.
Susunkan biskut di atasnya.
Paipkan krim vanila flan di atas lapisan biskut.
Susunkan biskut di bahagian atas menutupi lapisan krim vanila flan.
BAHAN FROSTING:
3 sudu besar mentega
3 sudu besar susu
3 sudu besar serbuk koko
1 cawan gula aising
CARA MEMBUAT:
Mentega dan susu dicairkan di atas api sederhana. Kacau rata dan tutup api apabila mentega telah cair.
Masukkan serbuk koko dan gula aising. Kacau sehingga rata dan pekat.
Tuangkan di atas lapisan biskut tadi.
Biarkan semalaman baru sedap dimakan.
PECAN BUTTERSCOTCH MOUSSE
BAHAN-BAHAN:
Buah pic dalam tin – dihiris nipis
80 gm pes butterscotch
½ sudu kecil vanila
5 gm gelatin (gelatin dan air dibiarkan sebentar sebelum dicairkan menggunakan teknik double boiler)
20 gm air
130 gm krim putar – putar sehingga kembang
CARA MEMBUAT:
Campurkan vanila, pes butterscotch dan kacau rata.
Masukkan campuran gelatin yang telah dilarutkan. Kacau.
Masukkan krim putar yg telah kembang. Kaup balik.
Susunkan buah pic.
Paipkan puding butterscotch.
Selangkan dengan hirisan pic.
Paipkan semula puding butterscotch.
Sejukkan selama dua jam.
Hiaskan dengan krim putar yang telah kembang, sos karamel dan kacang pecan yang dibakar.
Sumber: Rasa.my
The post Pencinta Dessert,Boleh Buat Sendiri 9 Resepi Mudah Dari Pudding Sensation by Izma Azmira appeared first on Perkongsian Puan Nurul.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://nurulhayati.com/2019/01/12/pencinta-dessertboleh-buat-sendiri-9-resepi-mudah-dari-pudding-sensation-by-izma-azmira/