Bukti Vaksin Bukan Penyebab Autisma Autisme





Bukti vaksin bukan penyebab autisma atau autisme. Jika ada mana-mana pihak termasuk golongan antivaksin mendakwa vaksin punca penyakit autisma, anda boleh copy & paste bukti-bukti kajian di bawah untuk menyangkal atau menjawab tuduhan mereka.
Semuanya kajian ke atas manusia dan bukan kajian makmal ke atas tikus atau mana-mana haiwan.
9 Bukti Vaksin Bukan Penyebab Autisma

Berikut adalah 9 dari banyak lagi kajian-kajian yang besar membuktikan TIDAK ada kaitan antara vaksin dan penyakit autisma:



1. Genetik
Autism adalah masalah ketidakupayaan neurodevelopmental yang mempunyai kaitan yang kuat dengan komponen genetik. Pakar sudah mengesahkan bahawa autism bermula sejak di dalam kandungan lagi dan gejala sudah dapat dikesan sebelum usia 12 bulan di mana anak-anak ini belum lagi terdedah kepada vaksin MMR. (1)
2. Tiada Beza / Tiada Perkaitan Dengan Vaksin MMR
Penyelidik menjalankan kajian melihat kaitan antara suntikan vaksin MMR dan autisma melibatkan 650,000 kanak-kanak yang lahir dari tahun 1999 hingga 2010. Sejumlah 6,500 kanak-kanak dikesan mengalami autisma. 
Dalam kalangan kanak-kanak ini, ada yang ambil vaksin dan ada yang tidak ambil vaksin. Hasil kajian ini menunjukkan risiko mengalami autisma tidak ada bezanya samada mengambil vaksin ataupun tidak. 
Jadi penyelidik membuat kesimpulan TIDAK ada kaitan antara vaksin dan autisma (2)
3. Golongan Berisiko Tinggi Pun Tiada Kaitan
Penyelidik mengkaji 100,000 kanak-kanak yang mempunyai abang atau kakak mengidap autisma. Jadi semua kanak-kanak yg dikaji ini mempunyai risiko menghidap autisma kerana saudara tua mereka menghidap autisma. Ada di antara mereka mengambil vaksin dan ada yang tidak mengambil vaksin.
Keputusan kajian ini mendapati tidak ada peningkatan risiko autisma dalam kalangan kanak-kanak yang mengambil vaksin walaupun mereka tergolong dalam golongan berisiko. Dengan perkataan lain, vaksin tidak meningkatkan risiko autisma walaupun ke atas kanak-kanak yang mempunyai ahli keluarga autisma. (3)
4. Kajian Meta-Analisis
Satu kajian meta-analisis melibatkan lebih 1.2 juta kanak-kanak mendapati risiko autisma ke atas kanak-kanak yang menerima vaksin serta komponen-komponen vaksin termasuk thimerosal sama sahaja dengan kanak-kanak yang tidak nenerima vaksin. Sekali lagi penyelidik mendapati TIDAK ada kaitan antara vaksin dan autisma.(4)
5. Kajian ke atas Kanak-kanak Jepun
Kajian ke atas kanak-kanak Jepun di antara tahun 1989 hingga 1993 mendapati risiko autisma ke atas kanak-kanak yang mengambil vaksin sama sahaja dengan kanak-kanak yang tidak mengambil vaksin MMR. TIDAK ada kaitan antara vaksin dan autisma. (5)
6. Jepun Memberi Vaksin MMR
Jepun memberi vaksin MMR kepada kanak-kanak mereka sekitar tahun 1989 hingga 1993. Selepas tahun 1993, mereka berhenti untuk beberapa tahun disebabkan oleh berita palsu tentang vaksin dan autisma. Berlaku penurunan mendadak pengambilan vaksin MMR dari tahun 1989 hingga 1993 di mana pada tahun 1992 hanya 10% yang mengambil vaksin. 
Penyelidik melihat trend kadar penyakit autisma menaik susulan dari penurunan kadar vaksinasi. Sepatutnya jika vaksin punca autisma, dengan pengurangan vaksinasi tentu bilangan kes autisma menurun. Sebaliknya penyelidik mendapati kadar penyakit autisma meningkat walaupun kadar vaksinasi menurun.
Ini menguatkan bukti bahawa autisma tidak ada kena mengena dengan vaksin (6)
7. Analisa database UK
Pengkaji melakukan analisa ke atas database terbesar UK yang mengumpulkan kes-kes autisma selama 28 tahun untuk melihat samada terdapat kaitan dengan vaksin. Mereka membandingkan risiko autisma dengan kumpulan individu yang mempunyai usia yang sama tetapi tidak menerima vaksin.
Hasil analisis ini menunjukkan tidak ada kaitan antara vaksin dan autisma. (7)
8. Kajian di Denmark
Penyelidik mengkaji lebih dari 500,000 kanak-kanak yang lahir di Denmark pada tahun 1991 hingga 1998 untuk melihat kaitan antara vaksin dan autisma. Hasil kajian ini menunjukkan TIDAK ada kaitan antara vaksin dan autisma.( 8 )
9. Selepas Vaksin MMR Diperkenalkan
Penyelidik mengkaji kadar penyakit autisma selepas vaksin MMR diperkenalkan pada tahun 1988 dengan sebelum 1988. Mereka dapati kadar penyakit autisma tidak meningkat selepas vaksin MMR mula diberikan pada tahun 1988 hingga 1998 berbanding dengan tahun-tahun sebelumnya. Ini menguatkan bukti bahawa tidak ada kaitan antara vaksin MMR dengan autisma (9)
Kajian-kajian di atas jelas menunjukkan tidak ada kaitan antara vaksin dan autisma. Maksudnya golongan-golongan yang tidak mengambil vaksin pun mempunyai kadar penyakit autisma yang sama dengan yang mengambil vaksin. Tidak ada kaitan langsung dengan profesion ibu bapa samada doktor, guru, kerani, askar, peniaga atau apa sahaja kerjaya.

 

Peningkatan bilangan kes Autisme yang dilaporkan pada masa ini disebabkan oleh beberapa faktor, antaranya adalah (10):
a.     Kesedaran

Kesedaran ibubapa dan masyarakat yang semakin tinggi tentang penyakit ini sehingga pengesanannya semakin mudah dan lebih ramai pesakit2 autisma ini diberikan perhatian.
b.     Pengakuan

Semakin ramai ibubapa yang tidak segan untuk mengaku dan mendedahkan masalah autisma anak-anak mereka kepada masyarakat. Ada yang menjadikan pengalaman menjaga anak-anak mereka sebagai panduan kepada ibubapa yang lain di dalam medsos.
c.      Pengetahuan

Pengetahuan tentang penyakit autisma ini semakin mendalam dan klasifikasi penyakit ini pula lebih luas dari dahulu sehingga lebih ramai anak-anak tergolong dalam spektrum penyakit autisma.
d.     Bayi Lahir Pramatang

Ahli Sains berpendapat peningkatan kes Autisma juga mungkin disumbang oleh peningkatan kes bayi lahir pramatang dan tidak cukup berat badan ("low birth weight"). Manakala faktor-faktor lain adalah amalan pemakanan yang tidak sihat, toksin di dalam pencemaran udara dan juga stres yang dialami oleh ibu hamil. Punca2 ini memerlukan kajian lanjut dan pengesahan.
Nota tambahan: Vaksin MMR menjadi tumpuan kerana inilah vaksin yang menjadi titik tolak tuduhan oleh Andrew Wakefield yang mengaitkan vaksin dengan autism. Kertas dakwaan beliau yang disiarkan di dalam Jurnal The Lancet pada tahun 1998 telah ditarik balik dan disahkan satu pembohongan. Lesen amalan beliau juga ditarik balik oleh UK Medical Registrar. Malangnya penipuan yang beliau lakukan terus mempengaruhi orang ramai hingga ke hari ini.
Kredit: DDr Rushdan Noor

25hb Disember 2024

@highlight

 

RUJUKAN
1. DeStefano, R.TT Shimabukuro, The MMR vaccine and autism, Ann Rev Virol (2019) 6: 1.1-1.16.
2. Hviid A, Hansen JV, Frisch M, Melbye M. Measles, mumps, rubella vaccination and autism. Ann Int Med 2019; epub ahead of print.
3. Jain A, Marshall J, Buikema A, et al. Autism occurrence by MMR vaccine status among US children with older siblings with and without autism. JAMA 2015;313(15):1534-1540.
4. Taylor LE, Swerdfeger AL, Eslick GD. Vaccines are not associated with autism: an evidence-based meta-analysis of case-control and cohort studies. Vaccine 2014;32:3623-3629.
5.Uchiyama T, Kurosawa M, Inaba Y. MMR-vaccine and regression in autism spectrum disorders: negative results presented from Japan. J Autism Dev Disord 2007;37:210-217.
6. Honda H, Shimizu Y, Rutter M. No effect of MMR withdrawal on the incidence of autism: a total population study. J Child Psychol Psychiatry 2005;46(6):572-579.
7. Smeeth L, Cook C, Fombonne E, et al. MMR vaccination and pervasive developmental disorders: a case-control study. Lancet 2004;364:963-969.
8. Madsen KM, Hviid A, Vestergaard M, et al. A population-based study of measles, mumps, and rubella vaccination and autism. N Engl J Med 2002;347(19):1477-1482.
9. Taylor B, Miller E, Farrington CP, et al. Autism and measles, mumps, and rubella vaccine: no epidemiological evidence for a causal association. Lancet 1999;353:2026-2029.
10. https//w.healthline.com/health-news/autism-rates-in-children-reach-new-highs-experts-explain-why#Other-factors-that-increase-the-chance-of-autism.Why autism is more common today.

 

Jadi, sebagai ibu bapa atau orang yang bertanggungjawab, ambillah suntikan vaksin untuk anak-anak. Semoga penyakit berjangkit yang boleh dikawal melalui vaksin dapat dielakkan.

P/s: Best juga cerita Korea bertajuk Extraordinary Attorney Woo pasal peguam yang mengalami austime sedari kecil.





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://sha-myheart.blogspot.com/2024/12/bukti-vaksin-bukan-penyebab-autisma.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tabika Kemas Autisme Bukti Kesedaran Awam Meningkat

Tabika Kemas Autisme Bukti Kesedaran Awam Meningkat

papar berkaitan - pada 25/12/2024 - jumlah : 143 hits
Tabika Kemas bukti kesedaran awam meningkat Penjagaan dan pendidikan inklusif seperti mewujudkan Taman Bimbingan Kanak Kanak Jabatan Kemajuan Masyarakat khusus kepada kanak kanak yang disahkan mengalami autisme penting bagi menyokong golong...
Mak Ayah Mula Menyesal Tapi Sudah Terlambat 5 Beradik Hidap Pelbagai Penyakit Lepas Lahir Padah Tak Suntik Vaksin

Mak Ayah Mula Menyesal Tapi Sudah Terlambat 5 Beradik Hidap Pelbagai Penyakit Lepas Lahir Padah Tak Suntik Vaksin

papar berkaitan - pada 5/1/2025 - jumlah : 103 hits
Akses dan pendedahan yang terhad menyebabkan ramai generasi terdahulu tidak menerima suntikan vaksin Namun dalam dunia sekarang tiada alasan untuk ibu bapa membiarkan anak anak mereka membesar tanpa perlindungan kesihatan kecuali mereka ter...
5 Mitos Berkaitan Vaksin Hpv

5 Mitos Berkaitan Vaksin Hpv

papar berkaitan - pada 5/1/2025 - jumlah : 156 hits
5 mitos berkaitan vaksin HPV Vaksin HPV adalah langkah pencegahan yang amat berkesan untuk kanser pangkal rahim Sejak 2010 ia diberikan secara PERCUMA kepada semua remaja wanita melalui program imunisasi di sekolah sekolah sewaktu mereka be...
Giliran Abang Viva Pula Bersuara Dedah Chat Antara Isteri Dengan Lelaki Lain Akui Ada Bukti Video

Giliran Abang Viva Pula Bersuara Dedah Chat Antara Isteri Dengan Lelaki Lain Akui Ada Bukti Video

papar berkaitan - pada 20/12/2024 - jumlah : 339 hits
Giliran Abang Viva pula bersuara selepas isterinya Evanoza Zakaria sebelum ini mendakwa suaminya berhubung dengan seorang wanita yang berstatus pasangan orang Menerusi TikTok Abang Viva telah memuat naik tangkap layar perbualan dipercayai d...
Vaksin Kanser Rusia Dan Haid Di Angkasa Dunia Kesihatan 2024 Firstpost

Vaksin Kanser Rusia Dan Haid Di Angkasa Dunia Kesihatan 2024 Firstpost

papar berkaitan - pada 27/12/2024 - jumlah : 177 hits
Kesihatan adalah kekayaan adalah pepatah yang terkenal Namun jika kita lihat tahun 2024 mungkin kita boleh ubah itu kepada kesihatan adalah berita Tahun ini banyak peristiwa yang berlaku dalam dunia kesihatan dan berulang kali berita dari s...
Ini Dia Bukti Mahathir Tipu Negara

Ini Dia Bukti Mahathir Tipu Negara

papar berkaitan - pada 20/12/2024 - jumlah : 155 hits
Fendi ApplePEJABAT PEGUAM NEGARA TERIMA SORAT BATAL PADA 22 05 2018 PEGUAM NEGARA KENA KECING DOLU SEBELUM KEBINET BARU Kambin Gurun yang digantung tugas dan diarahkan cuti pada 14 05 2018 batal dolu baru bagi tahu peguam peguam pun kena ke...
Ini Bukti Penguatkuasa Tidak Mampu Membanteras Pendatang Haram Walaupun Banyak Operasi Sudah Dijalankan

Ini Bukti Penguatkuasa Tidak Mampu Membanteras Pendatang Haram Walaupun Banyak Operasi Sudah Dijalankan

papar berkaitan - pada 31/12/2024 - jumlah : 100 hits
Imigresen gempur sindiket ulat parkir di Bukit Bintang 17 warga asing ditahanBERNAMATangkap layar video dikongsi akaun SKUAD 4NTI PATI di Facebook mengenai warga asing yang menjadi ulat parkir di Bukit Bintang KUALA LUMPUR Jabatan Imigresen...
Peluasan Bap Kepada Pelajar Tingkatan 6 Bukti Pm Anwar Prihatin Zarizi

Peluasan Bap Kepada Pelajar Tingkatan 6 Bukti Pm Anwar Prihatin Zarizi

papar berkaitan - pada 24/12/2024 - jumlah : 100 hits
Menurut Zarizi Jamil inisiatif ini menunjukkan komitmen beliau untuk memastikan tiada pelajar yang tertinggal dalam memperoleh pendidikan berkualiti sekaligus mengurangkan bebanan kewangan ibu bapa dalam menghadapi kos persekolahan JOHOR BA...
Tiada Skandal Kes Besar Bukti Perkasa Tatakelola Berjaya Pm Anwar

Tiada Skandal Kes Besar Bukti Perkasa Tatakelola Berjaya Pm Anwar

papar berkaitan - pada 3/1/2025 - jumlah : 138 hits
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan Amanat Tahun Baharu 2025 dalam perjumpaan bersama warga Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya Foto Facebook Anwar IbrahimPUTRAJAYA 3 Jan Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan usaha Kerajaa...
Anwar Has Become Inspector Saab Pas Info Chief Says

Isteri Bolot Duit Jual Buah Pinggang Suami Lari Dengan Kekasih

Where Will Our Money Come From If We Don T Tax The Rich Anwar Says Tnb Tariff Hike Won T Affect 85pc Of Malaysians

Photo Goes Viral Ministers Deputies Missing From Dewan Rakyat

Eco Friendly Housing How Wellcamp S Prefab Homes Reduce Environmental Impact

Gluten Pengertian Bahaya Kesihatan Dan Panduan Diet Bebas Gluten

Padi Farmers Welcome New Padi Floor Price Announcement

Dewan Rakyat Kecoh Pembangkang Dakwa Kerajaan Derhaka Titah Agong


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Akhir Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Minggu 12

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya


Designing Easy Websites And Apps

Aktiviti Perbincangan Ppim Bersama Pkns Ppim 05 02 2025

Tanam Pucuk Manis Dalam Pasu Senang Nak Buat Masak Lemak

Jom Kenali Ulam Ulam Keliling Kita

Euro Dibawah Tekanan

Tarif Elektrik Naik 85 Pengguna Tak Terjejas