5 Mitos Berkaitan Vaksin Hpv





5 mitos berkaitan vaksin HPV. Vaksin HPV adalah langkah pencegahan yang amat berkesan untuk kanser pangkal rahim. Sejak 2010, ia diberikan secara PERCUMA kepada semua remaja wanita melalui program imunisasi di sekolah-sekolah sewaktu mereka berusia 13 tahun

Baru-baru ini, Sha ada terbaca mengenai ada segelintir ibu bapa yang menolak vaksin ini katanya kerana anaknya bukan amalkan seks bebas. Jadi, Sha bertanya dan kawan Sha yang juga seorang doktor pakar menerangkan hal ini

Sedih bila baca masih ada ibu bapa yang menafikan hak anak perempuan mereka terhadap vaksin ini. Terlalu banyak salah faham mereka. Ini antaranya:
5 Mitos Berkaitan Vaksin HPV
1. Anak saya suciSaya akan didik dia dalam menjaga maruahnya supaya tidak kena jangkitan HPV

Yakinnya kamu. Anda boleh ramal masa depan? Walaupun anda yakin anak anda tidak akan berkelakuan buruk, anda tahu kah siapa jodohnya? Yakin kah anda jodohnya kelak bukan bekas suami orang atau betul-betul teruna? Islam tidak ajar kita membenci seseorang akibat masa lalunya. Sebab kita tak tahu siapa jodoh anak kita lah kita lindungi mereka dengan vaksin HPV.
2. Vaksin HPV ni bahaya!Banyak kesan sampingan! Tengok remaja di luar negara meracau-racau selepas kena suntik

Vaksin HPV tidak menyebabkan kecacaran otak atau masalah saraf. Sejak pemberian vaksin ini di Malaysia, pemantauan kesan sampingannya dilakukan secara aktif. 
Statistik mendapati insiden kesan sampingan hanyalah 2 dalam 100 000 suntikan yang diberi. Kesan sampingan ini adalah ringan seperti gatal, lebam atau reaksi lain pada tempat suntikan, sakit atau pening kepala dan juga gejala berkaitan sistem penghadaman. 
Kesemua kesan sampingan ini adalah sementara dan hilang sendiri. Tiada kecacatan atau kematian dapat dibuktikan akibat vaksin HPV di Malaysia. (https://bmcpublichealth.biomedcentral.com/articles/10.1186/s12889-018-6316-6). Di seluruh dunia juga, tiada mana-mana satu kajian konklusif pun yang berjaya mengaitkan kecacatan otak dengan vaksin HPV.
3. Saya takkan benarkan anak saya ambil vaksin ini sebab nanti dia jadi gatal!
Vaksin HPV tidak menyebabkan anak anda menjadi gatal atau gila seks. Salah faham ini timbul akibat pemberian vaksin ini adalah pada julat umur 13 ke 15 tahun di mana pada umur tersebut, remaja wanita akan mengalami perubahan hormon dan perkembangan sosial yang menyebabkan mereka lebih cenderung ke arah aktiviti seksual

Tanpa vaksin HPV pun anak anda akan mengalami perubahan ini.
4. Kanser pangkal rahim jarang berlaku. Anak saya takkan kena sebab saya tiada sejarah kanser
Cuba anda tanya Dr Imelda Balchin, Dr Anna Liza Roslani ataupun Dr Muhammad Izzat, berapa banyak kes kanser pangkal rahim yang mereka pernah jumpa dan rawat? Hatta saya yang bukan bekerja dalam bidang sakit puan pun dah jumpa banyak

Di Malaysia, kanser pangkal rahim adalah kanser ketiga tertinggi dalam kalangan wanita! Punca utamanya adalah jangkitan HPV dan ia boleh dicegah dengan vaksin. 
Walaupun tiada sejarah keluarga yang menghidap kanser, anda masih berisiko mendapat kanser pangkal rahim

5. Okay, saya dah ambil vaksin. Dah tak perlulah nak buat pemeriksaan berkala
Vaksin hanya mencegah dari jangkitan dan mengurangkan risiko kanser pangkal rahim. Anda masih digalakkan membuat ujian saringan berkala sama ada dengan ujian pap smear ataupun ujian DNA HPV

Gabungan ujian saringan dan pencegahan melalui vaksinasi akan mengurangkan insiden kanser pangkal rahim di Malaysia. 
Ujian saringan boleh didapati di Klinik Kesihatan berdekatan anda ataupun mana-mana premis swasta yang mempunyai servis ini. Ujian saringan ini disarankan bermula selepas anda telah melakukan hubungan seks pertama anda

Semoga dengan jawapan kepada 5 mitos ini membuatkan anda lebih faham tentang vaksin HPV. 
Saya mohon ibu bapa supaya benarkan anak gadis anda untuk menerima suntikan vaksin ini. Ianya percuma, berkesan dan selamat

Jangan nafikan hak mereka. Jangan risikokan mereka dengan kanser pangkal rahim. Jangan nanti bila mereka sudah besar, mereka menangis di hadapan anda, menyesal dengan keputusan anda

Kredit: Dr Amirul Amzar
Tapi kan budak-budak sekarang ini,mudah terdedah dengan adultery. Mungkin dari penggunaan gajet yang meluas dan tidak dikawal oleh pihak ibu bapa dan penjaga memudahkan anak-anak mengakses laman tidak senonoh dan aplikasi sembang atau jodoh

Berita hari ini, budak perempuan 12 tahun dan berkenalan dengan budak lelaki sekolah menengah. Akhirnya dia dirogol oleh 10 orang budak sekolah menengah itu dengan rakan-rakannya. Nauzubillah himinzalik..
Vaksin dicipta untuk cegah sesuatu penyakit. Selayaknya, vaksin apa pun yang digunapakai di Malaysia telah dikaji di luar negara dan apabila masuk ke Malaysia akan diuji lagi. Yakinilah dengan perubatan Malaysia.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://sha-myheart.blogspot.com/2025/01/5-mitos-berkaitan-vaksin-hpv.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mak Ayah Mula Menyesal Tapi Sudah Terlambat 5 Beradik Hidap Pelbagai Penyakit Lepas Lahir Padah Tak Suntik Vaksin

Mak Ayah Mula Menyesal Tapi Sudah Terlambat 5 Beradik Hidap Pelbagai Penyakit Lepas Lahir Padah Tak Suntik Vaksin

papar berkaitan - pada 5/1/2025 - jumlah : 116 hits
Akses dan pendedahan yang terhad menyebabkan ramai generasi terdahulu tidak menerima suntikan vaksin Namun dalam dunia sekarang tiada alasan untuk ibu bapa membiarkan anak anak mereka membesar tanpa perlindungan kesihatan kecuali mereka ter...
Bukti Vaksin Bukan Penyebab Autisma Autisme

Bukti Vaksin Bukan Penyebab Autisma Autisme

papar berkaitan - pada 31/12/2024 - jumlah : 350 hits
Bukti vaksin bukan penyebab autisma atau autisme Jika ada mana mana pihak termasuk golongan antivaksin mendakwa vaksin punca penyakit autisma anda boleh copy paste bukti bukti kajian di bawah untuk menyangkal atau menjawab tuduhan mereka Se...
Vaksin Kanser Rusia Dan Haid Di Angkasa Dunia Kesihatan 2024 Firstpost

Vaksin Kanser Rusia Dan Haid Di Angkasa Dunia Kesihatan 2024 Firstpost

papar berkaitan - pada 27/12/2024 - jumlah : 246 hits
Kesihatan adalah kekayaan adalah pepatah yang terkenal Namun jika kita lihat tahun 2024 mungkin kita boleh ubah itu kepada kesihatan adalah berita Tahun ini banyak peristiwa yang berlaku dalam dunia kesihatan dan berulang kali berita dari s...
Kajian Kaitkan Ketidaksamaan Sosial Dengan Perubahan Otak Berkaitan Demensia

Kajian Kaitkan Ketidaksamaan Sosial Dengan Perubahan Otak Berkaitan Demensia

papar berkaitan - pada 30/12/2024 - jumlah : 114 hits
Ketidaksamaan sosial ternyata ada hubungannya langsung dengan perubahan pada otak yang diketahui berhubungan dengan penuaan dan demensia Ini diungkapkan oleh sebuah studi baru Dengan lonjakan kasus demensia yang diperkirakan akan meningkat ...
Ringkasan Keputusan Mahkamah Rayuan Hari Ini Berkaitan Kes Titah Addendum

Ringkasan Keputusan Mahkamah Rayuan Hari Ini Berkaitan Kes Titah Addendum

papar berkaitan - pada 6/1/2025 - jumlah : 133 hits
Che Ibrahim 1 Najib dibenarkan memulakan prosiding Semakan Kehakiman di Mahkamah Tinggi 2 Najib dibenarkan memasukkan affidavit tambahan dalam permohonannya 3 Hakim bersetuju dengan permohonan Najib supaya kes in didengar oleh hakim lain 4 ...
Nizar Akui Dapatkan Nasihat Pandangan Mb Pahang Berkaitan Isu Titah Adendum Melibatkan Bapanya

Nizar Akui Dapatkan Nasihat Pandangan Mb Pahang Berkaitan Isu Titah Adendum Melibatkan Bapanya

papar berkaitan - pada 10/1/2025 - jumlah : 149 hits
KUANTAN Ahli Dewan Undangan Negeri Peramu Jaya Mohamad Nizar Najib hari ini mengakui dirinya selalu mendapatkan nasihat dan pandangan Menteri Besar Pahang Datuk Wan Rosdy Wan Ismail berkenaan isu titah adendum melibatkan bapanya Datuk Seri ...
Mitos Minum Susu Dan Oat Ini Fakta Penjelasan Dari Pakar Kesihatan

Mitos Minum Susu Dan Oat Ini Fakta Penjelasan Dari Pakar Kesihatan

papar berkaitan - pada 1/1/2025 - jumlah : 150 hits
Susu oat bukan sahaja enak tetapi juga memberi manfaat kesihatan yang banyak Jika anda mencari alternatif susu berasaskan tumbuhan susu oat adalah pilihan yang tidak mengecewakan Jangan biarkan mitos menjejaskan pilihan sihat anda Nak lebih...
Madani Kiosk With 100 Govt Services To Set Up In One Utama

Jam Galaksi Buruj X Didi Friends Jam Tangan Digital Menarik Untuk Kanak Kanak

Khasiat Air Kelapa Untuk Puasa Yang Bertenaga

Waktu Operasi Utc Pasir Gudang

Is The Law And Order System Waning

Which Nano Reef Tank Is Best For A Bedroom Practical Fishkeeping

Shipowners File Police Report After Vehicles Stolen From Storage Facility

Teknik Simple Tulis Iklan Tingkatkan Jualan Di Facebook


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Iftar Kayangan At Geo Resort Hotel Genting Highlands A Heavenly Feast In The Chilly Highlands Ramadan Buffet 2025

Tiga Adab Dalam Menulis Menyampaikan Berita

Ziell Ferdian Namun Semu Chord

Mi Goreng Mamak Basah Dan Pedas Guna Teknik Ini Baru Menjadi

Jemputlah Aku Disaat Aku Sedang Beribadah Kepada Mu

Eur Usd 13 Mac Pergerakan Menaik Letih Bermain Mengikut Rentak Trump