Pm10 Jangan Gopoh Kerana Saya Sekarang Menteri Kewangan Fail Ada Pada Saya




Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya tidak mencabar kerajaan berhubung isu dana RM600 bilion yang didakwa diseleweng kerajaan di bawah pentadbiran Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu sebelum ini

Perdana Menteri menegaskan bahawa berdasarkan maklumat diperolehnya, sememangnya ternyata wujud beberapa proses dan prosedur yang tidak dipatuhi dalam perbelanjaan dana berkenaan yang dibuat semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan darurat sebelum ini

Malah beliau yang juga Menteri Kewangan mendedahkan terdapat beberapa syarikat berkepentingan atau terkait dengan keluarga yang turut terlibat

"Jadi saya ingin jelaskan bukan maksud saya, sepertimana (saya kata) saya nak tumpu perhatian mengurus negara, memacu pertumbuhan ekonomi dan memberi kebajikan kepada rakyat. Tetapi sebaik dicabar, kita terpaksa melihat

“Mereka boleh uar-uarkan bersih tidak bersih, (tetapi) tidak bersih sama sekali bila kita sebut tentang kelulusan yang dibuat tidak ikut peraturan, begitu juga kelulusan yang dibuat semasa PKP," katanya dalam sidang media pertamanya sebagai Menteri Kewangan, hari ini

Semalam, Muhyiddin pada sidang media selepas menyampaikan ceramah Grand Finale PN sempena Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) Parlimen Padang Serai mahu Anwar menyiasat isu berkaitan dana itu dengan betul dan mendapatkan data sebenar sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan

Mengulas lanjut, Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan mempersoalkan kenyataan awal Muhyiddin sewaktu menjadi Perdana Menteri dahulu berkenaan dana berkenaan yang didakwanya telah mengelirukan ramai pihak, seolah-olah kerajaan membelanjakan wang begitu banyak demi rakyat

"Kenyataan itu sengaja mengelirukan seolah-olah kerajaan bagi wang begitu banyak, (tetapi) sejumlah besar sebenarnya adalah wang KWSP (Kumpulan Wang Simpanan Pekerja), wang rakyat sendiri, ini saya dah ulas dua tahun lalu di Parlimen

"Di bawah-bawah tengok, wah begitu besar kita belanja, sekarang baru dia (Muhyiddin) akui, sebenarnya bukan, kerana wang itu wang KWSP dan wang bank melalui keputusan moratorium, tetapi ada berpuluh bilion ringgit lain yang diperuntukkan (dari jumlah RM600 bilion) yang menunjukkan ada pelanggaran peraturan," katanya

Berhubung kenyataan Setiausaha Agung PAS Datuk Seri Takiyuddin Hassan yang mahu mengambil tindakan perundangan sekiranya Anwar gagal memberikan bukti berhubung dakwaan kononnya dana pilihan raya PN datang daripada syarikat perjudian, Anwar menasihatkannya supaya tidak bersikap gopoh

"Jangan gopoh kerana saya sekarang Menteri Kewangan, fail ada pada saya," katanya

- Bernama

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://bankami.blogspot.com/2022/12/pm10-jangan-gopoh-kerana-saya-sekarang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tenang Tenang Jangan Gopoh Nanti Naik Mahkamah Jawab Dengan Hakim Dan Kementerian Kewangan Punya Bukti Keh Keh

Tenang Tenang Jangan Gopoh Nanti Naik Mahkamah Jawab Dengan Hakim Dan Kementerian Kewangan Punya Bukti Keh Keh

papar berkaitan - pada 9/12/2022 - jumlah : 127 hits
Apa bukti projek runding terus teratur Tuan Ibrahim disoal December 9 2022 G25 berkata projek diluluskan tanpa proses tender kemungkinan besar diselewengkan kontraktor atau pegawai kerajaan yang tidak amanah PETALING JAYA Kumpulan bekas pen...
Jangan Gopoh Pelan Pelan

Jangan Gopoh Pelan Pelan

papar berkaitan - pada 2/12/2022 - jumlah : 115 hits
IBRAHIM MAT ISA Nak buat benda baik tak boleh gopoh Tengok pengalaman pak haji gopoh panggil PC malam tu pancut awai sangat apa pun tak boleh Last sekali meroyan kesurupan hantu SD
Hiburan Fizz Fairuz Hairan Anwar Ibrahim Tak Ambil Gaji Pm Menteri Kewangan Kalau Aku

Hiburan Fizz Fairuz Hairan Anwar Ibrahim Tak Ambil Gaji Pm Menteri Kewangan Kalau Aku

papar berkaitan - pada 7/12/2022 - jumlah : 169 hits
Susulan daripada pelantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri ke 10 figura politik itu ada mengumumkan bahawa beliau tidak akan mengambil gaji sebagai PM dan juga portfolionya sebagai Menteri Kewangan Malah kerajaan juga bers...
Jawatan Tpm Dan Menteri Kewangan Bermasalah Apa Kata Anwar Sendiri Pegang Portfolio Kewangan

Jawatan Tpm Dan Menteri Kewangan Bermasalah Apa Kata Anwar Sendiri Pegang Portfolio Kewangan

papar berkaitan - pada 2/12/2022 - jumlah : 265 hits
Selepas Anwar Ibrahim dilantik sebagai Perdana Menteri pada 24 November lalu selain jawatan Timbalan Perdana Menteri yang menjadi tumpuan utama tumpuan lain ialah berkenaan barisan kabinet yang bakal dilantiknya Memimpin sebuah kerajaan per...
Pm Jadi Menteri Kewangan Supaya Tak Timbul Isu Rafizi Pertahan Anwar Ibrahim

Pm Jadi Menteri Kewangan Supaya Tak Timbul Isu Rafizi Pertahan Anwar Ibrahim

papar berkaitan - pada 5/12/2022 - jumlah : 216 hits
PM jadi Menteri Kewangan supaya tak timbul isu Rafizi pertahan Anwar Ibrahim16 September 2015 Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli pernah mengeluarkan kenyataan bahawa Perdana Menteri tidak sesuai memegang jawatan Menteri Kewangan Dan terbaru...
Lantik Menteri Ada Kes Mahkamah Kerajaan Sekarang Sudah Songsang Sanusi

Lantik Menteri Ada Kes Mahkamah Kerajaan Sekarang Sudah Songsang Sanusi

papar berkaitan - pada 3/12/2022 - jumlah : 196 hits
agendaily com3 12 2022Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor Kerajaan Pakatan Harapan Barisan Nasional yang dibentuk sekarang disifatkan sebagai luar tabii kerana menipu rakyat dan melanggar prinsip demi semata mata mahu berkuasa kata Datuk Seri...
Rafizi Pm Jadi Menteri Kewangan Kerana Situasi Luar Biasa

Rafizi Pm Jadi Menteri Kewangan Kerana Situasi Luar Biasa

papar berkaitan - pada 5/12/2022 - jumlah : 163 hits
malaysiakini comMenteri Hal Ehwal Ekonomi yang baru dilantik Rafizi Ramli berkata keputusan Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengambil portfolio kewangan sesuai diambil memandangkan situasi luar biasa politik ketika ini Rafizi dalam sidang med...
Dozens Of New Mobile Apps Are Coming To Cars With Google Built In

Benefits Of A User Friendly Website

F C House A Sustainable Architectural Masterpiece In The Heart Of Verona

Yono Superapp Semakan Bantuan Sentuhan Kasih Rakyat Sabah 2025

Girls Leadership Institute

3 Metre Crocodile Near Mid Valley Trap Set For Capture

Pet Urgent Care Ensuring Lifesaving Care For Your Furry Friends

Euro Kembali Ke Realiti


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


Ibis Melaka Sentuhan Ramadan Lengkap Dengan Pakej Penginapan 3 Hari 2 Malam

Apa Itu Diploma Pengurusan Logistik

Mick S Fish Practical Fishkeeping

Prep Kenduri

Tercekik Gula Gula 39 Gummy 39 Mata

Increment Finance On Flow A One Stop Platform For Trading Lending And Staking