Bukankah Rafizi Sendiri Menentang Pm Jadi Menteri Kewangan Sebelum Ini


agendaily.com4/12/2022
Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Dr Radzi Jidin.- Foto Agenda Daily Hiekal Rosly.
Kerajaan baharu Pakatan Harapan (PH)-Barisan Nasional (BN) yang dibentuk membelakangi janji yang pernah dibuat sebelum ini kepada rakyat dan melanggar prinsip perjuangan mereka sendiri.

Malahan Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli sebelum ini yang bersungguh-sungguh menentang pelantikan seseorang Perdana Menteri (PM) memegang jawatan Menteri Kewangan tetapi kini boleh pula membuat pusingan U dan menyokong bossnya dilantik bagi jawatan tersebut, kata Ahli Parlimen Putrajaya Datuk Radzi Jidin.

“Pada 16 September 2015, Timbalan Presiden PKR, saudara Rafizi (Ramli) menulis di Facebook bahawa beliau telah memfailkan satu rang undang-undang (RUU) persendirian untuk menggubal satu akta yang menghalang seorang Perdana Menteri daripada melantik dirinya sebagai Menteri Kewangan.

“Selain itu di bawah janji 12 dalam manifesto Pakatan Harapan (PH) bagi PRU-14 (Pilihan Raya Umum Ke-14) bahawa Perdana Menteri tidak akan memegang jawatan menteri lain, terutamanya Menteri Kewangan,” katanya dalam satu kenyataan di hantaran Facebook.

Keputusan Datuk Seri Anwar Ibrahim melantik dirinya sebagai Menteri Kewangan juga dibimbangi menyebabkan selepas ini tiada lagi peranan semak dan imbang dalam kerajaan, kata Radzi lagi.

“Apabila Perdana Menteri menjadi Menteri Kewangan, maka tiada lagi fungsi semak dan imbang.

“Tindakan Perdana Menteri memegang jawatan Menteri Kewangan adalah satu tindakan yang amat terkebelakang dalam sudut tadbir urus sebuah negara,” katanya Radzi yang juga Naib Presiden Bersatu itu.

Mengulas lanjut, Radzi yang juga bekas Menteri Kanan Pendidikan berpendapat, perkara paling asas dalam sesebuah negara adalah mempunyai satu sistem tata kelola yang mantap dan kukuh.

Atas faktor itu, beliau menegaskan pendekatan itu bukan sahaja dapat melindungi bahkan memastikan wang kerajaan digunakan secara keseluruhan dengan cekap.

“Sebaliknya perkara prinsip dalam struktur pentadbiran yang telah elok dibentuk sebelum ini bila mana Perdana Menteri tidak memegang jawatan Menteri Kewangan, diketepikan.

“Di mana reformasi yang sentiasa dilaungkan? Adakah reformasi hanya slogan bila jadi pembangkang?” katanya


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2022/12/bukankah-rafizi-sendiri-menentang-pm.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jawatan Tpm Dan Menteri Kewangan Bermasalah Apa Kata Anwar Sendiri Pegang Portfolio Kewangan

Jawatan Tpm Dan Menteri Kewangan Bermasalah Apa Kata Anwar Sendiri Pegang Portfolio Kewangan

papar berkaitan - pada 2/12/2022 - jumlah : 281 hits
Selepas Anwar Ibrahim dilantik sebagai Perdana Menteri pada 24 November lalu selain jawatan Timbalan Perdana Menteri yang menjadi tumpuan utama tumpuan lain ialah berkenaan barisan kabinet yang bakal dilantiknya Memimpin sebuah kerajaan per...
Rafizi Pm Jadi Menteri Kewangan Kerana Situasi Luar Biasa

Rafizi Pm Jadi Menteri Kewangan Kerana Situasi Luar Biasa

papar berkaitan - pada 5/12/2022 - jumlah : 173 hits
malaysiakini comMenteri Hal Ehwal Ekonomi yang baru dilantik Rafizi Ramli berkata keputusan Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengambil portfolio kewangan sesuai diambil memandangkan situasi luar biasa politik ketika ini Rafizi dalam sidang med...
Pm Jadi Menteri Kewangan Supaya Tak Timbul Isu Rafizi Pertahan Anwar Ibrahim

Pm Jadi Menteri Kewangan Supaya Tak Timbul Isu Rafizi Pertahan Anwar Ibrahim

papar berkaitan - pada 5/12/2022 - jumlah : 228 hits
PM jadi Menteri Kewangan supaya tak timbul isu Rafizi pertahan Anwar Ibrahim16 September 2015 Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli pernah mengeluarkan kenyataan bahawa Perdana Menteri tidak sesuai memegang jawatan Menteri Kewangan Dan terbaru...
Biodata Rafizi Ramli Menteri Ekonomi Malaysia

Biodata Rafizi Ramli Menteri Ekonomi Malaysia

papar berkaitan - pada 4/12/2022 - jumlah : 368 hits
Sosok Rafizi Ramli sudah tidak perlu diperkenalkan lagi Beliau kembali merangkul kedudukan sebagai Ahli Parlimen Pandan pada PRU15 yang lalu selepas mendapat majoriti tertinggi sekaligus mengembalikan jawatan yang pernah diduduki pada 2013 ...
Hiburan Fizz Fairuz Hairan Anwar Ibrahim Tak Ambil Gaji Pm Menteri Kewangan Kalau Aku

Hiburan Fizz Fairuz Hairan Anwar Ibrahim Tak Ambil Gaji Pm Menteri Kewangan Kalau Aku

papar berkaitan - pada 7/12/2022 - jumlah : 177 hits
Susulan daripada pelantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri ke 10 figura politik itu ada mengumumkan bahawa beliau tidak akan mengambil gaji sebagai PM dan juga portfolionya sebagai Menteri Kewangan Malah kerajaan juga bers...
Pengumuman Kabinet Anwar Menteri Kewangan Zahid Dan Fadillah Tpm

Pengumuman Kabinet Anwar Menteri Kewangan Zahid Dan Fadillah Tpm

papar berkaitan - pada 3/12/2022 - jumlah : 505 hits
malaysiakini comDiterbitkan Dec 2 2022 8 26 PMPerdana Menteri Anwar Ibrahim sebentar tadi mengumumkan barisan senarai anggota kabinetnya Dalam sidang media yang disiarkan secara langsung Anwar mengumumkan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi da...
Pm10 Jangan Gopoh Kerana Saya Sekarang Menteri Kewangan Fail Ada Pada Saya

Pm10 Jangan Gopoh Kerana Saya Sekarang Menteri Kewangan Fail Ada Pada Saya

papar berkaitan - pada 6/12/2022 - jumlah : 113 hits
Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya tidak mencabar kerajaan berhubung isu dana RM600 bilion yang didakwa diseleweng kerajaan di bawah pentadbiran Pengerusi Perikatan Nasional itu sebelum ini Perdana Menteri...
Ahmad Maslan Dilantik Sebagai Timbalan Menteri Kewangan

Ahmad Maslan Dilantik Sebagai Timbalan Menteri Kewangan

papar berkaitan - pada 11/12/2022 - jumlah : 168 hits
Ahmad Maslan dilantik sebagai Timbalan Menteri Kewangan Macam ni Katakan korang manager ada sorang staff ni anak boss Ko tau dia ada otak untuk buat kerja tapi perangai mengarut Dia punya mengarut tu boleh menyusahkan orang Nak buang tak bo...
Rafizi Timbalan Menteri Dilantik Dalam Satu Atau Dua Minggu

Rafizi Timbalan Menteri Dilantik Dalam Satu Atau Dua Minggu

papar berkaitan - pada 6/12/2022 - jumlah : 153 hits
Elill EaswaranPUTRAJAYA Putrajaya akan menguruskan hal melantik timbalan menteri minggu ini kata Menteri Hal Ehwal Ekonomi Rafizi Ramli Rafizi pada sidang media berkata para timbalan menteri mungkin akan mengangkat sumpah dalam satu atau du...
Gesaan Malaysia Kepada Kesepaduan Asean Elak Kesan Buruk Tarif As Pm Anwar

1mdb Witness Protection Chief Rebuffs Najib S Subpoena

1mdb Withdraws Suit Against Singaporean Woman In Rosmah S Luxury Goods Case

Importance Of Wills A Comprehensive Guide By Lawyers

Hr Ministry Miti To Gather Data On Firms Workers Affected By Pipeline Fire

Bab 4 April 2025

Raya Di Teratak Kecil Nieyl

Gildcoustic Feat Staso Prasetyo Bapak Chord


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Energy Efficient Shredders That Don T Compromise On Cutting Force

Timbalan Presiden Pas Pn Dijangka Rombak Struktur Kepimpinan

Penangguhan 90 Hari Tarif As Bantu Ringankan Beban Malaysia

Dah Makan Tengahari Apa Menu Hari Ini Jom Resepi Lala A K A Retak Seribu

Chemical Peel Treatment In Malaysia Restore Your Skin S Natural Glow

Harga Langganan Playstation Plus Naik Di 15 Negara