Bukti Kasih Bapa Saudara


 Rasanya tidak pernah terjadi sebelum ini, dalam perbarisan kawad ada orang awam (tidak beruniform) turut berdiri di dalam barisan bagi memastikan anggota beruniform terus dapat kekal berdiri meneruskan perbarisan.
Namun perkara itu terjadi dan menjadi tular gambar seorang lelaki tua mengangkat anggota perbarisan yang pengsan dan terus berdiri di situ untuk memastikan anggota itu dapat terus berada dalam perbarisan.
Peristiwa pada pagi 21 Julai 2022 itu memperlihatkan ketulusan kasih seorang lelaki yang ibarat bapa kepada anak yatim dikenali Nik Mohd Asdhar itu, nyata menyentuh hati hadirin sempena Hari Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) di Maktab Penjara Kajang.
Meskipun sudah dimamah usia, seorang lelaki sanggup bergegas di bawah terik matahari semata-mata untuk membantu anak saudaranya yang tiba-tiba tumbang ketika berkawad.
Bayangkan dalam keadaan dirinya sendiri sudah dimamah usia, lelaki berkenaan yang sebelum itu berada di khemah tetamu segera berlari tanpa menghiraukan selipar dipakainya yang tertanggal, semata-mata untuk membantu anak saudaranya itu yang terbaring.
Tidak hairanlah ramai hadirin mengalirkan air mata menyaksikan detik itu, apatah lagi lelaki turut menggunakan tubuh tuanya sebagai benteng bagi mengelak anak muda itu kembali rebah.
Ramai yang berada di lokasi turut sebak melihat ketulusan kasih lelaki itu meskipun yang tumbang itu bukan anak kandungnya sendiri.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, yang berada di lokasi turut sebak melihat ketulusan kasih lelaki itu meskipun yang tumbang itu bukan anak kandungnya sendiri.
Berkongsi detik itu melalui akuan Facebooknya, beliau mengakui banyak yang tersirat di sebalik turutan gambar yang turut dikongsi.
"Ketika anaknya (anak saudaranya) terkujur tatkala berkawad, kerana menahan terik mentari, berlari si ayah (bapa saudara) menerpa dari arah khemah tetamu.
"Sehingga terlucut selipar yang disarung, namun tidak diendahkan, asalkan beliau berada di sisi anak (anak saudaranya) dalam sekelip mata.
"Melihatkan pengorbanan tidak terperi seorang 'ayah', berjurai air mata hadirin membasahi pipi masing-masing. Saya tidak terkecuali," tulis beliau pada keterangan gambar dalam catatan Facebook hari ini.
Berdasarkan foto yang dikongsi, jelas memperlihatkan lelaki itu yang berkopiah dengan berkaki ayam berlari meredah permukaan yang panas terik ke arah anak saudaranya, sebelum memapahnya untuk bangkit kembali.
Turut dikongsi foto lelaki itu menjadikan susuk badannya sebagai benteng di belakang bagi mengelakkan anak saudaranya itu kembali rebah.
Menurut Alexander, daripada tindakan spontan itu, beliau bersama yang lain membayangkan lelaki itu pasti ingin mengusung anak saudaranya itu keluar daripada barisan, namun ternyata sangkaan sedemikian meleset.
"Meskipun badan dimamah usia, anak itu dipapah, bingkas dibantu berdiri sambil badan menjengah lebih separuh abad itu menjadi benteng daripada anaknya (anak saudaranya) kembali rebah," katanya.
Beliau berkata, apa yang berlaku itu benar-benar menunjukkan kasihnya seorang bergelar 'ayah' yang sanggup berkorban jiwa, sambil menggambarkannya sanggup membiarkan jiwa tersiksa dan dengan sepenuh keikhlasan dan rela, asalnya 'anaknya' bahagia.
"Kepada mereka yang masih mempunyai insan bergelar ayah, hargai, sayangi dan santunilah selagi hayatnya dikandung badan," akhirinya pada catatan itu.
Dalam pada itu, Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, melalui catatan di Facebook memaklumkan lelaki yang tumbang itu adalah Nik Mohd Adhar, anak angkatnya yang kini bertugas sebagai pengguat kuasa KPDNHEP di Tawau, Sabah.
"Beliau anak yatim piatu sejak sekolah lagi. Itu sebab kami ambil beliau sebagai salah seorang anak angkat kami sejak beliau di Sekolah Geting Tumpat lagi.
"Dalam gambar yang meluru kepada beliau dan memapahnya untuk bangkit kembali seraya beliau jatuh pitam seketika ketika berkawad pagi tadi ialah bapa saudaranya yang bernama Abdul Aziz Ya'acob yang memeliharanya sejak kematian kedua ibu bapa," katanya.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://lokmanismail.blogspot.com/2022/07/dfg.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hiburan Rebah Masa Kawad Bapa Saudara Lari Berkaki Ayam Demi Bantu Anak Buah Bangun Buat Netizen Sebak

Hiburan Rebah Masa Kawad Bapa Saudara Lari Berkaki Ayam Demi Bantu Anak Buah Bangun Buat Netizen Sebak

papar berkaitan - pada 22/7/2022 - jumlah : 225 hits
Sejak semalam tular di media sosial gambar gambar seorang lelaki warga emas berlari kepada anak buah yang rebah semasa dalam perbarisan kawan untuk Hari Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna di Maktab Pen...
Penantian 2 Tahun Akhirnya Ibu Bapa Dapat Tunaikan Haji Tahun 2022

Penantian 2 Tahun Akhirnya Ibu Bapa Dapat Tunaikan Haji Tahun 2022

papar berkaitan - pada 15/7/2022 - jumlah : 214 hits
Dapat tawaran panggilan Haji pada tahun 2020 ditangguhkan dan tak pasti tahun bila pada masa itu akan dapat berita gembira seperti ini Sama ada nama yang disenaraikan pada tahun 2020 akan kekal atau pun dibubarkan Sama ada peserta mahupun k...
Kesabaran Kita Diuji Di Tahap Tinggi Dazri Kongsi Cabaran Setelah Bergelar Bapa

Kesabaran Kita Diuji Di Tahap Tinggi Dazri Kongsi Cabaran Setelah Bergelar Bapa

papar berkaitan - pada 15/7/2022 - jumlah : 281 hits
Anak banyak mengubah hidup kita sebagai ibubapa untuk menjadi insan lebih baik Setiap hari kita belajar sesuatu yang baru dan sesuatu yang positif dalam membesarkan anak Begitulah pengalaman Dazrin Kamarudin setelah menjadi bapa kepada seor...
5 Tips Untuk Ibu Bapa Bantu Anak Belajar Bercakap

5 Tips Untuk Ibu Bapa Bantu Anak Belajar Bercakap

papar berkaitan - pada 23/7/2022 - jumlah : 277 hits
5 Tips Untuk Ibu Bapa Bantu Anak Belajar Bercakap l Assalamualaikum Tak mudah nak besarkan anak anak Banyak cabaran yang kita sebagai ibu bapa yang perlu kita hadapi Lagi lagi bila setiap anak mempunyai tahap pembelajaran dan perkembangan y...
Terbaikk Video Anak Manja Abah Bapa Dedah Sikap Pemuda Pengsan Masa Kawad Tak Lokek Pelukan Cium Pipi

Terbaikk Video Anak Manja Abah Bapa Dedah Sikap Pemuda Pengsan Masa Kawad Tak Lokek Pelukan Cium Pipi

papar berkaitan - pada 23/7/2022 - jumlah : 283 hits
VIDEO Anak manja abah Bapa dedah sikap pemuda pengsan masa kawad tak lokek pelukan cium pipi Apalah sangat kaki pedih KISAH tular seorang bapa yang sanggup berlari ke tengah padang kawad sejurus melihat anak lelakinya jatuh pengsan masih ha...
Hiburan Itukan Gigi Susu Tular Video Bayi Dipakaikan Braces Netizen Kecam Ibu Bapa Buat Demi Content

Hiburan Itukan Gigi Susu Tular Video Bayi Dipakaikan Braces Netizen Kecam Ibu Bapa Buat Demi Content

papar berkaitan - pada 26/7/2022 - jumlah : 276 hits
Tular di media sosial semalam mengenai sebuah video yang memaparkan seorang bayi perempuan comel di Namun bukan kecomelan bayi perempuan itu yang menjadi tumpuan netizen tetapi gigi kanak kanak berkenaan telah dipasang pendakap gigi Adverti...
Budak Kecil Pakai Pendakat Gigi Netizen Selar Tindakan Tak Cerdik Ibu Bapa

Budak Kecil Pakai Pendakat Gigi Netizen Selar Tindakan Tak Cerdik Ibu Bapa

papar berkaitan - pada 26/7/2022 - jumlah : 204 hits
Sejak kebelakangan ini pemakaian pendakap gigi dalam kalangan anak muda seakan menjadi trend semasa Ada di antara mereka menggunakan pendakap gigi memang bertujuan untuk memperbetulkan kedudukan gigi namun ada juga yang sekadar untuk perhia...
Alhamdulillah Baby Nna Ayie Floor88 Dah Jadi Bapa Timang Baby Girl

Alhamdulillah Baby Nna Ayie Floor88 Dah Jadi Bapa Timang Baby Girl

papar berkaitan - pada 23/7/2022 - jumlah : 231 hits
Tahniah diucapkan buat penyanyi kumpulan Floor88 Ayie dan isterinya Tasha Awie yang telah pun selamat menimang cahaya mata sulung mereka pada petang semalam Menerusi Instagramnya Ayie berkongsi perkhabaran gembira itu kepada semua pengikutn...
Bapa Penyayang Sticker Comel Pada Telefon Bimbit Yoo Jaesuk Jadi Perhatian Netizen

Bapa Penyayang Sticker Comel Pada Telefon Bimbit Yoo Jaesuk Jadi Perhatian Netizen

papar berkaitan - pada 14/7/2022 - jumlah : 286 hits
Rasanya semua tahu bahawa Yoo Jae suk bukan sahaja seorang pengacara hebat tapi merupakan ketua keluarga yang baik ARTIKEL BERKAITAN Dalam episod terbaru Running Man Yoo Jae suk saja membuat panggilan video buat Ji Suk jin yang terlewat ke ...
Mengapa Sholat Sebaiknya Dilakukan Di Awal Waktu

Siti Mastura Pays Rm830k Pending Appeal In Dap Leaders Defamation Case

All The Android Updates Coming To The Samsung Galaxy S25 Series And More

Ringgit Strengthens After Bnm Maintains Opr At 3

Buffet Ramadan 2025 Bangi Golf Resort

Nasi Kandar Kayu Di Kl Sentral Kuala Lumpur

Wordless Wodnesday Nasi Daun Jeruk By Sheila Rusly

Siti Kasim Enraged At Money Play To Lure Conversion Forced Islamisation In Malaysia


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Boy Cipta Kejutan Sambar Emas Di Acara Keirin

Resipi Mudah Dan Sedap Masak Pucuk Paku Lemak Tempoyak Dengan Udang

Pemimpin Pemuda Umno Sokong Hak Rakyat Berhimpun Sabtu Ini

Rekod Tiga Kerajaan Lalu Jaga Kebebasan Kehakiman Lebih Baik

Mondy Diarah Bayar Rm20 000 Kepada Ebit Lew

Featured In Rent Com How To Connect With Your Inner Child Through Decor