Jawatan Tpm Dan Menteri Kewangan Bermasalah Apa Kata Anwar Sendiri Pegang Portfolio Kewangan




 Selepas Anwar Ibrahim dilantik sebagai Perdana Menteri pada 24 November lalu, selain jawatan Timbalan Perdana Menteri yang menjadi tumpuan utama, tumpuan lain ialah berkenaan barisan kabinet yang bakal dilantiknya.
Memimpin sebuah kerajaan perpaduan yang bukan dianggotai PH semata-mata, tetapi turut ada BN, GPS, GPS dan Warisan di dalamnya, ia sebenarnya bukanlah tugas mudah buat Anwar.
Tambahan lagi, beliau turut berjanji untuk mengecilkan jumlah kabinetnya berbanding 31 orang sebelum ini.
Dalam soal lantikan kabinet itu, perkara yang paling menjadi perhatian dan perbualan ialah berkenaan siapakah Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan yang bakal dilantiknya?
Anwar dijangka melantik dua Timbalan Perdana Menteri – satu daripada Semenanjung yang akan diwakili UMNO dan seorang lagi daripada Sabah dan Sarawak.
Pemimpin yang dijangka dilantik mewakili Sabah dan Sarawak ialah daripada GPS yang memiliki 22 Ahli Parlimen.
Belum dipastikan siapa wakil GPS yang akan dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri, tetapi besar kemungkinan ia adalah Fadilah Yusof, Menteri Kanan Kerjaraya sebelum ini.
Bagi calon daripada UMNO pula, sementara Zahid Hamidi disebut-sebut akan dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri berdasarkan kedudukannya sebagai Presiden UMNO dan Pengerusi PH, dikatakan wujud penentangan dan lobi pihak tertentu untuk menghalangnya diberikan jawatan tersebut.
Pihak yang menghalang itu dikatakan cuba meletakkan Timbalan Presiden UMNO, Mohamad Hasan sebagai Timbalan Perdana Menteri mewakili UMNO.
Kelewatan Anwar mengumumkan barisan kabinetnya, antara sebabnya difahamkan ialah berkaitan pengisian jawatan nombor dua itu yang masih belum dimuktamadkan lagi.
Bagaimanapun, perkembangan mutakhir menyebut, besar kemungkinan Anwar akan mengumumkan barisan kabinetnya pada esok (Jumaat) sebelum Agong berangkat ke luar negara pada Sabtu, namun belum dipastikan sama ada jawatan Timbalan Perdana Menteri bagi kouta UMNO akan diumumkan atau tidak.
Setakat ini, segala-galanya masih lagi samar dan ada laporan menyebut hanya sebahagian barisan kabinet akan diumumkan esok.
Isu kedua yang menjadi perhatian ialah pengisian jawatan Menteri Kewangan.
Difahamkan ada seorang bekas menteri adalah antara yang sedang melobi jawatan itu.
PH bagaimanapun kurang bersetuju jawatan Menteri Kewangan diberikan kepada bekas menteri berkenaan, sebaliknya mereka lebih mahukan jawatan itu dipegang oleh salah seorang pemimpin mereka sendiri.
Jika perkara itu gagal diputuskan, tidak mustahil Anwar memilih jalan tengah dengan beliau sendiri memegang jawatan Menteri Kewangan.
Rasanya dengan Anwar memegang jawatan Menteri Kewangan, ia adalah pilihan yang lebih baik bagi kerajaan perpaduan ini.
Ini kerana Anwar bukan saja pernah memegang jawatan itu selama lapan tahun sebelum ini, malah beliau diiktiraf sebagai Menteri Kewangan Terbaik Asia bagi tahun 1996. – ShahbudinHusin 01/12/2022.






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/12/jawatan-tpm-dan-menteri-kewangan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
2 Tpm Dalam 25 Jemaah Menteri Anwar Kata Sumber

2 Tpm Dalam 25 Jemaah Menteri Anwar Kata Sumber

papar berkaitan - pada 1/12/2022 - jumlah : 170 hits
bharian com myNovember 30 2022 5 34pmDua timbalan perdana menteri dijangka dilantik dalam senarai 25 ahli Kabinet Datuk Seri Anwar Ibrahim menurut sumber Foto NSTP Mohd Fadli HamzahPETALING JAYA Dua timbalan perdana menteri dijangka dilanti...
Pengumuman Kabinet Anwar Menteri Kewangan Zahid Dan Fadillah Tpm

Pengumuman Kabinet Anwar Menteri Kewangan Zahid Dan Fadillah Tpm

papar berkaitan - pada 3/12/2022 - jumlah : 527 hits
malaysiakini comDiterbitkan Dec 2 2022 8 26 PMPerdana Menteri Anwar Ibrahim sebentar tadi mengumumkan barisan senarai anggota kabinetnya Dalam sidang media yang disiarkan secara langsung Anwar mengumumkan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi da...
Anwar Saya Pegang Portfolio Kewangan Untuk Tingkat Keyakinan Pada Ekonomi

Anwar Saya Pegang Portfolio Kewangan Untuk Tingkat Keyakinan Pada Ekonomi

papar berkaitan - pada 3/12/2022 - jumlah : 287 hits
Geraldine TongPerdana Menteri Anwar Ibrahim berkata dia turut memegang portfolio kewangan kerana ingin meningkatkan keyakinan peniaga tempatan dan pelabur asing terhadap ekonomi negara Dalam sidang media yang disiarkan secara langsung malam...
Anwar Lantik Zafrul Saifuddin Sebagai Senator Pegang Jawatan Menteri

Anwar Lantik Zafrul Saifuddin Sebagai Senator Pegang Jawatan Menteri

papar berkaitan - pada 3/12/2022 - jumlah : 279 hits
PUTRAJAYA 8211 Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz sebagai Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri yang baharu Perkara tersebut diumumkan Anwar dalam satu pengumuman senarai ...
Bn Dan Gps Mungkin Dapat Jawatan Tpm Kata Anwar

Bn Dan Gps Mungkin Dapat Jawatan Tpm Kata Anwar

papar berkaitan - pada 24/11/2022 - jumlah : 199 hits
PERDANA Menteri baharu Malaysia Anwar Ibrahim memberi bayangan Barisan Nasional dan Gabungan Parti Sarawak masing masing akan diberi jawatan timbalan perdana menteri dalam kabinetnya nanti Presiden PKR itu berkata memandangkan perdana m
Kenapa Anwar Jadi Menteri Kewangan

Kenapa Anwar Jadi Menteri Kewangan

papar berkaitan - pada 4/12/2022 - jumlah : 195 hits
NASUHA RAHMANRamai yang masih ingat ucapan Mat Sabu sewaktu kempen PRU 14 yang lalu Mat Sabu membuat perumpamaan kepada bekas Perdana Menteri semasa itu Najib nak pakai duit Najib tanya Najib Najib cakap nanti dia bincang dengan Najib Lepas...
Bukankah Rafizi Sendiri Menentang Pm Jadi Menteri Kewangan Sebelum Ini

Bukankah Rafizi Sendiri Menentang Pm Jadi Menteri Kewangan Sebelum Ini

papar berkaitan - pada 4/12/2022 - jumlah : 214 hits
agendaily com4 12 2022Ahli Parlimen Putrajaya Datuk Dr Radzi Jidin Foto Agenda Daily Hiekal Rosly Kerajaan baharu Pakatan Harapan Barisan Nasional yang dibentuk membelakangi janji yang pernah dibuat sebelum ini kepada rakyat dan melanggar p...
Tak Perlukan Gaji Perdana Menteri Cukup Dengan Gaji Menteri Kewangan Anwar Ibrahim

Tak Perlukan Gaji Perdana Menteri Cukup Dengan Gaji Menteri Kewangan Anwar Ibrahim

papar berkaitan - pada 3/12/2022 - jumlah : 206 hits
Tiada tolok bandingnya Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah seorang tokoh pemimpin yang serba hebat dan memiliki strategi maha luar biasa dalam Malaysia
Reformasi Apa Jika Anwar Turut Pegang Kementerian Kewangan

Reformasi Apa Jika Anwar Turut Pegang Kementerian Kewangan

papar berkaitan - pada 3/12/2022 - jumlah : 149 hits
agendaily com3 12 2022Skrip sama pernah dilaungkan Ahli Majlis Presiden Pakatan Harapan yang juga Presiden AMANAH Mohamad Sabu ketika Datuk Seri Najib Razak menjadi Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Tindakan Pengerusi Pakatan Harapan Dat...
Anthony Loke Trolled With Call To Resign Racist Slur After 2nd Major Heavy Vehicle Fatality In A Month

Rethinking Seato A New Maritime Pact For Asean

Protect What You Love Why Luxury Bag Insurance Matters With Aeg

5 Ways To Grow Your Truck Repair Business Online

Paya Indah Discovery Wetlands Tarikan Utama Tiket Masuk

Meet Mona And Kyra Ai Insurance Assistants That Actually Get You

Navigate The World Of Online Business

Huawei Powers Ai Future With New Xinghe Network


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Smarter Operations Enabled By Sap System Malaysia

Cara Melembutkan Daging Dengan Cepat

Mak Sentiasa Dalam Hati Adib Pemergian Pelajar Upsi Undang Tangisan Seluruh Negara

Resepi Udang Nestum

Mbi Debacle Why Did It Take So Long

Hukum Mengunduh Dan Mengambil Manfaat Dari Buku Elektronik Padahal Tertulis Hak Cipta Dilindungi