Bukit Aman Rekod Keterangan Nga Hampir 2 Jam


Faisal Asyraf


   
Pengerusi DAP Perak Nga Kor Ming menghabiskan masa hampir dua jam di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman untuk diambil keterangan berhubung hantaran di media sosial yang didakwa menghina Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pendakwaan dan Undang-undang D5, Jabatan Siasatan jenayah (JSJ) Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Mior Faridalatrash Wahid mengesahkan pihaknya telah merekodkan keterangan Nga.

Bagaimanapun katanya polis akan memanggil semula Nga memandangkan anggota parlimen Teluk Intan itu perlu menghadiri sidang parlimen hari ini.

"Kami akan memanggilnya semula selepas ini. Siasatan belum selesai.

"Hari ini, kita terpaksa membenarkan dia pergi lebih awal kerana katanya dia terpaksa pergi ke parlimen," katanya.

Sementara itu bercakap kepada media di luar ibu pejabat polis Bukit Aman, Nga dalam satu kenyataan ringkas menggesa polis menyiasat laman Facebook bekas perdana menteri Najib Razak kerana didakwa memuat naik berita palsu dengan niat untuk memfitnah.

"Disebabkan warganegara terikat kepada undang-undang, saya datang untuk membantu pihak polis dalam satu kes siasatan, dan saya datang sebagai seorang saksi untuk bantu siasatan polis.

"Saya gesa Bukit Aman menyiasat Najib Razak page yang saya dapati telah memuat naik berita palsu dengan mencuba melakukan fitnah jenayah. Dan saya yakin keadilan dan kebenaran akan ditegakkan," katanya.

Terdahulu, Nga tiba pada jam 1.30 petang, diiringi beberapa pemimpin DAP termasuk Anggota Parlimen Jelutong, RSN Rayer; Anggota Parlimen Batu Gajah V Sivakumar; Penasihat DAP Perak, Ngeh Koo Ham dan Anggota Parlimen Bukit Gelugor, Ramkarpal Singh.

Nga dipercayai diwakili oleh peguamnya, Ramkarpal.

Pada 2 Okt lalu, pengiring Sultan Selangor membuat satu laporan polis terhadap pemilik akaun 'Nga Kor Ming Super Fans Club' yang didakwa menghasut masyarakat Cina membenci Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Pemilik akaun berkenaan dikatakan mengajak orang Cina yang tidak puas hati membuat bantahan terhadap Sultan Selangor, susulan keputusan tidak membenarkan papan tanda jalan dwibahasa digunakan di negeri itu.

Najib turut berkongsi hantaran itu melalui akaun Facebook miliknya dan mengaitkannya dengan Nga
Nga bagaimanapun menegaskan akaun Facebook berkenaan adalah palsu dan hantaran berkenaan merupakan fitnah jahat terhadapnya.

Nga juga menuntut Najib memohon maaf kepada rakyat Malaysia kerana memuat naik hantaran palsu di Facebook untuk menyemai kebencian di kalangan rakyat terhadap beliau dan DAP.

Pada 3 Okt lalu Setiausaha sulit kanan Nga, Tan Tiong Yih membuat laporan polis terhadap Najib kerana berkongsi hantaran yang didakwa palsu.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/10/bukit-aman-rekod-keterangan-nga-hampir.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Alleged Royal Insult Bukit Aman Cops Record Nga S Statement

Alleged Royal Insult Bukit Aman Cops Record Nga S Statement

papar berkaitan - pada 9/10/2019 - jumlah : 533 hits
Perak DAP chairperson Nga Kor Ming spent almost two hours at Bukit Aman today having his statement recorded for allegedly insulting the Sultan of Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Police said they will summon him again for the next rou...
Hina Sultan Selangor Bukit Aman Rakam Keterangan Kor Ming Esok

Hina Sultan Selangor Bukit Aman Rakam Keterangan Kor Ming Esok

papar berkaitan - pada 8/10/2019 - jumlah : 463 hits
Nga Kor Ming KUALA LUMPUR Timbalan Speaker Dewan Rakyat Nga Kor Ming akan dipanggil untuk diambil keterangan esok berhubung siasatan terhadap pemilik akaun Facebook bernama Nga Kor Ming Super Fans Page kerana didakwa memuat naik kenyataan y...
Kenyataan Berbaur Fitnah Ds Najib Bakal Dipanggil Ke Bukit Aman

Kenyataan Berbaur Fitnah Ds Najib Bakal Dipanggil Ke Bukit Aman

papar berkaitan - pada 12/10/2019 - jumlah : 345 hits
JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Facebook https www facebook com johortimes my Twitter https www twitter com JohorTimes Instagram https www instagram com JohorTimes ...
Kudos Bukit Aman

Kudos Bukit Aman

papar berkaitan - pada 10/10/2019 - jumlah : 376 hits
THE arrest of two DAP state assemblymen today over their alleged link to terrorist group Liberation Tigers of Tamil Eelam is commendable and that the police force is doing the right thing to clear the country of any subversive activities Me...
Hampir 2 000 Orang Ditangkap Pasca Demo Anti Sisi Di Mesir

Hampir 2 000 Orang Ditangkap Pasca Demo Anti Sisi Di Mesir

papar berkaitan - pada 28/9/2019 - jumlah : 259 hits
Kelompok Hak Asasi Manusia mengatakan hampir 2 000 orang telah ditahan sejak demo Jumat pekan lalu untuk melengserkan Presiden Mesir Abdul Fattah al Sisi Satu di antara ribuan orang yang ditangkap adalah profesor di Universitas Kairo Hassan...
Tv Ppim Dikurung Empat Jam Paksa Bayar Lima Ribu Dapat Telefon Palsu

Tv Ppim Dikurung Empat Jam Paksa Bayar Lima Ribu Dapat Telefon Palsu

papar berkaitan - pada 13/10/2019 - jumlah : 378 hits
Mangsa Dipres Nasution Mohd Arifin 28 berkata pada awalnya dia berminat untuk membeli seba nyak empat telefon bimbit berikutan tawaran menarik oleh penjual terbabit iaitu pada harga RM200 setiap satu Katanya selepas membuat bayaran penjual ...
Gara Gara Kritik Pemerintah Mahasiswa Ini Dipukuli Berjam Jam Hingga Tewas

Gara Gara Kritik Pemerintah Mahasiswa Ini Dipukuli Berjam Jam Hingga Tewas

papar berkaitan - pada 13/10/2019 - jumlah : 246 hits
Seorang mahasiswa Bangladesh dibunuh di asramanya beberapa hari setelah mengkritik pemerintah lewat daring Menurut keterangan saksi mahasiswa itu dipukuli dan dianiaya selama berjam jam sebelum dia meninggal dunia Beberapa mahasiswa di asra...
Cerita Wapres Jk Yang Selalu Ingin Didampingi Semua Staf Saat Jam Makan Tiba

Cerita Wapres Jk Yang Selalu Ingin Didampingi Semua Staf Saat Jam Makan Tiba

papar berkaitan - pada 14/10/2019 - jumlah : 326 hits
Saya ada masalah sebenarnya soal makan Tidak bisa makan sendiri Jadi makan mesti hadir semua Makan seperempat jam diskusinya 1 jam kata JK
Muncul Semula Setelah Hampir 5 Bulan Menyepi

Muncul Semula Setelah Hampir 5 Bulan Menyepi

papar berkaitan - pada 27/9/2019 - jumlah : 348 hits
Assalamualaikum dan selamat sejahtera MUNCUL SEMULA SETELAH HAMPIR 5 BULAN MENYEPI Setelah hampir 5 bulan menyepi dari dunia blogging Hingga hampir terlupa apa yang harus dilakukan dan dari mana hendak dimulakan semula Lantas blogger ini ce...
Warung D Bamboo Ban Pecah Kuala Kurau Perak

Ulasan Samsung Galaxy A36 5g Hp Android Menengah Rasa Premium

Kombucha 7 Khasiat Menakjubkan Cara Buat Sendiri Di Rumah

Tanam Cili Padi Depan Rumah

Ryzal Ibrahim Maryam Dipuji Didik Anak Mengaji Akui Terlepas Pandang Isu Letak Al Quran

Sustainable And Stylish The New Standard For Women S Medical Scrubs

Siti Nordiana Seribu Setia Chord

Immigration Busts Syndicate Forging Marriage Documents


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Agrodana Campus Trading Competition 2025 Ajang Edukasi Dan Unjuk Kemampuan Mahasiswa Di Dunia Trading

Artis Malaysia Dikurniakan Semua Anak Perempuan

Kenali Kanser Tiroid Simptom Rawatan Dan Harapan Sembuh Yang Ramai Tak Tahu

Akuarium

Covid 19 Dan Pkp Belum Berakhir Rindunya Makan Masakan Kampung Bersama Keluarga

Jangan Takut Kepada Kegagalan Jangan Diragut Kebahagiaan Orang